Aku ada satu tabiat. Tabiat suka beli menu yang sama sampai ke tahap loya dan tak akan sentuh menu tu lagi at least sebulan dua. Contoh macam kalau pergi ke cafe bila dah order maggi goreng + telur dadar, bila dah rasa sedap haaaa memang esok, lusa dan ke tulat lah benda tu yang aku hadap sampai mak cik tu pun dah cam muka budak maggi goreng. Kadang-kadang lagi serius boleh sampai tahap seminggu tak jemu-jemu.
Termasuk jugak lah kalau nak beli ayor. Memang dok order Tembikai, Tembikai, Tembikai, Tembikai sampai kakak cashier nampak muka aku terus dia jerit "Tembikai satu bungkus!'. Tak payah dah nak tanya! Tapi pernah lah sekali dia macam 'Eh? Tekaan ku salah" punya reaksi muka lepas aku kata tak nak Tembikai tapi nak Teh Ais pulak. Semenjak dari hari tu kakak tersebut mula berhati-hati semasa mengendalikan order aku. KAH KAH KAH.
Tapi sekarang memang tema hidup 'I need more variety' dah mula diaplikasikan dalam hidup. Sebab there are tons of menu-menu yang perlu dirasa. Tak boleh dah buang masa merasai benda yang sama. Contohnya macam Coolblog. Dia ada lebih kurang 25 jenis flavour yang perlu dirasa. Tak payah lah nak beli Oreo Chocolate Blog aje manjang.
Teringat pulak dulu, ada beli Nasi Lemak dekat kedai makcik ni. Macam biasalah order berturut-turut sampai makcik tu pun kenal. Dia sempat cakap;
"Hahahaha (tiba-tiba). Tau tak orang yang selalu beli benda yang sama ni jenis setia orangnya!"
6 comments:
"Hahahaha (tiba-tiba). Tau tak orang yang selalu beli benda yang sama ni jenis setia orangnya!" <--senanya ni point utama ko kan?
ehem,tahniah to future Mrs. WZ ROFL!
Woi! Kurafat percaya oi!
Maka aku ni setialah.
Percaya tak aku makan lunch, nasi putih + ayam goreng + sup since aku masuk uni sampai sekarang memang xberubah. HAHAHAAHHAHAHHA.
Bangganyaaaaa aku!
*tepukbahusendiri*
Apa filler ni?
Mana sambungan cerita pergi Melaka yg tak ajak aku join sekali tu?
Hahahah...
same to me.
aku senanya mmg dr dulu dh sedar yg aku ni jenis yg setia *cough*
p/s : mohon sambung cepat cite trip-melaka-yg-tak-bgtau-lgsg-org-melaka-bila-nk-datang-melaka tu (ayat bersepah)
eh eh. tersedak aku bab 'setia' tu. hihi
Post a Comment