Monday, September 16, 2013

PERFUME Special: 1mm Full PV + Song Review

BEHOLD!! PV untuk 1mm telah tiba.


Sebelum beralih kepada PV. Ayuh kita melihat lagu 1mm itu sendiri terlebih dahulu.

The Song

Akhirnya mereka kembali ke arah jalan techno yang benar iaitu akar umbi genre PERFUME itu sendiri. Ini disebabkan semua single-single sebelum ini agak pop-ish and more to cutesy side *tenung Mirai no Museum*. Kecuali Spending All My Time dan hampir kesemua Side-B. 

Dan aku agak bersetuju dengan pendapat ramai yang mengatakan Yasukata Nakata telah mengambil inspirasi daripada rentak Daft Punk dan mengolah irama tersebut ke dalam acuan PERFUME. Maka terhasil lah 1mm. Lagu ini semestinya mengingatkan aku pada era Spice. Techno PERFUME tapi dalam elemen mid tempo.

 Perfume - 1mm


The PV


Strengths:

1. Semua part menari. Synchronize habaq hang!!
2. Kashiyuka without bangs.
3. Nocchi black and white outfit.
4. Colourful mirrors
5. Cermin tetiba keluar lirik. PV boleh berfungsi sebagai versi karaoke.
6. Susunan cermin-cermin menghasilkan huruf dan nombor 'L V 3' di akhir PV.

Weaknesses:

1. Sedikit sangat tunjuk part tarian
2. Banyak sangat aksi procrastination
3. Banyak sangat aksi berjalan setempat
4. Ada sudut kamera yang macam kurang sesuai.

Sebagai konklusi I'm sooo going to watch the live version. The PV version don't do the song justice. Tengok lah Spending All My Time. Kes yang sama juga. But overall, can't wait for LEVEL3 era to begin.

2/10/2013 

Sunday, September 15, 2013

Hirupan Pertama: Starbucks' Salted Caramel Mocha Frappuccino

Sebagai pengikut rangkaian minuman air kopi 'Starbucks', maka setiap kali ada air baru yang akan keluar wajiblah diri ini mengambil kisah dan melupakan seketika kewujudan air-air percuma di pantry pejabat. Kepedulian ini bermula minggu lepas di mana Starbucks mula mengeluarkan 'teaser' di Instagram mereka.

Tekaan aku: Perisa air (coffee related) terbaru sama ada untuk kategori Frap ataupun Hot Beverage. Duh! Terang-terang letak biji kopi kut.

Maka keesokon harinya;


Not one! But completely 2 different flavour! (perisa kopi sudah tentunya walaupun hati ni berharap non-coffee stuff). Disebabkan aku ialah a big fans of their frap. Maka sudahlah semestinya aku akan rasa Salted Caramel Mocha Frappucino (SCMF) terlebih dahulu dan bukan benda lain. (Walhal sebelum order mula bercanggah nak order Green Tea pula. Dasar bisikan syaitan).

Tetapi macam biasalah aku ni skeptic sikit dengan coffee stuff. Bagi aku kopi adalah salah satu minuman yang macam minuman yang dipergunakan untuk kepentingan sendiri bukan untuk tujuan guilty pleasure. Sama ada untuk menjadikan diri kekal berjaga semasa bekerja ataupun memandu, Kopi/nescafe is a must. Selain daripada waktu tersebut 'Hello~~ Milk Tea'. 

Maka selepas hirupan pertama SCMF.

