Wednesday, November 20, 2013

Playlist Musim Tengkujuh

It's winter already!! (Baca: Musim Tengkujuh). Release all those sad, melancholy, meroyan type of songs!! RELEASE IT ALL!


These are some of the songs that were included in my playlist for this winter (Baca: Musim Tengkujuh). Prepare yourself to be swallowed by the depth of despair. 


+Bonus


Monday, November 18, 2013

Bukit Broga Ditawan

Selepas beberapa siri drama, pergaduhan membabitkan kata-kata nista, akhirnya rancangan untuk mendaki Bukit Broga berhasil jua. A group of people, lets just called it as BBD Team berjaya mendaki bukit Broga pada Sabtu, 16 November pada jam 7-8 pagi selepas seminggu perancangan yang rapi.   

Mula-mula perancangan awalnya nak gerak pukul 6 pagi. Tujuan utama dia pun bukan nak tengok matahari terbit tapi menakhluk puncak bukit. Jadi tak kisah lah gerak pukul berapa pun tapi bukan lewat sangat nanti panas. Tapi last-last minute BBD Managemnet Team decided untuk gerak pada jam 5 pagi pula Ok 5:20 pagi. Maka dari Selangor ataupun Seksyen 13 lebih tepat lagi ambil masa lebih kurang sejam saja nak sampai. Jadi tambah tolak sampai lah lewat pukul 6 pagi. 

Sampai-sampai lepas parking semua (parking dekat tepi jalan tar luar sebab sebab kalau parking dalam kawasan kelapa sawit kena caj. Budget trip okay), dengan mata masing-masing masih lagi mengantuk lepas tu dalam hati mula menyesali perbuatan ini kalaulah dekat bilik dah boleh berguling-guling dalam selimut woi!.

5 minit pertama was quite ok. Tapi selepas 10 minit macam tu masing-masing dah mula start berdegus seolah-olah tak cukup oksigen dan daripada satu kumpulan BBD yang bersatu mula berpecah jadi dua.

i. Team BBD Flawless I
ii. Team BBD Datin-Datin II 

Dan aku of course termasuk dalam Team Flawless I bersama-sama 2 members yang lain dah mula pelik mana pergi Team BBD Datin-Datin II? Dah give up ke? Tergolek dalam gaung ke? And we waited, and waited since we kan setiakawan liddat until a moment that we can't wait any longer. The journey must go on!.

Seperti Frodo dan kawan-kawannya mendaki Mount Doom untuk memusnahkan One Ring macam tu lah keadaan kami semua. Gigih mendaki walaupun ada yang terkorban, dan selepas 40++ minit. We've made it!



It was amazing. The scenery was flawless. Kabus pagi dia seakan-akan lautan laut merentasi setiap pelusuk alam. Memang kena tengok dengan mata sendiri baru boleh faham. Memang tak sia-sia naik. Lawa

Dan paling best bila Team Datin-Datin yang kita orang ingat dah berputus ada patah balik turun mungkin pergi makan aiskrim dekat kaki bukit sebab tak larat nak naik tetiba muncul. Fuyooo! Perasaan best bila the whole team berjaya mendaki bersama-sama. Walaupun tak physically fit tapi berbekal dengan semangat yang waja, they've done it. Syabas! Bonggol ketinggian 400 meter telah berjaya ditawan.


Perjalanan diakhir dengan menikmati sarapan pagi menu nasi lemak dan air teh ais di Semenyih. The irony.

Thursday, November 14, 2013

How I Miss Outrageous List

Ingat lagi tak dengan Outrageous List? Dimana list yang aku buat pada tahun 2012 untuk membuat aktiviti-aktiviti yang macam out of the box. Disebabkan dah perasan dulu kehidup agak dull, hari-hari ulang benda yang sama saja. Tak ada pencapaian yang membanggakan langsung justeru itu aku mula berniat nak buat sekurang-kurangnya lima aktiviti yang macam mulut tercakap "Outrageous! when I move my body". "Wow! Tak sangka aku buat benda ni".

Tapi last-last berjaya buat hanya buat dua saja. Mungkin dah rezeki kan. So here's the two things that I managed to do last year. Konon-konon macam ala-ala Down Memory Lane sikit.

#1 Big Bad Wolf 2012


Dari Johor ke Selangor dan pada masa yang sama semua orang dalam mood final exam ko pulak sorang-sorang pergi semata-mata untuk dapatkan buku-buku murah. Gigih tak gigih? Memang gigih. Oh, aku ada bagi tau ke aku bermalam dekat event tu. Lebih kepada merempat di tepi longgokan buku lebih tepat lagi.

