Showing posts with label Awareness. Show all posts
Showing posts with label Awareness. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

#StopKony2012


Tau tak dengan hanya membuatkan Kony popular, kita mungkin akan dapat menyelamatkan hampir 30,000 orang kanak-kanak di Uganda. Yes, he is a guerrilla group leader dimana dia akan menculik kanak-kanak disana lalu memaksa mereka tunduk dibawah arahannya. Sesiapa yang cuba untuk melarikan diri... well, maut adalah jawapannya. 

Want more details? Spare your time to watch this documentary.  


So what are you waiting for?

#StopKony2012 by posting the video or anything related to this thing to your Facebook or Twitter account!

P/s: Thanks to YuiLight for the tips. 

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Is Coming!!!!

//Ini adalah sticky post. Scroll down untuk membaca entry terbaru//


So after like two days mesti korang perasan template blog ni bertukar daripada warna orenji yang seolah2 menunjukkan tuan punya blog seorang yang ceria lagi berfikiran terbuka LOL! kepada warna biru. Ada sebab aku tukar ni. Bukan saja2 boring dengan template lama ke hapa. Semua ni adalah bersempena dengan Earth Hour!! Tau tak apa kebenda Earth Hour. Tau kan? Ini ialah hari dimana semua orang yang terlibat akan switch off lampu selama sejam. Selalunya buat pada waktu yang telah ditetapkan. So this time around ia kan dibuat pada:

26.03.2011

8.30 PM

Maknanya Sabtu nih pada jam 8 setengah MALAM! Lagi 4 hari je weh! (Waktu entry ini ditulis). Kalau tak perasan aku ada tambah widget countdown timer dekat sidebar. Konon tak nak bagi lupa lah kan. LOL! So come on guys let support this thing!! Senang je pun. Kalau siapa2 yang macam blur lagi dengan event ni. Aku dah sediakan beberapa FAQ(Frequently Asked Question) khas untuk korang. 

1. Eh! Eh! I macam berminat lah nak join. Tapi apa yang patut I buat? I'm still new at this. Please do help me.
Senang aje. Apa yang harus dibuat ialah dengan cuma menutup semua lampu dekat rumah pada waktu yang telah ditetapkan selama sejam sahaja. Senang gila kan. Even your 5 years old brother can do this!

2. Nak tanya nak tanya! Saya confius sikit. Maknanya time tu saya kena tutup semua benda lah. Macam TV, radio, laptop, kipas, mesin basuh, peti ais. Alah, semua benda yang mengalirkan elektrik senang cerita. Susah lah macam ni. Saya tak tahan panas tau. Saya perlukan kipas!
Tak perlu! Cuma perlu padamkan LAMPU sahaja. Benda lain tak perlu. 

3. Excuse me I ada terbaca jawapan untuk soalan kedua. I rasa macam useless je lah semua benda ni. Ada ke apa2 perubahan dengan hanya tutup lampu selama sejam sahaja. Eeee. Bodohnya siapa2 buat.
Tujuan utama event ini bukan lah untuk menjimatkan penggunaan elektrik tapi sebenarnya adalah untuk menunjukkan sokongan individu tersebut dalam berbuat sesuatu yang positif terhadap persekitaran mereka especially environment issues yang dihadapi Planet Bumi sekarang. By the way this is not a stupid thing to do.

4. Aku nak tanya. Tak takut ke kalau padam lampu semua bagai. Kalau keluar hantu ke apa. Hantu Kak Limah especially. Tak ke seram! Lagi satu kalau macam nenek aku nak pergi tandas nak turun tangga. Tak ke bahaya tutup lampu. Kang tergolek orang tua tuh. 
Hanya tutup lampu yang korang rasa selamat sahaja kalau dipadamkan. Kalau rasa bahaya tak payah tutup, lagi2 lampu kecemasan.

Kalau ada macam2 lagi persoalan boleh klik dekat SINI untuk maklumat lebih lanjut!

So easy peasy je kan. Semua boleh join. Lagi satu korang yang ada blog tu boleh lah buat something macam buat entry ke apa ke. Bagi level awareness tinggi sikit. Al maklum lah aku tau ni pun dekat radio. Bayangkan kalau tak dengar radio, memang tak tau yang benda ni buat hari Sabtu ni.

Tapi kalau tak nak buat entry pun tak pe. Boleh letak banner ni dekat blog korang. 


Cool isn't it? Boleh klik kat SINI untuk design2 yang lain.

Kalau ramai yang letak banner macam ni. Mesti lagi ramai yang perasan punya. So kebarangkalian untuk ramai yang join adalah sangat tinggi! Kalau yang tak de blog pun tak pe. Korang boleh sebarkan dekat facebook ke twitter ke. Aku bagi contoh lah status yang boleh korang tulis.

"OMG!! Sabtu ni Earth Hour! Korang tau tak? Kalau tak tau memang loser gila!"

Sah2 lah ramai komen lepas tu. Licik tak? LOL!

So now who's with me?

