Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Hirupan Pertama: Starbucks' Cranberry White Chocolate Mocha Frappuccino


Dekat Malaysia kalau dah nak waktu masuk winter (baca: musim tengkujuh), semua company yang HQ based at America, UK etc akan eksaited buat macam-macam promo nak sambut Krismas padahal macamlah ramai sangat nak sambut dekat Malaysia ni kan. Starbucks tak terkecuali juga dengan memperkenal seleksi rangkaian minuman baru beserta dengan hiasan deco kedai yang semua merah-merah belaka macam preparation kut-kut Santa Claus nak datang buat surprise visit. Masa nak tunggu order siap dia punya urge nak buat choral medley lagu-lagu krismas kuat betul. Mujur waras masa tu.  

Okay kembali kepada topik yang sebenar, aku sempat merasa yang Cranberry punya. Dimana rasa dia uh-mazing! Like literally agak lah nak menggelupur bila minum. Base dia rasa macam kopi (kewujudan mocha of course) tapi lembut. Tak kuat. Macam versi kopi manja-manja. Mungkin ditambah lagi dengan kewujudan white chocolate itu sendiri membuatkan rasa dia agak lembut. Senang cerita rasa pahit tu ada tapi tak over sangat and it's kinda sweet. 

Topping dia pula aku pilih untuk letak Whipped Cream. Lepas tu dia letak Cranberry sauce dengan sedikit taburan gula kristal kasar perisa Cranberry. Lepas dah kacau semua bagi sebati. Suprisingly walaupun sos Cranberry dia sikit tapi memang terasa betul. Macam eh baguslah macam ni. Tak lah macam Caramel yang ada dekat Salted Caramel Mocha Frap tu. No function at all *rolling eyes*. 

Semasa hirup tu selain daripada ko dapat rasa tekstur dia kasar-kasar sikit disebabkan dengan kehadiran gula krystal tiba-tiba ada rasa macam plastik. Plastik yang bungkus-bungkus makanan tu. Macam eh? Ada plastik ke dalam air ni? Barista terblender sekali ke dengan plastik. Rupa-rupanya kulit buah Cranberries! Oookay.

Kesimpulannya: 

Base: White Chocolate + Espresso (Mocha) + Steamed Milk  = Lembut-lembut pahit manis. (lol) 
Toppings: Whipped Cream + Cranberry Sauce + Crystallized Cranberries Sugar = Buat dia lagi extra lemak dan manis.

Kalau biarkan frap ni cair. Memang lagi manis rasa dia Rasa kadang-kadang bila minum asyik jeling-jeling kaki. Sebab kalau diabetes kena potong kaki. HAHAHA. Tapi tak terkejutlah memang Starbucks frap dia jenis manis-manis belaka.

And to be honest aku rasa kalau dia buat Vanilla Cranberries Frap pun ok juga. Macam fokuskan rasa Cranberries tu dan nyahkan kewujudan Mocha itu sama sekali but overall this beverage is quite good okay and expensive. RM18. o.O 

Next time nak minum air ni nak duduk dalam kereta lepas tu pasang aircond paling sejuk (berangan winter), kunci pintu semua dan pasang lagu Unconditionally kuat-kuat lepas tu meratap. Goodbye!

Wednesday, November 6, 2013

Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tunas Lidah (Edisi November 2013)

Hi! I'm back after a week or so of holiday. Maka tibalah tradisi blog ini untuk membuat senarai makanan dan minuman yang perlu dirasa oleh tunas lidah. Tercapai ataupun tidak itu belakang kira. Yang penting kita mesti berani bermimpi untuk merasai pelbagai jenis makanan didunia ini. Sebenarnya nak buat lawa-lawa list ni buat dalam bentuk poster yang menarik macam dalam entry ini ke at least. Tapi memandangkan sekarang tengah guna laptop orang yang kalau nak install software yang simple pun nak kena permission administrator((traitor!)) bagai, memang tak lah aku gigih nak buat. Jadi buat dalam bentuk list yang ala-ala amatur zaman 2010 cukuplah ye? 

Oh by the way 'Tunas Lidah' ye bukan 'Tuntas Lidah'.

1.  +Wondermilk Cafe's Cupcakes
Kata lah gedik ke apa-apa ke sebab mengada seorang lelaki makan Cupcakes. Peduli apa! Ko bayar ke? Tak kan. Pffft! Sebenarnya dah aim nak masuk kedai ni lama dah. Sebab decoration dalam ni bukan main lagi interesting. Tapi memandangkan ko hanya blogger picisan lagi tidak berbudget tinggi maka mampu tekup muka dari luar cermin kedai ni sajalah. Rumours (has it) kata bukan main mahal lagi benda ni. Untuk 4 cupcakes comel loteh ni harga dalam belas-belas juga lah. *gasp* 

2. Starbucks' Cranberry White Chocolate Mocha & Toffee Nut Latte


Jingle bell jingle bell, jingle all the way. Grab your winter coat, grab your mitten cuz it's winter already!! (cakap gaya western celup urban). Dalam ketiga-ketiga air baru keluar ni yang paling aku berkenan nak rasa yang tengah-tengah tu. Cranberry-whatsoever-panjang-noo-nama-dia ni sounds delicious. SOUNDS jelah. RAsa tak tahu lagi. Nanti dah rasa jangan risau weh! Akan ku kongsikan perasaan rasa tersebut dalam medium perkataan khusus untuk perkongsian kita bersama. 



