Friday, October 19, 2012

The Rebel Knife

Di dalam kelas design yang lepas, lecturer ada memberikan kami satu tugasan untuk disiapkan. Tugasan berikut adalah untuk membuat satu design produk yang memudahkan kerja-kerja memotong di dapur.  Produk tersebut mestilah:

Misi : Ergonomik dan Multifunctioning. Menggunakan mechanism mekanikal. Dilarang keras menggunakan elektrik.

Multifunction disini bermaksud produk tersebut mestilah boleh mencincang sayur-sayuran dan buah-buahan dengan efisien sekali. Selain itu produk ini harus, malah wajib boleh melumatkan bahan-bahan tersebut sehingga ke peringkat boleh dijadikan sos (dipping) untuk makanan. 

Panduan dibawah adalah untuk yang 'noob' barangan di dapur. Hanya tahu makan di depan televisyen sahaja.   

Sayuran = Daun kesum, daun ketumbar (Semua jenis kerabat sayur dipasar itu lah senang cerita. Saya pasti mesti ada yang tak kenal sayur bukan? Dikatakan sayur kangkong padahal sawi #tetiba)

Buahan = Perlu ke tulis contoh? Pandai-pandai lah anda meneka sendiri. Nanti pasti ada yang terasa jikalau saya meletakkan nama buah-buahan disini seolah-seolah saya memperkecilkan IQ anda lantas terus menghakimi diri saya dengan meletakkan komen-komen negatif.

Tugasan : Lakarkan satu design produk di kertas A3 selama tempoh sejam berdasarkan kriteria yang dikehendaki. 

Seperti biasa, diri sendiri pasti mengalami 'mini heart attack' memandangkan skill 'sketching' yang sangat lemah.  Tetapi tetap juga saya harungi kerana ini adalah cabaran hidup yang perlu dihadapi. *flips hair*

Setelah 40 minit memerah idea (mengintip-ngintip rekaan rakan disebelah) akhirnya saya berjaya menghasilkan produk tersebut.

Mari kita anggap yang saya sedang cuba menggunakan pendekatan tradisional.






Saya sungguh berasa di alam 1980-an dengan mengemukakan idea sebegini. Malah saya tidak sanggup melihat reaksi muka lecturer semasa melihat 'sketching' saya. Saya pasti ia pengalaman yang sangat memeritkan beliau kerana semua pelajar yang lain langsung, ya langsung tidak melukis produk berunsurkan pisau. Moden sangat. =(

Selepas kelas bersurai saya mendapat tahu ada seorang pelajar lagi telah melukis design berbentuk pisau juga. Atau lebih tepat lagi, parang. Di dalam hati kecil saya berasa lega kerana ada lagi rekaan yang jauh lebih kuno berbanding rekaan saya.  =')

6 comments:

star said...

wow,Bahasa Melayu Tinggi! (for the majority of it anyway) erm,teringin nk tau cmne idea bebudak lain?sbb sejujurnya aku tak mampu nak fikir idea utk tajuk tu...rasanyalah..

ps: kangkung,buah2an =P

zatyy said...

Sekarang baru saya faham apa yang dihuraikan oleh cik Fay tadi di twitter pasal BMT.

Okay aku tapandai BMT. BM amek level SPM jehh.

Hehehe sebenarnya aku selalu konpius nama sayur-sayuran. Ehem. *cough* macam kangkung dengan sawi*cough*

Syahira Mansor said...

apebende ayat kau macamni ?

cEro said...

Oleh kerana anda menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), maka saya juga mahu memberi pendapat dalam BMT.

AKu rasa idea ko ok laa..
Tapi kalo ko letak dua bilah kat pisau tu, boleh jadi pengupas kulit buah juga..

wanie said...

aku kalau bab design selalu failed. hmmm jadi, aku faham perasaan ko.

WZulhilmi said...

elda
design budak lain kretip! takde guna pisau mcm ni pun. ak lupa pula nk amik gambar.

zatty
oo. kau lah golongan itu ye. =P

syira
ini adalah bm yg sebenarrrrr!!!

cero
ok je? =( sah lah hanya menyedapkn hati aku. senanya tak ok kan kan kan? emosi.

wanie
T___T. ayuh kita tubuhkan kelab mari menabung. eh?