More details : Trip to BBW 2012

#2 Melaka Bandaraya Maju 


Yang ni aku rasa pengalaman yang kalau boleh nak kabo ke semua orang bagitau. Ibarat ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Riak betul. Padahal orang lain pergi luar negara pun tak kecoh macam tu pun. But this was amazing experience weh. Siap buat dua parts sebab banyak gila nak tulis padahal pergi sehari je pun.

More details : i) Trip to Melaka Part I
                      ii) Trip to Melaka Part II

Tahun ni? Takde weh takde! Sebenarnya aku baru perasan aku tak buat lagi. Mungkin disebabkan sibuk? I don't know dan dengan berbekalkan sebulan lebih sebelum masuk 2014 ni, sempat lagi ke kalau buat?

WZ, hendak seribu daya bukan? 

Tuesday, November 12, 2013

PERFUME Special: Sweet Refrain PV Short Version Dah Keluar + Sedikit Bebelan Mengenainya

Sedikit? *rolling eyes*

Bak kata seorang nenek tua ni, "Time goes by so slowly for those who wait". Ayat ini betul-betul tepat kena pada detik permulaan PV "Sweet Refrain" (SW) dengan A~Chan, Nocchi dengan Kashiyuka masing-masing memegang jam bulat yang putih dibeli sempena promosi buy 2 free 1 di Ikea sekaligus menunjukkan perasaan sebenar aku untuk mendengar full audio single ini dalam versi High Quality. Tapi macam biasalah selagi belum sampai 27hb ni memang tak dapat lah nak dengar melainkan versi low quality/radio rip semata. Oh by the way mereka dah keluarkan short version untuk PV SW ni. Check it out! 



Ini adalah adegan-adegan yang aku rasa menarik dan penting untuk di'highlite'kan berdasarkan short version PV diatas dalam bentuk minit.

Minit 0:01 = Kemunculan jam Ikea (flawless!!)
Minit 0:15 = Tiga-tiga buat pose berdiri seolah-olah mengingatkan masa itu emas sambil jarum jam berhenti pada waktu-waktu tertentu. Metaphor menunjukkan tarikh birthday masing-masing. Hey! Celebrity the just like us. Suka kepochi tarikh birthday!
Minit 0:19 = Aksi membaling bola secara bergilir. Nampak macam perbuatan sia-sia tetapi setiap kali bola mengenai lantai dia matching dengan bunyi rentak lagu. Details people! Details!
Minit 0:22 = Tarian aku-buat-dulu-nanti-ko-ikut (ABDNKI). Definitely one of PERFUME's signature dance!
Minit 0:30 = Reference to Nee dance
Minit 0:35 = Tarian unggun api.
Minit 1:14 = Bola yang dibaling Nocchi jadi slow, reference to special effect dalam Magic of Love
Minit 1:16 = Mah favourite scene!!

Ingatlah! PV PERFUME tidak sia-sia belaka! Semuanya bermaksud! And their costume is awesome. Tak sabar nak tengok Full PV.

Lepas tu sekarang baru sedar kenapa PERFUME macam rushing nak keluarkan single ala-ala low tempo padahal baru sebulan LEVEL3 keluar rupa-rupanya sebab nak winter kan! (read:musim tengkujuh). Release all those ballad/melancholy songs!! Ingat Starbucks saja ada air baru ke sempena winter??

Dan aku tak akan pandang jam bulat dengan pandangan yang sama lagi. Mesti nanti nak pose kalau jumpa satu. I but prefer this clock tho,

Sunday, November 10, 2013

Hirupan Pertama: Starbucks' Cranberry White Chocolate Mocha Frappuccino


Dekat Malaysia kalau dah nak waktu masuk winter (baca: musim tengkujuh), semua company yang HQ based at America, UK etc akan eksaited buat macam-macam promo nak sambut Krismas padahal macamlah ramai sangat nak sambut dekat Malaysia ni kan. Starbucks tak terkecuali juga dengan memperkenal seleksi rangkaian minuman baru beserta dengan hiasan deco kedai yang semua merah-merah belaka macam preparation kut-kut Santa Claus nak datang buat surprise visit. Masa nak tunggu order siap dia punya urge nak buat choral medley lagu-lagu krismas kuat betul. Mujur waras masa tu.  

Okay kembali kepada topik yang sebenar, aku sempat merasa yang Cranberry punya. Dimana rasa dia uh-mazing! Like literally agak lah nak menggelupur bila minum. Base dia rasa macam kopi (kewujudan mocha of course) tapi lembut. Tak kuat. Macam versi kopi manja-manja. Mungkin ditambah lagi dengan kewujudan white chocolate itu sendiri membuatkan rasa dia agak lembut. Senang cerita rasa pahit tu ada tapi tak over sangat and it's kinda sweet. 

