Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Salam Raya (Edisi Ais Krim Potong)



Konon-konon nak buat Wordless Wednesday tapi baru perasan hari ni hari Isnin!! Chit! Rosak plan nak buat entry pemalas tempek satu gambar lepas tu kome pikir ler sendiri maksud dia. Kah kah kah. Dasar pemalas sungguh laaa budak ni. Dah ler lama tak hapdate bagai.

Well, well sebab aku tengok mostly blogger sekarang ramai tengah up buat entry raya. Aku nak buat, tapi  macam tak molek lah sebab satu keping hapak gambar pun tak hambik. Padahal raya dah seminggu lepas dah. Tak dapat ler korang nak tengok gambar selca (Self Camera) aku pakai baju melayu. Konon budget camwhore. Padahal letak gambar sendiri pun jarang-jarang.

This ais krim you can get 8 pieces in one pack dekat supermarket berdekatan anda. Jenama King's. Cari dekat freezer bukan tempat sayur.
Yang paling shocking sekali gambar ketupat, rendang, lemang kuih muih pun tak ada! Memang sakan sungguh ler raya tak ingat blog. lol. Ok, ok for the serius part.

*Bayangkan ada gambar aku tengah pakai baju melayu teluk belanga warna hijau muda tengah buat 'peace ' tepi pelita*

Saya nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua! Moga-moga next year makin bertambah kad raya! Maaf Zahir dan Batin. 

- To BFF (Blogger Best Friends) sorry tak melawat blog anda for a week. You know why. Dah bebel dekat twitter sebelum ni.
- To all friends yang sent mesej raya tapi satu haram pun aku tak balas. Sorry for being so arrogant. Something bother me up from replying back those wishes. 
- To all readers (kalau ada) sorry for not updating this blog regularly. Wish can update twice a day. Tapi routine hidup sama aje tetiap hari. There's nothing much happened. Except berat yang makin hari makin bertambah. kah kah kah.

Kosong-kosong ok? *wink*

Thursday, July 21, 2011

Pesanan Daripada Tom The Cat.



=P

Friday, July 8, 2011

5 Perkara Yang Perlu Dibuat

Ini adalah entry jawapan kepada entry Separuh Tahun Berlalu Separuh Azam Tertunai? daripada blog Cero

So this are my list. Sebenarnya ada banyak tapi sedar2 lah ko tu ada 2 bulan aje tinggal cuti. Maka sila lah berpijak pada bumi yang nyata.


Malam semalam Kihee (bukan nama sebenar) ada tweet gambar macarons ! Uwaaaa!! Aku jeles. Bertuah punya budak! Aku mengidam ko dapat dulu. Ok fine inilah orang namakan takdir. Redho aje lah. Hahaha

Memanis gegila katanya. Tapi nak try rasa jugak. *degil*

Saturday, July 2, 2011

Pilihan Yang Nyata

Kadang-kadang kita sering cemburu dengan apa yang ada pada orang lain.
Maka tidak hairanlah jikalau setiap detik kita sering berharap dan terus mengharap....


Walaupun peluang betul-betul ada di depan mata namun kita masih lagi mengharap dengan alasan kita tidak mampu atau mungkin tidak cukup hebat.

Tetapi mungkin suatu hari kita sedar sebenarnya diri kita sendirilah yang menjadi penghalang selama ini. 



 Dan kita mula sedar bukan susah sebenarnya untuk mencapai apa yang diimpikan.

Sunday, June 26, 2011

Ini Apa Yang Aku Perasan

So this time around, ini antara persoalan/presepsi yang aku dok perati selama setahun lebih berblogging. Kebanyakkan berkait rapat dengan blog ni sendiri. Kalau blog lain aku tak tau.

#1 Eeee! Kalau aku jadi ko lah kan. Aku promote habis2 blog. Ping dekat Gengblogger, Innit,  Blogged etc. Lepas tu promote entry secara habisan2 dengan blogwalking dekat blog orang. Apa lah ko ni! Padanlah followers still tak cecah 500 pun.

FYI, aku dah buat semua benda tu masa first month blogging. Tak kisah lah join contest, buat entry nak masuk bloglist bloggger terkenal, ping entry dekat pelusuk blog, tinggalkan link lepas komen. You named it. Dan seperti yang dijangka your blog traffic will boost up! But the bad side of it. Dia memakan masa. I got life too. Tak kan 24/7 nak ngadap laptop. And my main priority for writing blog is just for fun not for fame. If you choose fame then you may do all that I've mention above. 
 

#2 Eleh, ko jangan lah nak hipokrit. Tak kan sikit pun tak rasa nak blog sendiri dikenali ramai.

Untuk 3 bulan yang pertama aku ada rasa begitu. Biasalah newbies. Apa pun tak tau. Tapi sekarang "I don't feel so". Sebab? Aku dok pikir kalau pergi pasar malam nanti semua dok perati dari jauh lepas tu bisik2. Sekarang tell me, mana kebebasan untuk aku memilih kuih muih! Hahaha. See! Betapa tertutupnya minda mamat sorang nih. 


#3 Blog ko nih kan tak habis2 entry makanan, cerita pasal benda bukan2 jenis tak bermanfaat. Tak menarik pembaca langsung! Tengok blog yang beribu2 followers tu. Semua entry ada mesej tersendiri. 

Senang cerita kalau semua blog dah jenis macam tu. Mana variasi nya. Kalau dah dok komplen certain blog tu sangat super annoying and ridiculous. Senang cerita unfollow sahaja dan stop mentioning about them. Aku percaya lagi ko cakap pasal benda tu lagi benda tu popular. For example "Rebecca Black". Dan untuk blog ni tak payah lah aku nak cerita buat entry motivasi diri/current issues/ilmiah. Benda2 tu bukan diri aku. Kalau korang rasa tu specialty korang. Teruskan. For me? Aku akan kelihatan macam memperbodohkan diri sendiri kalau buat benda2 cam gitu. Be true to yourself. 