The salt effect
Izinkan aku menghuraikan perasaan dan rasanya dalam bentuk point;

  • Rasa kopi tidak terlalu kuat. Maka tidak pahit dan boleh ditelan. (Alhamdulilah tak membazir duit membelinya). And I do think the caffeine is not that strong enough sebab time memandu dikala tengah malam biji bola mata dah start meragam minta ditutup. 
  • Ada campuran gula dan garam. Like literally. Kau akan rasa kewujudan garam tersebut tapi dia muncul kadang-kadang. Bila terasa macam ada tekstur batu kecil(?) ko rasa macam eh ni garam ke? Tapi rupa-rupanya gula. Then selepas beberapa hirupan seterusnya, eh ni gula ke? Rupanya-rupanya garam. Nampak tak permainannya disitu? Oh dan garam ini bukan garam masakan dirumah. Ia masin tapi bukan masin melampau. My advice please kacau whipped cream (kalau letak) sampai sebati kerana garam dan gula diletak di bahagian atas. You won't taste it until you stir it well.  
  • Caramel hanyalah hiasan semata-semata walaupun nama dia terletak selepas Salted. 
Oh! Dan SCMF bukan hanya dalam bentuk blended sahaja tetapi sama ada ais ataupun panas. And I bet rasa dia akan lain-lain.

Info Tambahan:

Thursday, September 12, 2013

Blogging Stuff

Menulis blog sangat mengerah masa dan tenaga. Sangat! Dalam kes aku lah. Aku tak tau blogger yang lain macam mana pulak. Macam mana flow mereka dalam mengurus blog masing-masing. Ada yang jenis kena fikir tajuk dulu lepas tu fikir isi-isi dia then lepas tu baru boleh mula menaip. Macam aku, aku jenis menaip secara spontan. Which is kadang-kadang agak troublesome.

Sebagai contoh kadang-kadang bila dah syok menaip bila proof reading balik rasa macam takde keseragaman diantara perenggan atas atau bawah. Selalu macam tu. Dia macam tak wujud transisi diantara perenggan tu. Tu yang jadi macam tak lancar dan agak tidak berhubungkait. Elemen ni aku rasa penting sebab nanti tak lah macam tiba-tiba atau out of sudden perenggan tu.

Selain tu aku rasa faktor yang consuming time buat entry ialah macam 'upacara' pemeriksaan ejaan (which is I'm not really good at, sebab kadang-kadang mesti terlepas), pemilihan tajuk (part paling blur, remeh sekali), proses timbang tara sama ada nak masukkan gambar ataupun tak atau kalau nak letak gambar, gambar mana yang sesuai.

Jadi kalau tengok entry yang macam biasa atau pendek dalam blog ni percayalah, I spend time around 1-2 hours nak hasilkannya. It is not an easy job. You have to be fully committed. Sebab tu aku faham ramai bloggers hari demi hari semakin kurang bilangan dia. Ni baru blog personal yang remeh-temeh. Cuba bayangkan yang jenis blog ilmiah, yang perlukan fakta dan research yang intensif. Memang lagi lama lah. Kalau aku paling-paling koman research entry yang memerlukan semangat dan kekuatan stamina ialah Top 10 List Dessert Paling Diingini untuk Bulan September. LOL. 

Lagi satu bila dah hilang faktor utama iaitu duit. I know most of the bloggers tulis sebab nak buat side income tapi bila hari demi hari penat-penat tulis lepas tu tak dapat sebarang hasil yang dikehendaki daripada para pengiklan memang terus demotivated lah. That why passion untuk menulis tu lagi penting. Benda tu yang akan encourage kau untuk keep on going.

Dan aku baru perasan yang aku dah mula membebel padahal tujuan mula-mula konon-konon nak taip dalam 2-3 perenggan sahaja. Haha. Oh ye dan aku sebenarnya dok teringat-ingat ada ayat yanag mengatakan;

'Blogging is sooo 2011'.

Walaupun macam kurang tepat tapi dalam hati aku macam agak sedikit setuju dengan statement tu. Adakah trend blogging semakin terhakis dan akan menjadi pupus hari demi hari? Ataupun adakah ia akan mati suatu hari nanti dan akan digantikan dengan platform lain yang lebih mudah dan pantas seperti social networking etc. 

Only time will tell.

