Tuesday, October 30, 2012

Planet Of The Apes (Versi Paya Bakau)

As I mentioned before from the previous entry Shodate which is nobody give a damn about. Entry kali ini pastinya akan mengandungi dan ditempek sejumlah gambar yang banyak!! Since I'm no longer at 'Kampung Cyber'.

Disebabkan cuti Raya Aidiladha hari tu singkat sangat which is around 4 days, tak sempat lah nak buat tutorial resepi baru. LOL! Tambahan pula time tu hidangan raya banyak gila macam esok tiada lagi tambahan pulak tiap-tiap hari pasti ada saja makanan yang ada boleh dibaham (Tidak termasuk kek birthday party versi Barbie rumah jiran sebelah). So there is no excuse for me untuk melapang-lapangkan diri mencuba tutorial baru. I'm soo busy liddat.

Tapi, tapi, busy-busy pun sempat jugak lah melancong ke tempat sendiri. Iye! Diri sendiri pun lupa yang tempat tinggal sendiri tu adalah tempat pelancongan maritim. = =". Sibuk kepochi nak berjalan-jalan pergi tempat lain-lain tempat sendiri belum habis explore lagi. Well, among the places that I've been is Teluk Batik and Taman Paya Bakau. But this entry will focusing only to Taman Paya Bakau. 

Entry Gate. No fee entrance by the way.
Taman Paya Bakau atau lebih senang dipanggil Taman Kera oleh penduduk tempatan (termasuk aku lah tu) ni dah memang lamaaaaaaaaa dah bertapak dekat sini. Aku last pergi pun dalam 4-5 tahun lepas. Sedangkan hari-hari ko lalu situ. Tapi time dulu-dulu takde pintu gate ni. Just satu jalan kayu saja merentas masuk dalam paya bakau. Tapi sekarang! Wow! dia dah renovate. *eksaited dalam diam*

By the way tempat ni hanya 5 minit macam tu daripada AEON Jusco Manjung. Which is ko kena perati bebetul dekat tepi takut terlepas pandang.

Sampai-sampai dekat situ je tak payah dah nak masuk dalam-dalam. Dekat luar sahaja dah bergelimpangan beruk-beruk meminta makanan!!

Mama kera dengan anaknya. Ko nampak siapa semangat bawak pisang sekali! 
Kera Remaja. 
Kera yang sedang mengunyah roti.
Selepas puas bercamwhore dekat entrance, kami terus mula melangkah masuk kedalam. Of course nak tengok paya bakau dengan lebih dekat lagi. 

Laluan Pejalan Kaki. Dulu-dulu mana ada pejalan kaki macam ni. Semua 100% kayu. Sekarang dah ada batu-batu bagai. 
Among sceneries yang dapat dilihat. Masuk dalam ni memang lupa terus ada  Pasaraya  dekat luar tu.

Haa! Yang paling best sekali tempat ni ada Titi gantung. Like what!! Even aku as a Duta Manjung pun tidak tahu ada titi di dalam ini.

Kena naik tingkat 2 struktur ni, then you can lintas that titi gantung. Oh sungguh rojak my sentences.
TADA!!

LARI KONON-KONON KO KENA KEJAR DENGAN BERUK MACAM TEMPLE RUN. 

Dan dekat ending laluan pejalan kaki ni akan ada nampak pemandangan Sungai. Which like uh-mazing.

Flawless!

Another scenery. Kepada pengantin-pengantin baru lupakan saja shoot di tepi landasan keretapi itu. Sini adalah lokasi yang lebih bagus!

Warning: Semakin dalam anda memasuki kawasan paya bakau ini kebarangkalian berjumpa beghk-beghuk garang semakin tinggi. Senang cerita;

Semakin dalam memasuki paya bakau, semakin liar kelakuan beruk beruknya. 
Time nak patah balik ke entrance tu terserempak lah satu group beghuk-beghuk ini. BANYAK GILA! Dah lah conquer satu tempat jalan kaki. Memang payah nak jalan. Tapi ko pulak memang ambik peluang lah tangkap gambar dekat-dekat padahal ko tau mereka semua tu garang gila. = =:. Macam beruk tak diberi vaksin!

Mama kera dan anaknya versi liar. Ko tengok beza dengan mama kera yana awal tu. Sungguh Mama Kera contoh. Yang ni siap warning nak gigit lepas tu anak pulak buat posing psycho macam tu. Mak dangan anak sama aje! 
This is way to extreme!
Sesi beramah mesra aka upacara mengetip kutu(?). Dekat gila oi  aku amik ni. No zoom lah woi. Daredevil betul.
APA? KO NAK LAGI DEKAT? HAMBIK!

