Rasanya macam dah berkurun rasanya aku tak buat sebarang entry berunsur tips atau yang berinformatif. Selalunya (bukan selalu tapi hari2!!) asyik2 kalau tak cerita pasal diri sendiri mesti pasal makanan, sampaikan terlupa tanggungjawab aku kepada masyarakat di luar sana. Ya anda semua! Baiklah, tanggungjawab tersebut akan aku lunaskan hari ini.
Tapi sebelum mari kita recap balik tips/tutorial apa yang pernah aku keluarkan sebelum ini. Oh ya! Aku dah classified kan kepada 2 bahagian iaitu Tips dan Tutorial. dua benda ni ada benda yang berbeza ye. Angguk kalau faham. Good!
Tapi sebelum mari kita recap balik tips/tutorial apa yang pernah aku keluarkan sebelum ini. Oh ya! Aku dah classified kan kepada 2 bahagian iaitu Tips dan Tutorial. dua benda ni ada benda yang berbeza ye. Angguk kalau faham. Good!
TipsMostly section ini ialah kategori yang berinformatif sekali ya. Tak perlu buat apa2 just remembered it well and apply it to your daily life. And Wa-lah!! Hidup anda akan lebih ceria berbanding dahulu kala. LOL!
- Smart Shopping
- Tips Menghilangkan Double Chin {Hot!!! Hari2 ada je orang search tips ni! LOL!}
TutorialBahagian ini pulak mostly entry yang berunsur DIY(Do-It-Yourself) ya. So kena lah perah keringat sikit baru lah dapat hasilnya! Tak kan muncul depan kita tiba2 tanpa sebarang usaha! Except kalau korang ada bibik. Boleh je jerit dari bilik. "BIKKKKK!! Buatkan saya sejibik macam tutorial ni! Now! Mana orang tua ni! BIKK!!".
- Tutorial Air Soya Cincau
- Tutorial Root Beer Float {Crap! Tengok entry ni balik terus mengidam nak buat satu!)
- Aku Pun Reti Ikat Tali Kasut!
Tiba2 rasa macam bangga pulak dekat blog ni. Rupa2 ada jugak nilai2 kemasyarakatan didalamnya walaupun hanya beberapa percent je. T__T
Jadi tips kali ni aku nak bagi yang simple je but yet still efektif! Semua boleh try lepas ni. Disebabkan terang-terangan dah tajuk entry tips pasal apa. So let's get straight to the point. Mana2 yang dah tahu tu ehem ehem dilarang riak atau bongkak diri ya. Tuhan marah! Miahaha.
Jadi tips kali ni aku nak bagi yang simple je but yet still efektif! Semua boleh try lepas ni. Disebabkan terang-terangan dah tajuk entry tips pasal apa. So let's get straight to the point. Mana2 yang dah tahu tu ehem ehem dilarang riak atau bongkak diri ya. Tuhan marah! Miahaha.
*Tips ini tidak tertakhluk pada Kedai Runcit Ah Chai mahupun Kedai Runcit Cho Cho.
Seperti yang korang tahu apa2 jenis minuman yang mostly kat dalam kotak, tak kira lah susu ke, oren ke, manggo ke, perisa tropika ke yang dimana tarikh luput dia dalam 1~2 minggu je, dia (merujuk kepada pentadbir supermarket) akan letak dalam fridge yang besoo gedabak tu kan? Lepas tu dia susun lah lawa2 mengikut brand. Dalam satu baris tu pulak adalah lah dalam 5-6 kotak. So bila korang nak beli, jangan main amik aje! Lagi2 yang dekat depan row tu. Check betul2 dulu. Sebab mostly dia akan letak stok lama dekat depan, stok baru dekat belakaaaaaang sekali.
Aku bagi contoh lah kan senang nak paham. Korang anggaplah konon2 kotak susu jenama Dutch Nanny yang paling depan sekali tu tarikh luput dia 7.12.2010, lagi 3 hari je nak tamat. Korang pulak konon2 busy bagai berlagak macam businessman/woman. Main amik aje. Last2 sampai umah berlumba2 lah ko anak beranak menghabiskan susu tu sebelum tamat tempoh. - -" Tapi kalau korang check kat belakang barisan betul2, akan ada susu jenama yang sama tapi tarikh dia 12.12.2010. WOW! 8 hari beza dia berbanding dengan yang didepan! Tak ke ajaib tu!
Tapi kadang2 lah benda ni akan hanya terjadi bila stok susu yang last week tak habis. Kalau dah ko punggah sampai ke belakang tapi tarikh dia still sama. Maknanya stok lama dah habis lah tu. Tapi jangan lah bila trang tang tang tarikh kat kotak yang kat depan tu 9 hari tarikh luput dia, korang pulak dengan tekun nya godek2 tak ingat dunia bagi bersepah harta benda orang konon2 dengan harapan jumpa lah 15 hari punya tarikh luput kat belakang. Tak ada maknanya!
So lepas ni korang bila try tips ni ya kalau pergi mana2 market lepas ni. Ingat kita ada hak sebagai pengguna untuk MEMILIH produk! LOL!
P/s : Kadang2 roti pun ada gak buat style macam gini.