Tuesday, April 30, 2013

Rambling #9 Hangat-Hangat Tahi Ayam

Dulu bila zaman tiada kamera hanya mengharapkan semata-mata handphone yang mempunyai kamera 3 MegaPixel yang tiada fungsi flash untuk mengambil gambar. Selepas tu mulalah sering mengeluh kata, kalau ada kamera yang lagi elok ada flash semua mesti boleh tangkap gambar-gambar yang high quality sikit dan lepas tu  boleh rajin update blog.

Lepas tu tiba-tiba datang peluang untuk membeli kamera digital sendiri. Walaupun agak costly untuk kos saraan hidup pelajar sepenuh masa pada masa tu tapi lepas fikir dua tiga kali memang nekad nak beli juga since kamera digital ni memang betul-betul berguna. Plus boleh tangkap gambar untuk blog nanti

Tapi bila dah setahun berlalu aku rasa aku tak guna pun camera tu semaksimum yang mungkin. Maksud aku semaksimum pengunannya yang setara dengan kos yang aku keluarkan untuk membeli kamera ni dulu. Nak kata update blog selalu pun tidak juga. Kalau ada entry pun mostly jarang-jarang ditempek gambar daripada hasil kamera ni sendiri.

I'm sooo disappointed with myself to be honest. Ni lah manusia hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula tum tam tum tam kata perancangan itu ini lepas tu apa pun takda. Contoh yang lain kalau lepas ni kata  kalau lah ada tablet mesti senang nak update blog bila-bila masa dan dimana-man jua nanti. How convenient is that!? Sudahlah! Itu semua hanya angan-angan Mat Jenin saja. Senang cerita 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Jadi mulai sekarang I've decided to use my camera as frequent as possible. 

 [GAMBAR SEKADAR HIASAN]

--Published by using laptop pinjam.

Thursday, April 25, 2013

PERFUME Special: Cover untuk Single 'Magic Of Love' Didedahkan

Disebabkan ni blog aku dan aku berkuasa membuat entry berkaitan apa sahaja. Jadi baca sajalah even intipati dia korang tak minat ke apa. Pelis, I don't care. Even kalau orang cakap pun 'Eh kalau nak blog tu popular kita kena tulis apa yang orang nak'. Pelis (again) aku dah buat macam-macam tajuk yang friendly gila tapi tak popular pun walaupun dah lepas 3 tahun ulangtahun blog ni. Plus, aku malas nak update dekat blog lagi satu. Ala yang genre muzik-muzik lagi satu tu. LOL!

PERFUME ataupun boleh juga dikenali sebagai 'Group Paling Sensasi dan Legend' yang berasal daripada Jepun ni (Google them if you living under the rock lepas tu asyik dengar Kpop 24/7 mana nak tau kan) akhirnya dah keluarkan cover album untuk single mereka yang bertajuk 'Magic of Love' hari ini! *menggelupur*

Apa?! Kenapa berita pasal nak keluarkan single cover pun perlu sampai menggelupur. LOL! Perlu, sebab berdasarkan single cover itu lah kita boleh lihat direction lagu tersebut.

Limited Edition
Regular Edition
My fav definitely will be the cover for Limited Edition. Sungguh unik dan inovatif. Mempu memberi idea tentang apa tema cat apa yang boleh dipilih untuk Raya Aidilfitri Ogos nanti. Dan akhirnya track kedua  selepas 'Magic of Love' yang dirahsiakan didalam peti besi selama sebulan akhirnya diumumkan! 'Handy Man'! Fikir 'Bob The Builder'. And I wonder kalau ada element bunyi perengkoh membetulkan paip  tersumbat ataupun bunyi penukul memukul paku untuk membina rak bukudi dalam lagu tersebut. So many possibilities! Can't wait!

Meanwhile another good news. Cover untuk DVD '1st World Tour (Live in Singapore)' juga telah disebarkan di alam maya. 


Nooot a big fan for that cover. Banyak lagi rasanya grafik lain yang boleh dipilih, tapi marilah kita berfikiran positif mungkin Nocchi, A-chan dan Kashiyuka tidak ada masa untuk shooting cover ni lantas menyerahkan bulat-bulat kepada intern syarikat Universal Music untuk membuatnya. Well at least font dia sedap mata memandang.

