Wednesday, March 27, 2013

Rambling #7

Selalunya bila bergaul dengan 'generasi yang lebih muda' aku selalu cuba untuk merapatkan jurang umur dengan mengelakkan diri daripada dipanggil dengan panggilan "Abang (Insert name here)". Selalunya untuk mengelakkan situasi awkwardness dan berasa senang untuk berbual. (Kadang-kadang in denial juga berlakon muda lol!)

Plus, I tend to let my personality loosen up a little bit. Not acting to stiff/firm among them. Macam anggap mereka rakan sebaya. Tapi apa yang aku perasan lepas meng'apply' this sort of thing for several weeks misi aku tercapai tapi sebaliknya aku tak rasa seperti dihormati. Bukan kes bercakap biadap etc macam tu. I don't know. Cuma perasaan aku tak rasa dapat respect yang sepatutnya. Tak tahu nak jelaskan respect macam mana yang aku kehendaki. I just feel it.

Jadi disebabkan kurang dalam seminggu ini, surrounding aku akan berubah sedikit and I've got some wide prospect job to be done thus I'm taking this chance to be more firm but of course in a moderate level. And maybe, maybe I might gain the respect that I really want to in the first place.

P/s: First time rasa terkejut yang bukan dibuat-buat sebab last entry ialah Khamis lepas. Aku ingatkan baru dalam 2-3 hari lepas baru update. Oh! Time flies so fast!


Saturday, March 23, 2013

Rambling #6 (Edisi Earth Hour)

Sejak kebelakangan ni dah jadi macam journal pulak blog ni. Gambar pun tak letak. Lepas tu kalau tak update pasal shodate mesti rambling. Kalau tak rambling mesti shodate. Macam tu lah kitaran dia ulang-ulang. Kadang-kadang up entry emo. lol.

Tapi tu lah sejak dah menjadi 'pekerja' ni  life jadi busy sangat sampai nak fokus 100% buat entry secara kreatif pun tak boleh. Kalau sempat pun buat yang seringkas mungkin. Hal yang sama terjadi bila aku teringat yang hari ni ada event Earth Hour. Sejurjurnya lewat malam semalam masa nak tidur. Since blog ni tiap-tiap tahun sambut event ni rasa macam tak best pulak tahun ni tak buat. Tak sempat to be honest.

Kalau macam tahun-tahun lepas, siap sempat lagi buka photoshop lepas tu buat header amatur konon-konon  nak menyokong lah sangat. Letak bumi seketul dekat situ. Lepas tu gelapkan blog dengan pilih tema background hitam. Semangat betul.


Dan untuk tahun 2011, aku ada buat macam comic strip untuk explain this stuff. Check dekat entry dengan klik disini. (By the way aku still rasa orang lidi itu comel. Wakakakah)

Tapi tadi ada jugak kawan sekerja tanya tadi kenapa tutup-tutup lampu ni? Earth Hour tu apa?

T________________________T

Gurl~~! Earth Hour itu adalah common knowledge kut! Sepatutnya tahu walaupun tak buat ke apa. Lagi satu  ada juga depa kata kalau Earth Hour ni mesti aircond tutup, lampu tandas tutup, lampu parking kereta pun tutup. Lepas tu memasing buat muka eksaited. 

*nanges*

Depa tak paham konsep Earth Hour la ni. Idok lah sampai dia nak tutup semua lampu, aircond semua sampai membahayakan keselamatan diri. I just can't... Lagi satu, nak tanya air-cond tu sejenis lampu ke??

Oh ye, fyi Starbucks memang selalu bagi free complimentary drink untuk event macam ni tiap-tiap tahun. Ingat lagi tahun lepas emo tak dapat pergi ambil sebab tak de transport nak pergi Starbucks yang terdekat. Tapi tahun ni. KEDAI DEPAN MATA WOI! (ok metaphor. Actually deret sebelah belakang). Jadi bila dapat air hijab tea mende ntah nama dia (lol) rasa macam, "Adakah ini benar-benar berlaku? Ia seakan-akan mimpi" *mata jernih*

Dan terima kasih kepada Barista A sebab remindkan kata teh tu pahit tapi dia tambahkan gula cair(?) free ke dalam teh itu. (muka noob Starbucks).