#4 Biar betul ko suka K-Pop? *sambil buat muka jijik dan terus pangkah blog*  

Yang ni lagi satu problem. Especially for guys. Kalau dah mengaku suka benda2 macam gini. Terus stereotaip budak ni mesti camwhore, tak matang, minda tertutup, suka ikut perasan, tak ingat asal-usul bangsa sendiri. Mind you. Tak semua macam tu. Semua benda ada pro dan cons. For me kalau lagu tu dah sedap aku tak kisah datang dari ceruk mana pun. Takde nak diskriminasi2 atau pura2 tak suka.Yang kes pura2 suka lagi teruk. Pasal music preference pun nak hipokrit. Tak tau lah benda lain macam mana pulak. Oh ya. Btw mostly K-pop haters adalah golongan tak pernah pun tengok benda2 related to K-pop. Tengok beberapa minit terus start judge. Tu lah orang kata mentaliti. Sama macam ko judge people based from their looks not from their heart.


#5 Ko emo ke?

Eh tak lah! *muka innocent*. Cuma stress sikit lah album Jessie J tak sampai2 lagi. 2 Bulan dah tunggu. grrr. *tiba2*


Friday, June 10, 2011

5 Random Things #2


#1 Tau tak dalam antara 3 judul game Angry Birds aku paling hangin sekali dengan Angry Birds Season nih! Apsal susah beno nak dapat 3 stars ni lah hai. Aduyai! Siapa yang macam perfectionist jangan main game ni.  (Reaksi piggy dalam gambar tu macam nak kena lempang!)


#2 Hari tu jumpa satu selipar nih. Tapak dia warna hijau pekat tali dia warna hijau muda. Memang berkenan betul. Tapi bila tengok harga mak aih terus letak balik. RM 60 der! Tu lah merayap lagi dekat section PUMA! humpph! But you know what bila pergi section lain, aku jumpa sejibik selipar yang sama. Well tak de lah 100% sama. Tapi harga jauh lagi murah which is RM8. Terus sebat satu. So now who says that you can't look good with pirate cheap stuff? 

#3 Driving is fun. Driving is fun. Driving is fun. *reversed psychology* 

#4 Sampai sekarang susah betul nak master buat air nih. Siapa yang reka air nih hah? Hummph!




#5 Aku jumpa video Kung Fu Panda 2 ni masa tengok TV hari tu. Tiba2 si panda debab ni jerkah kata. "Kung Fu Staring Contest. Go!" Aku automatik tenung mata dia luas2.  Punya lah tahan mata tak berkedip nak menang. LOL! 



Ehem! Macam biasalah lah ending dia mesti lah aku yang menang! =P

Saturday, May 21, 2011

5 Random Things

Honey Honey Baby 
Honey Honey Baby
Honey Honey ne sarang

#1 I guess that will be the bad choice to choose as the alarm sound for my morning call. Konon2 nak try benda yang baru dengan pilih lagu bernada last2 berakhir ko tido balik sebab bunyi-dia-terlalu-romantik-dan- syahdu. Bunyi yang tipikal loceng jugak yang still efektif aku rasa. 

P/s : Why use Korean? My phone is LG btw dan aku sangat malas nak masukkan lagu2 dlm handphone so instead I'm using the provided songs.


#2 Aku benci bau dalam kereta. Lagi2 yang baru beli. Bau dia macam bau udara yang terperap selama 100 seratus tahun kemudian dilepaskan secara mendadak di dalam kereta. That's gonna make me puke.  And to make it worse when you put fragrance in it. Lagi2 Ambi Pure perasa Lemon. *Bukak tingkap!* 

#3 Can't stop listening to Hea Young Saeng "Let It Go". Like seriously. Dengan suara Hyuna yang bising tapi sedap. It's a perfect chemistry! What do I think about his voice?

V



#4 I know, I know we should always think positive. Tapi kepala ni dok pikir something worst pasal amik lesen nanti. "Macam mana kalau kereta termasuk divider?" atau "Macam mana kalau dapat pak cik perengus sebagai tutor?" atau "What if the car suddenly stop at the traffic lights?" dan "Apa nak buat kalau ada biawak melintas tengah jalan? Should stop or speed up?" I think I'm being a paranoid here. = ="

#5 It's my birthday today. So please bare with me.

Wednesday, March 23, 2011

This is it...

Rasanya dah lebih sebulan kotak polistrene yang mengandungi dadih tak muncul dekat blok aku. And I assumed that this dadih thingy era has become to an end.  Mungkin disebabkan kurang promosi dan saingan hebat daripada Jeli Kelapa Muda menyebabkan tuan punya owner berputus asa dengan masa depan perniagaannya sekarang.

Even though that I like dadih sooo damn much! (Kalau ada yang lain pun mesti tak sama dengan dadih blok aku nih) Life must go on and I must find new obsession. I've try Jeli Kelapa Muda but apparently it is not suitable with my "tuntas lidah". Urghh! I don't get it why people love this boring plain colour thing rather than  dadih which is much more vibrant, delicous, and colourful! Agaknya maybe tak akan jumpa dah benda yang se'addictive"  macam ni. 

Tapi minggu lepas aku dah jumpa something yang OMG! This is it! This is it! This is my new partner! LOL! May I present to you....


YAKULT SHIROTA STRAIN


Setiap orang setiap hari. Ok ok based on that pack, setiap seorang untuk 5 hari..

