Sebenarnya ini macam boleh dikatakan entry sambungan untuk Nuffnang Foodfeast hari tu tapi versi sambungan pendek lah. Senang cerita macam extended bonus entry macam tu. Special untuk readers semua since I'm so kind liddat.
Jadi ingat tak betapa rakusnya WZ semasa berada di event itu? Rakus sangat sampai ada satu ketika dimana semasa memakan ayam Nando's yang dilimpahi kuah Hot Peri dan aku tak tau Hot Peri tu sebenarnya memang pedas betul bukan acah-acah pedas. Tambahan lagi ko pulak jirus kuah tu macam esok tiada lagi. Hummph! Memang mencari nahas betul. Umpama gunung berapi yang mahu meletus (of course mimik muka masih lagi control normal) langsung terus pergi ke gerai air yang terdekat.
Nampak gerai Yakult dulu. Fine, Yakult pun Yakult lah walaupun rasa macam satu teguk saja habis terus. Emergency ni jangan memilih sangat. Jadi disebabkan syarat dia kena tweet dulu baru boleh dapat satu free maka tanpa berlengah masa lagi;
Namun... *bunyi guruh*. Akak cashier kata tweet macam ni tak boleh. Kena lah tweet positif-positif sikit. Katanya. Baiklah!
Terus dapat satu!
Terus dapat satu!
I like Yakult tho.
2 comments:
Yakult adalah musuh ketat perut aku.
Aku minum yakult, then kira sampai 10, aku terus kena cari jamban sebab cirit.
Perut tak elok kot.....
-Star-
Nmpk sgt tak ikhlas tweet yakult tu ROFL!
Post a Comment