Hai.
Minggu lepas (rasanya). Ok lepas check kalendar, dua minggu lepas (lol) sempat pergi ke satu acara yang dianjurkan Nuffnang iaitu Nuffnang Food Fest. Iye cerita basi baru nak cerita tapi peduli lah kan. Tapi sebenarnya tak berhasrat pun nak tulis pasal ni sebab gambar yang sempat aku amik masa pergi dekat sana hanya sekeping je. Ye sekeping. Sungguh busy mentekedarah sampai tak ada masa nak snap gambar. Ok tipu.
Dan kentang goreng diatasa adalah sedap.
Oh ye but before that tau tak benda ni buat dekat Sunway Pyramid dimana aku tak tau pun celah mana mall ni letak. Gigih gila guna apps Waze lepas tu narrator dia Simon (aku nak tukar Natalie lepas ni) duk meroyan recalculating 2-3 kali sebab aku asyik salah jalan. Lepas tu bila dah nampak berhala singa(?) besar tu punyalah rasa bersyukur akhirnya selamat sampai. Tapi traffic masa nak masuk ke entrance, hamagash macam semua penduduk Selangor batak tak pernah pergi Shopping Mall. Memang lepas ni kalau nak pergi sana kalau ada benda-benda penting sahaja. Kalau pergi sesaja memang mencari nahas. Eh tak masuk lagi cerita parking dekat mana lagi. Basement 3 Loading Bay. Tempat trak-trak lori semua punggah barang masuk. Hummmph!!
Tapi semua jerit perit susah payah nak ke sana berbaloi lah sebab gerai-gerai situ banyak!!! Bukan indah khabar dari rupa.
Curi daripada website Nuffnang |
Ni baru suku gerai ada lagi celah atas tepi lagi.
Makanan dia usah dibilang! Banyak pilihan. Cuma tweet je lepas tu ko nganga mulut saja untuk makan. Portion dia pulak bukan versi celahan gigi tetapi 3x ganda celahan gigi. Which is like Ya Allah ni mimpi ke apa? Orang bagi makan free tapi tak kedekut kasi sikit.
Courtesy (lol) gambar daripada Nuffnang lagi |
Aku literally rambang mata dimana dekat tangan dah ada seketul ayam Nandos (Sedap woi! Goodbye Kenny), fried fries dengan manggi cup lepas tu tamak menguasi diri suruh pergi ambil lagi cup cakes, roti, ais krim krim, pisang goreng, Onigiri blah blah blah. Kalau kau orang ketiga dan nampak aku masa tu mesti rasa macam nak tampar suruh 'Calm down!!'. LOL! Lepas tu berlari ke hulu ke hilir mencari air sebab pedas makan sos hot peri. Balasan.
Tak cerita lagi part Zombie tetiba muncul kasi flyer. Dah lah masa tu busy que (haidar) boleh pulak diaorang tenung baik punya dari tepi.
Eh! sebijik lah pompuan tu tenung macam tu. Ko macam what the fish is this woman looking at me. Lepas tu baru perasan kulit muka dia tertanggal ada darah-darah. T________T. Fine. *ambik flyer secara paksa rela*
Tapi overall it was really, really an amazing and kenyang day. Semua benda daripada appetizer, ke main menu, ke dessert semua cukup aku rasa. Tolong buat ia sebagai acara tahunan.
P/s: Cero kata nak pergi tak batang hidung dia pun tak muncul. Lepas tu dia bagi la alasan bagitau internet dia dah habis kuato. Sudahlaaaa.
Tapi overall it was really, really an amazing and kenyang day. Semua benda daripada appetizer, ke main menu, ke dessert semua cukup aku rasa. Tolong buat ia sebagai acara tahunan.
P/s: Cero kata nak pergi tak batang hidung dia pun tak muncul. Lepas tu dia bagi la alasan bagitau internet dia dah habis kuato. Sudahlaaaa.
1 comment:
woi woi woi...
kutuk aku dalam entri...
pastu aku baru sedar....hahahhaa
aku memang dah sampai...
pastu henset habis line broadband...
walaupun boleh topup dan reactivate, tp sebab aku ni faux pas dan socially awkward, aku jadikan mende itu sebagai alasan tak nak join FoodFest tu...
Itu kisah sebenarnya...
Hehehe...
Post a Comment