Saturday, April 30, 2011

This Is Sooo Random But Right Now I'm So Happy Cuz I Got My Own..

Lebih kurang dah 2 tahun rupa2nya aku dh tak update blog. LOL! Bukan apa selagi tak habis semua assignments selagi tu lah tak sedap hati nk berblog. Maklum lah ko tu jenis kalau nak taip entry mau makan 2 jam padahal entry ntah apa2 ditaipnya. 

Tapi sebenarnya aku amat bahagia dalam beberapa hari ni. Hahaha. Pengunaan perkataan yang tak boleh blah. Actually satu benda yang aku teringin nak ada akhirnya termakbul! Iaitu mempunyai akuan online supaya senang untuk berbelanja di alam maya!! See! Bukan susah nak bagi aku happy. Even benda kecik dah cukup.  Tapi bukan lah buat account guna Mastercard ke Visa ke hapa. Den tak mampu ler nak ada. In my case I'm using CIMB Clicks!! Kalau korang nak buat Maybank2U tu pun boleh gak. Tapi aku punya akaun Maybank entah zaman bila tak update. Lagipun bukan guna sangat pun. So better buat dekat akaun CIMB.

Homepage CIMB Clicks.  Sotong kurita merah tu sangat merunsingkan pemikiran aku.


Saya sangat menyukai account online ini kerana :

1) Boleh top up bila2 masa. Tak kisah lah pukul berapa pun. Pukul 2 pagi, Subuh, tengahari buta. Cakap je. Tak payah lah susah2 nak pergi kedai semata2 nak dapatkan sekeping kardbod kecil (This is my personal fovourite style nak top up. Dah jarang nak top up yang kena tulis2 dekat buku lapan puluh sen tu. Takut nanti kena spam!! Mula lah dapat SMS 'On Sunyi' lah blah blah blah)

2) Boleh membayar bil broadband (in my case) secara mudah! Tak payah lah nak menapak pergi bangunan alumni yang bapak gila jauh setaraf macam masuk merentas desa untuk kategori dewasa. Kalau nak naik bas pun sampai kena tukar 2 kali. Padahal dalam satu Uni je pun. Haissh. tu lah payah kalau tak de transport ni. MPP! Sila jalankan tugas! *tiba2*

3) Boleh membeli belah secara secara online! Tak kira lah nak beli buku kat MPH ke atau nak beli kupon diskaun dekat MilkADay, Groupon etc. Semuanya boleh! Huahaha. Tapi dengan syarat company tu bagi lah buat pembayaran guna account yang korang ada.

4) Keyakinan diri sedikit meningkat kerana mampu menggunakan teknologi sekarang. Sedikit sebanyak tidaklah ketinggalan zaman.  = ="

Actually ada banyak benda lagi boleh buat kalau ada benda alah ni. Cuma aku tak habis explore lagi. Tapi memang tak rugi lah ada. Nak buat pun senang aje pun. Tak payah nak isi borang lima puloh page bagai. Just dapatkam E-Pin dekat atm lepas tu buat ID dgn password dekat homepage CIMBClicks and voila! You got urself a permission to membeli belah secara online. 

P/s: Baiklah2 dah ada yang merungut (?) sebab dah lama tak update pasal makanan. Nanti aku try cari mana2 menu yang sedap. Kalau review Carnetto boleh tak?

10 comments:

Iji said...

ko membuatkan aku teringin nak wat jugak.. sbb no. 3 tu.. hahaha..

tapi boleh kah nak wat account paypal guna ni?? ak blur skit benda2 mcm ni.. yang ak tao habiskan duit je.. hahaha

WZulhilmi said...

@'Izzati H.
are u sure boleh buat?? wow klu boleh memang lgi byk brg lah bleh beli!!

Nesa Wazir said...

waahh.best ni! keje jd mudah :D

'Izzati said...

bukan bukan.. ak x sure.. tapi tapi should be boleh kan??

'Izzati said...

bukan bukan.. ak x sure.. tapi tapi should be boleh kan??

WZulhilmi said...

@Nesa Wazir
so apa tunggu lagi. meh buat satu.

@ 'Izzati
entah lah. paypal tu nk refer bank mana? i'm really noob about this!

cEro said...

baca entri ni, tetiba aku pon rasa nak buat jugak...

ada minimum in account tak??

ayumiyoshida said...

tahniah anda tahniah!

lepas ni boleh bersukaria sopping, haha

WZulhilmi said...

@ cEro
tak kisah ko punya duit ada berapa janji ada account CIMB bank. tapi klu maybank ak x tau lah

@ayumiyoshida
ko mcm menggalakkan ak berbelanja je. bahaya tau shopping online sbb dia main klik aje. LOL!

Aujinz said...

a'ah.. ade akaun online nie senang sikit..

aku boleh beli tiket waayang siap boleh pilih seat tanpa perlu tergesa gesa dan beratur panjang..


muahahahahahahha..
gelak setan sikit,