Showing posts with label Poll. Show all posts
Showing posts with label Poll. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Result Untuk | Soya Rulez!!!

Lalalala~~~

Bertemu lagi kita dalam Rancangan Result Untuk | (Tak komersil sungguh nama rancangan). Bagi mereka yang baru first time dengar tentang Rancangan ini anda sudah ketinggalan banyak benda2 yang menarik on our last episode.

Recap from first Episode Roti Ni Nak Sapu Apa?

- Planta telah memenangi pusingan poll dengan jumlah 21%!! 
- Miss Roti Panda menjadi artis jemputan. (And she did a worse job!! Lembap!!)
- Peanut Butter adalah sapuan yang paling tak popular sekali!!
- Muncul pelbagai teknik sapuan baru seperti "Roti letak Serbuk Milo dan Susu Pekat" dan "Letak Banana"

Now!! Result for Soya Rulez!! is coming up next!!

Sebelum tu aku nak memperkenalkan our maskot untuk poll kali ini. Yang dok terpacak kat header selama beberapa hari tu. Kalau siapa tak perasan. Memang buta warna!!! Dipersilakan Ale Ale Alejandro!! (Suka2 hati aku je letak nama)

Soya kacukan Latin + Melayu

Now back to the result. Setelah lebih kurang 6 hari aku dok promosi2 kan pasal poll tu macam orang gila. Akhirnya poll itu ditutup secara rasmi pada hari ini. Dan bilangan pengundi yang berjaya melaksanakan tanggungjawab masing2 adalah seramai 23 orang pengundi!! Wau!! Meningkat from previous poll!! Well done guys!! :) (Tu pun selepas paksa dan mengenakan beberapa ugutan bunuh baru nak vote) 

Jom kita lihat keputusannya!!


Klik untuk tumbesaran melampau

Mari aku bacakan result tu sebab aku tau ramai yang malas nak klik bagi besar

Tau Fu Fa - 9 votes
Air Soya   - 7 votes (What!!! I expect you to win!!)
Kicap       - 5 votes (Hah!!)

Dan selebihnya masing2 1 votes kecuali Tauhu Basah/Tauhu Goreng..

Seperti yang korang nampak pemenang kali ni ialah TAU FU FA!! 

Amik ko!! siap bunga2 sekali.

Aku memang tak sangka pulak ramai yang suka Tau Fu Fa berbanding Air Soya. Korang ni kenapa ni?? vote lah Air soya patutnya!! So padanlah kat pasar malam wajib benda alah ni ada. Dah permintaan tinggi semacam. Seriously kalau aku tengok gerai orang chinese jual soya2 ni memang nampak sedap semacam. memang berbeza dangan gerai melayu. (Tapi aku tak beli lah) 

Lagi satu wei!! Tang kicap tu!! Boleh pulak banyak vote!! Aku main2 je letak. Bak kata comment yang lepas Kicap ni adalah benda feveret orang2 bujang. Masa dah duit pokai time tu lah ko makan lah nasi berlaukkan telur kicap or yang lagi extreme lagi tahap kepokaian makan nasi kosong bubuh kicap je. (Tu lah sapa suruh awal bulan dok belanja tak hingat dunia). 

Korang perasan tak ada satu jawapan Others.. Jom kita check apo yang others nya?? Adakah wujud  makanan eksotik yang berasakan soya yang lain??


Owh. Tauhu goreng ranggup..~~~~~ What!!!! Bukan ke Tauhu goreng ada dalam option jawapan?? Kenapa tak tick tu je?? Adakah Tauhu yang aku letak tu tak cukup ranggup??. Nie siapa yang vote ni!! Sila mengaku sekarang!!!

Btw siapa2 yang alergik dengan soya tu anda sememangnya rugi kerana telah kehilangan satu nikmat dunia. Wakakaka. Ok2 thats all for this episode. Jumpa lagi next time. Last sekali korang tengok lah header soya tu puas2 ye. Besok dia dah tak de dah.


Info tambahan = Dulu aku panggil Tau Fu Fa tu sebagai Yong Tau Fu. Sehingga wujud salah faham yang serius (- - ")

P/s :Perasan tak makin ke bawah entry aku tu semakin tak formal ayat2 yang digunakan. (- -"")

Wednesday, June 23, 2010

Soya Rulez!!!!

