Showing posts with label Result. Show all posts
Showing posts with label Result. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Result Untuk | Soya Rulez!!!

Lalalala~~~

Bertemu lagi kita dalam Rancangan Result Untuk | (Tak komersil sungguh nama rancangan). Bagi mereka yang baru first time dengar tentang Rancangan ini anda sudah ketinggalan banyak benda2 yang menarik on our last episode.

Recap from first Episode Roti Ni Nak Sapu Apa?

- Planta telah memenangi pusingan poll dengan jumlah 21%!! 
- Miss Roti Panda menjadi artis jemputan. (And she did a worse job!! Lembap!!)
- Peanut Butter adalah sapuan yang paling tak popular sekali!!
- Muncul pelbagai teknik sapuan baru seperti "Roti letak Serbuk Milo dan Susu Pekat" dan "Letak Banana"

Now!! Result for Soya Rulez!! is coming up next!!

Sebelum tu aku nak memperkenalkan our maskot untuk poll kali ini. Yang dok terpacak kat header selama beberapa hari tu. Kalau siapa tak perasan. Memang buta warna!!! Dipersilakan Ale Ale Alejandro!! (Suka2 hati aku je letak nama)

Soya kacukan Latin + Melayu

Now back to the result. Setelah lebih kurang 6 hari aku dok promosi2 kan pasal poll tu macam orang gila. Akhirnya poll itu ditutup secara rasmi pada hari ini. Dan bilangan pengundi yang berjaya melaksanakan tanggungjawab masing2 adalah seramai 23 orang pengundi!! Wau!! Meningkat from previous poll!! Well done guys!! :) (Tu pun selepas paksa dan mengenakan beberapa ugutan bunuh baru nak vote) 

Jom kita lihat keputusannya!!


Klik untuk tumbesaran melampau

Mari aku bacakan result tu sebab aku tau ramai yang malas nak klik bagi besar

Tau Fu Fa - 9 votes
Air Soya   - 7 votes (What!!! I expect you to win!!)
Kicap       - 5 votes (Hah!!)

Dan selebihnya masing2 1 votes kecuali Tauhu Basah/Tauhu Goreng..

Seperti yang korang nampak pemenang kali ni ialah TAU FU FA!! 

Amik ko!! siap bunga2 sekali.

Aku memang tak sangka pulak ramai yang suka Tau Fu Fa berbanding Air Soya. Korang ni kenapa ni?? vote lah Air soya patutnya!! So padanlah kat pasar malam wajib benda alah ni ada. Dah permintaan tinggi semacam. Seriously kalau aku tengok gerai orang chinese jual soya2 ni memang nampak sedap semacam. memang berbeza dangan gerai melayu. (Tapi aku tak beli lah) 

Lagi satu wei!! Tang kicap tu!! Boleh pulak banyak vote!! Aku main2 je letak. Bak kata comment yang lepas Kicap ni adalah benda feveret orang2 bujang. Masa dah duit pokai time tu lah ko makan lah nasi berlaukkan telur kicap or yang lagi extreme lagi tahap kepokaian makan nasi kosong bubuh kicap je. (Tu lah sapa suruh awal bulan dok belanja tak hingat dunia). 

Korang perasan tak ada satu jawapan Others.. Jom kita check apo yang others nya?? Adakah wujud  makanan eksotik yang berasakan soya yang lain??


Owh. Tauhu goreng ranggup..~~~~~ What!!!! Bukan ke Tauhu goreng ada dalam option jawapan?? Kenapa tak tick tu je?? Adakah Tauhu yang aku letak tu tak cukup ranggup??. Nie siapa yang vote ni!! Sila mengaku sekarang!!!

Btw siapa2 yang alergik dengan soya tu anda sememangnya rugi kerana telah kehilangan satu nikmat dunia. Wakakaka. Ok2 thats all for this episode. Jumpa lagi next time. Last sekali korang tengok lah header soya tu puas2 ye. Besok dia dah tak de dah.


