Wednesday, May 25, 2011

Nasi Ayam Di Restoran Nasi Ayam Mama (Edisi Manjung)

P/s : Entry ini ditujukan khas kepada reader2 yang dahagakan entry berunsur makanan. LOL!

Sekarang ni boleh nampak dekat kawasan daerah aku, (dekat pekan lah) dah banyak restoran2 makanan yang dah dibuka. Maksud aku restoran yang ada macam deco2 sikit dalam dia. Dulu banyak kedai makan biasa je. Janji ada meja, kerusi, TV, lantai simen cukup lah. Maybe sebab populasi dekat sini yang makin hari makin ramai so permintaan kami terhadap restoran yang cantik semakin meningkat. Cewah!

So this time around, restoran yang menjadi mangsa adalah. Restoran Nasi Ayam MAMA.

Masuk2 je tengok deco, ni mesti rege(harga) mahal ni. Keluar balikl HAHAHA.

Kedai ni basically sebenarnya 2 kedai. Kedai hujung2 dengan kedai hujung.Sepatutnya kat tengah dia ada lorong kan. Alah lorang selalu dekat dalam TV selalu ada orang jual dadah kat situ. Hahaha. Tapi restoran ni  renovate lorong buat tempat makan jugak. Konon macam outdoor view lah. Owh! banyak tumbuhan melata diletakkan. So takde lah terasing dengan 2 kedai sebelah menyebelah dia. 

So this is the menu. Aku bila dah menu dok banyak2 macam ni.  Memang dah start confius. Jenuh lah 10 minit tatap menu. Nasib badan lah ko waiter. Tapi last2 order nasi ayam jugak. LOL!

Nasi Ayam dia ada 2 jenis, which is biasa dan special dan sebagai manusia biasa memang mudah tertarik dengan perkataan "special". Tanpa membuang masa order yang special punya.

Special bermaksud disini, kuantiti ayam yang banyak gila!! Like seriously ayam tu boleh kongsi dua orang. Melainkan kalau korang ada 2 perut boleh habiskan secara solo.
Dan laksa sebagai makanan sampingan. Yang ni makan kongsi2 bukan makan sorang. Mau pecah perut. Dah lah ayam dekat nasi ayam tak habis.

 Aku pilih 3 layer tea sebagai penghilang dahaga. THIS IS MY FEVERET! Sebab first time rasa kan. Lepas tu siap bungkus satu bawak balik.  LOL!
Eh! Hari ni Rabu kan? Patutnya nak buat Entry Wordless Wednesday! 

Tuesday, May 24, 2011

#1 P Is My Priority! | Prologue




Saya berdoa agar sepanjang tempoh amali saya akan memperolehi ;
  • Tutor yang baik hati serta tidak jemu mengajar
  • Tutor yang penyabar
  • Tiada biawak atau anjing melintas sepanjang latihan
  • Kenderaan yang cukup sifatnya
Amin.


Monday, May 23, 2011

Mari Mengenal Haiwan! (Edisi Zoo Taiping)

Sepatutnya entry ni nak buat malam tadi. Tapi buat punya buat tak boleh pulak upload gambar. Berukband buat hal. So terlambat sikit nak post. Tapi better late than never kan?

After like satu jam setengah bertolak dari rumah akhirnya sampai jugak ke destinasi yang dituju, (maybe lah kut , aku TERtido time tu. so tak perasan sangat berapa jam. Ehem!) iaitu ;

ZOO TAIPING!!

Korang akan nampak signboard ni sebelum masuk main entrance ok. Ada playground dengan sekolah depan dia. So memang tak susah nak notice.
Excited ooo! Bukan selalu nak tengok binatang2 ni. Bukan nya kalau bukak je tingkap ko boleh nampak zebra berlari2 ketakutan kena kejar dengan harimau sambil diperhatikan gajah2 dari tepi. Expect if you lived in Safari Africa lah.

This is the main entrance together with the ticket booth just behind the signboard
So harga tiket adalah ;

Dewasa : RM12
Kanak 3-12 tahun : RM6
Warga Emas : RM10

Harga dia jauh lagi murah daripada Zoo Negara maybe disebabkan Zoo Negara tu official punya Malaysia Zoo. Lagipun haiwan2 kat situ pun banyak lah. Tapi both sebenarnya sama je. Except Zoo Taiping kurang haiwan marin macam penguin, sea lion etc.