*meroyan*

Any flavours will do. Ni pun duk perati dari dulu tapi tak tercapai-capai impian nak merasa. Bawah RM10 kut sebatang (padanlah tak merasa). Dia ais krim tapi dalam bentuk-bentuk menarik. Lepas tu perisa bukan main banyak lagi dengan menggunakkan bahan-bahan semula jadi. Ais krim eco friendly macam tu.

Tengok! Bukan main semua benda manis-manis belaka. (34sen!)

+BONUS!

Keropok Lekor


Laugh all you want. I just need this isi ikan campur tepung yang diimport daripada Kelantan ataupun at least dibancuh oleh orang Kelantan in my mouth right now. Versi crispy of course. .

Thursday, October 17, 2013

Nuffnang Foodfeast. Jamuan Makanan Secara Berjemaah.

Hai.

Minggu lepas (rasanya). Ok lepas check kalendar, dua  minggu lepas (lol) sempat pergi ke satu acara yang dianjurkan Nuffnang iaitu Nuffnang Food Fest. Iye cerita basi baru nak cerita tapi peduli lah kan. Tapi sebenarnya tak berhasrat pun nak tulis pasal ni sebab gambar yang sempat aku amik masa pergi dekat sana hanya sekeping je. Ye sekeping. Sungguh busy mentekedarah sampai tak ada masa nak snap gambar. Ok tipu.

Dan kentang goreng diatasa adalah sedap. 

Oh ye but before that tau tak benda ni buat dekat Sunway Pyramid dimana aku tak tau pun celah mana mall ni letak. Gigih gila guna apps Waze lepas tu narrator dia Simon (aku nak tukar Natalie lepas ni) duk meroyan recalculating 2-3 kali sebab aku asyik salah jalan. Lepas tu bila dah nampak berhala singa(?) besar tu punyalah rasa bersyukur akhirnya selamat sampai. Tapi traffic masa nak masuk ke entrance, hamagash macam semua penduduk Selangor batak tak pernah pergi Shopping Mall. Memang lepas ni kalau nak pergi sana kalau ada benda-benda penting sahaja. Kalau pergi sesaja memang mencari nahas. Eh tak masuk lagi cerita parking dekat mana lagi. Basement 3 Loading Bay. Tempat trak-trak lori semua punggah barang masuk. Hummmph!!

Tapi semua jerit perit susah payah nak ke sana berbaloi lah sebab gerai-gerai situ banyak!!! Bukan indah khabar dari rupa.

Curi daripada website Nuffnang
Ni baru suku gerai ada lagi celah atas tepi lagi.

Makanan dia usah dibilang! Banyak pilihan. Cuma tweet je lepas tu ko nganga mulut saja untuk makan. Portion dia pulak bukan versi celahan gigi tetapi 3x ganda celahan gigi. Which is like Ya Allah ni mimpi ke apa? Orang bagi makan free tapi tak kedekut kasi sikit.  

Courtesy (lol) gambar daripada Nuffnang lagi

Aku literally rambang mata dimana dekat tangan dah ada seketul ayam Nandos (Sedap woi! Goodbye Kenny), fried fries dengan manggi cup lepas tu tamak menguasi diri suruh pergi ambil lagi cup cakes, roti, ais krim krim, pisang goreng, Onigiri blah blah blah. Kalau kau orang ketiga dan nampak aku masa tu mesti rasa macam nak tampar suruh 'Calm down!!'. LOL! Lepas tu berlari ke hulu ke hilir mencari air sebab pedas makan sos hot peri. Balasan.

Tak cerita lagi part Zombie tetiba muncul kasi flyer. Dah lah masa tu busy que (haidar) boleh pulak diaorang tenung baik punya dari tepi.

Eh! sebijik lah pompuan tu tenung macam tu. Ko macam what the fish is this woman looking at me. Lepas tu baru perasan kulit muka dia tertanggal ada darah-darah. T________T. Fine. *ambik flyer secara paksa rela*

Tapi overall it was really, really an amazing and kenyang day. Semua benda daripada appetizer, ke main menu, ke dessert semua cukup aku rasa. Tolong buat ia sebagai acara tahunan.

P/s: Cero kata nak pergi tak batang hidung dia pun tak muncul. Lepas tu dia bagi la alasan bagitau internet dia dah habis kuato. Sudahlaaaa.

