I'm back!! Sila standing ovation sekarang diiringi dengan tepukan gemuruh! LOL! Disebabkan aku ada sikit masa free ni untuk my next paper. Aku nak buat entry baru. Tak mau buat entry kompilasi dah. Macam previous entry. Semua orang tak sedar aku ada republish entry lama. Sebab dia tak update dekat blogger list. Pelik betul! Kenapa ek? Ada momok apa?
Tapi sekarang aku nak cerita pasal perkembangan terbaru yang dinanti-natikan oleh semua lapisan masyarakat! Boleh buat reality show ni. LOL! Pasal apa lagi kan. Pasal dadih lah! Sebab kan aku ada promise hari tu nak update pasal proses dalam membuat my own dadih. Kalau tak publish kang mula ada timbul isu 'Melayu mudah lupa lah' atau 'WZulhilmi gemar memberi harapan palsu lah'. Sebelum perkara2 itu terjadi, aku dengan sukarelanya nak update pasal hal ni.
Sebelum ni kalau korang ingat, kita stop bahagian dimana aku akhirnya berjaya menjumpai serbuk dadih yang yang wow! pelbagai perisa yang boleh ditemui di pasaraya Giant! Untuk untuk siapa2 yang ada masalah short term memory boleh refresh kembali dengan klik link dibawah ni.
So bila serbuk dah jumpa. Apa lagi! Marilah kita mulakan kelas memasak!!
Akibat terlampau senang nak mampus step dia iaitu dengan hanya mencurahkan air panas dekat serbuk dadih lepas tu just kacau and simpan dalam fridge for about 15-20 minutes, kita batalkan aje lah kelas memasak tu. Just skip to the result part. And the final product will be like
Tada!!!
This!!!
![]() |
| Macam ada something wrong kan? |
Dah 'penat-penat' buat mestilah kena tunjuk kat orang kan? So kakak aku menjadi 'sukarelawan' pertama..
Me : Akak! Akak! Meh lah tengok ni. Penat buat ni!
Big Sis : Apa benda tu?? Puding ke? Ko buat ke? *Muka takjub*
Me : Ni lah orang panggil dadih!
Big Sis : Macam tak sebati aje kacau! *Sambil berlalu pergi*
I knew it!!!! Dari awal2 lagi aku perasan memang tak sebati. Aku patut kacau lagi 2-3 minit baru lah nampak keseriannya tanpa sebarang tompok2 loser tu. Ishhh.
Rupa dah failed! Tapi rasa belum lagi! Bagi mengelakkan perasaan berat sebelah terhadap masakan sendiri. Hehe. Maka diperlukan sukarelawan yang kedua!!! And that will be my own little naughty niece! *Evil smile*
Boleh lihat ye response tersebut dalam bentuk VIDEO!!! Wow! Semakin advanced aku nih. Dah pandai letak2 video sekarang! LOL!
Eh! Eh! Ramah sungguh budak ni! LOL! See!! Dia cakap sedap!! Amazing right? Ok nah amik gula2 ni main jauh2. LOL!
Ok ok. Meh aku bagi tau the reality sebenarnya. Disebabkan my niece tu masih lagi kanak-kanak yang naif lagi periang. So for her dadih tu agak so-so lah rasa dia. But for me! As a professional qualified food and beverage tester mengesahkan bahawa dadih ini tidak sedap sama sekali. Aku hanya bertahan untuk suapan kedua sahaja. Lepas tu dah tak mau makan dah. Rasa dia begitu "buatan kilang" sekali. LOL! Tak tau lah aku nak describe macam mana. Tapi yang pastinya aku quit dengan serbuk dadih segera!
Now my mission is to find the real recipe cara2 nak buat dadih sendiri! I will!! Tapi buat masa sekarang this are still my favourite dadih.
![]() |
| Seringgit mari! Serinngit mari! |
So enough with this dadih2 things. Next entry there will be no more updates about them. Tapi ini bukan bermakna mereka pergi tak akan kembali lagi. Believe me. They will be back soon!! =D