Apa yang perlu dibawa:

#1 Air masak 
You really need this. Sebab Zoo dia kemain banyak jalan. There is a lot to see. Nanti jangan salahkan aku kalau korang nak teguk air kat kolam buaya sebab tak bawak air. Oh ya boleh bawak makanan luar. Macam jajan ke cotton candy ke tapi aku suggest tak payah lah bawak. Korang tu datang nak tengok binatang bukan berkelah!

#2 Pakaian yang bersesuaian
Like seriously I juat saw this lady wearing a complete set of Baju Kurung with heels. Ada kenduri ke dalam zoo yang aku tak tau? Kalau nak pitam tengah jalan korang pakai lah macam tu.


So this is the map. Malangnya time aku pergi tu aku tak  jumpa pun  sebarang map kecuali sign board yang kabur tak kabur je tunjuk ni kandang. Rugi sebenarnya sebab aku dah terlepas beberapa kandang yang penting. =(


Masuk2 je terus wajib kena naik train bergerak maybe sebab nak pihak zoo nak kenalkan kita dengan persekitaran zoo tu dulu then baru bagi kita jalan sendiri. Time tengah naik train tu driver akan perkenalkan haiwan2. Which is not helping at all. "Tu dia ada, tu dia ada buaya dekat sungai", "Hah! Ini harimau.", "Gajah2 disebelah sini". LOL!



Ini antara yang sempat amik masa nak ride tu. Tak jelas lah sangat sebab kamera zoom tak power beno. Lain lah kalau ada DSLR which is semua orang bawak time tuh! But I don't really care. Hahaha

Got elephant, some monkeys, buaya and flamingoes.

Lepas about 10-15 minute rides baru kitaorang dibenarkan berjalan sesuka hati!! And guess what kitaorang time tu sangat lucky sebab pekerja2 tengah bagi makanan dekat haiwan! And mostly semua haiwan akan berkeliaran berdekatan dengan pagar kandang. Which is easy for me to a catch their pictures.  

And jeng jeng! Gajah pun keluar kandang ooooo time tu!

It's huge!!!
Dan pengunjung diberi peluang bagi gajah ni makan sendiri dan ehem! ehem! aku pun tak lepaskan peluang lah! Asyik bagi kucing makan aje nak jugak bagi gajah pulak.

And it was a total failure!!! I drooped the food. Gajah punya lidah banyak besar ooohh!  LOL!
Lepas tu sambung balik jalan2 dan jumpa

urmm... saudara rusa, badak sumbu 

Tapir kesepian (sekor je kut, kesian gila), kancil
Some birdies. Their bulu pelepah are totally clean! Rasa nak pegang kuat2 sampai pecah.
Kawan Syira Mansor 

Unta! Special face shot! hahaha

Some fishes, flamingoes, ostrich 
dan banyak lagi. Oi jenuh nak tepek gambar satu2. Kalau nak tengok semua datang sendiri. And was a great time cuma tak dapat nak tangkap gambar singa sebab tak tau kat mana kandang dia letak dan juga sangkar ular. =(

And thanks to these animals sebab terpaksa korbankan kebebasan sendiri semata2 untuk jadi tatapan manusia semata2.

So kalau korang nak pergi dan ada sebarang kemusykilan boleh pergi sendiri dengan klik link aku sediakan ni,

Zoo Taiping Official Website

Saturday, May 21, 2011

5 Random Things

Honey Honey Baby 
Honey Honey Baby
Honey Honey ne sarang

#1 I guess that will be the bad choice to choose as the alarm sound for my morning call. Konon2 nak try benda yang baru dengan pilih lagu bernada last2 berakhir ko tido balik sebab bunyi-dia-terlalu-romantik-dan- syahdu. Bunyi yang tipikal loceng jugak yang still efektif aku rasa. 

P/s : Why use Korean? My phone is LG btw dan aku sangat malas nak masukkan lagu2 dlm handphone so instead I'm using the provided songs.