Sunday, September 15, 2013

Hirupan Pertama: Starbucks' Salted Caramel Mocha Frappuccino

Sebagai pengikut rangkaian minuman air kopi 'Starbucks', maka setiap kali ada air baru yang akan keluar wajiblah diri ini mengambil kisah dan melupakan seketika kewujudan air-air percuma di pantry pejabat. Kepedulian ini bermula minggu lepas di mana Starbucks mula mengeluarkan 'teaser' di Instagram mereka.

Tekaan aku: Perisa air (coffee related) terbaru sama ada untuk kategori Frap ataupun Hot Beverage. Duh! Terang-terang letak biji kopi kut.

Maka keesokon harinya;


Not one! But completely 2 different flavour! (perisa kopi sudah tentunya walaupun hati ni berharap non-coffee stuff). Disebabkan aku ialah a big fans of their frap. Maka sudahlah semestinya aku akan rasa Salted Caramel Mocha Frappucino (SCMF) terlebih dahulu dan bukan benda lain. (Walhal sebelum order mula bercanggah nak order Green Tea pula. Dasar bisikan syaitan).

Tetapi macam biasalah aku ni skeptic sikit dengan coffee stuff. Bagi aku kopi adalah salah satu minuman yang macam minuman yang dipergunakan untuk kepentingan sendiri bukan untuk tujuan guilty pleasure. Sama ada untuk menjadikan diri kekal berjaga semasa bekerja ataupun memandu, Kopi/nescafe is a must. Selain daripada waktu tersebut 'Hello~~ Milk Tea'. 

Maka selepas hirupan pertama SCMF.

The salt effect
Izinkan aku menghuraikan perasaan dan rasanya dalam bentuk point;

  • Rasa kopi tidak terlalu kuat. Maka tidak pahit dan boleh ditelan. (Alhamdulilah tak membazir duit membelinya). And I do think the caffeine is not that strong enough sebab time memandu dikala tengah malam biji bola mata dah start meragam minta ditutup. 
  • Ada campuran gula dan garam. Like literally. Kau akan rasa kewujudan garam tersebut tapi dia muncul kadang-kadang. Bila terasa macam ada tekstur batu kecil(?) ko rasa macam eh ni garam ke? Tapi rupa-rupanya gula. Then selepas beberapa hirupan seterusnya, eh ni gula ke? Rupanya-rupanya garam. Nampak tak permainannya disitu? Oh dan garam ini bukan garam masakan dirumah. Ia masin tapi bukan masin melampau. My advice please kacau whipped cream (kalau letak) sampai sebati kerana garam dan gula diletak di bahagian atas. You won't taste it until you stir it well.  
  • Caramel hanyalah hiasan semata-semata walaupun nama dia terletak selepas Salted. 
Oh! Dan SCMF bukan hanya dalam bentuk blended sahaja tetapi sama ada ais ataupun panas. And I bet rasa dia akan lain-lain.

Info Tambahan:

Monday, August 26, 2013

Top 5 Perisa Coolblog Pilihan WZ Versi Crayon Pop 'Bar Bar Bar'

Sebagai duta tidak rasmi Coolblog untuk tahun 2013, (Heliza who?! *rolling eyes*) dengan ini aku berhasrat untuk membuat satu entry khas untuk Coolblog. Terima kasih kepada Coolblog kerana memberi peluang kepada kami para pengguna untuk merasa Bubble Tea dengan kadar yang murah sampaikan kadang-kadang gerai penuh seolah-olah semua orang macam batak tak pernah minum benda alah ni. 


Maka disini aku nak menyenaraikan list Top 5 perisa pilihan WZ apabila berkunjung ke Coolblog. Tapi sebelum itu sila perati betul-betul ye, ia ialah pilihan tunas lidah WZ. Bukan pilihan anda, abang anda, emak anda ataupun siapa-siapa juga maka jangan nak meroyan tak setuju kalau list ni tak menepati citarasa korang. 

Oh, and if you don't like Bubble Tea,



boleh simpan tips kesihatan anda dan boleh mula minum air kosong 8 gelas sekarang.

Are you ready?



#5 Milk Tea Kosong Blog (Nama official tidak diketahui)

Perisa Bubble Tea paling basic gila kalau kau order pasti akan siap dalam sekelip mata. Ok actually dalam 10-15 kelip mata minus the long que. Sebenarnya benda alah ni adalah basic tea yang digunakan dalam hampir kesemua perisa Bubble Tea rangkaian Coolblog. Senang cerita tanpa benda ini, Bubble Tea anda adalah meaningless. Dan aku suka minum benda ni tanpa sebarang toppings disebabkan kalau ada topping sebagai contoh pearl rasa macam OCD nak kunyah semua pearl padahal tak payah pun takpe lantas hilang nikmat menyedut air secara rakus. Oh dan ia juga murah RM1.80.

