Beberapa minggu lepas adalah sangat busy dengan real life sampaikan kedua-dua mata hampir terbelalak melihat post akhir adalah lebih kurang 2 minggu yang lepas. Masa berjalan sungguh pantas! Tapi akhirnya malam ni dapat peluang jugak curi-curi masa nak taip. Sebenarnya selepas penjenamaan semula blog ini perancangannya nak update seboleh-bolehnya sehari sekali. Tapi macam biasa lah memula je berkobar-kobar lepas tu... *krik krik krik*
Dengan kata lain hangat-hangat tahi ayam. And aku literally pernah kena tahi ayam dekat tangan. Memang panas tapi cepat sejuk (fresh). Jadi valid juga simpulan bahasa ni.
Frankly speaking aku tak tau nak buat entry berkaitan apa. Cuma tulis secara random dan aku pasti tajuk dia pun dah fikir nak letak nama yang klise gila macam Shodate lah, Rambling lah, Bingkisan Hati lah whatsoever. Menyampah gila. Tak kreatif langsung.
Selain HHTA, isi entry yang nak ditulis baru-baru ni pun macam agak terhad. Sebagai contoh:
i) Food Stuff
Segmen yang sangat aktif di masa lampu (circa 2011-2012) namun sekarang disebabkan aku duk berulang makan benda yang sama macam tak bernafsu nak update. And pelis tak ke gedik jikalau hari ni post 'Review Coolblog perisa Valcano Milk Tea' diikuti pula dengan post "Review Coolblog perisa Teh Tarik Blog' pada keesokkan harinya? *rolling eyes*. Tak thrilling langsung!
ii) Book Stuff
Segmen yang bermodal banyak. No money no book and please again tak payah kepochi kabo download lah PDF format. Sebagai contoh sekarang lihat trilogy Hunger Games versi Free Edition Apps yang didownload. Ada semangat ke nak baca? Ya untuk 10 muka surat yang pertama.
iii) Personal Stuff
Ain't no interesting story happens... yet. Yet = 5 tahun sekali
Dan sekarang tinggal PERFUME stuff sahaja yang banyak nak ditulis. Kalau nak diikutkan hati memang nak update manjang benda tu saja. Tapi nanti karang mula lah start demonstrasi jalanan kata Blog ni Blog Perfume ke Blog WZulhilmi? Walaupun bilangan likes di Fan Page yang baru hanya 5 orang sahaja. (Promo)
But I'll try my best to update as frequent as I can walaupun orang duk kata Blogging ni soo 2012. Bluergghh. Sementara itu aku baru tahu yang...
2 comments:
Entri vote rituh pun belum buat lagi kan?mana2?jgn janji dicapati! *saiko*
Casinos Near Harrah's Cherokee Valley River in Cherokee, NC
A 용인 출장샵 map showing casinos and 구리 출장샵 other gaming facilities located near Harrah's Cherokee Valley 밀양 출장안마 River 평택 출장샵 in Cherokee, 광양 출장안마 NC. List of all casinos and
Post a Comment