Friday, March 22, 2013

Shodate #5

Walaupun sekarang ni environment tempat kerja dikelilingi pelbagai jenis makanan. Sampaikan kadang-kadang kalau nak pergi ke satu-satu tempat mesti elak laluan yang penuh kedai makanan tu supaya mengelakkan diri sendiri drooling disepanjang perjalanan. Nak beli, tak mampu lagi kan. 

Tapi kadang-kadang bila ada peluang beli selalu lupa bawak kamera. Jadi terlepas peluang nak kepochi dekat blog apa yang dah dirasa. Tapi boleh je kalau nak review makanan tanpa gambar tu. Tapi macam tak sedap lah ko kepochi tanpa gambar bukti. Kalau macam tu kata pernah makan 10 bucket ayam KFC pun boleh. Tipu lah mana-mana patut.

Tapi jangan lah harap-harap makanan mahal-mahal yang aku muncul. Ini adalah blog picisan yang berbudget rendah. *musik emo di belakang*. Kalau dapat review Coolblog pun dah dikira bagus untuk zaman ekonomi diri sendiri yang makan tak stabil. Ok kan? Korang tak kecewa kan? Kan? Kalau kecewa juga...... peduli apa aku! kah kah. Ok bye.

Thursday, March 21, 2013

Post Title: Unknown

Dalam diam-diam perasaan letih, penat menguasai diri. Perasaan terhibur dalam melakukan rutin harian mula bercampur-baur. Segala muslihat licik terbongkar satu persatu. Bila usaha yang dicurahkan tak dibalas dengan ganjaran yang sepatutnya, mula datang persoalan. "Perlu ke beri sampai 100% komitment?" Walaupun di dalam hati berperang mengatakan buat apa kerja pun mesti ikhlas. Tak kira kerja itu sekecil mana pun. Tapi sampai bila? Rasanya memang tak lama. Tapi kemana arahnya arah tujuan selepas ini?  

Friday, March 15, 2013

Rambling #5

Sejak bekerja sebagai sales assistant dekat satu butik menjual pakaian ni (nama butik terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan, lol!) aku rasa jadual kehidupan aku makin tunggang langgang. Kebanyakkan jadual pula jenis pergi pagi habis malam. Kalau yang dapat full time memang masak ah lagi-lagi jenis dua hari berturut-turut. Rasa macam prinsip hidup dah jadi macam 'I was born to serve people!!' Kah kah. Jadi memang langsung tak ada life untuk dinikmati dah. Projek Botani pun ntah kemana. Nak siram 2 kali sehari pun macam dah tak sempat dah. Apatah lagi nak luangkan masa tulis entry. Tapi akan ku gagahi juga demi memuaskan kehendak nafsu menulis ini. lol.  

Secara jujurnya dalam diam aku macam agak enjoy buat kerja ni. Beri khidmat servis penjualan semua. Tawar dan cadangkan orang apa yang terbaik untuk pelanggan (mostly bodek). Jadi secara tak langsung kemahiran bersosial pun boleh meningkat. Tambahan pula customers pun datang daripada peringkat umur yang berbeza-beza. Belum lagi termasuk dengan customer luar negara lagi. Macam-macam kerenah ada. Nak ini lah nak itulah. But for me semua tu pengalaman yang aku rasa memang tak boleh dibeli dengan duit.

Tapi memang tak dinafikan kadang-kadang (lately ni aku rasa tiap-tiap hari) bila tengok customer datang yang jenis pakai uniform syarikat diorang yang ko ada mintak apply kerja awal-awal dekat situ dulu tapi still tak dapat reply apa-apa sampai sekarang rasa macam rendah diri sangat. Kecewa pun ada. Mula lah macam-macam persoalan datang bertimpa-timpa. Tapi aku sedar sekarang ni adalah peringkat dimana segala sifat-sifat positiviti dan optimistik sedang diuji. Dan aku tahu semua benda ada ketentuannya. Yang penting keep my chin up and praying for the best. 

Oh ye. Tada~~



Gambar yang aku letak dekat belakang tag nama. Cover untuk single Perfume 'Mirai no Museum'. Dia lepas pakai ni rasa semangat nak berhadapan dengan orang. lol. Tapi ada ke budak-budak sekerja kata perangai macam budak-budak letak gambar kartun. MENDE KARTUN! They literally are more richer than all of your total salary combined! Pfftt~~. These ignorant child. 