Monday, October 29, 2012

Shodate

Since I'm currently at  Kampung 'Cyber', I won't be able to post an entry full with marvelous touch of beautiful pictures snapped by myself. Ehem!. The connection here is bad, way bad for year of 2012. *Jeling-jeling at the Broadband that start with alphabet C on it*

But here is a sneak peek for the next entry:


Aren't you guys excited!!!!

*Shodate - Short Update

Saturday, October 27, 2012

Pizza Domination

Eh! Rasa macam noob betul nak cerita pasal benda ni. Orang dah makan benda ni macam dah berdozen kali kau pulak baru nak kepochi satu kampung. Dia macam kalau ada satu blog ni lepas tu dia buat entry pasal pengalaman dia first time minum Coolblog. Sudah pasti lah aku akan membaca entry tersebut sambil rolling eyes dan di dalam hati berkata 'Biar benar budak ni! Pelis lah, aku dah minum 100 cawan dah kut'. Haaa, macam tu lah perbandingan dia.

Dan disebabkan this is my blog and I can do whatever I want, I've decide to write the 'kejakunan' of me eating this thing so that in the future I can have a great time reading this entry again. For you information, the last time I ate this thing is like *berlakon semak-semak diari lama* was like 4+ years ago. Dia punya lama sampai dah lupa tekstur pizza tersebut. So I need some refreshing job to do here. 

So my a few same age of relatives and myself. Just let say macam 'Perjumpaan Sanak Saudara (Kelompok Kecil)' decided to go to Domino's lepas hampa tengok senarai movie yang nak kena panampar. The only choice was 'Sinister' tapi pukul 10 lebih pulak dan sebagai penduduk kampung kami harus bersopan untuk tidak pulang lewat malam. So we've decide untuk makan-makan instead. *jerit eksaited dalam hati*

Time nak order tu kalau nak ikutkan hati memang nak order semua yang pedas-pedas belaka ataupun yang meat related. Lepas tu baru sedar bukan ko makan sorang sahaja malah ramai lagi. Maka terus kembali ke alam nyata dan membuat pilihan yang adil, telus dan saksama. 

So here are the pizzas!!

Classified Chicken with New York Crust.
This one is like pure Mozzarella Cheese with chicken. Time kunyah-kunyah rasa macam western sangat. Thanks to the cheese element.  

And here is my favourite. Meat mania with Crunchy Thin Crust . MANIA GILA rasa tamak sangat nak ambil bahagian orang lain.
This pizza was like uh-mazing! Ada Beef Pepperoni, Beef Sausage, Chicken etc. Even the hitam thingy (buah zaitun) pun macam enaknya. I need moooorrre.

Oh, by the way this is the appetizer  'BreadStix '. Ditaburkan dengan cheese  dan dicecah dangan sos istimewa. NYUM NYUM!
Buruk betul perangai appetizer letak last sekali, nampak sangat rakus betul nak cerita pasal pizza. And guess what siapa yang tak senonoh gila tak menyempat sampai satu piece hilang. WZ!. Dia ni kan lepas dah kepochi gigit macam esok tiada lagi baru terkocoh-kocoh teringat, " Camera wei camera!' T_______T

To be honest, my tunas rasa lidah is like screaming happily because of this. Finally they can taste other great stuff too. =')

Apa yang penting lepas makan semua benda ni, ada satu pengajaran yang penting telah dipelajari;

TAK CUKUP DOH 2 PIZZA REGULAR NI! KBAI.

P/s: Is it me or bila dengar Domino's Pizza rasa macam nak menari sambil menyanyi. 'One three hundred triple eight triple three~~'

Thursday, October 25, 2012

Shodate (Edisi Aidiladha)

Disebabkan esok dah nak raya, maka haruslah pelajar-pelajar/perkerja-pekerja diperantauan pulang ke rumah masing-masing. Unless if you are broke or your home is just way to far and not enough for 3 days of  holiday, then you just should duduk diam-diam di dalam bilik kolej.

Well as for me, alhamdullilah! Mujur lah aku tidak tergolong didalam golongan diatas dan maka kenalah packing barang-barang yang ada. Tengok lah barang-barang yang siap dipacking ini! Pasti meriah suasana di hari raya nanti!