Friday, March 18, 2011

Public Speaking. (Dengar Pun Dah Seriau Gila)


Hari ni kena buat public speaking. Tapi basically cakap depan kelas je. Thank God for that. Tapi tak tau lah kalau besok lecturer tiba2 bawak pergi dekat kawasan orang ramai memang sah2 aku terkejut beruk. Mula2 memang blur nak buat tajuk apa. Tapi lecturer ada guide yang kitaorang boleh cakap pasal apa2 pun. Like current issue, entertainment, education blah blah. Dan aku confirm2 lah akan amik bahagian entertainment. Ehem! My specialty kan. LOL! Tapi mula lah blur semacam nak pilih tajuk apa. Tapi kepala otak dah pikir dah beberapa tajuk. Antaranya :

  1.  Lady Gaga The Illuminati Bitch
  2.  Why Do People Tend to Like Vampires Rather Than Zombies
  3.  How Justin Bieber's Haircut Change The World of Female Teenagers.
  4.  Why Hantu Kak Limah Balik Rumah

Semua tajuk ni aku dah tweet kat Twitter. So siapa2 yang follow memang dah tau awal2 apa aku dok merapu malam2 buta sampai dok spam timeline orang. Last2 end up buat tajuk "Definition of Hallyu Wave". Pergh! tajuk kemain. Harap2 semua akan berjalan lancar nanti. And note to myself please please please jangan lah tersasul sebut Social kepada Sexual. Nanti akan menimbulkan kemaluan kepada diri secara besar-besaran. = =". So wish me good luck! 

P/s : Hallyu Wave is all about Korean entertainment. It is not about tsunami or something related to that.  

Sunday, March 6, 2011

[UPDATE] Trivia Kuiz Diri Sendiri (Edisi Julung-Julung Kali Dibuat)

Lagi sekali WZulhilmi telah memecah rekod sendiri iaitu tidak menghapdate blog secara marathon selama 7 hari berturut2! Wow! Amazing achievement isn't it? Clap your hands people! Rekod lama 5 hari tau tak! Tu tak pe lagi jom2 kita tengok jumlah entry untuk bulan lepas. Double wow! hanya enam pulah I means enam entry sahaja. Memang dasar kemelayuan betul. Dulu beriya kata macam nak hapdate hari2. In the end blog terabai. Seperti yang dimaklum I was like busy gila nak mampus last couple of week. Langsung tak boleh nak update blog weh. Al maklum lah kalau aku taip entry mau amik 2-3 jam. Padahal orang lain setengah jam dah siap karangan 2 helai muka surat depan belakang. 

But have no worries guys I am officially free this month (free untuk test je lah, assignment still banyak lagi). So a lotsa of entry will be publish okeh. *konon*. Memandangkan hari ni aku sangat generous maka aku nak bagi tau kat korang 5 fakta menarik (Puh-lease) tentang diri aku. <<<< Ingat ko artis ke weh? Macam ada orang nak tau. Aduyai!

Eh! Ko ingat senang ke aku nak bagi tau details diri sendiri kat orang. Lagi2 kat depan public. This is a hush-hush thing you know. Even some of my friends did not know about this. So this is damn exclusive weh! Wahahaha. *Ok mereng gelak sorang2*. Tapi aku tak akan bagi sewenang-wenangnya ya. You have to guess it first. Lepas dah teka aku akan hapdate dengan dengan jawapan berserta penerangan nya nanti. Ok? Deal? No deal? Peduli hapa aku. Aku nak buat jugak.

Kita mulakan dengan soalan pertama.

*Tiba2 lampu pentas dimalapkan macam ala2 Who Wants To Be a Millionaire*

1. Sangat lah susah nak tengok aku feeling2 sedih nak meroyan tisu sekotak kalau tengok any type of cerita. Tak kisah movie ke, drama ke, cerekarama ke (chit). Tapi salah satu daripada senarai cerita kat bawah kalau ada part yang sedih memang perghh!! Habuk misteri akan datang masuk kedalam mata tiba2 weh!
a) Harry Potter and The Order of Phoenix (Movie)
b) One Piece (Anime)
c) Bersamamu ( Tv Show)
d) NurKasih (Drama)


2. Ya! Aku sangat suka makan. Tu tak payah dinafikan. Tapi sejauh mana taraf kehebatan aku untuk membuatkan dapur berasap? Kita gunakan resepi sebagai kayu ukuran.
a) Maggi dengan telur je. T___T
b) Nasi Goreng Kampung. Wow!
c) Kek Sarawak. Ingat aku tak reti buat belang2.
d) Rendang Tok. Humph!! Sebelah tangan je gaul!


3. Perfume jenis apa yang aku suka pakai kalau nak pergi kelas, jalan2 bersuka ria blah blah blah..
a) Brave (Silky Girl). Cukup lah ni. I bukan ada duit banyak pun
b) Sean John Unforgivable. Wangi nih!
c) Minyak atar sudah.
d) I'm not a perfume man lah. Duh!


4. *Sila isikan tempat kosong* Aku sangat suka beli ________ dari kedai _______ . Kalau keluar mesti wajib lah nak beli satu. It's is one of my feveret list lah. Kalau nak bagi hadiah birthday pun boleh. Memang terharu gila. For me this is much more valuable than jacket from Topman.
a) New York Cheese Cake , Secret Recipe
b) Say Cheese , Big Apple
c) Roti, PappaRoti Buns
d) Chocolate Cream Chip , Starbucks


5. I love languages. So beside Malay and English. What do you think will be my third language that I'm currently still trying to master right now? Dah 2 tahun dah weh. Basic pun tak lepas2 lagi. = ="
a) Korea. Kamsahamnida!
b) Spanish. Por favor, vaya puta!
c) Japanese. Anoooo.. *blur*
d) French. Je ne suis pas encore populaire

Happy guessing guys! I will update the answers later ok. =)

_______________________________
[UPDATE]

Tak sangka ramai jugak yangg jawab. Terharu yang amat! LOL! Ingatkan sorang je yang komen. Al maklum lah pasal quiz diri sendiri kan. Bukannya pasal quiz apakah buah-buahan tempatan yang menjadi pilihan anda? Sampaikan semua berebut nak komen.

So bila aku dah check semua jawapan korang. Silent reader sangat rugi ya disini. LOL. Holy Cow! Ada sorang dapat semua jawapan betul. Gilaaaak!! Stalker aku apa! T___T. Ni kalau jawab test ni sah2 aku bagi A terus tak payah amik final. Kalau jadi lecturer lah. Hohohoho. = ="

SEMUA BETUL!!!! OMGEE!