Semua ini akan dikeluarkan 22 Mei nanti. Ah! What a perfect birthday present for me *hint*. Jadi sementara menunggu full audio 'Magic of Love' dikeluarkan Isnin nanti, Imma gonna replay this CM (Commercial) instead.

Wednesday, April 24, 2013

Panadol Thingy

Sebenarnya masuk hari ini dah 4 hari aku dah kena selesema. Dia macam tak kebah-kebah walaupun rasanya dah berdozen pil dah telan. Tak kisah lah sama ada ubat dari kedai runcit depan rumah ataupun ubat daripada farmasi sekalipun. Semua macam tak lut. Mukus pulak seakan-akan tak mahu kering.

FYI, aku ni kalau selesema selalunya ni petanda pertama sebelum dia akan beralih kepada demam. Tak tau lah semua orang hadapi benda yang sama or it just me. Jadi seboleh-bolehnya memang nak selesema ni  hilang cepat-cepat sebelum tanda-tanda demam tu mula menjengah. Kali ni dah sekali dua dah rasa nak demam datang tapi berjaya ditepis tapi selesema tak hilang juga. Konklusinya, Selagi tak hilang selesema ni selagi tu lah demam tu datang on off on off. Saja betei. Jangan cuba nak rosakkan plan untuk dapatkan gaji penuh bulan ni tanpa sebarang cuti. lol

Selalunya kalau selesema aku selalu makan Panadol Soluble. Tapi baru-baru ni aku dengar sebenarnya Panadol Soluble tu untuk mengurangkan demam bukan untuk hilangkan selesema. Betul ke? Padanlah tadi pergi farmasi Cosway aku cakap nak Panadol Soluble dia macam mengingatkan aku benda tu bukan untuk hilangkan selesema tapi lebih kepada hilangkan kesan-kesan daripada selesema itu sendiri macam sengal-sengal otot atau pening kepala. Aku nak mintak beli pun macam pikir 2-3 kali. Sebab dia macam reluctant betul nak bagi tadi. HAHAHA.



Selalunya kalau makan benda tu mesti hidung akan kering balik. Kalau tak lama pun untuk certain time sahaja lah. Tapi at least berkesan. Nak aje aku kata 'Just give me that Panadol, de**it!' lol! Last-last dia bawak ke kaunter ubat suruh pilih nak jenis mengantuk ataupun tak. Dan of course lah yang versi tak mengantuk lagi mahal. RM15 satu papan. And I was like 'MENDE MAHAL NI?'

Last-last ambil lah yang versi mengantuk RM7 satu papan walaupun aku budget beli Panadol Soluble baru RM2 lebih untuk 4 tablet. -__-

Jadi persoalan besar sekarang, adakah Panodal Soluble itu adalah penawar kepada penyakit yang dinamakan selesema ini hanyalah mitos semata-mata? Hanya dakyah consumer yang tidak mempunyai pengetahuan medikal yang meluas?

Plus bila search Google, yang result keluar banyak ialah; 'Jangan ambil Pandol Actifast/Soluble! Bahaya untuk kesihatan'. What the what? Apakah ke'psycho'an ini?

But for now I'll stick with what the pharmacist just said to me. Ia digunakan untuk menghilangkan sengal-sengal otot, pening kepala dan demam yang disebabkan selesema bukan untuk hilangkan selesema. Kalau nak hilangkan selesema kena guna ubat lain.

Tuesday, April 23, 2013

Tanjoubi Omedetou!

Aku tahu macam dah terlambat sikit. Haha. Tapi apa-apa pun terima kasih kepada yang masih lagi membaca blog ini dari mula sampai lah sekarang. I'm hoping that this blog will keep on updating sampai 10-15 tahun lagi akan datang! 

Dan ya aku akan cuba update sekerap yang mungkin lagi pada masa akan datang dengan isi kandungan yang lebih bermutu. Means more about foods!


Tahu, tahu macam hodoh betul cupcake ni macam tersalah resepi. Tapi apakan daya inilah hasilnya apabila rushing nak buat sambil kejar masa untuk tidur sebab esok nak kerja full time. Zzzzzzz.

