Amaran: Entry tiada gambar. Dia macam ilmiah sikit-sikit. Macam je macam!
Sebenarnya aku suka betul review benda. Review bagi aku macam satu medium yang boleh aku gunakan untuk ekspresikan perasan aku terhadap sesuatu objek. Objek yang dimaksudkan disini ada tiga perkara iaitu makanan (duh!), muzik dan buku. Ada orang minat kepada fesyen, filem, gadgets dan lain-lain. Tapi bagi aku tiga benda ni lah yang aku lagi gemar nak ulas lebih lanjut tanpa jemu dan penat kalau nak dibandingkan dengan benda lain.
Dia macam perasan ko rasa benda ni best gila ataupun suck gila tapi terseksanya kalau tak diluahkan. Macam merana dalam diam. It's like I need to share this thing with everyone!. Walaupun boleh saja review melalui percakapan (verbally) ataupun secara micro social networking (e.g. Twitter) tapi aku lagi suka kalau review ni dibuat dalam blog. Kekal dan mudah untuk dijelaskan serta senang untuk dicari.
Selalunya kalau aku baca review penulis-penulis lain tak kira lah sama ada dari dalam dan luar negara aku selalu macam terfikir 'Perlu ke guna ayat bombastic/rumit untuk jelaskan sesuatu perkara?' Kadang-kadang boleh lost dalam penjelasan tersebut. Itu belum lagi dengan jargon yang bebukan sampaikan kena Wikipedia kan maksud dia.Tapi takde lah aku kata tak boleh. Bagi aku boleh tapi dalam bilangan yang minima. Lagi satu pulak pasal review yang ringkas gila kadang-kadang tak wajar pun benda tu dipanggil review lebih baik dipanggil sebagai sinopsis. Aku ada sentuh benda ni dalam entry lepas tapi aku tak kuasa nak carikan entry tu dan letakkan dekat sini. Pandai-pandai lah cari naa.
Bila buat review ni aku selalu imagine kalau boleh aku dapat buat satu review yang macam simple tak kisah lah bahasa dia pasar ke ataupun tak segramatis mana pun janji maksud dia sampai. Orang boleh relate dan faham. Lepas tu orang yang baca pun tak semena-mena terpengaruh sekali dengan review tu. HAHAHA.
Tapi bila buat review ni selalunya orang akan persoalkan 'Ko siapa nak review-review ni? Background pun tak ada kait mengait. Bagilah orang yang layak buat'. Dengan kata lain ko macam tak layak lah nak review. Review ko semua tu tak relevan unless ko ada bukti ko ada Sijil tauliah dalam Kulinari/Muzik/Sastera ke apa. Tapi cuba fikir balik, siapa golongan majoriti yang akan beli makanan semua tu? Siapa yang akan mendengar muzik yang dikeluarkan nanti dan siapa pula yang akan berpusu-pusu ke kedai buku untuk membeli atau menebus voucher buku? Jawapannya ialah General Public. General itu termasuklah anda-anda semua dan aku sekali. Jadi masing-masing ada hak untuk buat sebarang ulasan terhadap sesuatu perkara. Tapi tak ada aku kata review daripada pakar tu tak relevan semata, cuma apa salahnya kalau ada pelbagai review yang berdasarkan daripada perspektif yang berbeza. Senang sikit orang nak buat comparison.
Masalahnya sekarang, aku ni tak ada bahan yang nak direview. Kalau makanan, memang macam susah sikit. Unless kalau ada produk baru (selalunya dari fast food outlets) baru boleh review. Kalau nak mengharapkan restoran-restoran tu payah sikit. Tapi akan ada lah. Cuma jarang sikit. Manakala buku pula dengan kekangan masa semua. Bila nak baca satu buka makan sampai berjam-jam. Maka tinggal lah kategori muzik. Muzik ni senang sikit nak cari bahan dia tapi readers blog ni majoriti bukan peminat muzik tegar. Kalau hari-hari update pun tak best juga. Macam syok sendiri. Nanti jadi macam blog lagi satu Pour Me *cough* *cough*. HAHAHA. Terabai. Mungkin sebab maintaining two blogs at the same time really, really hard and exhausting. Komitmen pulak kena tinggi dan aku bukan dalam universiti life lagi.
Tapi takpelah aku rasa aku akan buat dan hidupkan balik entry review tentang muzik tu balik tapi dalam seminggu atau dua minggu sekali lah entry dia. At least tak ada bersawang blog ni kan. Ada initipati nya juga. Kalau review dalam kategori lain tu nanti akan muncul tak lama lagi. Cuma sabar, sabar dan sabar. Oh! buat statement budget ramai minta request kan? *rolling eyes*
1 comment:
Ko kata ko tak ada bahan yang nak direview?
Apa kata cabangkan sikit minat ko tu tidak terhad kpd 3 benda yg ko minat tu (makan, muzik, buku)
Review laa benda2 remeh macam 'jalan menuju ke rumah dr tmpat kerja' atau 'henset awesome ku' atau 'kenapa aku suka pakai kemeja daripada t-shirt kolar bulat' contohnya...hehehe
Panjang berjela aku komen...
Yaayyy...
Saje nak panjangkan lagi...
Yaaayyyy...
Yaaaaaayyyyy...
Post a Comment