1) Raji! *tepuk tangan secara berjemaah*

4 BETUL (Bagus! Sila tumpukan perhatian lebih lagi semasa di dalam kelas ya utk score full  marks)

2) Cero (perghhh! Sejak bila aku menangis tgk Nurkasih weh! T__T)
3) Star

3 BETUL (Memuaskan. Banyakkan latihan supaya lebih lancar lagi untuk quiz seterusnya)

1) Fay
2) Syira Si itik Kejam lah sangat LOL!

2 BETUL (Kurangkan bersembang didalam kelas!)

1)Nesa Wazir (Dimaafkan sebab baru lagi kan? LOL!)

1 BETUL (Sila bawa parents anda jumpa saya selepas kelas!)

1) Wanie


Skema Jawapan :

Q1. Jawapannya adalah (b) OnePiece. Walaupun ni cerita kartun. Tapi gila sarat penuh segala bagai unsur murni dalam cerita nih. Yang paling utama sekali nilai persahabatan. Aku sangat suka tengok diorang walaupun masing2 ada perbezaan personaliti yang gila berbeza. Tapi kalau waktu susah sama2 tempuh sampai berjaya. I adore that kind of friendship. =) Yang paling latest sekali habuk misteri datang tiba2 masa tengok Toy Story 3. Time diorang nak dibako secara beramai2. Gila sedih dowh! Btw I do feel sad when watching Bersamamu. Tapi kadang teringat2. Ni mesti producer suruh makcik ni lebih2 feeling, saja nak tagih simpati. Terus rasa tak sedih. LOL! Harry Potter dengan Nurkasih jangan harap lah aku nak sedih2.

Q2. It's (b). I can cook my own nasi goreng without using any perencah adabi EHEM!!! Tapi kalau Kek Sarawak or Rendang Tok(Are you really believe that I can cook this!) tak mampu lah den! Maggi tu alahai sebelah mata je lah buat. LOL!

Q3. The answer is D. Aku tak suka pakai perfume. Sebab setiap kali pakai rasa macam sakit perut lepas tu rasa macam nak u'uk especially waktu pagi. Kalau naik tengah hari ok sikit. Kuno betul aku nih. LOL! Btw Sean John Unforgivable sangat wangi. Kalau kena paksa beli. I will by this. Aku tak suka Brave sebab Mawi jadi duta dia. Ok next.

Q4. Sudah tentulah D!!! Weh aku dah banyak kali mention benda ni tak kira lah kat Blog or kat Twitter. rasanya dah berpuluh kali kut. Tapi yang tiga yang lain tu pun aku suka gak makan. Tapi tak setagih Starbucks! =)

Q5. This one susah sikit. Sebab aku jarang mention. Tapi pernah sekali kut. So siapa2 yang selalu baca blog ni mesti tau. It will be (c) Japanese. Takat sebut Nama saya WZulhilmi dan saya suka makan. Boleh lah. LOL!


Overall, this is really a fun activities! Sama2 dapat interaksi antara satu sama lain. Rasa macam jadi peramah pulak tiba2. LOL!

Thanks for joining guys. =)

Sunday, February 20, 2011

Aku Dah Buat Public Announcement Di Dalam Kelas Bahawasanya "I've Got A Blog!" T___T

Seperti yang korang tahu. Aku tak suka Impromptu Speech. Siyes ibarat dilahirkan sebagai musuh utama sejak dari kecil lagi. Lagi2 bila kena cakap dalam fully english. Lagi lah macam berdebar nak bersalin anak pertama. Tapi yang peliknya kata tak suka, tapi subjek elektif english amik Oral Communication. Apa kes? Padahal ada lagi subjek lain boleh amik macam writing ke, career research ke. Dasar kemelayuan betul ko nih. Ok, ok sebenarnya there are 2 main reasons why I choose this subject despite macam benci tapi sayang gila kat Oral nih.

1. No Final Exam >>> Hell Yes!
2. Ikut Kawan >>> Dasar kemalayuan lagi!

Jadi seperti biasa bila dah nama pun kelas ORAL maka jatuhlah hukuman wajib ada individual Impromptu speech. Every week at least 2-3 orang secara random kena lah cakap kat depan dengan tajuk berbeza. Maka bermula ritual WZulhilmi setiap kali kelas english iaitu berdoa didalam hati supaya tak terpilih sambil buat muka innocent gila tak hingat konon2 tak nak kena aim dengan lecturer. (Padahal last2 kena jugak)

So malam sebelum kelas siap buat annoucement kat Twitter


Bak kata orang kita kena sebut something macam 44 kali baru benda tu terjadi. So kena lah sebut banyak2 kali. Eh tak khurafat ke buat macam gini? Ampun!! LOL!

Aku rasa maybe tak cukup 44 kut maybe 43 kali ke hapa. Aku terpilih! Wahahahaha!!  Tu lah percaya lagi benda2 44 bagai tu. Terus dapat bala. Mula2 dapat topic "Your Ambition". Disebabkan ambition aku yang sebenar nak jadi Kpop Star/Pop star *gelak guling-guling*. Maka agak memalukan kalau nak exposed dekat orang ramai. So I've decided to ask lecturer to change the topic. Perghhhh! Demand sungguh. Nasib baik lecturer sempoi kalau tak dapat jelingan maut satu!

So dapat lah tajuk "hobby". Wahahaha. Tajuk kanak2 riang. Konon2 bila dengar dalam hati sebut "This should be easy!". Lepas dah berdiri kat depan terus start

*Baca dengan nada tak confident* 

"Assalamualaikum and good morning to all. Today I will talk about my hobby. My hobby is ~~~~~~~~"

Nampak tak simbol ~~~~~~~~ tu. Tu bukan ombak laut ke hapa. Tu maknanya LONG PAUSE! Maknanya boleh plak tiba2 blur kat depan lepas tu emosi bercampur baur dengan perasaan bergolak dalam hati kata "Eh hobi aku apa?????" = =" Masa time tengah bergolak2 tu boleh pulak aku tengok muka student2 depan aku. Terus bukan lagi bergolak jadi bergoncang macam ko tengah nak dapat result MUET melalui SMS.  Terus buat spekulasi sendiri berdasarkan daripada muka2 budak2 tu .

