Saturday, January 19, 2013

Shodate #2

Oh hai, 

Bukan hendak membuat alasan cliche seperti. 'Saya tinggal dikampung maka coverage internet tidak selaju dipekan atau di bandar-bandar besar, maka saya tak boleh nak update blog selalu'. Tapi tu lah alasan yang terpaksa aku bagi sekarang! Pfttt~.

Part nak upload gambar paling kritikal sekali. Dia punya durasi, sangatlah lama macam kau nak submit poster untuk kempen kebersihan yang penuh gambar 600 megapixel walhal berat dia kurang 300kb pun. Terbantut rasanya nak menaip. Ke anda semua sanggup membaca 7 perenggan berisi bebelan tanpa gambar? Mahu? Mahu?

Tapi aku akan cuba sedaya upaya update ok. Gambar tu aku try compresskan sekecil yang boleh. Sembangat tak? Jadi, sila lah hargai usaha blogger picisan ini. lol.

Friday, January 4, 2013

Aktiviti Pada Hujung Minggu: Membuat Penanda Buku Part II

Hari ni cadang nak buat something entry ala-ala kraft tangan. Budget macam Martha Stewart. By the way macam dah jadi rutin pulak kan asyik elak entry Book Review [BR] lepas tu buat benda lain. Kah kah. Lagipun, dah takde mana-mana publisher yang nak hantar sample buku depa dekat aku bagi review kan. So better aku buat benda lain. *hint hint mana publisher buku yang berminat untuk buku mereka direview oleh blog ini boleh hantarkan email ke starwz10@gmail.com*

KAH KAH! Keji gila sempat iklan. Jadi hari ini aku cadang nak tunjuk kan kat kome semua cara-cara nak buat penanda buku yang senang lagi mudah. Of course lepas kita beli satu-satu buku rasa macam sayang betul nak kelepet tepi muka surat dia tu (can be known as dog-ear). Tapi kadang-kadang aku buat jugak dog-ear tu kalau penanda buku entah terlempar ke dimensi mana ntah cari tak jumpa. (Padahal kau malas nak bangun dari katil cari kan?).

Dulu aku ada buat versi penanda buku bentuk kucing. Check dekat sini untuk baca >>> klik 

Kalau mana yang tangan keras kejung tak reti lukis elok lah buat yang versi ni. Guna method origami saja. Basic lipat-lipat macam tu.

Maka step basic yang pertama adalah mencari design yang sesuai. I mean dalam form kertas lah. Sekarang kan dah canggih apa lagi cari dekat internet then print out.


Kalau mana yang eco-friendly ataupun print yelek takde. Amik aje mana kertas-kertas yang nak dibuang macam pamphlet Restoran Kebab Aminah ke etc. Jimat bukan?

1. Mula-mula terbalikkan kertas tu ke belakang. Kita akan akan start dari situ. Then lipat hujung kertas tu ke hujung anak panah tu. Bagi sama rata. Nanti jadilah macam dalam gambar #2

Gambar #1

2. Lepas dah lipat rata semua. Gunting mana yang lebih. Jadikan dia bentuk macam segitiga.

Gambar #2

3. Lepas dah jadi macam segitiga. Tarik tiap-tiap hujung kertas yang ada angka 1 tu ke angka no 2. Dua-dua belah ok. Then jadilah macam dalam gambar #4.

Gambar #3

4. Then dua-dua bahagian yang dilipat tadi buat jadi macam bentuk asal balik ke bentuk segitiga. Konon macam nak bagi penanda garisan lah. Rujuk gambar #5

Gambar #4

5. Then lipat hujung kertas no 1 ke angka 2. Jadilah macam gambar #6

Gambar #5

6. Lepas dah lipat. Masukkan hujung kertas dekat angka 1 ke dalam ruang angka 2. Kalau tak jelas rujuk gambar #7.

Gambar #6

7. Haaa. Lebih kurang macam ni. Dia macam kau boleh isi kacang kuda dalam dia. Lipat kasi masuk ke dalam. Dua-dua belah.

Gambar #7

#8 Tada~~! Dah siap. Simple sangat sampai rasa tak menguji IQ langsung. Tak sampai 2 minit rasanya. Tapi kalau siapa-siapa yang tak dapat macam bentuk dekat bawah ni. Haaa. Pegi check balik step-step dekat atas. Adalah tu yang salah.

