Sunday, November 10, 2013

Hirupan Pertama: Starbucks' Cranberry White Chocolate Mocha Frappuccino


Dekat Malaysia kalau dah nak waktu masuk winter (baca: musim tengkujuh), semua company yang HQ based at America, UK etc akan eksaited buat macam-macam promo nak sambut Krismas padahal macamlah ramai sangat nak sambut dekat Malaysia ni kan. Starbucks tak terkecuali juga dengan memperkenal seleksi rangkaian minuman baru beserta dengan hiasan deco kedai yang semua merah-merah belaka macam preparation kut-kut Santa Claus nak datang buat surprise visit. Masa nak tunggu order siap dia punya urge nak buat choral medley lagu-lagu krismas kuat betul. Mujur waras masa tu.  

Okay kembali kepada topik yang sebenar, aku sempat merasa yang Cranberry punya. Dimana rasa dia uh-mazing! Like literally agak lah nak menggelupur bila minum. Base dia rasa macam kopi (kewujudan mocha of course) tapi lembut. Tak kuat. Macam versi kopi manja-manja. Mungkin ditambah lagi dengan kewujudan white chocolate itu sendiri membuatkan rasa dia agak lembut. Senang cerita rasa pahit tu ada tapi tak over sangat and it's kinda sweet. 

Topping dia pula aku pilih untuk letak Whipped Cream. Lepas tu dia letak Cranberry sauce dengan sedikit taburan gula kristal kasar perisa Cranberry. Lepas dah kacau semua bagi sebati. Suprisingly walaupun sos Cranberry dia sikit tapi memang terasa betul. Macam eh baguslah macam ni. Tak lah macam Caramel yang ada dekat Salted Caramel Mocha Frap tu. No function at all *rolling eyes*. 

Semasa hirup tu selain daripada ko dapat rasa tekstur dia kasar-kasar sikit disebabkan dengan kehadiran gula krystal tiba-tiba ada rasa macam plastik. Plastik yang bungkus-bungkus makanan tu. Macam eh? Ada plastik ke dalam air ni? Barista terblender sekali ke dengan plastik. Rupa-rupanya kulit buah Cranberries! Oookay.

Kesimpulannya: 

Base: White Chocolate + Espresso (Mocha) + Steamed Milk  = Lembut-lembut pahit manis. (lol) 
Toppings: Whipped Cream + Cranberry Sauce + Crystallized Cranberries Sugar = Buat dia lagi extra lemak dan manis.

Kalau biarkan frap ni cair. Memang lagi manis rasa dia Rasa kadang-kadang bila minum asyik jeling-jeling kaki. Sebab kalau diabetes kena potong kaki. HAHAHA. Tapi tak terkejutlah memang Starbucks frap dia jenis manis-manis belaka.

And to be honest aku rasa kalau dia buat Vanilla Cranberries Frap pun ok juga. Macam fokuskan rasa Cranberries tu dan nyahkan kewujudan Mocha itu sama sekali but overall this beverage is quite good okay and expensive. RM18. o.O 

Next time nak minum air ni nak duduk dalam kereta lepas tu pasang aircond paling sejuk (berangan winter), kunci pintu semua dan pasang lagu Unconditionally kuat-kuat lepas tu meratap. Goodbye!

1 comment:

cEro said...

Not sure either typo atau kau saje je nak troll,
tp aku pretty sure winter = musim sejuk.
Musim tengkujuh = autumn

Btw, macam sedap. Tapi mahal.