Topping dia pula aku pilih untuk letak Whipped Cream. Lepas tu dia letak Cranberry sauce dengan sedikit taburan gula kristal kasar perisa Cranberry. Lepas dah kacau semua bagi sebati. Suprisingly walaupun sos Cranberry dia sikit tapi memang terasa betul. Macam eh baguslah macam ni. Tak lah macam Caramel yang ada dekat Salted Caramel Mocha Frap tu. No function at all *rolling eyes*. 

Semasa hirup tu selain daripada ko dapat rasa tekstur dia kasar-kasar sikit disebabkan dengan kehadiran gula krystal tiba-tiba ada rasa macam plastik. Plastik yang bungkus-bungkus makanan tu. Macam eh? Ada plastik ke dalam air ni? Barista terblender sekali ke dengan plastik. Rupa-rupanya kulit buah Cranberries! Oookay.

Kesimpulannya: 

Base: White Chocolate + Espresso (Mocha) + Steamed Milk  = Lembut-lembut pahit manis. (lol) 
Toppings: Whipped Cream + Cranberry Sauce + Crystallized Cranberries Sugar = Buat dia lagi extra lemak dan manis.

Kalau biarkan frap ni cair. Memang lagi manis rasa dia Rasa kadang-kadang bila minum asyik jeling-jeling kaki. Sebab kalau diabetes kena potong kaki. HAHAHA. Tapi tak terkejutlah memang Starbucks frap dia jenis manis-manis belaka.

And to be honest aku rasa kalau dia buat Vanilla Cranberries Frap pun ok juga. Macam fokuskan rasa Cranberries tu dan nyahkan kewujudan Mocha itu sama sekali but overall this beverage is quite good okay and expensive. RM18. o.O 

Next time nak minum air ni nak duduk dalam kereta lepas tu pasang aircond paling sejuk (berangan winter), kunci pintu semua dan pasang lagu Unconditionally kuat-kuat lepas tu meratap. Goodbye!

Wednesday, November 6, 2013

Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tunas Lidah (Edisi November 2013)

Hi! I'm back after a week or so of holiday. Maka tibalah tradisi blog ini untuk membuat senarai makanan dan minuman yang perlu dirasa oleh tunas lidah. Tercapai ataupun tidak itu belakang kira. Yang penting kita mesti berani bermimpi untuk merasai pelbagai jenis makanan didunia ini. Sebenarnya nak buat lawa-lawa list ni buat dalam bentuk poster yang menarik macam dalam entry ini ke at least. Tapi memandangkan sekarang tengah guna laptop orang yang kalau nak install software yang simple pun nak kena permission administrator((traitor!)) bagai, memang tak lah aku gigih nak buat. Jadi buat dalam bentuk list yang ala-ala amatur zaman 2010 cukuplah ye? 

Oh by the way 'Tunas Lidah' ye bukan 'Tuntas Lidah'.

1.  +Wondermilk Cafe's Cupcakes
Kata lah gedik ke apa-apa ke sebab mengada seorang lelaki makan Cupcakes. Peduli apa! Ko bayar ke? Tak kan. Pffft! Sebenarnya dah aim nak masuk kedai ni lama dah. Sebab decoration dalam ni bukan main lagi interesting. Tapi memandangkan ko hanya blogger picisan lagi tidak berbudget tinggi maka mampu tekup muka dari luar cermin kedai ni sajalah. Rumours (has it) kata bukan main mahal lagi benda ni. Untuk 4 cupcakes comel loteh ni harga dalam belas-belas juga lah. *gasp* 

2. Starbucks' Cranberry White Chocolate Mocha & Toffee Nut Latte


Jingle bell jingle bell, jingle all the way. Grab your winter coat, grab your mitten cuz it's winter already!! (cakap gaya western celup urban). Dalam ketiga-ketiga air baru keluar ni yang paling aku berkenan nak rasa yang tengah-tengah tu. Cranberry-whatsoever-panjang-noo-nama-dia ni sounds delicious. SOUNDS jelah. RAsa tak tahu lagi. Nanti dah rasa jangan risau weh! Akan ku kongsikan perasaan rasa tersebut dalam medium perkataan khusus untuk perkongsian kita bersama. 



*meroyan*

Any flavours will do. Ni pun duk perati dari dulu tapi tak tercapai-capai impian nak merasa. Bawah RM10 kut sebatang (padanlah tak merasa). Dia ais krim tapi dalam bentuk-bentuk menarik. Lepas tu perisa bukan main banyak lagi dengan menggunakkan bahan-bahan semula jadi. Ais krim eco friendly macam tu.

Tengok! Bukan main semua benda manis-manis belaka. (34sen!)

+BONUS!

Keropok Lekor


Laugh all you want. I just need this isi ikan campur tepung yang diimport daripada Kelantan ataupun at least dibancuh oleh orang Kelantan in my mouth right now. Versi crispy of course. .