Sekarang apa lagi? Hamburkanlah kata-kata ucapan tahniah anda dibahagian komen. LOL!

Sunday, April 21, 2013

Rambling #8 English 101

Kadang-kadang rasa macam kecewa sangat kenapa rasa diri ini tak boleh nak bercakap dalam Bahasa Inggeris (BI) seperti yang diharap-harapkan. Nak kata diri ni fasih sangat tu tak lah. Tapi bila dah benda tu diaplikasikan ke alam realiti memang jauh panggang dari api.

Aku ada this some sort of perangai yang macam akan bercakap sorang-sorang dalam diri dalam BI. Selalunya lebih kepada interview (Budget retiss. Ok diam semua). Selalunya mesti boleh balas balik dengan jayanya. Kadang-kadang ter'exaggerated' pun ada. You know me. Tapi bila diaplikasi kan ke alam nyata. Nada. Zero. Tergagap-gagap. Terkeluar ayat melayu semua. (lol)

Lebih menyedihkan bila perkataan yang terkeluar sungguh simple dan aku tahu aku mampu guna perkataan sinonim yang jauh lebih advanced lagi. 

Adakah?

(a) Tahap keyakinan terlampau rendah sampai mempengaruhi kelancaran ayat? Otak tidak boleh memproses ayat dengan betul 
(b) Atau tahap kefahaman yang cetek tentang sesuatu soalan menyebabkan jawapan yang tidak bernas. Contah macam suddenly orang tu tanya siapa Nicki Minaj tapi ko tak kenal pun siapa dia. Saintis kah? Menteri kah? Then end up with panic situation.

Sampaikan satu tahap nak sangat diri ni dicampak dekat US atau UK mana-mana dalam satu temph yang panjang. Sebab dekat sana nanti bukan sekadar keperluan tapi kepada survival mode. Nak tak nak kena cakap juga. Same goes with my third language. 

Tapi tergikir juga. Kalau interview dijalankan dalam Bahasa Melayu adakah benda yang sama akan berlaku. Kalau ya, faktor tidak cukup latihan bukan lagi relevan. Ini lebih kepada faktor kurang keyakinan diri. But for now I'll guess practice makes perfect then.

Saturday, April 20, 2013

Hot & Roll

Akhirnya ada juga sedikit masa terluang untuk menulis entry ini. Sibuk dia bukan main sampai cita-cita nak update blog setiap hari asyik tertangguh sahaja. Dah jadi macam 'Tanam tebu ditepi bibir' pula. -_-

Jadi Khamis lepas sempat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu interview tapi bukan pasal interview tu nak gebang. Tapi pasal benda lain. Tak lain dan tak bukan adalah mengenai makanan. tajuk generic untuk blog ini. Unless kalau ada permintaan untuk 'Beauty Tips' .

Disebabkan trip tu hanya sehari. Pergi pagi balik malam jadi tiket yang nak dibeli untuk pulang tu ada masa menunggu lebih kurang sejam lebih. Jadi apa lagi! Ambil peluang meronda satu Puduraya (Pudu Sentral). Sejujurnya memang aku tak pernah round habis satu Pudu ni sejak dia diubahsuai kepada imej yang baru ni. Dulu kan lantai pun still simen lepas tu panas dia bukan main berbeza dengan sekarang. Jadi semasa berjalan-jalan (sambil tersesat/ kena paksa beli tiket dengan ejen tiket tapi ko tak nak beli lepas tu depa degil betul paksa beli eee memang nak kena siku /naik lif tapi tak jumpa tingkat yang dikehendaki mini heart attack sekejap/ terjumpa kedai buku 1 malaysia lepas macam tak nak keluar) terjumpa lah sebarisan gerai kecil yang menjual makanan. Alah yang jual-jual macam fast food tu.

Tapi aku tertarik nak cuba try makanan dekat gerai Hot & Roll since hari tu Datin Wanie ada suruh try rasa.
Hot & Roll ni jual makanan macam versi pancake/lempeng tapi dilipat-lipat lepas tu diisi pelbagai jenis bahan-bahan dalam dia. (ala Crispy Crepe)



Jadi try test dengan membeli Savoury Paratha Wrap Chicken and Cheese. Kemain nama! Ko pun naif gila sebut nama panjang depan cashier. Kah kah.