P/s: Selamat Hari Raya Aidiladha guys!  ^0^

Sunday, October 21, 2012

Sinar Mentari Muncul, Rangkaian Mcflurry Kembali Meriah!

Gempar!!! Baru sahaja menerima gambar ini beberapa jam yang lepas.





'Adakah ini benar?? Is this coming from Malaysian? Are you sure? Bukan 9Gag ni?' Itulah persoalan-persoalan yang muncul apabila melihat gambar tersebut. Tetapi memandangkan sumber tersebut adalah sumber yang boleh dipercayai, peratusan untuk ditipu sangat sedikit.

Thus, I'm checking their official fan page for more confirmation. Make betul lah. BETUL LAH! Ini adalah senarai produk terbaru bagi rangkaian Mcflurry di Malaysia. 



1. Coffee with Oreo Cookies (Sundae/Mcflurry)
2. Milo Supreme (Mcflurry)
Apa yang penting disini ialah option nombor 2 ye. Milo. My second guilty pleasure after Horlicks. Gamaknya lepas aku hantar (bukan spamming) suggestion Milo sebagai perisa seterusnya untuk McFlurry ditambah pulak dengan pihak management yang tersedar dari lena dibuai mimpi berkenaan dengan kadar prestasi penjualan yang semakin merundum daripada both flavours (looking at Groovy Flop Lime and Kellog's Corn Flop right now), akhirnya mereka keluarkan juga MILO. And surprisingly Coffee+Oreo. Jarang ye keluar 2 sekaligus. But well not that I'm complaining.

And since I'm not a big fans of Coffee, thus I will ignore that flavour for a while. Yang penting sekarang ialah Milo. Diulangi Milo!

Wait for my official review ya.

P/s: Thanks Wanie for the tips

Friday, October 19, 2012

The Rebel Knife

Di dalam kelas design yang lepas, lecturer ada memberikan kami satu tugasan untuk disiapkan. Tugasan berikut adalah untuk membuat satu design produk yang memudahkan kerja-kerja memotong di dapur.  Produk tersebut mestilah:

Misi : Ergonomik dan Multifunctioning. Menggunakan mechanism mekanikal. Dilarang keras menggunakan elektrik.

Multifunction disini bermaksud produk tersebut mestilah boleh mencincang sayur-sayuran dan buah-buahan dengan efisien sekali. Selain itu produk ini harus, malah wajib boleh melumatkan bahan-bahan tersebut sehingga ke peringkat boleh dijadikan sos (dipping) untuk makanan. 

Panduan dibawah adalah untuk yang 'noob' barangan di dapur. Hanya tahu makan di depan televisyen sahaja.   

Sayuran = Daun kesum, daun ketumbar (Semua jenis kerabat sayur dipasar itu lah senang cerita. Saya pasti mesti ada yang tak kenal sayur bukan? Dikatakan sayur kangkong padahal sawi #tetiba)

Buahan = Perlu ke tulis contoh? Pandai-pandai lah anda meneka sendiri. Nanti pasti ada yang terasa jikalau saya meletakkan nama buah-buahan disini seolah-seolah saya memperkecilkan IQ anda lantas terus menghakimi diri saya dengan meletakkan komen-komen negatif.

Tugasan : Lakarkan satu design produk di kertas A3 selama tempoh sejam berdasarkan kriteria yang dikehendaki. 

Seperti biasa, diri sendiri pasti mengalami 'mini heart attack' memandangkan skill 'sketching' yang sangat lemah.  Tetapi tetap juga saya harungi kerana ini adalah cabaran hidup yang perlu dihadapi. *flips hair*

Setelah 40 minit memerah idea (mengintip-ngintip rekaan rakan disebelah) akhirnya saya berjaya menghasilkan produk tersebut.

Mari kita anggap yang saya sedang cuba menggunakan pendekatan tradisional.






Saya sungguh berasa di alam 1980-an dengan mengemukakan idea sebegini. Malah saya tidak sanggup melihat reaksi muka lecturer semasa melihat 'sketching' saya. Saya pasti ia pengalaman yang sangat memeritkan beliau kerana semua pelajar yang lain langsung, ya langsung tidak melukis produk berunsurkan pisau. Moden sangat. =(

Selepas kelas bersurai saya mendapat tahu ada seorang pelajar lagi telah melukis design berbentuk pisau juga. Atau lebih tepat lagi, parang. Di dalam hati kecil saya berasa lega kerana ada lagi rekaan yang jauh lebih kuno berbanding rekaan saya.  =')

Wednesday, October 3, 2012

Trip To Melaka (Part II)

Previously on Trip To Melaka (Edisi Berseorangan)  *keluar imbasan adegan-adegan secara cepat dan rawak*

# WZ membeli tiket secara spontaneous di Sri Puteri lalu duduk disebelah seat driver (melunjur kaki lebih tepat lagi)
# Tiba di Melaka lalu panik lantas berhenti di Mahkota Parade
# Nampak Menara Taming Sari, Deja-vu sebentar, teringat kembali pengalaman semasa menaiki Space Shot di Genting Highlands. Ia bagaikan menghantui diri sendiri.
# Tiba di pinggiran sungai buatan. Terkejut! Ada Boat disitu.....