Chinese 1  : Humphh! Typical Malay. Can't Speak English!
Malay 1    : Udah udah udah. Blur lah tu *sambil mata terjegil*
Chinese 2  : Booooring~~~~~ *menguap*
Chinese 3  : He's must be stupid! Just plain stupid. Easy topic ma!!

Terus cakap "my hobby is blogging. I love blogging"  Perghh! mulut. Stapler kang. As all of you know. Blog aku nih siyes tak pernah bagitau dekat orang except several close friends ataupun buat annoucement bermegah2an dekat FB ke hapa buat status "check out my blog here" lepas tu bagi link. No! Aku lebih prefer anonymous maksud aku orang yang aku tak jumpa in my daily life baca blog ni. Lebih bebas betul tak? Tak rasa restricted nak menulis.

So yet again aku dah buat official annoucement dekat depan kelas kata ada blog. Dasar mulut tempayan! LOL! I prefer panic ok.  =P. Lagi2 aku tau several of the student adalah pembaca tegar blog (tapi diorg tak de blog. baca je). This will be a mess!

So that's it! Aku dah redho dengan ketentuan ilahi (LOL!) maybe it is time this blog need more exposure and be known to the public. Tak leh sembunyi2 dah. Tapi tapi! It's doesn't mean I will restricted writing my entry just because my surrounding people read this blog. No way man! Lagi dasyat aku tulis ada lah. Macam "Si A gaduh dengan Si B. Siapa yang salah? atau "Si T ada hubungan sulit dengan Si C tapi Si M kekasih dia tak tau! Gila hot!!" atau "5 sebab aku benci Si J berserta contoh" Wakakakakah.

Yang pasti more traffic means more satisfaction and money too! *mata duitan* Padahal bukan ramai pun baca. T___T. So have a great weekends guys and blues Monday too!


Saturday, February 5, 2011

Hello! Hello! (Sambil Lambai Tangan)

Bukan niat untuk membiarkan blog terbiar terbungkang macam tu tanpa sebarang update. Tapi time cuti2 ni banyak pula benda nak buat. So masa untuk menaip sangat lah terbatas. Ni pun sempat lah curi2 masa nak taip. Kalau tidak mau tido terus. Penat weh! T__T

But have no worries, I will be back with a lotsa juicy stories to tell! So sebelum tu aku nak tunjuk something lah kat korang kan. Ye lah. Agak biadap kalau tak tunjuk something yang berbaloi setelah hampir seminggu menghilangkan diri. Kang mula lah komplen. "We need more pictures please!" dan disambung dengan beberapa komen berunsur negatif.

So tada!!!

Kotak KFC?? Apakah intinya??? Apa maksud semua ini?

Sila basah lenjunkan bibir anda dengan amilase!! Perghhh!! 

Don't get it??

Ini bermakna aku dah rasa produk KFC yang terbaru iaitu KFC Fish Donuts! Ke ke ke



So have a good weekends!!

Saturday, January 8, 2011

Mak Cik Kaunter Memang Macam Ni Ek?

Lepas sembahyang Jumaat je terus buat muka tak percaya sebab baru dapat tahu yang semua student wajib kena scan kad matrik masing2. Konon lah nak menghapdate data ke apa. Dan aku baru tahu. Yes! Walhal sejak hari Isnin hari tu dah start benda alah ni. Gila betul! Lain kali kena peka sikit dengan keadaan sekeliling selalu tengok notis board ke apa. Haissh. Sekarang last2 minute baru nak terhegeh pergi. Dasar kemelayuan!

Dan seperti yang aku agak aku tak lepas scan kad tu. Sebab apa? Sebab kad matrik aku dah patah dua. Hanya saletip ajelah yang menyambung riwayat kad matrik aku tuh sampai sekarang. Ingatkan boleh lah tahan sampai final year tak payah ganti. Last2 kena juga. Lesap 20 hinggit!

Yang tak boleh blahnya masa nak scan, makcik tu siap perli lagi. "Dik, ni confirm tak boleh scan ni. Dah lunyai sampai jadi macam ni". Lepas tu siap pegang kad matrik tu tinggi2 dan layar2kan kat udara sebab nak bagi tunjuk dekat kawan sebelah. MAK CIK WHAT ARE DOING?? Nak bagi satu dewan tahu?? Nada suara pulak bukan main gila kuat. Macam nak bagi announcement. Siyes! Memang dengar bunyi ketawa kecil orang ramai kat belakang. Nasib baik kecil. Kalau beso? Sabar aje lah. 

Nasib baik lah aku ni dah dah lali dengan aksi2 dimalukan dihadapan khalayak ramai. So buat lah gelak2 sikit balik. Konon2, "I'm fine with that makcik! You're funny!". - -" Tapi sebenarnya aku rasa mak cik kaunter tu ok je. Cuma time aku tu je kut dia tercakap bukan main kuat lagi. *positive thinking* Tapi part nak bagi tau kat kawan tu yang best tu. Memang dasar kaki gosip LOL! Kalau aku kat tempat dia pun aku suruh kawan aku tengok jugak. Lawak lah kot tengok pe'el student jaga kad matrik masing2. Ada yang patah dua lah Ehem! Ehem! bengkok lah, berdaki lah. Kalau lagi rare kes tu macam kad patah 5 ke, cip kad matrik hilang ke memang boleh dibuat modal untuk bergelak ketawa semasa diwaktu rehat! (Lagi dasyat rupa2nya aku daripada mak cik tuh)   

Last2 kena pergi buat pembayaran dekat kaunter Bendahari (tu pun kena berebut dengan foreigner nak dapat nombor giliran), dapat resit then then baru boleh buat kad baru. Yes!! Sekarang tiada lagi gambar wajah yang naif semasa di minggu orientasi. Dah digantikkan dengan wajah yang terpancar dengan sinar keyakinan yang tinggi berserta senyuman yang ikhlas! Wakaka. Padahal first shoot mata tertutup! = ="

Studio menangkap gambar. Tabir merah for student. Biru for staff. Nak je aku cakap aku staff.
Tunggu around 3 minit terus dapat kad baru! Gila teknologi zaman sekarang, Pantas dan efisien! Lepas dah dapat kad ni rasa macam nak gantung aje sepanjang masa. Macam first2 year dulu. =) *dan dan*

Saturday, December 18, 2010

It's Been A While...

