Hi! I'm back after a week or so of holiday. Maka tibalah tradisi blog ini untuk membuat senarai makanan dan minuman yang perlu dirasa oleh tunas lidah. Tercapai ataupun tidak itu belakang kira. Yang penting kita mesti berani bermimpi untuk merasai pelbagai jenis makanan didunia ini. Sebenarnya nak buat lawa-lawa list ni buat dalam bentuk poster yang menarik macam dalam entry ini ke at least. Tapi memandangkan sekarang tengah guna laptop orang yang kalau nak install software yang simple pun nak kena permission administrator((traitor!)) bagai, memang tak lah aku gigih nak buat. Jadi buat dalam bentuk list yang ala-ala amatur zaman 2010 cukuplah ye?
Oh by the way 'Tunas Lidah' ye bukan 'Tuntas Lidah'.
1. +Wondermilk Cafe's Cupcakes
Kata lah gedik ke apa-apa ke sebab mengada seorang lelaki makan Cupcakes. Peduli apa! Ko bayar ke? Tak kan. Pffft! Sebenarnya dah aim nak masuk kedai ni lama dah. Sebab decoration dalam ni bukan main lagi interesting. Tapi memandangkan ko hanya blogger picisan lagi tidak berbudget tinggi maka mampu tekup muka dari luar cermin kedai ni sajalah. Rumours (has it) kata bukan main mahal lagi benda ni. Untuk 4 cupcakes comel loteh ni harga dalam belas-belas juga lah. *gasp*
2. Starbucks' Cranberry White Chocolate Mocha & Toffee Nut Latte
Jingle bell jingle bell, jingle all the way. Grab your winter coat, grab your mitten cuz it's winter already!! (cakap gaya western celup urban). Dalam ketiga-ketiga air baru keluar ni yang paling aku berkenan nak rasa yang tengah-tengah tu. Cranberry-whatsoever-panjang-noo-nama-dia ni sounds delicious. SOUNDS jelah. RAsa tak tahu lagi. Nanti dah rasa jangan risau weh! Akan ku kongsikan perasaan rasa tersebut dalam medium perkataan khusus untuk perkongsian kita bersama.
3. Stickhouse
*meroyan*
Any flavours will do. Ni pun duk perati dari dulu tapi tak tercapai-capai impian nak merasa. Bawah RM10 kut sebatang (padanlah tak merasa). Dia ais krim tapi dalam bentuk-bentuk menarik. Lepas tu perisa bukan main banyak lagi dengan menggunakkan bahan-bahan semula jadi. Ais krim eco friendly macam tu.
Tengok! Bukan main semua benda manis-manis belaka. (34sen!)
+BONUS!
Keropok Lekor
Laugh all you want. I just need this isi ikan campur tepung yang diimport daripada Kelantan ataupun at least dibancuh oleh orang Kelantan in my mouth right now. Versi crispy of course. .
1 comment:
Keropok lekor paling memberahikan...
Yg lain, kalau kau nak belanja, aku on...hahahaha
Post a Comment