Wednesday, September 11, 2013

5c

Pagi tadi memang hangat topik iPhone 5c dengan iPhone 5s dekat timeline Twitter dan kau yang bukan pengikut tegar gadget pun sekali terikut perkembangan dia. Walaupun aku duk sekali tumpang sekaki mengutuk konon-konon macam awat iPhone 5c (the less premium one) guna cover plastik dan juga takde pun apa-apa function baru yang revolutionary pun. Yang macam mampu membuka mata sampai mulut ini tidak sengaja memaculkan perkataan wow.

Namun selepas melihat video presentation dia by some duda yang muka ala-ala Bruce Willis versi sedikit muda. Terus bertukar sedikit pendapat.


Mula-mula macam tak impressed lepas tu bila masuk part bila dia pakaikan cover lubang-lubang tu dekat belakang body handphone. Lepas tu duk psycho pusing-pusing 360 darjah.


Eh! Stylo gila!! Sungguh urban bersesuaian dengan imej 'korparat' masa kini. LOL!

Tapi macam biasa boleh berangan-angan dulu sebab dari uni life kau dah mindset kalau nak beli handphone or anything lah mestila dibeli menggunakan hasil titik peluh darah air mata wang ko sendiri. Jadi mungkin rezeki dapat pada kemunculan iPhone 7S(i)? ataupun Samsung Super S8? ataupun Xperia XWYZ Sub 6. Who knows.

In a meantime gunalah Samsung Young tu walaupun orang dah start tegur 'Eh! tangan kau lagi besar lah daripada skrin handphone' sambil diiringi gelak sinis. Bluerghhh. At least aku tak guna Samsung E1080T!

Tuesday, September 10, 2013

Mencuba Tips Bersama WZ: Ep 1 Bau Kasut Kurang Enak?

"Walaupun header dah tukar seribu kali, kalau tak update belog apa gunanya~~ (2x)"

Never mind.

Nak tanya, korang ada perasan tak yang kasut bertutup selalunya akan sampai satu masa akan keluar sedikit bau kurang enak. Tapu tu berdasarkan pengalaman aku sendiri lah, tak tau maybe aku je atau benda tu memang completely normal. Aku agak mungkin sebab bahagian dalam dia lembap selepas seharian kaki kita pakai, maka dia macam tak ada masa nak kering lepas tu esok kita pakai lagi dan kitaran ini berulang-ulang. Lepas tu ko kan budget manager maka memang masa nak menjemur kasut tu idok lah ada. For me dia macam 3 bulan after that bau dia dah keluar.

By the way korang jangan salah faham pulak ayat bau kurang enak tu. Dalam konteks kasut aku, ia bukan bermakna 100 meter pun dah boleh bau! Tak tau lah bagi konteks kasut korang macam mana pulak kan, mungkin gamaknya patut tukar kepada busuk melantong since korang semua kan ada cekam kaki, but mine is slightly bau je. Macam kadang-kadang tak perasan lah. Kalau bau dalam jarak 5-10 cm baru perasan. Itupun bau pun macam bau dried passion fruit plus with wild berries weh. LOL!

And fyi aku yang jenis satu hari pakai stokin yang berlainan pun masalah bau kasut kurang enak masih timbul. Apatah lagi korang!

Jadi beberapa bulan yang lepas semasa melihat-lihat timeline di Twidder kebetulan ternampak satu tips berkaitan. 


Like really?? 

Jadi apa kata since tips ni pun mudah dan murah, aku nak cuba buat. Lagipun memang teh pun feveret drinks. So memang takde masalah gigih nak kena pergi mall nak beli semata.

Maka minggu lepas setelah minum selama dua hari dua malam teh dan dengan rajinnnya menjemur uncang tersebut selama 5 hari berturut-turut. Kata nak dry kan? Tada~~

2 uncang untuk sepasang kasut
Jadi just give me a week dan aku akan letak dalam kasut dan tengok result dia macam mana. Berhasil ke tak. Maka sila tunggu entry seterusnya ya.   

To be continued......