Macam nak kena lempang terkejut bagai padahal memang dah tau bot memang dekat situ. Kah kah. Ok right, selepas ramai yang tak berpuas hati pasal last entry apsal pendek sangat. Sekarang hambik ko!! Baca sampai lebam!

Melaka River Cruise ni memang dah termasuk dalam list aku, so kena lah pergi. Orang kata lagi best kalau pergi waktu malam sebab ada light effects semua. Tapi disebabkan ini hanya one day trip idak ler ada masa nak tunggu sampai malam. Siang pun jadi lah.

Dekat seberang tu ialah Hotel Casa del Rio, rasanya 5 bintang which is kalau korang seorang yang berstatus kaya raya serta merasakan diri tu alergik tidur di motel boleh menginap disini. Tapi memang lawa lah.  
Tapi time pergi tu tak ramai sangat beratur, maybe tengah hari kut. Not that I'm complaining.

Kaunter tiket.

RM10 per person (adult). Sini semua style tiket-tiket warna-warna oi. Apa barang guna kertas warna 70gm yang beli kat Giant tu.

Lepas dalam 10-15 minit macam tu baru lah datang satu bot ni. Tapi time tu pulak ada drama siapa nak bawak kan bot ni. Hoi! Pakcik-pakcik bukan nak cover ke. Cer pegi belakang mana-mana bertumbuk lah korang janji tourist tak nampak. 

Ni lah bot yang bakal menjadi mangsa. Kak kah. Mamee-ish gila warna dia.
Selepas drama sebabak yang tak berapa menarik langsung tu. Datanglah sorang pakcik.  "Perjalanan selama 45 minit ye!,"ujar beliau. *Mata bersinar gembira*
Memang berbaloi ah RM 10 dapat naik sampai 45 minit. Sampil ditiup-tiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil tu lah tengok pemandangan dekat tepi sungai. After like 10 minutes. Zzzzzz. Kah kah. Nak tertutup dah mata ni. Bukan sebab bosan tapi angin dia tu. Bagaikan mengantuk disogokkan bantal!

Banyak sebanarnya dapat tengok melalui bot. Dia macam conclusion negeri Melaka lah.  Tapi dari pandangan sisi. Ok, ok kita mula satu-satu. 

Benda pertama yang akan nampak ialah Kincir angin ni. Wah! Belanda gila. Kalau dia letak bunga tulip dekat sekeliling  sah-sah berpusu-pusu pengantin dok datang sini photo shot. Bye-bye scene landasan kereta api.


Ni namanya Kota Melaka kalau tak silap. Tempat benteng pertahanan macam tu. Kalau tengok betul-betul dekat meriam tu ada perempuan dok mengangkang. Ingat kuda apa! Lari woi Belanda tak jadi datang serang.

Lepas tu ada rentetan bangunan yang semua dinding dia ada gambar-gambar lukisan. Banyak sangat. Lawa-lawa pulak tu.

See! Banyak gila. Kalau waktu malam lagi lawa lah sebab nanti ada lampu effects. Tapi siang pun ok saje. Nampak tak Hang Tuah dalam gambar atas sebelah kanan. Aku dari jauh ingatkan M. Nasir.

BAHULU!!!! *menggelupur atas bot*

Masa naik bot ni korang akan lalu bawah banyak gilaaaaa jambatan. Jambatan Pasar lah, Jambatan Hang Tuah lah, Jambatan Kampung Jawa lah to name a few. Setiap Jambatan ni pattern dia lain-lain. So takde lah bosan sangat.

Then sempat melawat ke Perkampung Morten. Perkampungan yang paling lama bertapak dekat Melaka. Tapi yang ni lepas dah dapat elaun daripada kerajaan lah untuk renovate terus nampak lawa. Kalah kampung aku.