#2 Aku benci bau dalam kereta. Lagi2 yang baru beli. Bau dia macam bau udara yang terperap selama 100 seratus tahun kemudian dilepaskan secara mendadak di dalam kereta. That's gonna make me puke.  And to make it worse when you put fragrance in it. Lagi2 Ambi Pure perasa Lemon. *Bukak tingkap!* 

#3 Can't stop listening to Hea Young Saeng "Let It Go". Like seriously. Dengan suara Hyuna yang bising tapi sedap. It's a perfect chemistry! What do I think about his voice?

V



#4 I know, I know we should always think positive. Tapi kepala ni dok pikir something worst pasal amik lesen nanti. "Macam mana kalau kereta termasuk divider?" atau "Macam mana kalau dapat pak cik perengus sebagai tutor?" atau "What if the car suddenly stop at the traffic lights?" dan "Apa nak buat kalau ada biawak melintas tengah jalan? Should stop or speed up?" I think I'm being a paranoid here. = ="

#5 It's my birthday today. So please bare with me.

Thursday, May 19, 2011

Mean Atau Means?


Tau tak kadang2 aku rasa keliru betul dengan penggunaan kata mean dengan means ni. Kedua2 perkataan macam sama tapi dua2 ada maksud dia yang tersendiri. Ni lah dilemma yang dihadapi oleh orang yang lemah grammar macam aku ni. T___T

Contoh lah aku buat ayat macam ni.

I mean you are crazy!

Lepas tu almaklum lah sebagai seorang yang cermat (LOL!) aku akan check balik ayat yang aku buat (sambil menarik sedikit cermin mata ke hidung). Lepas tu aku jumpa sesuatu yang tak kena. Bukan ke "mean" tu maksudnya kejam?? I mean this mean!!



Jadi bila nak translate kan ayat tersebut. Dia akan jadi macam ni,

Aku kejam engkau memang gila!

Walhal aku nak maksud dia macam ni,

Maksud aku engkau memang gila!

See!! Sekarang macam mana? Disebabkan dulu aku ada penyakit Saya-Malas-Nak-Check-Betul-Ke-Tak. Maka aku gantikanlah perkataan mean kepada means. Hah! Baru lah betul. *Rasanya lah*. Sejak daripada hari tu muncul lah Mr. Confident dengan menggunakan semua perkataan means dalam semua ayat yang berkaitan.

I means your pimples is really big! Yucks!

I means you are really hideous and fat.

He means that the old man is his long lost grandfather.

And you know what? Penggunaan means yang aku rasa betul dalam semua perkataan2 diatas tu adalah SALAH SAMA SEKALI!! *Bunyi petir*. Dia ada masanya guna mean atau means. Bukan semua ayat ko nak taram dengan perkataan means. 


THE TRUTH

I, you, we = mean  (First and Second person)
He, she, it = means (Third Person)

Nampak tak bezanya??? Jadi ayat yang betulnya ialah :

I mean you are crazy!

I mean your pimple is really big. Yucks!

He means that the old man is his long lost grandfather.

Sekarang selesai satu masalah. Daripada jadi Duta Makanan sekarang aku dah jadi English Teacher wannabe pulak. HAHAHA. Pardon me. Tapi benda ni sangat menggangu fikiran sekali selagi tak terungkai jawapannya. Sekarang dah selesai boleh lah aku gunakan perkataan ni secara berleluasa tanpa ada perasaan ragu2 lagi.

Wednesday, May 18, 2011

Dummies For Oreo Milk Ice Blended

Dah lama agaknya tak buat tutorial berkaitan makanan. Lepas tu update blog pun dah tak serakus dulu. Dulu kalau pasal hal kecik2 pun nak buat entry. Memang betul lah orang cakap, masa akan mematangkan kita. Cewah!! LOL!

Ok back to our topic hari ni aku nak tunjuk kat korang semua cara2 nak buat Orea Milk Ice Blended. Tau tak betapa senangnya kalau nak buat sendiri! Tak perlu amik short course pun nak master resepi ni. Senang aje weh! Main campur aje. Believe me! I've done it. Kalau tak tak de lah aku tunjuk. So basically ini antara bahan2 yang perlu kita ada! Kalau takde cari sampai takde. Kalau takde jugak tak payah buat.

Bahan Utama

1) Susu Lemak Rendah HL. Perisa Asli ya. Sebab ko nak buat Vanilla. Kalau nak buat Oreo Coklat ko beli perisa Coklat. Btw jangan beli brand lain. Brand lain tak sedap! LOL! 