Tuesday, March 12, 2013

Rambling #4

Sebenarnya dari dulu lagi dok suspicious betul dengan kesahihan cermin ni. Ya, maksud aku cermin yang hari-hari yang kita guna dok tenung muka sendiri tu. Bagi aku perasaan dia macam jangan percaya sangat dengan apa yang dilihat. Kadang-kadang nampak kurus, kadang-kadang nampak gemuk. Jadi mana satu yang betul?

Kalau masa nampak kurus tu rasa macam berkeyakinan tinggi betul, tapi kalau nampak gemuk.. bluergh rasa memang hari tu kalau boleh memang elak daripada tengok cermin lah. Tapi sejujurnya I'm not a cermin person. Maksudnya hari-hari dok mengadap tengok benda tu. Kalau boleh elak, memang dielakkan. Contohnya macam kalau nak basuh tangan dekat mana-mana sinki restoran ke mesti tak pandang langsung cermin. Kalau boleh basuh dari tepi instead of depan cermin. T___________T

Maka persoalannya sekarang bolehkah cermin dipercayai untuk melihat bentuk tubuh badan? 

Setelah pemerhatian selama beberapa tahun (lol), aku perasan kalau tengok cermin menegak yang melintang mesti macam nampak langsing sikit. Kalau cermin yang memanjang pulak nampak berisi. Adakah hipotesis ini benar? Adakah dengan melihat cermin yang saiznya sama besar akan memberi hasil imej badan yang lebih tepat? Kalau macam tu maknanya betul lah imej aku tengok dekat cermin besar dekat kedai pakaian tadi.

Monday, March 11, 2013

Okonomiyaki

Hai! Bertemu kita kembali didalam blog yang hidup segan mati tak mahu ini. Sejak dah jadi ada karier tak tetap ni (lol) hidup hari-hari asyik balik malam aje. Jadi nak buat mende-mende lagho pun dah kurang. Maka paham-paham lah natijahnya kalau kehidupan macam tu apa kesan yang akan terjadi dekat blog macam mana. Terbiar.

Ni pun taip cepat-cepat. Jadi ayuh terus straight to the point. Waktu dinner hari tu sempat beli makanan dekat AEON. (Aku sebenarnya still tak biasa panggil AEON tu AEON rasa nak panggil Jusco juga, Jusco lagi catchy kan?).

Tada!!



Ni lah dia Okinomiyaki! Japanese dish. Dia ada dua perisa satu udang dan satu lagi sotong. Aku amik sotong sebab Takoyaki bila inti dia sotong rasa sedap pula. Jadi amik lah perisa ni since rupa dia lebih kurang macam Takoyaki juga. Tapi tak tau lah rasa dia macam mana.

Bila dah rasa memang sah rasa Takoyaki tapi dalam kuantiti yang banyak gila!! Jadi kalau korang ngidam Takoyaki tapi nak banyak, beli aje benda ni. Memang berbaloi. Takoyaki kan RM4-5 dapat lah 3 hingga 4 ketul kan. Yang ni dapat satu plate beso! Sampai tak habis.

Tapi ada juga kekurangan dia. Kuah tak de lepas tu depends dekat topping dia je. Topping dia macam helaian-helaian mende ntah yang warna cokolat tu lepas tu letak mayonis sikit. Dalam dia pulak mostly ramuan dia tepung lepas tu campur sotong dan sayur kobis. 



Bagi aku rasa dia ok lah. Memang rasa Takoyaki tapi time tu tak berapa nak panas. Jadi bluerghh rasa plain pula. Lidah dah lah lidah melayu kan. Mesti nak letak cili. Tapi kalau dia masa panas konfem sedap. Kalau keluar-keluar asap lagi bagus. Kalau time tu macam suam-suam kuku je kepanasan dia usah lah amik nanti time pergi cafe dah sejuk lepas tu start meroyan. Senang cerita bawak balik rumah reheat sendiri.

And plus yang mana lidah melayu lepas tu sibuk bising-bising kata baik beli kueh tiow lagi bagus tu usah lah amik. Memang bukan taste korang. Dah Takoyaki pun tak telan mende ni apa lagi. Bye!