Hari ni masa tengah punggah laci, aku terjumpa lukisan ni dalam sebuah buku nota lama.



Dah lama rasanya tak melukis. A couple of years maybe....

Friday, December 17, 2010

Home Sweet Home

Finally berakhir jugak perjalanan pulang ke kampung! Walaupun mula2 aku terkejut sebab ada 2 budak kecil yang naik sama trip dengan aku. Selalunya sorang je! Dan korang mesti tahu apa akan terjadi kalau ada budak kecik naik bas? Yes! Double trouble! Tapi kali ni hurmmm.. No sound at all!! What a nice babies!! Macam ni lah aku suka!

Which one more attractive?? LOL!
Ni nak mengadu sikit nih. Tau tak aku annoying betul lah masa time nak beli tiket balik tadi. Sebelum sampai kat kaunter tiket, mak aih! Aku agak mau sedozen orang tanya "Dik nak pergi mana dik?" Lepas tu kalau aku tak jawab mula lah dia buat muka. Lagi best dia boleh pulak sindir2 kat situ. Eh eh! Apahal mamat nih? Tau lah ko nak dapat komisen lebih tapi tak payah lah nak sindir2 bagai. Ish! Nasib baik aku ni penyabar kalau tidak habis walkie talkie tu aku sumbat dalam mulut. 

Fuyoo! First time aku mengadu secara ringkas dan padat. Kalau tidak mau 3-4 perenggan bebel benda yang sama. Ok2 mari beralih ke topik yang lain. Jom tengok gambar2 yang aku sediakan. Cewah macam lah banyak ko tangkap padahal 2 aje.

Daripada "Concrete Jungle"


WZulhilmi sekarang berada di

The Real Jungle! LOL!

Tak de lah. Kampung aku tak de lah duduk dalam hutan banat macam ni. Ni gambar aku tangkap masa tengah perjalanan. Time tu pulak hujan. Konon2 "Uit cantik ni kalau tangkap gambar!" Padahal ko tak sedar ko guna kamera handphone murah je.  Last2 hasilnya macam.... T___T

Wednesday, December 8, 2010

Sebab Tak Update Blog

Dah sehari ni aku tak update blog tak de orang perasan ke?? Konon2 berharap lah ada orang post something dekat shoutbox tu konon2 concern kenapa tak update blog. Ok ok aku dah mula perasan balik dah. Sebenarnya bukan lupa nak update blog cuma macam tak berkesempatan nak menaip. Maklum lah bila dah ada ASTRO depan mata. Amik ko! Terhidang macam bufet semua cerita2 depan ko. PILIH SAHAJA!!! 

Bila terpikir nak taip entry je bila tengok2 menu. Eh! Lepas ni ada CSI lah! Tunggu lah sekejap. Eh ada Amazing Race lah pulak! Lepas tu tido sekejap celik2 mata. Eh! Amazing Race Asia lah! CSI Miami lah! *Pitam*. Bukan tu aje. Ish! Bukak aje Channel Discovery ada je tajuk yang menarik memanjang. Bukan ada satu tapi 3 Channel berunsur ilmiah ni. Fuyoooo! Aku tengok cerita ilmiah! LOL! Korang ingat aku tengok Entertainment News aje ke memanjang? Salah tanggapan anda itu semua. Ehem! Walhal tak subscribe MTV channel nak tengok macam mana?. - -"
Sejarah tidak lagi membosankan kalau tengok Channel History. Sebab ada gambar yang bergerak!! Bukan hanya membaca text semata2. Favourite Channel nih antara 3 channel ilmiah tuh!

Ni adalah the ultimate source kalau nk tengok CSI. Ada je memanjang!!

Tu tak termasuk lagi Channel KBS World, Prima, Ceria (Ehem!). Memang lagho betul hidup. Sampaikan TV3 pun dah tak pandang dah. Syuhhh! Main jauh2. LOL!. TV1 dan 2 apatah lagi. Lalu pun tak pernah. Sungguh alpha betul ko ni. Tapi semua ini akan berakhir bila aku dah balik kampung nanti. Sebab kat kampung tak de Astro. T___T. Dah tak boleh tengok CSI dah setiap pukul 12 tengah hari setiap hari. Instead yang nanti ada Wanita Hari Ini je. Huh! Bosan. 

Tapi macam kelakar lah bila ko tengok movie alih suara kepada BM. Gila akward! Macam tiba2 mat salleh tu boleh cakap melayu. Tapi gerak bibir cakap lain. Apakah??? Memang tak boleh masuk betul dalam kepala aku. LOL! Tapi yang tak bestnya bila eh! cerita tu dok tiga empat kali ulang dalam sehari. Boleh siap hafal lagi skrip kalau tengok lagi. Lepas tu dah boleh agak scene apa lepas ni. "Hurm lepas ni dia jatuh kemudian masuk parit!" See!! The power of repitition!

Sorry lah korang kena baca entry pasal budak yang excited bebeno tengok Astro. LOL! But no worries akan ada update kedua sebelum hari ini akan berakhir. Pergh! rajin gila update blog! Tengah banyak masa free ni nak buat macam mana kan? Miahaha

Eh eh! Kena tido sekarang nih. Tak boleh lambat2. Esok ada CSI!