Kampung Morten. Tapi tak berapa nampak sangat lah sebab aras Bot rendah. = ="
Haaaaa! *efek kepochi* kah kah. Kebetulan time tu ada pulak kenduri kahwin dekat situ. Pengantin berarak  naik Bot! Perghhh!

Time ni pelancong dari China dah start kecoh-kecoh sebab tak pernah nampak. -_-  
Then boleh nampak macam lokasi Fun-Fair. Tak tau lah tu Eye of Malaysia ke Horus ke tak pasti. Tapi nak buat attraction ni kena kos 3 juta something like that. =O. Tapi macam tak beroperasi pun. *jeling-jeling*

Tengah elok-elok setting dah angle gambar. Datang meluncur bot brand Mister Potato tiba-tiba.  Kuang hasam betul. Team Mamee Monster is angry!! 
Ni Monorel Melaka. Tapi sayang dah tak berfungsi. Kenapa ek?  *jeling-jeling lagi*
Bila tengok gambar ni macam feeling-feeling Rom pulak. Maybe that church effect.
Lepas dalam 45 minit akhirnya sampai dekat Pit Stop terakhir. So kena keluar dan beransur ke lokasi lain. Tapi memang wajib lah naik benda ni kalau ke sini. Rasa macam retis bila orang-orang dari tepi pandang kita. Kah kah.

Lepas ni gerak ke Muzium Kapal. Dekat gila dengan Melaka River Cruise. Tapi overall memang lokasi pelancongan dia dekat-dekat antara satu sama lain. Sama je lah macam Kuala Lumpur tu. 

Mula-mula macam tak nak masuk sebab muzium kan. Zzzzzz. Kah kah. Tapi lepas tengok pakej dia. Bayar 3 ringgit (tunjuk IC) boleh masuk 3 muzium yang berlainan secara pukal! *terus bayar*
Dekat main entrance dia berderet beca tunggu customers. Memacam pattern lah boleh tengok.  Yang bestnya setiap beca ada speaker dia sendiri. Kuat gila!! So macam biasa lah lagu menjadi pilihan masa kini. 'Oppa Gangnam Style'.
I trip RM15. So kbai. Ini adalah backpacking secara berhemah. Tapi bila ada satu beca dia pasang lagu Brit 'Criminal' rasa macam nak kejar nak naik beca tu. KAH KAH. Gila betul!
Dengan tiket ini anda boleh menikmati 3 jenis Muzium! iaitu Muzium Kapal, Muzium Samudera dan Muzium TLDM. Tiga-tiga jenis muzium tersebut memang dekat antara satu sama lain. So tak payah kelam kabut.
Macam biasa ar dalam dia tunjuk suasana Melaka zaman dulu-dulu. Barang dagangan semua.
Ada model mini kapal-kapal lama, duit-duit zaman dahukala, koleksi setem, patung hang tuah etc  

Lepas tu straight pergi muzium sebelah Muzium Kapal tu iaitu Muzium Samudera.

Muzium Samudera dengan Muzium Kapal ni kena tanggalkan kasut kalau nak masuk dalam dia. So hati-hati jangan pakai kasut mahal-mahal. lol.
Sini macam nothing much lah. More towards to ocean life, batu meteorite semua. Tapi tempat ni memang agak luas.  2 tingkat. Boleh sesat bagi sesiapa yang mudah alpa.

Akhir sekali terus ke Muzium terakhir iaitu Muzium TLDM. Cuma seberang jalan sahaja. Tunjuk tiket gambar kapal tadi then you should be ok.

Main entrance muzium tersebut. Masuk dengan penuh yakin jikalau ada tiket. Tak perlu gusar.
Dalam dia ada semua benda berkaitan Tentera Laut Diraja Malaysia. Dari segi pakaian, pangkat, senjata. You named it!  Tapi time ni kaki dah macam menunjukkan tanda-tanda tercabut. So macam boleh tak kalau saya jalan je. Tak nak baca. =P 
Dekat luar ada model kapal. Memang boleh naik dan tengok. Tapi atas dek je lah. Dalam dia idaklah dibenarkan.
For you information, dekat sini ada lebh kurang 12++ jenis muzium!! Which is kalau korang kaki muzium memang syok lah. Tapi lokasi dia lain-lain. Kena pandai-pandai lah cari.  Aku dah 3 ni cukup lah ek. Kah kah.