#4 Volcano Milk Tea Blog (No Toppings)

Ataupun dengan nama lain 3 Layer Tea versi murahan. Masih lagi tak faham apa connection dengan meletak nama volcano maybe konon-konon lapis-lapis tu metafora untuk lava? Walaupun rasa dia agak hambar cair namun sering menjadi pilihan diri untuk diminum bersama nasi campur. 

#3 Banana Oreo Blog (No Toppings)

Perisa pisang yang flawless dicampur dengan oreo coklat adalah kombinasi kimia yang oh! tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Sedut sehingga ke dasar cawan. 

#2 Cendol Blog bersama Apple Jelly

My personal favs. Kalau rasa rindu dan craving meluap-luap terhadap cendol tetapi;

a) Sukar mencari gerai cendol di tepi jalan kerana duduk di Kota Metropolitan
b) Status kebersihan gerai diragui
maka akan terus membeli benda alah ni.

#1 Teh Tarik Blog bersama Coffee Jelly

Walaupun rasa dia langsung tak rasa macam teh tarik. Tapi macam ada sesuatu yang menarik perhatian diri untuk menikmati air ini berulang kali. Dan lebih awkward bila teh tarik tapi rasa Coffee. Kena tipu ke? Tapi buat-buat macam tak perasan. I'm soo dumb and naive but never mind. 

Maka keep calm dan minum lah Coolblog sambil melompat keriangan ala-ala Crayon Pop! Jumping yeah jumping yeah everybody!

P/s: Coolblog please fix up your unresponsive website and create new flavour before I'm starting to get jemu dan muak.

Wednesday, December 26, 2012

The Best of 2012 : Food Edition

Walaupun tahun ini untuk kategori makanan tidak begitu memberangsangkan. Sebab penulis blog ni jenis suka betul duduk aje dalam bilik pemalas nak explore semua restoran bagai lepas tu kalau makan asyik-asyik makan menu dekat cafe saja which is sungguh tidak worth it untuk dijadikan sebagai entry. Lepas tu end up dapat makan Domino's Pizza pun dah boleh jadi makanan agung untuk bulan itu. T_T.

Tapi itu bukan penghalang untuk tidak publish entry berkaitan dengan topik ini ye. Tidak sama sekali.  *goyang-goyang jari telunjuk* Makanan ialah umpama tulang vertebrata untuk blog ini. Tanpanya nescaya blog ini akan lumpuh. (lumpuh = isu-isu harian wz yang tak menarik langsung)

Jadi dipersilakan untuk membaca list-list untuk 2 jenis kategori makanan yang dok dikepochi WZ sepanjang 2012!! (Versi budget rendah).

Note: Boleh klik pada tajuk yang panjang gila dekat setiap nombor dan ia akan terus membawa anda ke entry asal tersebut. Feeling macam time travel lah.

Kategori Makanan Kedai


Teringat lagi pasal entry ni. Time tu baru balik dari UTHM doing some lab work. Lepas tu my friend beriya-iya nak stop by dekat satu kedai ni. Siap Google jalan lagi. Depa kata sedap. So bila dah sampai kedai tersebut kau menangis tengok harga satu kek. Bukan mahal tapi time tu nak akhir-akhir sem, so budget tight sikit. But I'm lucky enough dia ada jual versi 'jimat'. And it was worth it! Memang sedap, walaupun rupa macam not really flattering. Tapi memang asyik kunyah-kunyah saja malam tu tanpa henti.




Oh mai! Sampai sekarang masih terlekat-lekat rasa Dominos dekat tunas lidah ni weh. Sejak lepas makan benda ni terus mengidam nak lagi. Tapi sampai sudah tak beli-beli. Let see, dah berapa total time aku dok craving. Entry ni dipublish pada Oktober 27 lepas. So, dalam 2 bulan. 2 bulan merana!

Normal tak kalau print gambar ni lepas tu kunyah?  T-T


Jyeah!! This is my ultimate experience kalau melibatkan pergi ke kedai-kedai ni. Double the happiness tahu. Bukan aje melantak dapat rasa sushi yang real bukan sushi seringgt Tesco/Jusco malah boleh pulak merasa yougurt ice cream yang dok diperkatakan orang masa tu.

First time praktikal guna chopstik dikalayak ramai. Memang terbelit-belit jari.  
Kah kah. Tapi memang nampak benar jakunnya disini sebab makanan yang dah mainstream orang dah makan 60 juta kali pun masuk list. Nombor satu pulak tu! But overall this was an amazing experience for me. Trying something new. Dia punya perasaan sangat best. 