Gambar #8

Ah~~ Sekarang lihat hasilnya. Our precious book doesn't need to suffer anymore. 


Dan macam biasa WZ yang tamak ini telah buat 3 sekaligus. Kah kah. I ada banyak buku what?


Oh ye. Semua origami ni adalah inspirasi dan rujukan daripada website ini 

Ada banyak lagi design dia ada. Tapi yang aku pilih ni yang paling simple sekali. Selamat mencuba. Kalau dah siap apa kata tweet kan gambar tu. Boleh aku tengok dan kongsikan kepada alam semesta twitter. Glamer korang sekejap nanti. #serius. 

P/s: And thanks to Star for the link. =)

*UPDATE*

Seperti yang digembar-gemburkan di Facebook dan Twittter, sesiapa yang post gambar hasil kerja penanda buku masing-masing, tak kisah lah dkt FB, twitpic ataupun linkkan dekat bahagian komen akan aku kumpul kan dan di'feature'kan di dalam entry. Haaa! Ni lah masanya untuk anda glamer!! KAH KAH!.
--------------------------------

Yay! We got our first pic from the reader. This one is from Kiheee. =)

Wednesday, January 2, 2013

It's Hard Having a Fan

Aku teringat kawan aku pernah datang ke bilik aku, lepas tu dia kata. "Eh? Toilet first class. Tapi bilik. hurmmm..". Dan nak tak nak aku terpaksa mengiyakannya kenyataan tersebut. Sejak hari pertama masuk ke bilik ni first thing yang aku perasan ialah kipasnya. I'm not luckily as bilik-bilik 1st floor dapat kipas jenis melekat ke syilling. Kalau pasang speed 5 gamaknya dengan cadar katil sekali boleh terapung. Meanwhile aku pulak dapat kipas yang melekat ke dinding. Lagi best, system auto oscillation dia rosak. Maknanya kalau ko nak study ko kena tarik tali dia untuk kepala dia mengadap sampai ke kanan. Dan kalau kau nak tidur kau kena tarik lagi sekali bagi dia mengadap ke kiri. Bayangkan kalau kau jenis study 10 minit lepas tu take a nap. Lepas take a nap 10 minit sambung study balik. Ulang kitaran tersebut dan kira berapa juta kali ko kena tarik tali bertuah tu.

But I'm not complaining. Mula-mula struggle juga. Tapi lama-lama I'm getting used to it. Be grateful what you have. 

Eh! Sebenarnya bukan nak buat entry bersyukurlah dengan sebarang kipas yang anda ada. Kah kah. Tapi nak kepochi pasal lain.

After like using that fan for about 14 weeks, finally dia macam tunjuk simptom kau tekan speed maximum pun dia macam ada, tak ada angin je keluar. Semuanya disebabkan habuk melekat tebal gila macam esok tiada lagi! Gamaknya kalau kumpul habuk-habuk dekat kipas tu boleh buat modal salji tapi versi hitam. 

Selalunya kipas yang melekat kat syilling tu lagi senang nak bersihkan compare yang jenis melekat ke dinding ni. Yang dinding ni ko kena bukak satu-satu part dia lepas tu bersihkan. Leceh betei. Since I'm soo busy with my academic stuff (lol) lantak ko lah nak slow pun slow lah. Tapi hari ini dah sampai limit nya. Dia punya speed oh hem geee~~ * exaggerated mood* letak paling maksimum pun woi kelajuan kentut pun lagi laju. I had enough! Let's get you clean up! 


Actually bersihkan kipas ni agak senang jugak. Since instruction dia clear betul dekat setiap komponen. Kenapa lah tak try awal-awal kalau tak tetiap minggu boleh bersihkan. (eceh!).

Sebelum

Selepas. 
Ah~~! Lepas dah cuci semua pasang, speed 1 pun dah cukup laju. ='). Guys, jom kita bersihkan kipas masing-masing.


Yay! my fist entry for 2013 is about a fan. BUMP!