Disebabkan ini Savoury, dia punya lempeng agak tebal. Saiz dia pun mini sikit. Tapi much better than Pokkits lah (lol).  Mula-mula order akak cashier tu tanya. Cukup ke satu? And I was like 'Pelis lah kak, baru  nak try kut. Tak perlu lah gelabah lemak nak try banyak-banyak. Plus I'm on diet okay.' Tapi cakap dalam hati saja lah.



Yang terkejutnya bila dah makan satu gigit. 'Eh mende ni!! Apa nih!!!" *kunyah-kunyah* *gigit lagi* "Sedap pula" (tanpa mempedulikan orang disebelah). Dia macam makanan itu menari-menari diatas lidah dengan irama yang sungguh lunak. Inti dia ayam kisar disalut dengan mayonis, cheese dan bawang. ASecara kebetulan aku ni agak gemar denga ingredients macam ini! Dan kandungan cheese juga agak memuaskan. Mayonis pun agak banyak. Kalau anda seorang Vampire (bukan peminat bawang) sila beredar.

Lepas tu bergegas ke gerai itu semula untuk membeli 2 lagi. T______________T Tak tahu lah kenapa aku boleh beli sampai total 3 semuanya malam tu. Sama ada:

a) Dirasuk syaitan
b) Lapar yang amat (perut puaka)
c) Bad mood (fragile state)
d) etul-betul sedap

And after considering all points, I think I'll stick with (d).



Yang dua lagi tu aku beli satu Chicken and Cheese (lagi!) dan satu lagi Beef Pizza. Dua-dua ni among perisa yang popular lah. And Beef Pizza also quite good oso. Sebab dia ada macam pepperoni (5 keping bulatan kecil. Aku dah kira). Bahan dia lebih kurang Chicken and Cheese cuma beza tang peperoni tu lah.

Masa akak tu tengah masak benda tu aku sempatlah tanya lah. Kak, Crispy Warp tu apa pula? Bahan dia sama tapi kenapa mahal sikit (RM5.90 compare yang kecik tu RM3.90). Akak tu explain kata yang ni besar lagi puas makan. Ok, ok fine! kenapa tak bagi tau awal-awal. Tak perlu lah saya berkelakuan seperti barbarian yang kelaparan dengan mengorder lagi dua.

Actually ada juga perisa lain yang boleh dipilih. Boleh letak Banana Chocolate, Ice Cream, Peanut Butter (Sweet Paratha) ataupun Chapati Rendang atau Sosej ataupun Roti Pita. For more complete set of menu boleh lah klik dekat link dibawah ini


And I keep wondering is this song will be perfect theme song for Hot & Roll.



Till next entry. 

Thursday, April 11, 2013

No More Rambling And Shodate, This One Got Foods In It!

Kadang-kadang bila nak tulis entry yang baru bila lihat balik tarikh yang terakhir published rasa macam tak percaya pula. Kadang-kadang jarak antara post sampai seminggu lebih! Padahal rasa baru lagi tulis. Tambahan pula dengan jumlah bilangan post yang macam kurang memberangsangkan. Dah masuk suku tahun tapi nothing interesting events that happened to me. Maka itulah yang aku rasa yang membawa kepada faktor kekurangan bilangan entry. Kalau perasan, setiap tahun pattern bilangan entry makin lama makin berkurang dan blog ni pun akan masuk ulangtahun ketiga pada hujung bulan ni. 3 tahun! Masih lagi muda. Kalau buat perbandingan dengan fasa hidup manusia, sekarang ni dah masuk alam kanak-kanak yang tengah belajar jalan. Penuh dengan tenaga dan semangat tapi dalam realiti macam hidup segan mati tak mahu.

