Thursday, April 11, 2013

No More Rambling And Shodate, This One Got Foods In It!

Kadang-kadang bila nak tulis entry yang baru bila lihat balik tarikh yang terakhir published rasa macam tak percaya pula. Kadang-kadang jarak antara post sampai seminggu lebih! Padahal rasa baru lagi tulis. Tambahan pula dengan jumlah bilangan post yang macam kurang memberangsangkan. Dah masuk suku tahun tapi nothing interesting events that happened to me. Maka itulah yang aku rasa yang membawa kepada faktor kekurangan bilangan entry. Kalau perasan, setiap tahun pattern bilangan entry makin lama makin berkurang dan blog ni pun akan masuk ulangtahun ketiga pada hujung bulan ni. 3 tahun! Masih lagi muda. Kalau buat perbandingan dengan fasa hidup manusia, sekarang ni dah masuk alam kanak-kanak yang tengah belajar jalan. Penuh dengan tenaga dan semangat tapi dalam realiti macam hidup segan mati tak mahu.

Enough with rambling. Sebagai redemption aku ada buatkan satu entry special berkaitan makanan! Lagi senang cerita pasal kudap-kudapan yang sering dibeli oleh WZ semasa waktu rehat berkerja. = ="

Sejujurnya aku sepatutnya snap gambar-gambar benda alah ni untuk disajikan dalam entry kali ni. Konon macam bagi tempoh seminggu mesti dah cukup bahan untuk guna. Tapi bila setiap kali beli, setiap kali tu lah aku rasa macam reluctant betul nak ambil gambar. Lagi-lagi bila nak guna camera digital. Rasa macam beriya pula. Padahal aku rasa tu bukan isu yang besar pun. Tangkap ajelah peduli apa kan? Tapi tu lah it just my feeling. I just need to get rid of this feeling to be honest.

#1 T-Rex (Hainan Tea)
 
Kalau korang follow aku dekat Twitter, korang akan perasan almost everyday aku akan spam Timeline dengan T-Rex sampai orang naik meluat. Dan bukan T-Rex ini yang aku maksudkan


Dia actually lebih jinak dan menggiurkan sebenarnya;


Fokus dekat cawan yang pertama tu. Tapi tak tau lah kenapa payah benar nak cari gambar T-rex ni dekat Google search. Gamaknya tak popular kut. Lagipun branch Hainan Tea pun rasanya tak banyak lagi. Jadi boleh lah aku kata yang T-rex ni secara rasminya adalah milik aku seorang. This T-Rex thingy is actually what you also can called as 'Milo Supreme Duper Extreme Bubuh Banyak-Banyak Macam Esok Tiada Lagi' memang superb! Dah lah basic air dia air milo which are pekat dan tawar sedikit tapi diseimbangkan rasanya tawar tersebut dengan lemak-lemak ais krim vanilla! Which is completely make sense kenapa basic air dia tawar in a first place. Tapi kenikmatan ini tidak berakhir begitu sahaja, seperti Milo Tabur di kedai-kedai mamak diluar, minuman ini tidak jugak terkecuali dengan milo yang ditabur diatasnya macam milo tu murah sangat! Completely heaven for Milo freak out there! 

Dan rasanya air ni tak relevan dengan slogan 'minum Milo anda jadi sihat dan kuat'.

#2 Eclairs Stix (Auntie Anne's)

I know right. Cokelat yang bersinar-sinar diatas seolah-olah membawa kita ke alam fantasi Charlie and The Chocolate factory! Actually aku rasa harga dia agak berpatutan (hanya tertakhluk pada awal bulan sahaja bila masuk akhir-akhir bulan tetiba rasa mahal! Tak tahu aku kenapa). Dengan hanya RM3.90 korang akan dapat 6 sticks yang dilumuri dengan pure coklat. And I tell you lah the coklat dia lumur tu boleh buat mask!

Kuantiti yang agak banyak untuk harga macam tu. And please.. if buy this thing please make sure that you eat it as fast as you can. Kalau biar lama-lama dia akan keras macam kayu jati.

#3 Apa-Apa jenis Donut, Muffin senang cerita semua lah. Pffft~! (Mister Donut)



What I like about Mister Donut ialah variasi menu dia. Menu-menu dia kebanyakkannya ada pelbagai jenis tekstur. Ada yang kenyal-kenyal, lembut, ranggup dan bukan tertumpu macam satu jenis tekstur macam Big Apple, Dunkin Donuts etc. My personal favourite will be Pon De B&W(Pondey? lol) and their Chocolate Chip Muffin. rasa Pon De tu kenyal-kenyal. Bila makan macam ko ada masa lebih untuk mengunyah dan membenarkan tunas rasa di lidah menjalankan tugas mereka sebelum operasi menelan diteruskan. What can  you expect more dengan white coklat selepas itu ditabur dengan serbuk coklat ala-ala oreo diatasnya.

And the muffin. Ummph!! Permukaan dia sungguh crunchy dan kehadiran coklat chips menambahkan lagi keharmonian rumah tangga! Manakala bahagian bawah dia pula adalah lembut-lembut macam tu. Plus saiz dia yang agak besar buat aku kadang-kadang tak boleh habiskan benda ni. 

Dia dah macam dah jadi misi tak rasmi pula nak rasa semua donut-donut. Dan aku tau dengan budget yang ketat macam mana nak complete kan mission ini? You tell me.

Actually ada lagi, tapi cukup lah 3. Bukan terdesak sangat sampai nak listkan semua. Lagipun ada ke Mister Donut dekat tempat korang? Takde kan? Kbai.

3 comments:

Liyana Lunia. said...

hai awak, awak ni suka buat saya kecur air liur :/

star said...

ni dh tmbh bape kilo ni sejak kerja kt sana? =L

star said...

slalu nk rasa benda2 tu tp ragu2 nk beli tgk wallet lol!