Disebabkan 2 minggu ni aku terlampau obses dengan air soya so aku nak buat satu header special dengan theme soya ni. Muahahaaha. Aku tengok header tu pun ala2 jambu je. Hahaha. Nak cari gambar soya payah nak mampus!! So itu je lah yang mampu aku buat. Lagipun lantak lah kan blog aku. Even aku nak letak sailormoon punya theme pun aku punya suka ar. Ok2 enough dengan ucapan yang berunsurkan negatif daripada aku. Mari kita bersopan semula. :)


Klik untuk tumbesaran melampau

Bila korang perati header tu korang mesti perasan cartoon soya yang budget comel tu (kalau tak nampak memang buta. Besar gabak kut!!) Jangan kutuk maskot soya tu. Kesian dia wei!!. Tu je lah spesies soya yang yang wujud dalam alam siber ni. Yang lain dah pupus!! Cuba lah cari  gambar cartoon lain tak de!! Lagi satu korang tak tergoda ke dengan segelas air soya yang dikelilingi butir-butiran kacang soya yang melimpah ruah tu. Suci je aku tengok. Muahaha. << Sindrom melalut dikesan!!!

Tiba2 aku rasa macam nak buat poll pulak. Sebab dah lama tak buat. Yang last poll hari tu pasal roti. Ingat tak lagi?? Tak?? Ni mesti kes korang tak join vote sekali!!!. (- -"). Macam ni lah kawan??!! So kali ni aku nak tanya korang pasal hidangan apa yang korang suka yang diperbuat daripada Kacang Soya?? Sila vote ye..!! WAJIBBBBB!!


Sekali lagi sila vote. Langkahnya hanya MUDAH sahaja. Tick mana yang korang suka lepas tu tekan VOTE. Habis cerita. Mudah kan. Sekali lagi aku peringatkan. Sila vote!! Harap maklum. BTW aku dah vote untuk air soya (Aku dilemma sekejap. Nak vote Tau Fu Fa jugak!!). And korang boleh vote SEKALI SAHAJA memandangkan hidangan dari soya sangat sedikit. Bukan aku kedekut tak kasi vote banyak2.

P/S : For your information header ni aku bubuh sekejap je. Nanti bila2 aku dah bosan aku tukar yang lama balik. Lepas nie nak buat theme apa pulak eh? cendol???!! =P


Saturday, June 12, 2010

Kepada Elmo Fans Bantuan Anda Amat Diperlukan!!

Ya! ya! Bantuan anda semua amat diperlukan. Elmo berada di keadaan yang bahaya sekarang!!! Tengok gambar dibawah!!

Sesuai betul tajuk dengan 1 Malaysia

Nampak tak!! Elmo cuma ada 2 undi je!! So kita kena naikkan undi!! Kalahkan Spongebob tu and especially Barney!!So can u guys give me a favor. Korang boleh pergi ke blog Itik Kejam

Kejam giler muka itik tu!!

Lepas tu pergi dekat sidebar dia. Kat situ ada sebijik poll macam gambar kat atas nie. Vote2!! Korang jangan vote yang lain pulak!! Elmo sahaja. Ingat!! ELMO sahaja.

Ni antara sebab kenapa aku suruh korang vote Elmo dari Sesame Street


1) Innocent
Walaupun warna dia marah. Elmo ni tak ganas!! Walhal perangai dia baik dan berhati mulia. Memang sesuai menjadi contoh kepada kanak2. Malah dalam sesetengah kes orang besar pun patut ikut contoh perangai dia. << (sangat lah skema ayat ni)

2) Cara Gelak
Aku selalu tergelak bila tengok Elmo giggles. Sangat unik bunyinya. Tak de sapa pun boleh buat. Tapi bayangkan kalau Barney gelak macam nie. Scary!! Hahaha. Tengok video nie kalau tak percaya. Kelakar!! Durasi video = 55 saat




3) Pandai Nyanyi
Walaupun suara dia agak nyaring and ala2 girly sikit macam Justin Bibir. Still Elmo boleh menyanyi dengan baik sekali. Tak percaya lagi?? Tengok video nie. Korang jangan percaya tajuk dia tulis Scary Elmo. Tak de pa pe yang scry pun. Lawak adalah. Huhuhu
Durasi Video = 19 saat

\

Kelakar giler part pizza tu boleh menyampuk nyanyi sekali. Siap suara saprano lagi. Aduhai.