2) Of course lah Biskut Oreo. Kalau tak de boleh panggi resepi ni Vanilla Boring Ice Blended. (Pssst! Kalau nak save budget boleh lah beli Cream-O ke ataipun beli timbang kati kat kedai. Tak de orang tau pun)



3) Dan beberapa ketul Ais Batu.

Bahagian Topping *Optional (Kalau ada lagi sedap! Serious!)


1) Whipped Cream. Agak expensive lah benda alah ni. Tapi kalau ada memang sedap owh. Tak rugi beli. Tapi kalau yang reti buat sendiri boleh jimat lah tang sini. Aku tak reti buat so aku beli. 

2) Hah! yang ni optional. Nak bubuh tak pe tak nak bubuh takpe. Chocolate Rice


Cara-Cara Membuatnya

1) Amik blender. Lepas tu masukkan 2 sudu gula
2) Masukkan air susu sesedap rasa. kalau nak buat untuk sorang je tak payah lah bubuh banyak2.
3) Lepas tu masukan Ais Batu. Pastikan Ais Batu tu dalam ketulan2 kecik. Kalau nak bender melayang2 dekat dapur boleh bubuh ketulan yang besar2
4) Then bubuh Biskut Oreo dalam 3-4 keping. Kalau korang rasa "Oh! Saya rasa saya tamak!" Boleh letak lebih lagi. Tapi aku prefer bubuh sedang2 lah. Kalau bubuh banyak2 baik ko makan je lah Oreo tu senang. Remember moderation is always the best!

So rupa2 dia lebih kurang macam ni. 
So what to do next? Use your talent and push the start button for blend.


Selepas beberapa minit, Voila! You got yourself a complete recipe of Oreo Milk Ice Blended. Owh ya! Bubuh whipped cream dekat atas dia. Then sprinkle some Chocolate Rice. 

Tada!!!

Sekarang baik korang ngaku! TAK KE NAMPAK SEDAP!!! Rasa dia sejibik macam ice blended dekat CoolBlog woo! Siyes!  Ni bukan propa ke hapa.

Dan ia juga amat sesuai dihidangkan bersama dengan makan malam.

Rasa macam golongan bangsawan barat pulak. Ehem! waiter!

Sunday, May 15, 2011

Tengok Sunset Dekat Jeti Lumut

Semalam bagi siapa2 yang tak tau. Blogger meroyan so memang semua orang yang berdomain kan blogspot tak boleh update blog. Lagi dasyat bila entry terakhir tiba2 hilang. Lepas tu bila keadaan dah normal balik, semua komen hilang. Oh my precious comment. T___T. Tapi tak pe lah aku tak salahkan blogger pun. Sebab selama ni diorang bagi service yang baik, cuma hari tu je lah diorang ada problem. So macam tak adil lah nak maki2 service diorang pasal hal tu sebab masa diorang punya service elok semua kita tak de puji pun. Everyone got their own bad day right?

Petang tadi pergi jalan2 ke Lumut. My official birth place. Tapi sekarang dah tak de hospital tu dah. Maybe diruntuhkan ke hapa. Btw tempat tu ada satu keistimewaan dia sendiri. And that is that place is surrounded by the ocean! wah!!! *bunyi kagum* lagi2 kalau waktu sun set. Memang lawa habis. Tak guna bebel banyak. Just  lets the pictures speak for themself.

Uh uh! Not the military ship! Tapi pemandangan pantai/tepi laut yang cantik! Especially waktu2 senja. Owh kebetulan ada kapal besar gabak tu berlabuh waktu tu. So better take this chance quickly by taking a picture!
Beautiful isn't it? Korang tak rasa ke korang macam ikan duyung/dugong bila tengok gambar ni?

Bila dah nak gelap. Langit jadi macam a little bit purple-ish.  Amazing!

Semua gambar2 ni diambil dekat Jeti Lumut berdekatan dengan Pulau Pangkor. Kalau tak tau Pangkor dekat mana sah2 korang tak skor Geografi kan? LOL! Eh btw tau tak sini banyak makanan laut kering disamping pantai2 yang memikat kalbu. LOL! Now I'm just starting to act like a tourism ambassador. = ="

Aku tak tau kenapa aku tangkap gambar nih?

