Sunday, September 15, 2013

Hirupan Pertama: Starbucks' Salted Caramel Mocha Frappuccino

Sebagai pengikut rangkaian minuman air kopi 'Starbucks', maka setiap kali ada air baru yang akan keluar wajiblah diri ini mengambil kisah dan melupakan seketika kewujudan air-air percuma di pantry pejabat. Kepedulian ini bermula minggu lepas di mana Starbucks mula mengeluarkan 'teaser' di Instagram mereka.

Tekaan aku: Perisa air (coffee related) terbaru sama ada untuk kategori Frap ataupun Hot Beverage. Duh! Terang-terang letak biji kopi kut.

Maka keesokon harinya;


Not one! But completely 2 different flavour! (perisa kopi sudah tentunya walaupun hati ni berharap non-coffee stuff). Disebabkan aku ialah a big fans of their frap. Maka sudahlah semestinya aku akan rasa Salted Caramel Mocha Frappucino (SCMF) terlebih dahulu dan bukan benda lain. (Walhal sebelum order mula bercanggah nak order Green Tea pula. Dasar bisikan syaitan).

Tetapi macam biasalah aku ni skeptic sikit dengan coffee stuff. Bagi aku kopi adalah salah satu minuman yang macam minuman yang dipergunakan untuk kepentingan sendiri bukan untuk tujuan guilty pleasure. Sama ada untuk menjadikan diri kekal berjaga semasa bekerja ataupun memandu, Kopi/nescafe is a must. Selain daripada waktu tersebut 'Hello~~ Milk Tea'. 

Maka selepas hirupan pertama SCMF.

The salt effect
Izinkan aku menghuraikan perasaan dan rasanya dalam bentuk point;

  • Rasa kopi tidak terlalu kuat. Maka tidak pahit dan boleh ditelan. (Alhamdulilah tak membazir duit membelinya). And I do think the caffeine is not that strong enough sebab time memandu dikala tengah malam biji bola mata dah start meragam minta ditutup. 
  • Ada campuran gula dan garam. Like literally. Kau akan rasa kewujudan garam tersebut tapi dia muncul kadang-kadang. Bila terasa macam ada tekstur batu kecil(?) ko rasa macam eh ni garam ke? Tapi rupa-rupanya gula. Then selepas beberapa hirupan seterusnya, eh ni gula ke? Rupanya-rupanya garam. Nampak tak permainannya disitu? Oh dan garam ini bukan garam masakan dirumah. Ia masin tapi bukan masin melampau. My advice please kacau whipped cream (kalau letak) sampai sebati kerana garam dan gula diletak di bahagian atas. You won't taste it until you stir it well.  
  • Caramel hanyalah hiasan semata-semata walaupun nama dia terletak selepas Salted. 
Oh! Dan SCMF bukan hanya dalam bentuk blended sahaja tetapi sama ada ais ataupun panas. And I bet rasa dia akan lain-lain.

Info Tambahan:

1 comment:

fay said...

Fuh. Terus mengidam