Tengok semua point2 aku bagi tu!! Elmo nie memang kelakar. Sebab tu lah aku suruh korang vote dia. Hah! Elmo ada pesan kalau korang vote dia. Dia cakap :


Thanks for voting Elmo!! Muahaha

Ni sebab kenapa korang tak patut undi Barney. Tengok video nie. Wajib!! Kanak2 dilarang keras menonton video ini. Nanti fobia pulak tengok Barney kat TV. 
Durasi video = 1 minit 5 saat



Scary giler kut!! Fobia terus aku tengok Barney.Wakakakaka..

P/S : Apasal aku beria2 sangat suruh vote ni?? Mengalahkan pilihan raya sebenar!! =P.. Hahaha.. This is just for fun ok.. Jangan lupa vote E>L>M>O.  :P

Syira ko kena thanks kat aku sebab promote poll ko. Jangan terkejut pulak nanti traffik naik tiba2. (Perasan macam blog popular). Jangan marah kat aku hina Barney ko. Hehehe. Btw aku pun suka Barney gak tapi Elmo lebih sikit ar.

Wednesday, June 9, 2010

Result Untuk | Roti Ni Nak Sapu Apa??

Lalalalala. Apasal aku happy sangat nie?? Huhuhu. Mesti lah happy sebab selsema semalam tak teruk sampai nak demam. So sekarang nie asyik membuang hingus yang berlebihan je. Makin nipis kulit hidung aku asyik dok kesat je memanjang. Ok2!!! Aku bukan nak cerita pasal selsema hari nie. Karang aku cerita lebih2 kang. Ada pulak yang geli. Tu baru hingus kuning. Kalau coklat???? Eeeeee.. Hahaha

Hari nie punya entry nak buat report pasal entry Roti Ni Nak Sapu Apa?? . Macam nak buat belanjawan 2011 pulak nak bentang2 result. Padahal pasal roti je. Muahahaha. Tapi aku terharu lah. Ada jugak yang sudi vote!! Tenkiu!!! Sebanyak 19 votes berjaya dikutip!! ( Sikit je tapi kecoh lebih budak nie). Teringat lagi masa first2 buat poll dulu. Dapat 2 vote je!! T T

Sebelum tu aku telah menjemput sebuku tetamu untuk menemani aku untuk membentangkan result kita kali nie. Dipersilakan.. Jeng jeng jeng!! Miss Roti Panda!! (Apasal mata dia pelik semacam ni?)



Mana Encik Roti??? Err.. Encik Roti sakit ye tak dapat datang sebab ada serangan kulat. Bluurrrp!! (Bunyi sendawa) Opss!!!
Sekarang kita lihat result yang telah diedit oleh juri2 profesional. Miss Panda klik cepat nak start slide nie!! Tada!!


Klik untuk tumbesaran melampau

Aku tau ada yang malas nak klik kan!!! Ish korang nie. Bila nak berubah. Lalalala

Ok2 biar aku baca result dia. 

1.  21.05% - Planta
2.  21.05% - Lain2
3.  15.79% - Chocolate dan Makan macam tu je!! mendapat peratusan yang sama
4.  10.53% - Jem dengan Kaya pun sama2 mendapat peratusan yang sama
5.    5.26% - Peanut butter

Konklusinya Planta lagi popular dari Peanut Butter!! Padan lah makin kaya taukeh Planta. Mana alamat syarikat sana nak apply jadi duta. Muahaha. Tajuk segmen. "5 minit bersama Zul".. Khas dibawa anda oleh Planta. (Astaga! berangan nombor satu!!)

Selain daripada tu jugak Kategori Lain2 pun dapat peratusan yang sama dengan Planta. Jom kita tengok apa yang lain2nya??? Miss Panda sila tukar slide!! Lembap betul..



