Sebagai duta tidak rasmi Coolblog untuk tahun 2013, (Heliza who?! *rolling eyes*) dengan ini aku berhasrat untuk membuat satu entry khas untuk Coolblog. Terima kasih kepada Coolblog kerana memberi peluang kepada kami para pengguna untuk merasa Bubble Tea dengan kadar yang murah sampaikan kadang-kadang gerai penuh seolah-olah semua orang macam batak tak pernah minum benda alah ni.
Maka disini aku nak menyenaraikan list Top 5 perisa pilihan WZ apabila berkunjung ke Coolblog. Tapi sebelum itu sila perati betul-betul ye, ia ialah pilihan tunas lidah WZ. Bukan pilihan anda, abang anda, emak anda ataupun siapa-siapa juga maka jangan nak meroyan tak setuju kalau list ni tak menepati citarasa korang.
Oh, and if you don't like Bubble Tea,
boleh simpan tips kesihatan anda dan boleh mula minum air kosong 8 gelas sekarang.
Are you ready?
#5 Milk Tea Kosong Blog (Nama official tidak diketahui)
Perisa Bubble Tea paling basic gila kalau kau order pasti akan siap dalam sekelip mata. Ok actually dalam 10-15 kelip mata minus the long que. Sebenarnya benda alah ni adalah basic tea yang digunakan dalam hampir kesemua perisa Bubble Tea rangkaian Coolblog. Senang cerita tanpa benda ini, Bubble Tea anda adalah meaningless. Dan aku suka minum benda ni tanpa sebarang toppings disebabkan kalau ada topping sebagai contoh pearl rasa macam OCD nak kunyah semua pearl padahal tak payah pun takpe lantas hilang nikmat menyedut air secara rakus. Oh dan ia juga murah RM1.80.
#4 Volcano Milk Tea Blog (No Toppings)
Ataupun dengan nama lain 3 Layer Tea versi murahan. Masih lagi tak faham apa connection dengan meletak nama volcano maybe konon-konon lapis-lapis tu metafora untuk lava? Walaupun rasa dia agak hambar cair namun sering menjadi pilihan diri untuk diminum bersama nasi campur.
#3 Banana Oreo Blog (No Toppings)
Perisa pisang yang flawless dicampur dengan oreo coklat adalah kombinasi kimia yang oh! tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Sedut sehingga ke dasar cawan.
#2 Cendol Blog bersama Apple Jelly
My personal favs. Kalau rasa rindu dan craving meluap-luap terhadap cendol tetapi;
a) Sukar mencari gerai cendol di tepi jalan kerana duduk di Kota Metropolitan
b) Status kebersihan gerai diragui
maka akan terus membeli benda alah ni.
#1 Teh Tarik Blog bersama Coffee Jelly
Walaupun rasa dia langsung tak rasa macam teh tarik. Tapi macam ada sesuatu yang menarik perhatian diri untuk menikmati air ini berulang kali. Dan lebih awkward bila teh tarik tapi rasa Coffee. Kena tipu ke? Tapi buat-buat macam tak perasan. I'm soo dumb and naive but never mind.
Maka keep calm dan minum lah Coolblog sambil melompat keriangan ala-ala Crayon Pop! Jumping yeah jumping yeah everybody!
P/s: Coolblog please fix up your unresponsive website and create new flavour before I'm starting to get jemu dan muak.
No comments:
Post a Comment