Wednesday, May 18, 2011

Dummies For Oreo Milk Ice Blended

Dah lama agaknya tak buat tutorial berkaitan makanan. Lepas tu update blog pun dah tak serakus dulu. Dulu kalau pasal hal kecik2 pun nak buat entry. Memang betul lah orang cakap, masa akan mematangkan kita. Cewah!! LOL!

Ok back to our topic hari ni aku nak tunjuk kat korang semua cara2 nak buat Orea Milk Ice Blended. Tau tak betapa senangnya kalau nak buat sendiri! Tak perlu amik short course pun nak master resepi ni. Senang aje weh! Main campur aje. Believe me! I've done it. Kalau tak tak de lah aku tunjuk. So basically ini antara bahan2 yang perlu kita ada! Kalau takde cari sampai takde. Kalau takde jugak tak payah buat.

Bahan Utama

1) Susu Lemak Rendah HL. Perisa Asli ya. Sebab ko nak buat Vanilla. Kalau nak buat Oreo Coklat ko beli perisa Coklat. Btw jangan beli brand lain. Brand lain tak sedap! LOL! 

2) Of course lah Biskut Oreo. Kalau tak de boleh panggi resepi ni Vanilla Boring Ice Blended. (Pssst! Kalau nak save budget boleh lah beli Cream-O ke ataipun beli timbang kati kat kedai. Tak de orang tau pun)



3) Dan beberapa ketul Ais Batu.

Bahagian Topping *Optional (Kalau ada lagi sedap! Serious!)


1) Whipped Cream. Agak expensive lah benda alah ni. Tapi kalau ada memang sedap owh. Tak rugi beli. Tapi kalau yang reti buat sendiri boleh jimat lah tang sini. Aku tak reti buat so aku beli. 

2) Hah! yang ni optional. Nak bubuh tak pe tak nak bubuh takpe. Chocolate Rice


Cara-Cara Membuatnya

1) Amik blender. Lepas tu masukkan 2 sudu gula
2) Masukkan air susu sesedap rasa. kalau nak buat untuk sorang je tak payah lah bubuh banyak2.
3) Lepas tu masukan Ais Batu. Pastikan Ais Batu tu dalam ketulan2 kecik. Kalau nak bender melayang2 dekat dapur boleh bubuh ketulan yang besar2
4) Then bubuh Biskut Oreo dalam 3-4 keping. Kalau korang rasa "Oh! Saya rasa saya tamak!" Boleh letak lebih lagi. Tapi aku prefer bubuh sedang2 lah. Kalau bubuh banyak2 baik ko makan je lah Oreo tu senang. Remember moderation is always the best!

So rupa2 dia lebih kurang macam ni. 
So what to do next? Use your talent and push the start button for blend.


Selepas beberapa minit, Voila! You got yourself a complete recipe of Oreo Milk Ice Blended. Owh ya! Bubuh whipped cream dekat atas dia. Then sprinkle some Chocolate Rice. 

Tada!!!

Sekarang baik korang ngaku! TAK KE NAMPAK SEDAP!!! Rasa dia sejibik macam ice blended dekat CoolBlog woo! Siyes!  Ni bukan propa ke hapa.

Dan ia juga amat sesuai dihidangkan bersama dengan makan malam.

Rasa macam golongan bangsawan barat pulak. Ehem! waiter!

9 comments:

wanie said...

wow! menakjubkan! menyelerakan! menyegarkan!

eh cemane nak masak yg dalam pinggan tu pulak? tak nak buat tutorial cemane nak goreng dalam pinggan tu?

ekekekekekekeke :P

Anonymous said...

Ish very unhealthy dinner!!!Damn baca memalam nih,dh buat aku terliur lak....

-Star-(malas nak sign in google,LOL)

'Izzati said...

ko mmg. aku macam nak diet tanak makan makanan berminyak tapi fries tu nampak menggoda sungguh!

Liyana Lunia said...

tahu tak engkau punya recipe lagi perfect kalau ada black pearl tu OH TERLIUR PULAK AKU SKRG DEMDEM

nesa said...

ow..mak iah..sdp tu ^^

ayumiyoshida said...

wah menggoda gitu sedap weh sedap buat aku rasa nak try sekarang. btw ini entry 12 pagi ni ais blended utk supper ke, keh keh.

"Dulu kalau pasal hal kecik2 pun nak buat entry. Memang betul lah orang cakap, masa akan mematangkan kita."

lagi satu sebab, benda kecik semua ko da meroyan kat twitter kan? haha

Fay said...

haha @ayumiyoshida90 "benda kecik semua ko da meroyan kat twitter kan? haha" LOL!

entri ni memang sengaja mengundang keinginan untuk makan sebanyak mungkin haha

WZulhilmi said...

@ wanie
ko klu komen ayat tak boleh blah mmg tak boleh kan. hahaha, yg isi dlm pinggan tu x pyh tutor. ko masukkan aje dlm minyak. klu nk dh nk trentung tu kasi angkat. mudah bukan? LOL!

@Star
ni lah cara hidup masyarakat yg moden *bercakap sambil menyilang kaki" LOL!

@ 'Izzati
diet can wait. Fulfill ur destiny. hahaha. makn je lah sikit xde bagi makna pun.

@ Liyana Lunia
klu ltak pearl kena tambah 60 sen LOL! Eh tapi boleh je latak biji sagu. =)

@ nesa
tgk pun dh sedap, rasa apatah lagi. =)

@ayumiyoshida
Ni scheduled post. klu tgh2 mlm ko nk blender mmg nk kena lah. Hahaha. eh try lah senang gila. twitter is my best friend u know!

@Fay
hidup utk makan weh! I mean makan utk hidup. LOL! eh takpe2 klu lepas tu bersenam boleh dimaafkan.

miera myrofa said...

nak satu!!! ;p