Wah! Aku memang tak sangka ada jugak yang tabur milo dengan susu pekat!! Aku ingat aku sorang je yang buat macam nie!! Siapa yang vote nie sila mengaku!! Nak tengok muka sikit. Hehehe.
Sardin pun popular jugak. Lain kali kalau aku nak buat kontest hadiah pertama bagi 2 tin sardin?? Ok tak << melalut lagi!!

Yang kari tun pun sedap oo kalau cecah!! Nyum2. Yang banana tu tak pernah lah pulak try. Tapi aku dah agak dah siapa yang bubuh. Dalam komen kat entry tu terang2an mengaku.. Lagi satu dengan yang tulis Peanut Butter.  Siapakah dia agaknya??


Jijik giler cara aku nak padam nama. Wakaka. Apakah persamaan komen diataaaas??

Hah!! Hah!! Aku tengok ada yang dah rakus klik dekat post tu nak tengok siapa yang tulis bananaaaaaaaaa dengan nuttelaaaa tu. Suka ye korang!! Ish2.. Hahaha

Ok tu je report untuk hari nie. Jumpa lagi dalam dalam poll yang lain bersama artis jemputan yang lain. Bye2!! 

Miss Panda!! Mana kamu nak lari!!!

P/S : Thanks Again bagi yang telah vote!! I really appreciate that!! Arigato!!

Monday, June 7, 2010

Roti Ni Nak Sapu Apa??

Lambat giler aku update blog hari ni!! Nak kata busy tak jugak. Tak pe lah janji aku update daripada tak update langsung. Orang putih pernah kata "Better late than never". Muahahaaha.

Tengah sedap2 tengok TV. Tiba2 rasa lapar pulak. Padahal baru sekejap tadi makan nasi lemak. So aku jerit lah "Bibik!! Bibik!! Bawakan saya makanan!!. Saya lapar nie!!". (Amboi memerintah nombor satu!!). Tapi bibik tak jawab pulak. Nie yang pelik ni. Selalunya tak macam nie. Lepas tu baru aku teringat yang rumah aku ni mana ada bibik!! Dush!!(tepuk dahi). Wakakaka.

So aku pun pergi dapur selongkar apa yang patut. Konon nak masak apa yang patut le. Siap dah pegang sosej lagi nak pergi goreng. Tiba2 rasa punya lah malas nak menunggu. At the end aku amik roti sapu planta lepas tu letak gula. Simple tapi yummy!!!. Teringat iklan Roti Gardenia. Siap cakap. "Sedapnya hingga menjilat jari!!" Eh2!! Bukan!! Tu iklan KFC!!. Kui kui.

Yang betul "Sungguh enak dimakan begitu saja". Panjangnya!! Ntah betul ke ntah idak ni. Apa respon aku tentang moto nie?? Tipu!!!! Aku tak boleh makan macam tu je. Rasa kering kut. Mesti kena letak sesuatu macam jem ke apa ke. Baru boleh makan habis. Huhuhu. Betul tak encik roti???


Tengok!! Encik roti setuju dengan aku!! Hehehe. Senyum lah puas2 ye encik roti. lepas nie tamat lah riwayat ko. Hehehehe *Gelak jahat*. So kali nie aku nak buat satu poll!! Nak jadi penyibuk kejap. So korang boleh vote kat bawah nie!! *wink*. Boleh tick 2 kali je!!





Aku dah vote planta dengan jem!! :)

Lagi satu aku nak main teka2 kuiz pulak dengan korang. Hehehe. Kalau korang ni pandai lagi bijaksana. Cuba teka siapa artis dekat bawah nie yang hobi dia yang suka angkat kaki macam ahli gimnastik nie. Teka2!! Cepat2!!. Keji tak aku saja blurkan muka dia. Muahahaha.





Agak tak senonoh ye gambar yang ketiga tu. Wakaka. Ok lah aku bagi klu. Dia nie penyanyi!! Hehe. Senang je. Tengok pun tau sapa. Nanti aku umumkan jawapan dia yang sebenar. Tapi korang kena teka dulu. Happy Guessing!!


P/S : BTW semalam aku ada buat entry pasal TTT . Apa yang aku tengok ramai kata aku nie kaki bodek!! Uwaa!!! Korang jangan salah faham pulak. Aku tak de nak buat entry tu nak bodek2 TTT sedangkan contest Blackberry tu pun aku tak masuk. Harap maklum.