Konon-konon impian bulan Julai nak jadi blogger tegar dengan menghapdate blog sekerap mungkin, kalau boleh nak setiap hari. Tapi harapan tinggal harapan dan manusia itu sungguh lemah dan fragile~~ Usaha untuk memaparkan kisah realiti diri sendiri disamping review-review yang kengkadang tak penting mana pun tapi dibuat-buat penting disimpan rapi di dalam kotak minda dibiar tak berusik.
Tapi betul la, ingat senang ke nak hapdate tiap-tiap hari. Sekali kalau datang mood meroyan sebab kucing hilang ke, timbang berat badan dekat Tesco leps tu check-check berat ko naik 5kg lepas tu pakcik belakang gelak sinis sebab ko tak hadang skrin meter tu betul-betul lepas tu dia nampak padahal dia pun sama je perut buncit ada hati nak gelakkan orang. People nowadays! *rolling eyes*. Ada ke hati nak update bagai??!! Idak ler lantas ko lebih bersemangat ke dapur untuk menaikkan semangat semula selepas peristiwa menyedihkan itu.
Jadi memang respek lah mana-mana blogger yang macam hari-hari dia update blog padahal isi apa pun tak de. Wakakah.
P/s: Kepada pembaca blog ni yes to you especially to Muslim. Selamat menyambut bulan Ramadan and to Non-Muslim, have fun dekat Bazaar Ramadan.