Huwaaa!! I want this! Like now.
What? do you expect me to put something fancy? Macam Risotto with Black Truffle. atuapun Caviar? No no I'm just normal average yet. Menu macam tu tak mampu... lagi. HAHAHA. 
Kategori Makanan Home Made


Ada satu entry aku tanya kepada readers apa resepi nak buat kek batik? Please provide me some links. Tapi lepas tu tiada siapa pun bagi jawapan yang positif. Malah ada juga yang suruh beli di Bazar Ramadhan saje. I am sad. Tapi disebabkan berkat kesungguhan dan keyakinan diri yang mendalam aku tolak semua itu ke tepi dan berjaya membuat satu kek batik. *libas jaket winter* 

But unfortunately aku tak buat pun sebarang entry result pasal kek tu. Maybe sebab teskstur dia agak keras sikit (malu nak kepochi). Tapi, tapi hahaha mujur aku upload gambar tu dekat fan page. =)




Yang ni paling best sekali sebab antara resepi yang aku buat menjadi. Paling best buat 3 kali dalam tempoh 2 minggu. Bukan sebab ramai yang mintak suruh buat. Tapi kau yang sorang yang perut hantu pelahap makan ketiga-tiga dulang puding roti tu.


Harap-harap 2013 akan dapat rasa banyak lagi makanan yang pelbagai dan enak-enak diluar sana. dan juga membuat dessert sendiri dengan flawless sehingga menjadi perbualan dikalangan sanak saudara. lol.

P/s : Perhatian semua! *tepuk-tepuk tangan* Sekarang blog ni dah ada account tuider sendiri! Maka sesiapa yang tak berapa on Facebook pun still boleh dapat the latest info tentang entry-entry terbaru daripada blog ni. Jangan ketinggalan!

Klik untuk follow.

Sunday, March 25, 2012

uluhab

Just bought this thing yesterday.


Actually ternampak this thing masa tengah turun guna ekskalator and suddenly I think I need this soo badly. So bayangkan lah dengan tiba-tiba pupil mata terus jadi besar (maybe sebab keazaman yang terlalu tinggi) terus melulu pergi gerai jual benda ni. 

Berapa ni ek makcik?
7 ringgit je.
Ok. *terus keluarkan duit*


Memperkenalkan Bahulu Berperisa! Dari kiri strawberry, pandan dan kopi. I don't like the kopi one.

Actually mula-mula beli memang banyak. tapi tak tau lah tiba-tiba jadi sikit macam ni *tenung perut*
To be honest I'm not a really fan of bahulu. Maybe sebab dia semata-mata tepung lagi-lagi yang jenis bahulu bentuk ikan tu. Memang separuh je lah boleh telan. Tapi kalau datang angin monsun puaka mana. Memang boleh habis satu tupperware. Lagi-lagi dalam saiz kecik macam ni. Sekali telan je lah. 

And yes, I'm not gonna end this entry by writing 'Sila hubungi sekian sekian untuk tempahan atau klik sahaja disini!!!' This is not an advertorial. Cuma menunjukkan sedikit appreciation terhadap bahulu.

Tuesday, July 5, 2011

Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah (Edisi Julai)

Thursday, June 30, 2011

GCB is Baaack!

Tau tak tau tak, hari ni cadang nak gego pawagam nak tengok Transformer 3. Last berguling depan kaunter sebab dah Full House. Wth! Hangin betul. Seumo hidup aku lah duduk kat sini tak pernah2 dibuat panggung wayang Full House! Lagi2 dipetang Rabu a.k.a hari bekerja?? Grrrr. Suasana time tu ramainya macam hari pelancaran iPad2 tau tak. Esok aku cuba lagi try nak dapat slot pagi. Kalau penuh jugak. Tau tau lah kena belajar cara2 nak buat reservation online lah gamaknya. Malangnya aku ni buta IT pulak. Huuuuuuuuuu. =(

Well, well, well selepas berduka nestapa tak dapat tengok moovie. Then I got this idea. Lets mentekedarah GCB!!! Akhirnya lepas dok membebel2 dekat twitter betapa kepinginnya nak makan GCB nih. Akhirnya impian belia ni tercapai jugak.

Hamagad! Terliur. Terliur! *kesat mulut*

Ok fine indah khabar dari rupa lah sikit tapi rasa dia awesome gila. Bayangkan ko gigit daging tu terpercik air daging di dalam mulut!. Dengan empuknya lagi. =L

Aku ingat lagi last time makan benda alah ni dalam setahun yang lepas! Fortunately aku ada buat entry pasal tu. Review McDonalds GCB (klik aja. Tak payah nak new tab. Aku dah penat buat code automatik link kuar tab lain. Tengok betapa aku menyenangkan korang! Mana nak cari blogger baik cam gini).

Finally to all my readears, siapa2 yang KERJA dekat Mekdi tu hulur lah kupon sekeping dua. Berkat jugak gaji korang dapat tuh.

