Tuesday, October 29, 2013

[BR] Anthem - Hlovate

Review buku yang terakhir adalah pada bulan Disember yang lepas dan kalau aku biarkan saja sampai hujung tahun ni dah boleh capai rekod personal paling lama untuk blog ini. Setahun. Maka lebih afdal lah kalau buat satu sekarang tambahan pula dah berjanji kan nak buat berdasarkan poll yang lepas.


Ilustrasi 
Sejujurnya aku bukan peminat kulit buku Hvolate. Senang cerita, aku tak minat langsung kulit buku-buku daripada Jemari Seni (JS). Memandangkan Hlovate ni mungkin diantara penulis yang menyumbang peratus keuntungan yang paling besar untuk JS, aku rasa JS ada bagi sedikit peruntukan lebih untuk bagi design kulit buku Anthem ni bagi lagi up sikit. But still, it's still meh. Dia macam pereka tu amik insentif dengan mengambil peluang membelanjakan peruntukan lebih itu dengan subscribe premium version mana-mana template website clip art dan tempek dekat mana-mana yang patut. Oh wait! Template filem Polaroid tu kelihatan familiar betul.  

Dan warna tajuk novel. *meratap*  Hijau pucat. Really? Reaaalllly....?

Tetapi walaupun bagaimana dahsyatnya aku komplen pasal cover tu pun kalau JS dah buat keputusan untuk buat cover semua hitam dan letak font tajuk bulat-bulat daripada Microsoft Word pun orang akan masih  lagi cari dan beli. It's Hlovate. You just read it.
Isi Kandungan
Spoiler Alert!

Dalam dia ada 3 part.

Part I = Hari-hari Silam
Part II = Hari-hari Selepas Silam
Part III = Hari-hari Sebelum Esok

Orang yang sama, jalan cerita yang sama cuma pada waktu yang berbeza. Berkisar mengenai Dash, seorang gadis yang terperangkap dalam kecelaruan budaya dan identiti. Disebabkan parents dia sering berpindah randah dari satu negara ke satu negara yang lain atas kehendak pekerjaan, secara tak langsung implikasi dia terkena pada Dash. Dan ceritanya bermula daripada situ, beranjak ke era rebellious, then meeting a guy, proses transformasi, blah blah. You can it read by yourself. Aku nak cerita pasal lain.

The first impression bila aku baca Part I ialah aku literally meroyan tahu. Jargon sana-sini. Disebabkan latar belakang cerita dia around pancaragam sekolah, maka keluarlah perkataan pelik-pelik dan lagu-lagu genre lain yang aku tak permah pun dengar. Bukan cuba untuk menjadi ignorant dengan tidak mencari maksud jargon itu dibahagian indeks ataupun ambik feel dengan youtube-ing lagu-lagu tersebut cuma kalau setiap muka surat ada sampai 2-3 jargon baru ditambah lagi dengan dialog yang diselit with some unfamiliar reference in it. You know what? I just don't care. Kalau ikutkan hati memang aku dah berenti baca dah. Tapi mengenangkan Versus dan Contengan Jalanan, aku bagi lagi peluang. 

Apabila masuk PART II cerita dia getting more interesting. Aku habiskan PART ni dalam masa sehari saja kalau nak dibandingkan dengan PART I yang rasa dalam 2 minggu. Ye 2 MINGGU. Dia punya procrastinating mak aih. Meanwhile dalam Part II ni aku suka begaimana penulis menerangkan details negara India. Taj Mahal, Kota Agra, Rose Garden etc. Sungguh menarik rasa macam nak pergi. Tapi sudah tentu latar belakang Dash daripada keluarga berada, mestilah indah-indah belaka bukan. Kalau miskin papa kedana it will be hell. Part ni juga ada tunjuk bonding antara Dash dengan adik dia Haikal. I just love it. Cuma konversasi diantara Haikal dan kakaknya ni hurmmm macam well sungguh matang dan bernas. Kadang-kadang aku rasa tercabar pula kenapa aku tak boleh berbual seperti itu.

Part III pulak adalah dimana details tentang religion stuff dan splash of lovey dovey bermula. Tak lupa juga banyak betul diselitkan makanan didalamnya. Haha. Love it. Tapi the ending is like a little bit rush. Macam pang pang pang. Ok dah selesai drama nikah semua. Ookayyy. Tambahan lagi dengan klise nya si Badlee (Dash love interest) suka muncul elok-elok betul kena pada timingnya. Amboi stalker ke bang? Membuatkan cerita dia macam aku nak rolling eyes saja bila scene ni muncul. 

Secara keseluruhannya novel ini ok except PART I. Not as good as Versus and Contengan Jalanan tho. Dan aku berharap sebenarnya kalau Hlovate dapat panjangkan sikit penerangan tentang religion stuff didalamnya. Rasa macam sikit pula elemen tu dalam novel kali ini. Too bad.

2 comments:

zat said...

Ini macam bagi sinopsis je. #bob

Tapi bro well bad kenalah muncul ikut timing yang betul kalau x, bukan ceritalah namanya. Hahaha. #bekapHlovate

cEro said...

selepas perkataan 'spoiler alert',
aku terus skip ke komen...

Aku mmg paling tak suka spoiler, walaupun peratusan buku ni aku tak baca adalah tinggi...hehehe