Thursday, May 12, 2011

I'm Coming Home


Sadly guys aku nak bagi tau yang aku dah officially keluar daripada rancangan realiti TV. Ni yang terpaksa packing barang2 semua nih. Tak de rezeki lah nampak gayanya. Better luck next time. JYP here I come! 
Duh!!!! Korang percaya lah sangat caption berunsur attention whore tuh. Bakat takde nak masuk program realiti TV. Kalau setakat reti makan je usah lah nak berangan. Daripada dok bazir duit masuk benda2 yang konfirm2 ko tak akan menang. Baik bayar dulu hutang piutang pinjaman kerajaan ni lagi banyak faedahnya. (Which is mostly you spend for food not educational stuff = =") 

Berbalik kepada gambar diatas. Ehem (perasan tak daripada gambar bag boleh masuk pulak program realiti TV, pinjaman kerajaan semua. No wonder ko dapat markah sikit untuk section nyatakan rumusan2 penting dalam karangan). It is official guys!! The exam is ooo- vah!(over). Maknanya boleh balik ke kampung bercucuk tanam sambil berniaga tanaman hidroponik! <<<<<  Tengok! Kalau sebut kampung terus ingat bercucuk tanam lah, perladangan lah. Ingat tak de benda lain ke related to kampung. Hey! Even tempat aku pun ada 2 outlet Secret Recipe der! Ok2 tu kat pekan lah. Tapi still dalam kawasan lagi weh. LOL.

Korang nak tau tak, masa operasi mengemas bilik secara extreme subuh tadi. Aku terjumpa benda alah nih!

Kamera pakai buang ( I guess tak kan Iomo camera kut) hadiah daripada Celcom Broadband!  Benda ni gamaknya tergeletek duduk aje lah dalam kotak dalam setahun lebih ni.  Aku lupa terus. Maybe time tu aku taku t nak guna. Sebab yang ni kamera manual. Which is kalau ko tengah buat aksi bodoh ataupun mata juling. Gambar tu tak boleh delete. Lepas dah balik ni sah2 aku guna. Confirm!

Oh yes! Sorry sebab aku tak post2kan lagi reveiw novel Hvolate tu sejak.. lebih kuramg... urmmm.. SEMINGGU yang lepas! Nanti aku try publish kan dalam 2-3 hari ni. Lagi haru bila novel tu aku dah masukkan dalam kotak dan dah dihantar dekat stor kolej. HARU!!!! Mana nak buat rujukan? Cewah! Hahaha. But never mind I try my best.

So guys, doakan aku selamat sampai dekat Istana, ehem! I mean hometown. So see you guys soon!


Wednesday, May 4, 2011

Wordless Wednesday


More like Speechless Wednesday I guess.. T___T

Tuesday, May 3, 2011

Biskut Kering Dah Cukup Dah Untuk Petang2 Macam Ni.

Sekarang memang wajib hujan kan kalau waktu petang2. Kalau dah pukul 4-5 petang tu mulah lah langit mendung semacam. Sampaikan kadang2 ko boleh pergi tengah padang waktu tu lepas tu cakap kuat2 "Miahahahaha *menyeringai*  Now this is the time!! Darkness will rule the world. *budget angin tiup kuat sampai jubah terbang bagi effect ahli sihir sikit* LOL! Gila imiginasi tinggi betul! = ="

Kontra dengan apa yang akan aku buat kat atas which is totally ridiculous. Aku akan duduk diam2 dalam bilik sambil menggelakkan orang dekat luar (bilik boleh nampak pejalan kaki) yang berlari laju desperate nak balik bilik dengan cepat sebab tak de payung. HA HA HA HA.  <<< Korang tak rasa ke macam pyscho je penulisan aku petang2 gini? ke ni effect tido lambat?

Never mind! Sebenarnya aku duduk diam2 dekat bilik sambil gigit-gigit benda ni.

Siapa yang boleh agak benda yang simple macam ni memang sedap kalau buat cicah2 waktu hujan. 
Teringat masa kecil2, kalau pergi rumah jiran sebelah waktu petang2. Mesti dapat makan roti ni cicah dengan teh panas. Memang sedap! Last2 habis satu pinggan habis dilahapnya (dalam pinggan tu maybe around 7-10 keping lah. Ko tengok tak betapa kebulurnya budak ni padahal kat rumah baru lepas makan nasi. Ke ni memang sindrom kalau kat rumah orang semua makanan jadi sedap). Dasar budak tak berbudi bahasa dekat rumah orang LOL! Ok ok lah sekarang pun still buat lagi. Tapi rumah jiran je. Rumah orang lain sangat menjaga adab tatasusila sebagai orang timur. 