Sunday, June 12, 2011

Sate

So last night, we all decided nak makan benda lain selain daripada makanan berunsur nasi goreng ataupun mee/bihun/soto/lontong dan seumpannya. And we got ourself a plate full of sate! Restoran tepi jalan yang namanya ehem! pardon me aku lupa nak check, ni special sikit. Which is semua menu dia based on sate. So jangan pandai2 order benda lain2 kalau tak nak pandangan hina.

Sekarang meh2 aku introduce sikit apa sate yg telah di order.


#1 Sate Kambing
Sekali makan tak mau lagi. Hahaha. Bukan apa dia macam liat2 sikit so memang tak kena dengan selera aku. By the way lemak dia memang banyak woo. 

#2 Perut
I never touch this! 

#3 Sate Daging
Ni pun macam liat2 sikit. Kalau mana yang minat daging tuh maybe suka lah. Kalau aku prefer suruh dia rebus  sejam lagi sampai lembut.


#4 Sate Ayam
All time feveret. Which is semua orang tak kira usia akan pilih benda nih. Tak perlu berkias2. Rasa dia sedap lagi dengan kuah dia. Maigod! boleh dihirup begitu sahaja!

Warning : Pemakai gigi palsu sila berhati2 dengan hidangan #1, #2 dan #3.

Tada! There you'll have it! The complete set of sate which is sangat mengenyangkan malam anda. Dan dia jugak ada serve nasi impit. Which is another awesome dish eat together with kuah sate.  

Jemput makan semua!! #sarkastik

Wednesday, May 25, 2011

Nasi Ayam Di Restoran Nasi Ayam Mama (Edisi Manjung)

P/s : Entry ini ditujukan khas kepada reader2 yang dahagakan entry berunsur makanan. LOL!

Sekarang ni boleh nampak dekat kawasan daerah aku, (dekat pekan lah) dah banyak restoran2 makanan yang dah dibuka. Maksud aku restoran yang ada macam deco2 sikit dalam dia. Dulu banyak kedai makan biasa je. Janji ada meja, kerusi, TV, lantai simen cukup lah. Maybe sebab populasi dekat sini yang makin hari makin ramai so permintaan kami terhadap restoran yang cantik semakin meningkat. Cewah!

So this time around, restoran yang menjadi mangsa adalah. Restoran Nasi Ayam MAMA.

Masuk2 je tengok deco, ni mesti rege(harga) mahal ni. Keluar balikl HAHAHA.

Kedai ni basically sebenarnya 2 kedai. Kedai hujung2 dengan kedai hujung.Sepatutnya kat tengah dia ada lorong kan. Alah lorang selalu dekat dalam TV selalu ada orang jual dadah kat situ. Hahaha. Tapi restoran ni  renovate lorong buat tempat makan jugak. Konon macam outdoor view lah. Owh! banyak tumbuhan melata diletakkan. So takde lah terasing dengan 2 kedai sebelah menyebelah dia. 

So this is the menu. Aku bila dah menu dok banyak2 macam ni.  Memang dah start confius. Jenuh lah 10 minit tatap menu. Nasib badan lah ko waiter. Tapi last2 order nasi ayam jugak. LOL!

Nasi Ayam dia ada 2 jenis, which is biasa dan special dan sebagai manusia biasa memang mudah tertarik dengan perkataan "special". Tanpa membuang masa order yang special punya.

Special bermaksud disini, kuantiti ayam yang banyak gila!! Like seriously ayam tu boleh kongsi dua orang. Melainkan kalau korang ada 2 perut boleh habiskan secara solo.
Dan laksa sebagai makanan sampingan. Yang ni makan kongsi2 bukan makan sorang. Mau pecah perut. Dah lah ayam dekat nasi ayam tak habis.

 Aku pilih 3 layer tea sebagai penghilang dahaga. THIS IS MY FEVERET! Sebab first time rasa kan. Lepas tu siap bungkus satu bawak balik.  LOL!
Eh! Hari ni Rabu kan? Patutnya nak buat Entry Wordless Wednesday! 

Sunday, March 20, 2011

Yesterday Was A Fairy Tale

Ok2 I have to admit tajuk macam agak macam nak kena pelempang. Tapi tu aje lah perkataan yang boleh menggambarkan apa yang aku rasa semalam. Rasa macam mimpi! I still can believe it! Ok2 ayat agak exaggerate. Memang dasar attention seeker betul.  

Seperti yang korang tau semalam ialah Sabtu. So in my world that day means "Hari Menapau Makanan Sedunia" maka tempat yang wajib dikunjungi ialah Jaya Jusco! You don't know how much I love that place. It is a heaven for foods!! And the first stop will be..... 

Starbucks!!! This is the only place that will make me saving my money by skipping 3 dinner just to have one large size of drinks. Like seriously!!

Tapi this time around aku order Vanilla Cream Frappucino!! 