Enough with rambling. Sebagai redemption aku ada buatkan satu entry special berkaitan makanan! Lagi senang cerita pasal kudap-kudapan yang sering dibeli oleh WZ semasa waktu rehat berkerja. = ="

Sejujurnya aku sepatutnya snap gambar-gambar benda alah ni untuk disajikan dalam entry kali ni. Konon macam bagi tempoh seminggu mesti dah cukup bahan untuk guna. Tapi bila setiap kali beli, setiap kali tu lah aku rasa macam reluctant betul nak ambil gambar. Lagi-lagi bila nak guna camera digital. Rasa macam beriya pula. Padahal aku rasa tu bukan isu yang besar pun. Tangkap ajelah peduli apa kan? Tapi tu lah it just my feeling. I just need to get rid of this feeling to be honest.

#1 T-Rex (Hainan Tea)
 
Kalau korang follow aku dekat Twitter, korang akan perasan almost everyday aku akan spam Timeline dengan T-Rex sampai orang naik meluat. Dan bukan T-Rex ini yang aku maksudkan


Dia actually lebih jinak dan menggiurkan sebenarnya;


Fokus dekat cawan yang pertama tu. Tapi tak tau lah kenapa payah benar nak cari gambar T-rex ni dekat Google search. Gamaknya tak popular kut. Lagipun branch Hainan Tea pun rasanya tak banyak lagi. Jadi boleh lah aku kata yang T-rex ni secara rasminya adalah milik aku seorang. This T-Rex thingy is actually what you also can called as 'Milo Supreme Duper Extreme Bubuh Banyak-Banyak Macam Esok Tiada Lagi' memang superb! Dah lah basic air dia air milo which are pekat dan tawar sedikit tapi diseimbangkan rasanya tawar tersebut dengan lemak-lemak ais krim vanilla! Which is completely make sense kenapa basic air dia tawar in a first place. Tapi kenikmatan ini tidak berakhir begitu sahaja, seperti Milo Tabur di kedai-kedai mamak diluar, minuman ini tidak jugak terkecuali dengan milo yang ditabur diatasnya macam milo tu murah sangat! Completely heaven for Milo freak out there! 

Dan rasanya air ni tak relevan dengan slogan 'minum Milo anda jadi sihat dan kuat'.

#2 Eclairs Stix (Auntie Anne's)

I know right. Cokelat yang bersinar-sinar diatas seolah-olah membawa kita ke alam fantasi Charlie and The Chocolate factory! Actually aku rasa harga dia agak berpatutan (hanya tertakhluk pada awal bulan sahaja bila masuk akhir-akhir bulan tetiba rasa mahal! Tak tahu aku kenapa). Dengan hanya RM3.90 korang akan dapat 6 sticks yang dilumuri dengan pure coklat. And I tell you lah the coklat dia lumur tu boleh buat mask!

Kuantiti yang agak banyak untuk harga macam tu. And please.. if buy this thing please make sure that you eat it as fast as you can. Kalau biar lama-lama dia akan keras macam kayu jati.

#3 Apa-Apa jenis Donut, Muffin senang cerita semua lah. Pffft~! (Mister Donut)



What I like about Mister Donut ialah variasi menu dia. Menu-menu dia kebanyakkannya ada pelbagai jenis tekstur. Ada yang kenyal-kenyal, lembut, ranggup dan bukan tertumpu macam satu jenis tekstur macam Big Apple, Dunkin Donuts etc. My personal favourite will be Pon De B&W(Pondey? lol) and their Chocolate Chip Muffin. rasa Pon De tu kenyal-kenyal. Bila makan macam ko ada masa lebih untuk mengunyah dan membenarkan tunas rasa di lidah menjalankan tugas mereka sebelum operasi menelan diteruskan. What can  you expect more dengan white coklat selepas itu ditabur dengan serbuk coklat ala-ala oreo diatasnya.

And the muffin. Ummph!! Permukaan dia sungguh crunchy dan kehadiran coklat chips menambahkan lagi keharmonian rumah tangga! Manakala bahagian bawah dia pula adalah lembut-lembut macam tu. Plus saiz dia yang agak besar buat aku kadang-kadang tak boleh habiskan benda ni. 

Dia dah macam dah jadi misi tak rasmi pula nak rasa semua donut-donut. Dan aku tau dengan budget yang ketat macam mana nak complete kan mission ini? You tell me.

Actually ada lagi, tapi cukup lah 3. Bukan terdesak sangat sampai nak listkan semua. Lagipun ada ke Mister Donut dekat tempat korang? Takde kan? Kbai.