Tak tau lah lately ni suka sungguh ingat memori2 masa kecil. Masa berlalu dengan cepatkan? Sampaikan kita tak sedar yang kita ni dah nak cukup syarat untuk mengundi. (No pun intended to those who are still underage).

Korang perasan tak biskut kering ni dulu memang macam jadi satu menu wajib kalau kita pergi rumah2 orang kampung melayu pada waktu petang. Lepas tu ada lah jugak hidang kuih macam karipap, cucur badak (LOL! tadi nak tulis kuih badak sumbu. Lepas search baru teringat Cucur Badak). Ahhhh!! heaven on earth! Memang best pergi rumah orang. Wakakakah.

Packaging contoh untuk siapa2 yang nak bukak kedai bakery.

So guys. How do you eat this Biskut Kering? For me cecah dengan Teh or Milo Panas is perfect enough! Or korang ada cara yang lagi best nak kongsi? Maybe makan dengan aiskrim? or sapu dengan Nutella(?).

Monday, May 2, 2011

#3

#1
To be honest, aku rasa dah naik bosan tengok template plus header plus all the design dalam header ni. I know I know sounds macam "kacang lupakan kulit". But you know human nature. Kalau hari2 dah mengadap satu2 benda tu yak ke naik bosan tengok? (This term is not applied toward foods and relationship). Tapi bukan lah bermakna aku benci header tu. Sayang woi! Buat dengan hasil titik peluk sendiri. Bersengkang mata nak buat tambahan ko pulak noob gila benda2 alah ni. Merangkak2 nak buat. So bila dah siap. Tak ke bangga? 

So I've dicided nak buat design baru. Tapi tak tau lah nak apply bila because I'm stuck right now. But at least aku dah siapkan dia punya rough sketch (Semangat!). Bila dah rough sketch tu maknanya still kena modified a little bit here and there dan tak confirm pun akan buat design tu. But for sure header yang baru ni mesti menepati konsep "Simple And Clean". Ehem! Anyone volunteer nak buatkan? *silent* T___T

But but aku bermurah hati lah hari ni. Lebih kurang macam sneak peek lah. Aku nak bubuh benda ni dekat header nanti. 
Siap effect kabur lagi. LOL! Don't expect too much ok! Kang kata aku buat kabur2  korang ingat aku buat font design style mantap habis.

#2

Perasan tak lately blog ni macam jarang2 nak buat entry? Actually sebenarnya aku tengah hadapi sindrom Aku-Busy-Tapi-Banyak-Benda-Nak-Tulis! In my case aku sekarang tak busy. So tak tau nak tulis apa. Nak tulis pasal isu semasa kang. Tak kena pulak. Taht is not my type of blog. Nak cerita pasal makanan which is I'm teribbly sorry for you guys yang harapkan anything related about food entry. Benda tu tak akan terjadi untuk ketika ini. Salah aku jugak. Dah tiap hari brunch makan Ayam Masak Merah tiap2 hari apa kes? Actually right now i'm waiting for my last exam. Which is gap dia panjaaaang gila. Boleh camping dekat mana2 bukit berhampiran sementara menunggu. But never mind at least boleh study sampai lebam = ="

Gambar sekadar hiasan. Lontong! Which is my one of my feveret dish. Kuah terlampau banyak sampai  nak tekeluar sebab tamak sangat.
Boleh taip "It's ok we will wait that entry for sure" dekat bahagian komen untuk pemberi semangat LOL!.

#3

Good news for book fans!! Sekarang mood nak membaca datang secara membuak2. So expect me to review at least one book for sure. Siap buat note lagi dekat Facebook fan page. Klik to HERE view. First time dalam beberapa tahun aku baca novel MELAYU. LOL! secara specificnya hasil karya Hvolate. Dan ia memang betul2 membuka mata sebenarnya. Tapi tak nak spoil2 lebih kat sini. Just wait okeh. =)


So that it for now. Happy Monday guys!! Thanks for reading.