Rasa esen vanilla dicampur dengan whipped cream. Astaga! It's good!!! really good! Boleh minum 5 gelas lagi. Large!

Lepas tu aku order lagi satu. Caramel Macchiato

Kopi yang dicampur dengan sedikit chocolate, susu dan vanilla syrup serta dilimpahi dengan caramel diatas . Now tell me who doesn't want that!
Ok2 before semua orang salah faham ingat "OMG! WZulhilmi ni anak pewaris hotel ke? Banyaknya duit beli sampai 2 kali!! I wanna be his friend!" Ok stop dreaming! Sebenarnya air yang kedua tu adalah percuma. In other word it is FREE!! Yup! Sebab tu lah aku kata fairy tale. Sebab aku dapat segelas air cost about 12 ringgit for free. Lucky betul! ^__^ . Tapi minum punya minum natijahnya amik ko pergi tandas 7-8 kali sampai cleaner pun dah cam muka ko.

Lepas dah lanyak semua air aku terjumpa satu stall baru ni. Sebab last week tak de weh! Terus je beli sebab nampak sedap gila. Lagipun benda baru mesti lah kena cuba.

Benda ni 98% bahan dia kentang je. So what it is????
Tada!!

Potato Twist! Ko tak rasa macam nak beli 5!!! Dia ada macam perisa macam black pepper, butter cheese blah blah blah. Tapi aku amik Hot & Spicy. Rasa dia, perghhh, memang sedap gila weh!! Tengok lah, dah lah sedap lepas tu gila lagi!

Lepas tu wrap out the whole day dengan menapau KFC!!

Ok janag tertipu ni hanya sebahagian kecil sahaja. Ada lagi. = =
Owh lupa pulak. Lagi satu as a dessert (gila apa budak ni perut ada berapa?) aku beli discostick!! Hahahaha. Ok2 Cheese Stick sebenarnya!

Siapa tak drolling ada lah problem dengan tuntas lidah tu.
Aku rasa aku akan jadi gemuk secara dasyat kalau keep on going eating secara berlebihan2 macam ni. Haissh! Why it is sooo hard being a fan of foods! T__T

Monday, January 31, 2011

Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah Sebelum Februari Beredar

Memandangkan bulan Febuari gila esok aje!! Maka jatuhlah hukum wajib untuk aku mempembaharui wish list untuk senarai  "Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah Sebelum Februari Beredar". List ini adalah sangat penting ya bagi mewujudkan kesedaran diri bahawa dekat luar sana ada berlambak2 lagi makanan yang luar biasa dan super sedap selain daripada Karipap Kentang Cik Gayah depan rumah ataupun Dadih Aneka Rasa buatan pelajar dalam kotak polistrin. 

And the list are...
1. Macarons

Benda ni aku tahu bulan December lepas. Daripada blogger2 lain jugak. Mula2 aku ingatkan benda ni tanah liat brand Playdoh tu. Maybe ada some loser yang tak de kerja gentel2 tanah liat tu buat bentuk burger mini ni dalam amount yang banyak lepas tu buat photoshoot. Kemudian upload dekat Flikr konon2 nanti boleh lah dapat banyak pujian melambung2.

But yet I'm totally wrong. This thing is real and edible ! Tapi korang jangan lah tanya aku macam mana rasa dia. Sebab tu lah aku letak dalam wish list ni. Mengerti? Tapi aku dok baca review benda ni ramai kata manis gila. Maka kalau yang ada kencing manis tu boleh lah bawak mengucap banyak2 sebelum nak makan. Esok sah2 pergi ICU.

Plus benda ni bukan ada satu perasa aje. Tapi banyak. T_____T



2. Cool Blog
Ya, ya. Benda ni aku dah mention last entry. Lepas dah ramai bagi respon postif. Bertambah excited lagi perasaan nak rasa benda ni. Pelik lah kan. How can this cheap drink (assumed from the picture below) can be soo tasty. Ke korang memang dahaga time tu so benda apa2 yang korang minum automatik jadi sedap?


Only time will tell then..

3. Pizza Hut Crunchy Cheesy Bites
Benda alah ni baru je tau tadi. Time tengah tengok tv dengan mata pun macam bukak tak bukak. Siyes program TV sangat membosankan akhir2 ni. Last2, Pang!! Amik ko iklan ni keluar. Siap terus terbuntang mata tengok. Astaga apakah ini?? Makanan dari kayangan kah??


Apa yang menarik perhatian dalam menu ni ialah dia letak cornflakes weh!! Lepas tu ada udang goreng tepung lagi. Wakakah *gelak tamak haloba*. Kenyang weh kenyang.

4. McDonald McFlurry Cornetto
Maybe I'm late on this one. Tapi peduli apa aku nak masuk kan jugak dalam senarai. Disebabkan Mcflurry dulu yang ada letak Orea tu adalah sangat sedap sampai ko rasa macam nak kerja part time dekat bahagian dessert center lepas tu time nak tutup boleh lah ko curik2 makan sampai kenyang. wahahaha! So aku rasa benda ni pun sedap jugak kot. Tapi maybe orea lagi sedap?