Info tambahan = Dulu aku panggil Tau Fu Fa tu sebagai Yong Tau Fu. Sehingga wujud salah faham yang serius (- - ")

P/s :Perasan tak makin ke bawah entry aku tu semakin tak formal ayat2 yang digunakan. (- -"")

Wednesday, June 9, 2010

Result Untuk | Roti Ni Nak Sapu Apa??

Lalalalala. Apasal aku happy sangat nie?? Huhuhu. Mesti lah happy sebab selsema semalam tak teruk sampai nak demam. So sekarang nie asyik membuang hingus yang berlebihan je. Makin nipis kulit hidung aku asyik dok kesat je memanjang. Ok2!!! Aku bukan nak cerita pasal selsema hari nie. Karang aku cerita lebih2 kang. Ada pulak yang geli. Tu baru hingus kuning. Kalau coklat???? Eeeeee.. Hahaha

Hari nie punya entry nak buat report pasal entry Roti Ni Nak Sapu Apa?? . Macam nak buat belanjawan 2011 pulak nak bentang2 result. Padahal pasal roti je. Muahahaha. Tapi aku terharu lah. Ada jugak yang sudi vote!! Tenkiu!!! Sebanyak 19 votes berjaya dikutip!! ( Sikit je tapi kecoh lebih budak nie). Teringat lagi masa first2 buat poll dulu. Dapat 2 vote je!! T T

Sebelum tu aku telah menjemput sebuku tetamu untuk menemani aku untuk membentangkan result kita kali nie. Dipersilakan.. Jeng jeng jeng!! Miss Roti Panda!! (Apasal mata dia pelik semacam ni?)



Mana Encik Roti??? Err.. Encik Roti sakit ye tak dapat datang sebab ada serangan kulat. Bluurrrp!! (Bunyi sendawa) Opss!!!
Sekarang kita lihat result yang telah diedit oleh juri2 profesional. Miss Panda klik cepat nak start slide nie!! Tada!!


Klik untuk tumbesaran melampau

Aku tau ada yang malas nak klik kan!!! Ish korang nie. Bila nak berubah. Lalalala

Ok2 biar aku baca result dia. 

1.  21.05% - Planta
2.  21.05% - Lain2
3.  15.79% - Chocolate dan Makan macam tu je!! mendapat peratusan yang sama
4.  10.53% - Jem dengan Kaya pun sama2 mendapat peratusan yang sama
5.    5.26% - Peanut butter

Konklusinya Planta lagi popular dari Peanut Butter!! Padan lah makin kaya taukeh Planta. Mana alamat syarikat sana nak apply jadi duta. Muahaha. Tajuk segmen. "5 minit bersama Zul".. Khas dibawa anda oleh Planta. (Astaga! berangan nombor satu!!)

Selain daripada tu jugak Kategori Lain2 pun dapat peratusan yang sama dengan Planta. Jom kita tengok apa yang lain2nya??? Miss Panda sila tukar slide!! Lembap betul..



Wah! Aku memang tak sangka ada jugak yang tabur milo dengan susu pekat!! Aku ingat aku sorang je yang buat macam nie!! Siapa yang vote nie sila mengaku!! Nak tengok muka sikit. Hehehe.
Sardin pun popular jugak. Lain kali kalau aku nak buat kontest hadiah pertama bagi 2 tin sardin?? Ok tak << melalut lagi!!

Yang kari tun pun sedap oo kalau cecah!! Nyum2. Yang banana tu tak pernah lah pulak try. Tapi aku dah agak dah siapa yang bubuh. Dalam komen kat entry tu terang2an mengaku.. Lagi satu dengan yang tulis Peanut Butter.  Siapakah dia agaknya??


Jijik giler cara aku nak padam nama. Wakaka. Apakah persamaan komen diataaaas??

Hah!! Hah!! Aku tengok ada yang dah rakus klik dekat post tu nak tengok siapa yang tulis bananaaaaaaaaa dengan nuttelaaaa tu. Suka ye korang!! Ish2.. Hahaha

Ok tu je report untuk hari nie. Jumpa lagi dalam dalam poll yang lain bersama artis jemputan yang lain. Bye2!! 

Miss Panda!! Mana kamu nak lari!!!

P/S : Thanks Again bagi yang telah vote!! I really appreciate that!! Arigato!!