Lalalala~~~
Tadah!!! Ni lah header baru blog ni. Apa macam? Ok tak?? (sila hangguk kepala sekarang). Ok fine.. Memang nampak amatur giler header tu lagi2 dengan bintang entah tiba2 terkeluar dari perkataan Startstruck dari empat sudut yang berbeza. What is that for!!??. Tapi aku still bangga gila dengan header aku tu. Buat sendiri tuh!!! Tanpa sebarang wang diperlukan untuk upah orang suruh buat. Hihihi
Sempena ada header dengan baru ni. Aku nak lah recap balik header2 yang pernah aku gunakan dulu. Tapi tak banyak lah. Memandangkan baru 2 bulan lebih aku start blogging.
So jom2 tengok balik header yang first time aku guna!! Jangan gelak!! Jeng2!!
Klik untuk tumbesaran melampau
Tengok pun tau amatur gila. Ingat lagi masa first2 time buat blog. Tak tau apa2 pun. Masa tu kewujudan HTML pun aku tak tau. Photoshop apa lagi. Harap je software tu ada dalam lappy tapi tak reti guna. Even nak buat garis lurus pun aku tak reti. Gila naif. Hahaha. So mesti korang tertanya2. Macam mana aku buat header ni? Udah lah apa pun tak tau. Tapi header still nampak bukan macam hasil daripada software Paint semata2. Hahaha. (Kelakar giler tengok background awan2!!)
Ni lah rahsianya. Ok sebenarnya ramai dah tau. Tapi yang tak tau tu korang pergi je dekat Scrapblog . Kat situ korang boleh buat header sendiri secara online dengan menggunakan materials yang diberikan. Memang mudah!! (Tapi ada yang materials yang kena bayar. So cari yang free ek). Korang godek2 lah sendiri lah ye. Nak explain nanti jadi panjang sangat. T T
Now to the next header!!
Now to the next header!!
Hah! Yang ni header kedua aku a.k.a header sebelum yang baru ni. Yang ni first time aku memberanikan diri try guna photoshop. Dah lah tak tau apa2. Bila dah buka photoshop. Terus blur~~~. Lepas tu tiba2 komplen sorang2. "Kenapa lain gila dengan Paint!!", "Banyaknya butang!!, "Simbol apa nih!!". So bermula adegan sesi bertanya kepada Encik Google, Puan Youtube, Adik Yahoo danmacam2 bagai lagi lah. So daripada zero sekarang aku dah kuasai photoshop 10% je. Hahaha. Banyak gila kut aplikasi photoshop. Aku rasa sampai ke tua pun tak sempat nak master.
Info Tambahan
Sepatutnya spaceship alien tu tak de dalam perancangan asal masa nak buat header ni. Tapi bila aku tanya kawan aku. Dia kata nampak macam kosong je header. Bak kata orang, meriah lagi kenduri kahwin makcik Senah daripada header aku. <<< Ok part ni aku tipu. So alang2 aku bubuh lah alien. Nasib baik alien kalau lembu?? Logik ke tidak??
Oh tidak dilupa jugak my special edition header!! Sempena air soya!!!
Ok!! header ni sebenarnya agak melampau. Kerana nampak ke-'obsess'-san aku terhadap soya. Siap buat poll lagi. Last air soya dapat second place je. Yang menang Tau Fu Fa.
So, itu sahaja lah header yang pernah aku guna. Header yang terbaru sekarang adalah header yang korang nampak kat atas tu. Walaupun ringkas. Tapi aku still proud of it. Sebab ia adalah hasil usaha aku sendiri. :)
Hope you guys like it!!. Kalau tak suka pun aku tak nak ubah. Penat weh buat!! Boleh juling mata aku dok mengadap skrin lappy.
P/s : Sorry weh!! Akibat terlampau sibuk ubah ini ubah sana. Sampai aku tak sempat nak tengok entry baru blog korang. Aku sedar korang buat entry baru. Tapi tak sempat nak tengok. Sekarang baru ada masa nak pergi check. Miahahahaha..