Korang tak rasa macam sengaja je papan iklan ni nak tarik rakyat Malaysia supaya beli banyak2 lepas tu menggalakkan Obesiti? Sh*t!

So that's it! Kalau kut2 tiba2 ada benda baru muncul tengah2 bulan aku bawak lah ke bulan Mac atau pun masuk dalam senarai KIV. Maknanya aku ada lebih kurang 28 hari untuk menyempurnakan misi ni. Yosh!! Tapi last2 dalam seminggu je dah habis rasa semua nih. Bukan boleh percaya sangat aku nih. T___T

So ada tak antara korang yang pernah rasa benda2 nih? Macam mana rasa dia? So please spam the comment below!!

Monday, December 6, 2010

Menikmati Makanan Kampung Sambil Review-Review Sikit

Seperti yang telah dijanjikan semalam. Hari ni aku nak tunjukkan kat korang kedai makanan terbaru yang aku singgah Ahad lepas! Wuuuuu! *bunyi kagum*. Aku dah nampak ada yang tak puas hati, nama blog punya lah glamour bagai tapi isi asyik2 cerita pasal makanan? Tak selari langsung! LOL! Eh korang tak tau ke celebrity atau pun golongan sosialis elit ehem! ehem! pun perlukan makanan? So tak salah kalau aku cerita pasal makanan kan? LOL! But no worries! Tak kan lah aku nak update pasal makanan je memanjang! Aku pun jemu jugak nanti (maybe lah maybe).

Oh ya! Kedai aku singgah tu diberi nama Warung Santai! Nama je warung. Tapi dia jual dalam kedai. Ada aircond semua. Konon2 mesra pelanggan lah kut bagi nama macam tu. Macam kalau bubuh warung rasanya ko nak makan mengangkang pun boleh, gelak berdekah2 secara beramai2 pun boleh. Tapi kalau bubuh restoran terus kena automatik makan sopan. Ke persepsi aku sorang je nih?

Wok tu apa benda eh? Kuali kah?
Lepas tu dia punya customer mak aih! Gila penuh! Sampaikan ada yang berdiri2 tunggu kat luar. Ni jampi apa lah guna ni. Tapi nasib baik lah aku dapat tempat duduk. Maklum lah orang tu bukak kedai ko terus serang. Dapat lah tempat! Miahaha. - -"

Kedai ni kami sekeluarga tak order pun sebarang appetizer atau dessert. Terus ke main course. Oh! Lupa nak bagi tau, kedai basically jual menu yang memang sesuai gila lah dengan anak teqak orang Malaysia. Maksudnya disini ialah dia jual nasi goreng yang banyak jual kat kedai2 dekat luar sana. Macam nasi goreng tom yam ah apa lah blah blah. Tak de pelik2 disini macam Ikan Siakap masak 10 Rasa ke atau Sup Tulang beserta Abolone. Cuma prize dia lah ehem! standard secret recipe! 

Memandangkan harga dia gak pricey sikit. LOL! Pemilihan air terus dan-dan bertukar kepada harga yang paling minimum sekali.

Air Sirap Bandung! Siyes bila rasa. Oh mai god! *Sambil mata bercahaya*! Padan lah harga begitu. Pekat betul! Terasa nak order bungkus balik satu. - -"

Untu main course pulak kami order,

Nasi Goreng Cina. Plain sungguh! Sebab tu aku tak order.
Ini ialah menu pilihan aku, Nasi Goreng Kampung. Maklum lah dah nama pun orang kampung terus tertarik benda2 berunsur kampung LOL! Tapi nampak tasty kan! Memang pedas dan sedap. Lepas tu hidang panas2 memang macam terangkat sekejap.
Beside that kitaorang pun ada order side dishes jugak. Tak kan makan macam tu je. Sungguh tak meriah suasana waktu makan ya.

Udang Masak Kunyit. Which is feveret aku untuk meratah sambil  menonoton TV!

Dan Sup Sayur. Aku ambik 2 -3 sudu je. Because I'm not a Soup Person.
Overall kedai ni punya makanan ok lah. Not bad. Tapi tu lah pricy sikit. Tapi bandung dia... perghhh!!! Sungguh nikmat! LOL! Tak main lah letak gula aje MACAM SESETENGAH KEDAI YANG KEDOKUT BETUL NAK BAGI EXTRA SATU SUDU SUSU! Dan aku rekomen lah kedai ni bagi yang nak bawak parents dari kampung yang eh! "Nek tak makan cheese2 nih" LOL! Tapi siyes memang ramai gila yang datang!! Tak percaya betul aku. Kalah My Mom's Chicken Rice dekat sebelah tuh!!