Monday, November 18, 2013

Bukit Broga Ditawan

Selepas beberapa siri drama, pergaduhan membabitkan kata-kata nista, akhirnya rancangan untuk mendaki Bukit Broga berhasil jua. A group of people, lets just called it as BBD Team berjaya mendaki bukit Broga pada Sabtu, 16 November pada jam 7-8 pagi selepas seminggu perancangan yang rapi.   

Mula-mula perancangan awalnya nak gerak pukul 6 pagi. Tujuan utama dia pun bukan nak tengok matahari terbit tapi menakhluk puncak bukit. Jadi tak kisah lah gerak pukul berapa pun tapi bukan lewat sangat nanti panas. Tapi last-last minute BBD Managemnet Team decided untuk gerak pada jam 5 pagi pula Ok 5:20 pagi. Maka dari Selangor ataupun Seksyen 13 lebih tepat lagi ambil masa lebih kurang sejam saja nak sampai. Jadi tambah tolak sampai lah lewat pukul 6 pagi. 

Sampai-sampai lepas parking semua (parking dekat tepi jalan tar luar sebab sebab kalau parking dalam kawasan kelapa sawit kena caj. Budget trip okay), dengan mata masing-masing masih lagi mengantuk lepas tu dalam hati mula menyesali perbuatan ini kalaulah dekat bilik dah boleh berguling-guling dalam selimut woi!.

5 minit pertama was quite ok. Tapi selepas 10 minit macam tu masing-masing dah mula start berdegus seolah-olah tak cukup oksigen dan daripada satu kumpulan BBD yang bersatu mula berpecah jadi dua.

i. Team BBD Flawless I
ii. Team BBD Datin-Datin II 

Dan aku of course termasuk dalam Team Flawless I bersama-sama 2 members yang lain dah mula pelik mana pergi Team BBD Datin-Datin II? Dah give up ke? Tergolek dalam gaung ke? And we waited, and waited since we kan setiakawan liddat until a moment that we can't wait any longer. The journey must go on!.

Seperti Frodo dan kawan-kawannya mendaki Mount Doom untuk memusnahkan One Ring macam tu lah keadaan kami semua. Gigih mendaki walaupun ada yang terkorban, dan selepas 40++ minit. We've made it!



It was amazing. The scenery was flawless. Kabus pagi dia seakan-akan lautan laut merentasi setiap pelusuk alam. Memang kena tengok dengan mata sendiri baru boleh faham. Memang tak sia-sia naik. Lawa

Dan paling best bila Team Datin-Datin yang kita orang ingat dah berputus ada patah balik turun mungkin pergi makan aiskrim dekat kaki bukit sebab tak larat nak naik tetiba muncul. Fuyooo! Perasaan best bila the whole team berjaya mendaki bersama-sama. Walaupun tak physically fit tapi berbekal dengan semangat yang waja, they've done it. Syabas! Bonggol ketinggian 400 meter telah berjaya ditawan.


Perjalanan diakhir dengan menikmati sarapan pagi menu nasi lemak dan air teh ais di Semenyih. The irony.

5 comments:

Liyana Lunia. said...

KEMAIN KAU TAWAN BUKIT BROGA! AKU JE BELUM BERKESEMPATAN NAK TAWAN OLEH FAKTOR-FAKTOR KESIHATAN :(

blog-tips-kurus said...

selamat ye parking kat luar tu?

cEro said...

Adakah ini akan masuk dlm Outrageous List?

Aku dh lama nak naik Broga, tp sentiasa tak ada kesempatan...

ayumiyoshida said...

Hahaaha. Baru paham mana datang team datin datin.

Datin Z said...

Shadapppppp youuuuu!

At least datin meneruskan perjuangan walaupun lambat sampai. Datin yang xberputus asa gittuuu!