Tuesday, November 12, 2013

PERFUME Special: Sweet Refrain PV Short Version Dah Keluar + Sedikit Bebelan Mengenainya

Sedikit? *rolling eyes*

Bak kata seorang nenek tua ni, "Time goes by so slowly for those who wait". Ayat ini betul-betul tepat kena pada detik permulaan PV "Sweet Refrain" (SW) dengan A~Chan, Nocchi dengan Kashiyuka masing-masing memegang jam bulat yang putih dibeli sempena promosi buy 2 free 1 di Ikea sekaligus menunjukkan perasaan sebenar aku untuk mendengar full audio single ini dalam versi High Quality. Tapi macam biasalah selagi belum sampai 27hb ni memang tak dapat lah nak dengar melainkan versi low quality/radio rip semata. Oh by the way mereka dah keluarkan short version untuk PV SW ni. Check it out! 



Ini adalah adegan-adegan yang aku rasa menarik dan penting untuk di'highlite'kan berdasarkan short version PV diatas dalam bentuk minit.

Minit 0:01 = Kemunculan jam Ikea (flawless!!)
Minit 0:15 = Tiga-tiga buat pose berdiri seolah-olah mengingatkan masa itu emas sambil jarum jam berhenti pada waktu-waktu tertentu. Metaphor menunjukkan tarikh birthday masing-masing. Hey! Celebrity the just like us. Suka kepochi tarikh birthday!
Minit 0:19 = Aksi membaling bola secara bergilir. Nampak macam perbuatan sia-sia tetapi setiap kali bola mengenai lantai dia matching dengan bunyi rentak lagu. Details people! Details!
Minit 0:22 = Tarian aku-buat-dulu-nanti-ko-ikut (ABDNKI). Definitely one of PERFUME's signature dance!
Minit 0:30 = Reference to Nee dance
Minit 0:35 = Tarian unggun api.
Minit 1:14 = Bola yang dibaling Nocchi jadi slow, reference to special effect dalam Magic of Love
Minit 1:16 = Mah favourite scene!!

Ingatlah! PV PERFUME tidak sia-sia belaka! Semuanya bermaksud! And their costume is awesome. Tak sabar nak tengok Full PV.

Lepas tu sekarang baru sedar kenapa PERFUME macam rushing nak keluarkan single ala-ala low tempo padahal baru sebulan LEVEL3 keluar rupa-rupanya sebab nak winter kan! (read:musim tengkujuh). Release all those ballad/melancholy songs!! Ingat Starbucks saja ada air baru ke sempena winter??

Dan aku tak akan pandang jam bulat dengan pandangan yang sama lagi. Mesti nanti nak pose kalau jumpa satu. I but prefer this clock tho,

1 comment:

cEro said...

Menarik!
Kalau nak banding dgn PV Heart Ereki AKB,
pfffttt!!!
Kekecewaan betul...