Monday, November 8, 2010

Just Random Stuff

Eh.. eh korang tak sedar ke semalam iaitu Hari Matahari (SUNDAY) aku tak publish satu entry pun??? Tapi aku tak nampak pun sebarang kemunculan *ehem* pertanyaan atau *ehem* kemusykilan dekat Shoutboux tu ataupun dekat fan page dekat Facebook. Ternanti2 lah jugak (LOL!) ada orang yang tulis..

WZ!! Mana ko? Tak sihat ke? Kenapa tak update blog hari ni?? T__T

ataupun

Bro! Mana ko ni? Risau aku dibuatnya. Sorry lah kalau aku tersilap komen. Tapi please lah update blog.

mahupun

Yuhuuu. I nk entry baru! Mana dia? Mana dia?? Mana diiiiaaaaaaaa?

Ok2. Aku tau ada dah yang macam "Eh eh! Aku pangkah kang blog ni. Mengada! Budget konon blogger popular. Entry udahlah tak seberapa. Nak lebih. Bagaikan melukut di tepi gantang! Pigidah!". 

Ouch!! - -"

Pengakuan sebenar : Semua ayat2 diatas dibina adalah idea licik untuk memanjangkan entry semata2. Ko tak nampak sikit punya berlambak enter kat atas tu! Sikit2 enter. Sikit2 enter. Baru dua baris ko dah enter. Mana tak jadi panjang?

Sebenarnya aku nak bagi tau. Tak lah penting mana pun. Tapi sebagai pengetahuan awam korang lah. Starting this week aku tak boleh nak update tiap2 hari dah. Akibat kekangan Final Exam yang memerlukan kosentrasi yang padu dari aku. Tapi jangan risau!! More juicer and happening stuff akan aku tulis untuk entry seterusnya (Oh! I wish! Kang balik2 cerita pasal dadih)

Owh ya! Lupa pulak. I have a good news!! Good news bagi aku lah secara specifiknya. Tapi apa salahnya jikalau kita pun turut sama2 berkongsi kegembiraan tersebut?? Tak salah bukan? LOL! Ok. Dah merapu. 

(Sekali lagi ayat2 yang dibina diatas adalah idea licik semata2 untuk memanjangkan entry).


Teng teng teng teng te ne te ne ne neng (Bunyi muzik Buletin Utama)

Anchor : "Salam sejahtera. Sebentar tadi kami telah menerima berita dari wartawan kami dari P*r*k berkaitan tentang status kewujudan serbuk dadih segera di negeri tersebut. Dipersilakan Star untuk melaporkan".


                  Kembali ke Sri Pentas..


Anchor   : "Miahahahaha!!! Korang dengar tak serbuk dadih ada jual dekat sana! Happy betul!"
Penerbit  : "Psstt!! Kita tengah ON AIR sekarang. Tak dengar ke cue bagi tadi??"
Anchor   : "Hah??"  sambil berpura2 menyusun kertas. "Ehem! Ehem". "Terima Kasih Star diatas laporan tadi. Sungguh berinformasi sekali. Ini secara tidak langsung akan meredakan kerisauan penduduk di kawasan tersebut tentang status kewujudan bekalan serbuk dadih segera disana. Sekian sahaja berita untuk kali ini. Jumpa lagi di Nightline"


Anchor  : "Hey! Kenapa tak bagi tau tadi kita dah ON AIR tadi?? Malu lah I macam gini. Mana nak letak muka ni. Semua orang dah dengar I menjoreng tadi! U sengaja kan nak kenakan I tadi kan. Huh!"
Penerbit : "Kita still ON AIR LAGI!!!!"

Thursday, September 16, 2010

Suddenly I Think

Minnasan.. Gomene!

It's been a while since I'm updating my blog. 4 days actually. Memang agak pelik sebab paling koman pun aku akan tinggal blog at least 2 hari je. Sebenarnya I do log in to blogspot everyday. Checking entry2 baru dari korang. But apparently for this 4 days I just becoming a silent reader. Pretty weird right? Bukan sebab tak ada topic yang aku nak cerita dekat korang. Banyak sebenarnya. Cuma ada certain issues yang perlu aku selesaikan beberapa hari ni.

And there are 2 main things that I always keep on thinking. One  is about this blog and one more is about myself. Sounds serious right? Hahaha. Tak lah. =P

This what I keep thinking about my first issue that is about this blog.

  •  Should I change this blog URL or name??

Semua ni terjadi bila aku dapat tahu yang ada 4 or 5 of my friends reading this blog. Friends maksud aku disini kawan yang aku jumpa setiap hari. Kalau kawan yang duduk yang jauh2 tu aku tak kisah pun baca. Kalau strangers baca lagi aku suka (LOL!). Yup! I don't like known people read my blog. Sebab ko kena jaga banyaaaak hati kat sini. Lepas tu bila ko buat certain statement lagi2 kalau statement yang berbaur kontroversi atau panas habis satu kampung/universiti/kolej/fakulti/asrama/pejabat dicanangnya. Owh! Hilang semua privacy ko nak buat luahan dekat blog sendiri. T___T . Lepas tu semua orang dok gossip pasal ko untuk sepanjang tahun. Mana nak letak muka??!! Tapi aku tau yang this is the prize that you will have to pay if your blog is getting known by people. - -". So pandai2 lah pilih topik yang sesuai.

And yang paling dasyat sekali aku terpikir

  • Should I stop blogging?
Bila aku baca entry lama2 aku balik. Aku dapat rasa yang semua macam banyak sangat unsur komersil. Yup! everyday aku asyik pikir. 'Ermm. entry apa ek yang nak tulis hari ni? Hah! Tulis pasal ni lah. Tapi.. nanti dorang suka ke tak nanti??'. Paham tak maksud aku? Aku lebih fikir what others think rather than thinking about my own satisfaction. Sepatutnya aku nak tulis benda lain. Tapi disebabkan takut orang tak baca terus tukar tajuk lain yang lagi happening. Aku takut lama2 nanti semua entry dalam ni jadi fake. And I hope next entry nanti boleh lah puaskan hati dua2 pihak. Iaitu myself and my reader. :). And I believe even ko ada tajuk yang lame/boring/ngantuk sekali pun. Kalau ko kreatif, benda tu akan jadi menarik jugak .Right?*wink*

Btw, apa jawapan aku untuk persoalan diatas? Should I stop blogging? My answer is.. Nope!! Even kalau ada satu reader pun aku akan teruskan menulis because writing is my passion. Full stop!


