Tuesday, May 3, 2011

Biskut Kering Dah Cukup Dah Untuk Petang2 Macam Ni.

Sekarang memang wajib hujan kan kalau waktu petang2. Kalau dah pukul 4-5 petang tu mulah lah langit mendung semacam. Sampaikan kadang2 ko boleh pergi tengah padang waktu tu lepas tu cakap kuat2 "Miahahahaha *menyeringai*  Now this is the time!! Darkness will rule the world. *budget angin tiup kuat sampai jubah terbang bagi effect ahli sihir sikit* LOL! Gila imiginasi tinggi betul! = ="

Kontra dengan apa yang akan aku buat kat atas which is totally ridiculous. Aku akan duduk diam2 dalam bilik sambil menggelakkan orang dekat luar (bilik boleh nampak pejalan kaki) yang berlari laju desperate nak balik bilik dengan cepat sebab tak de payung. HA HA HA HA.  <<< Korang tak rasa ke macam pyscho je penulisan aku petang2 gini? ke ni effect tido lambat?

Never mind! Sebenarnya aku duduk diam2 dekat bilik sambil gigit-gigit benda ni.

Siapa yang boleh agak benda yang simple macam ni memang sedap kalau buat cicah2 waktu hujan. 
Teringat masa kecil2, kalau pergi rumah jiran sebelah waktu petang2. Mesti dapat makan roti ni cicah dengan teh panas. Memang sedap! Last2 habis satu pinggan habis dilahapnya (dalam pinggan tu maybe around 7-10 keping lah. Ko tengok tak betapa kebulurnya budak ni padahal kat rumah baru lepas makan nasi. Ke ni memang sindrom kalau kat rumah orang semua makanan jadi sedap). Dasar budak tak berbudi bahasa dekat rumah orang LOL! Ok ok lah sekarang pun still buat lagi. Tapi rumah jiran je. Rumah orang lain sangat menjaga adab tatasusila sebagai orang timur. 

Tak tau lah lately ni suka sungguh ingat memori2 masa kecil. Masa berlalu dengan cepatkan? Sampaikan kita tak sedar yang kita ni dah nak cukup syarat untuk mengundi. (No pun intended to those who are still underage).

Korang perasan tak biskut kering ni dulu memang macam jadi satu menu wajib kalau kita pergi rumah2 orang kampung melayu pada waktu petang. Lepas tu ada lah jugak hidang kuih macam karipap, cucur badak (LOL! tadi nak tulis kuih badak sumbu. Lepas search baru teringat Cucur Badak). Ahhhh!! heaven on earth! Memang best pergi rumah orang. Wakakakah.

Packaging contoh untuk siapa2 yang nak bukak kedai bakery.

So guys. How do you eat this Biskut Kering? For me cecah dengan Teh or Milo Panas is perfect enough! Or korang ada cara yang lagi best nak kongsi? Maybe makan dengan aiskrim? or sapu dengan Nutella(?).

10 comments:

wanie said...

biskut gula macam ni sedap buat cicah dgn air milo.

biskut kering hup seng tu kalo sapu dgn jem strawberry memang terangkat!

petang2 mcm ni aku masak spagetti carbonara. meh datang umah meh. hujan2 macam ni sedappp mkn benda2 panas~

khairunnisa ♥ said...

suka biskut kering macam tu je ^_^ prefer yang creamer..

or cicah dengan teh o panas ;)

Fay said...

sebelum apa-apa nak cakap, WAAAA! BLOG DAH MUKA BARU! :D hehe cantik, nampak kemas. header tu pun kemas. woahhh! siap ada twitter lagi tu. wah da selangkah maju ke depan. *clap-clap*

ooh biskut kering aku selalu makan sambil cicah air teh 'o'. haha kadang-kadang aku letak serbuk milo atau peanut butter dengan coklat lepastu kepit dan makan. :P

napeace™ said...

Wah dah tukar layout baru. Simple & just nice. Eh suka One Piece & Bleach ea? *high-fives

Hurm.. selalu cecah ngan air Milo or teh je. Kalau ada peanut butter boleh lah bedal sekali. Kalau ada nutella lagi ahh oh nikmat gila.

'Izzati said...

selalu aku makan cicah air milo panas je.. tapi kadang2 mood tengah malas nak bancuh aku makan dengan susu pekat sajoo!

star said...

Bestnye!Berbaring2 d katil sambil melayan lagu2 feeling LOL...
Gila xde keje gelak2kn org haha
Weh cam lama gle xkomen kt sini...
Biskut cicah dgn nescafe panas!Fuh nikmat!BTW skg pun aku tengah gle makan kraker tuh!hehe biskut cap ping pong!(teringat iklan dulu2<--i feel old,dan saya dh daftar ye hehe)

WZulhilmi said...

@ wanie
wow! sphagetti! Tapau satu bungkus please. extra cheese! =P

@ khairunnisa ♥
teh o panas. yummy!! pikir pun dh lapar..

@Fay
thanks
Oh kepit dgn butter. ak selalu dgn nutella. habis depan belakang aku sapu. tak ke tamak tu. LOL!

@napeace™
yup! like that anime.
semua suka cicah dgn teh o panas kan. bend ayg simple tapi sedap.

@ 'Izzati
owh! aku mood malas makan gitu je. wakakah

@star
ko mmg dh lama tak komen. sejak dpat masuk antm kemain lagi dah. Wakakah. biskut cap ping pong dgn hup seng popular kan. kenapa x de melayu nk buat?

Nesa Wazir said...

biskut ni klu banyak x terusik, tp cube klu ade 2 3 keping mesti berebut :D

try pakaging gune penyepit baju lak. besh.ehehe

miera myrofa said...

dulu balik kmpg aku suka cicah biskut jagung dgn kopi!
perghhh layaann!!!
skrg atuk dh x de..biskut jagung cicah kopi pon dh lama x buat..huhuhu ;)

biskut gula cicah teh o paling sedap! air lain sedap cicah biskut lemak je...
kehkehkehkeh..tetibe aku rase mcm nk pegi beli bisku gula! haahahhaa :DD

WZulhilmi said...

@Nesa Wazir
tu mmg lumrah alam. yg sikit tu lah nk berebut-rebut. Nesa buat lawak ke pasal pengikat rambut tu? =P

@miera myrofa
so biskut ni ada lah sejarahnya tersendiri bg ko. =) yes the perfevt match for this biskut is teh O panas.