Yang ni Muzium Islam sebelah dia Muzium Setem. Tapi aku lalu je lah.  
Time ni memang tak tau nak cakap macam mana. Kaki memang macam nak tercabut!!!! Siyes tak pernah berlaku dalam seumur hidup. Dia macam nak masuk level merangkak dah. Kah kah. Every step memang dah sakit. Tapi dah sampai sini tak payah nak mengada-ngada sangat. Biar puas sampai mengesot pun takpe. Bukan selalu datang sini. Nampak tak nilai semangat yang tinggi disitu? 

Tadah!! Di hadapan Christ Church Melaka. Rasanya Bangunan Stadhuys dekat depan lagi. Tapi  memang tak larat dah nak jalan time tu. =(

So instead pekena Cendol Pulut dekat area situ jugak dengan harga RM2. Muahahaha. Rasa nak order 2!.
Oh ye. Before that! Air Pancut Ratu Victoria!! (bunyi macam lain pulak kan) then baru pergi makan cendol. Gelojoh betul skip terus ke cendol.
Lepas dah macam take 5 + 10. Muahaha. Baru gerak ke Jonker Street! But sadly time tu camera dah merah-merah tanda bateri nak meninggal. I is sad. Tapi Pelan B ada iaitu guna handphone camera. Bad plan to be honest.

Jonker Street. Itu adalah Naga ye bagi sesiapa yang tak perasan, Maaf diatas kualiti gambar yang murah

So basically Jonker Street ni more to Chinese punya kedai. Tapi banyak gila souvenir dekat sini. BANYAK! BANYAAAAK sgt. Kalau pandai cari memang dapat lah yang murah. Since camera handphone macam haram aku tak bernafsu nak upload gambar-gambar tu kat sini.

Salah satu suasana di dalam kedai. ARGHH!! Tension ak nengok kualiti gambar.

Walaupun kaki macam dah takde. Tapi still mampu jalan sampai ke hujung! Lepas tu patah balik lagi. Wah! Tapi lepas keluar dari sini rasa macam. "NAK BARING!!!!" Kah kah kah. Siyes kaki memang macam tak bernyawa dah. 

Tapi tapi!!!! Kalau ke Melaka tapi tak jejak ke A'Famosa maknanya tidaklah berguna. So I used the last level of my energy (pintu 8), gagah pergi ke A'famosa. Time ni aku rasa manusia biasa pasti sudah pitam. But I was soo awesome like that it will never happen to me.  
Fuh!! Ni lah A'Famosa. Dibina oleh Afonso de Albuquerque (Abukaki) Kucing pun datang melawat. Kah kah. Tapi time ni camera tetiba hidup pulak kan. Tampar nak?
Then pergi belakang dia untuk naik tengok Gereja St Paul yang terletak atas bukit. Bergegar kaki nak memanjat tangga dia. Dalam kepala bila naik tangga. Asyik cakap. 'Macam Batu Caves, Macam Batu Caves." Lepas dah sampai atas bukit ada satu lorong ke kanan. Dekat situ boleh tengok kubur-kubur lama orang Belanda. 

Surprisingly aku ke sana. Here there are!! Tapi aku tak turun lah. 
Then patah balik masuk tengok St Paul Church .

Batu bersurat ke hapa tak pasti. Tapi aku rasa tempat ni pengantin suka betul buat photo shot. 
Nampak tak skill photo aku dah makin menurun. Lantak lah orang masuk ke hapa.  Penat gila dah time ni.  Oh perkenalkan ni lah St Paul. 
Lepas tu cepat-cepat turun bawah. (Time tu banyak betul budak-budak sekolah). Time nak turun tu ada auntie ni pakai wedges. WAH! Gila ke hapa. Lepas tu mula lah jalan tak stabil. Padan muka. Kah kah, Then cari tempat duduk untuk Take 5+10+10 sebelum berangkat pulang ke Melaka Sentral. 

Memacam gelagat boleh tengok disini. Also ada satu Muzium dekat sini tapi aku lalu je kan. 

Then pukul 6 sampai Melaka Sentral. Yet again time nak beli tiket. Ok naik sekarang! *Mini heart attack*. kah kah, Tak tau Lucky ke hapa. Hop on the bus then go straight home! Walaupun penat gila tapi this will be  one of the most memorable experience ever! =)

Ayuh mari ke Melaka!

Next time kalau ke sini lagi. Nak pergi either Zoo Melaka/Taman Mini Malaysia/A'Famosa Resort Melaka.

P/s: Sini ada satu tempat nama dia Surau Warisan. Which is dekat dengan Air Pancut Victoria tu. So tempat beribadat should not be a problem. =)