So how about the second issues?? About myself? Jeng2... Next entry ok. Aku akan cerita kat korang. Or tak payah kut? Ada ke yang nak baca??

P/s : Mood sekarang asyik dengar lagu2 sedih lepas tu termenung sorang2. Apa kes!! 

Tuesday, August 24, 2010

Lari Ye? Nah Amik Ko!

Lalalala~~~~

Cerita ni agak basi lah. Tapi aku nak cerita gak. About a week ago (See!! Dah basi kan!!). Lepas habis kelas, aku straight balik ke bilik. Tapi kali ni sekali lagi ada something kertas warna putih dekat bawah pintu aku.

What is this!!! Borang penyertaan Juara Lagu?

And aku ingat it was macam promotional punya paper lah. Selalu ejen2 diorang selit bawah pintu in order nak melariskan perniagaan kan. Selalunya service print and photostat. Tak kurang jugak ada kertas yang pasal aktiviti yang pihak kolej anjurkan. And semua aktiviti yang dibuat satu pun aku tak pernah pergi. Hahaha. Memang antisosial betul!! Boring lah weh!! Siapa suka dengar ceramah/motivasi semua bagai (in case you are nerd!! << Statement kejam!!). Lagi2 kalau buat hari Sabtu dengan Ahad!! Wo!! Dua hari tu memang tak boleh touch ek. Sebab dah distiharkan sebagai hari bersenang-lenang dan memanjakan diri.

So bila check betul2 kertas tu. Rupa2nya pasal


Lor!! Pasal banci rupanya!! First time aku kena buat kat sini. Kalau dulu lebih kurang 10 tahun lepas (LOL!!) selalunya akan ada kakak/abang serang rumah sambil pegang fail konon2 nampak profesional padahal dulu aku ingat org jual barang datang lepas tu pulak suka2 hati je tanya soalan2 peribadi. Lagi2 pasal gaji!! Private tuh!!. Tapi selepas 10 tahun kemudian (LOL!!) cara dia lebih extreme lagi. Iaitu dengan suruh students jawab sendiri dalam borang yang disediakan. Jimat kos ye.. =P

*Tiba2 rewind balik 2 minggu sebelum itu*
Nota : Semua perbualan ini adalah monolog dalaman semata2~~

-"Ermm.. Poster apa tu??"
-"Eh.. Poster banci!. Semua pelajar dikehendaki ke dewan pada sekian haribulan untuk mengisi borang banci. Harap semua kerjasama dapat diberikan."
- "Hari ni berapa haribulan ek?? Lor!! Dah terlepas! Opss!! Bye2..

Lepas tu rupanya2 pihak pejabat dapat detect student2 yang tak buat banci ni lagi. Amik ko! Konon2 dapat elak lah lah tak nak isi borang tu. Last2 sampai ke lubang cacing dia cari. Haissh!! Nak tak nak wajib lah isi borang ni. Tak lama pun kan (Ce ce positive mind konon!!). So lepas dah siap isi kena letak bawah pintu dan nanti ada orang datang kutip. Bagus!! Tak payah aku pergi pejabat (PEMALAS KO ZULHILMI!!).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan aku dah siap is borang tu pada 7 HARI yang lepas!! Still tak de orang nak datang amik. 
(- -"). 

UPDATE : Bila aku check petang tadi. Borang tu dah tak de!!! Padahal borang budak2 lain still ada lagi kat pintu masing2!!! NO!! Sapa curi!! *Dead*

UPADTE : Suspect utama yang disyaki : Mak cik cleaner!!! <<

Monday, August 9, 2010

Esok Test Lepas tu Puasa Pulak

Lalalala~~~~

It's been a long time since aku tak update blog nie. Too much work to do!! T T. Sebenarnya aku ada banyak gila cerita nak bagi tau kat korang ni. Tapi masa terluang tu memang tak da. You guys now me right? Kalau nak buat satu2 cerita tu wajib lah ada gambar semua bagai. Lepas tu setiap entry macam karangan Bahasa Melayu bertaraf SPM mesti dihasilkan. LOL!!. << Padahal berlambak gila ayat pasar + ayat rojak. Kalau kena marking confirm dapat B+ je..

And for you information at least lebih kurang average 1 jam diperuntukkan untuk membuat satu entry dalam satu2 masa. Kadang2 boleh sampai 2 jam. Lama kan?? Padahal intipati (wow!! perkataan power) tak de lah berkualiti mana pun. (Except for this entry. Buat dalam keaadaan rush!! But still kualiti masih lagi terpelihara - -"). 

But serius weh!! Banyak nak cerita nih. Tunggu masa je aku nak memuntahkan cerita2 tu kat blog ni. <<< Metafora yang sungguh jijik kalau dibaca balik. Apasal nak bubuh muntah2 ni??

By the way, esok aku ada the first test untuk semester kali ni. So tak boleh tulis panjang2. Need to study gila2 sampai lebam + naik muntah tengok buku tu. So wish me luck ok?? Yippie!!! Seronok nya study!!<<<  Reversed Psychology padahal malas gila nak bukak buku. - -"



P/s : Dengar2 cerita Rabu ni tempat aku cuti sempena first day puasa. Korang tolong lah doa bagi benda tu betul2 jadi. Nanti boleh aku upadate blog ni dengan riang rianya!! :)).

For Muslim :

Selamat Berpuasa!!! Jangan lupa baca niat!! Nanti tak sah puasa! =P

For Non-Muslim

Selamat menyerang Bazar2/Pasar2 Ramadhan kat luar sana!! I'll join you guys later!! 


Tips tak bagi tak batal puasa. Just follow picture kat bawah ni. Encik Google bagi :