P/s: Even kalau sorang join pun aku dah rasa happy gila. Because I know this blog is soooo underrated. Tapi tu tak penting. Yang penting kerjasama. =)

Show Your Support Tonight! #EarthHour






In conjunction with


Jangan lupa malam ni pada pukul 8.30 sehingga 9.30 dengan memadamkan lampu untuk menunjukkan sokongan anda pada Kempen Earth Hour. Together we can do it!

P/s: I have to do this thing in hurry so jalan cerita agak longgar dan dialog agak skema gila. But then who cares! =). Btw ni first time guna Photoscape. Selalunya guna Photoshop. Quite convienent sebenarnya. Hahahah = =". Have a great weekend!

Saturday, October 23, 2010

Sikitnya!!

Tiger versus Civilization. Who will win?Picture Source : WWF Malaysia

He was a beautiful, 5-year-old Malayan tiger our team had rushed to rescue. How long had he been struggling to free himself? We don't know. But the snare had cut through his skin by the time the team got to him. He was in shock. And for the first time I witnessed a tiger cry. I wept, too, for I well understood the torture he was enduring.

- Dato’ Dr Dionysius S. K. Sharma (WWF-Malaysia Executive Director/CEO)

Sedih betul bila baca ayat atas ni. Aku tak boleh bayangkan kalau kaki aku sendiri kena snare tu. Boleh putus kaki!!. Owh ya! Lupa nak bagi tau snare adalah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap haiwan. Ada banyak jenis dia. Tapi aku percaya alat yang sesuai untuk tangkap harimau adalah jenis ini..

200px-Leghold_trap

Makin ko cuba gerakkan kan kaki ko dalam benda alah tu. Makin dalam dia masuk dalam kulit kita. In same cases ada haiwan yang kena potong terus kaki dia sebab dah kena infectious backteria. :x  Dekat Malaysia pun masih lagi berlaku perkara2 macam ni.

Kebanyakkan lokasi Harimau di Malaysia adalah dekat Belum-Temengor Forest Complex.  Dimana saiz dia adalah 5 kali saiz Singapura!! Besar kan! Tapi tau tak korang yang hanya ada satu je Wildlife Protection Unit yang mengawal forest complex tersebut? Lagi2 dalam Unit tu ada 10 orang sahaja!! Patutlah bilangan harimau makin berkurangan. ~sigh~

Lebih kurang ada 3000 ekor je Malayan Tiger yang tinggal. Mesti banyak lagi kan korang rasa. So buat apa nak risau2 bagai?. Lupa nak state yang tu semua jumlah pada era tahun 1950-an iaitu pada 60 tahun yang lepas! Sekarang bilangan harimau2 ni dah jadi lebih kurang 500 ekor je! Dah nak pupus dah… Tak ke sikit!!

zoo_tigers

So that why ada program called TX2 dimana konsep program ini adalah bertujuan untuk menggandakan bilangan harimau menjadi 1000 ekor dalam tempoh 12 tahun. Korang boleh support this program dengan join official website for tx2. Dulu aku pun pernah buat entry pasal ni ”Tiger Need Us”. Ataupun korang boleh je klik dekat banner tx2 ni dekat sidebar blog ni!

Malayan-tiger-4-large-detail-jenike

Korang boleh jugak buat donation bernilai RM30 ringgit je dekat Official Website WWF. Nampak banyak kan? Tapi RM 30 tu boleh digunakan untuk tambah bilangan ahli Wildlife Protection Unit yang ada 10 orang je tu. Alahai, bilangan ahli kumpulan Super Junior pun lagi ramai..

So do you part in order to save this beautiful creatures!! :D

Owh btw, Happy Malaysian Environment Week!!

P/s : Aku nak try donate. Tapi malangnya dia only accept donation via MasterCard only. Memandangkan aku hanya seorang student yang normal so dalam dompet memang tidak wujud kad2 sedemikian rupa. T___T. Ni je lah cara yang mampu aku buat. :”)

Walaupun hanya 1-2 orang aje yang baca entry ni. Dah cukup memadai. :)

CarSticker_final

Tuesday, June 1, 2010

Selamat Hari Susu!!

Bagi siapa2 yang suka sangat nak minum susu mengalahkan baby umur sebulan. Haaa!! Hari ini iaitu 1hb enam adalah hari yang sesuai untuk korang. Iaitu Hari Susu Sedunia!!! YEAH!! (Sambil letupkan mercun). So minum lah susu puas2 sampai kembung perut. (seronok peniaga susu.. $ $ $). Aku teringat lagi masa kecik2 dulu. Aku bukan suka sangat2 susu2 nie. Susu tepung suka lah. Sampai siap pergi dapur curi2 makan serbuk dia. Kadang2 dua sudu aku balun. Patut lah cepat habis. Hihihi. Cakap pasal susu2 nie teringat aku pasal entry Cashier Sengal Hahaha.. Kelakar.



Maksud susu yang aku tak suka tu adalah susu yang fresh tu. Susu yang expired cepat. Dulu aku tak suka pun. Pandang keji lagi. Tapi kalau susu dalam kotak macam dutch lady tu aku suka. Lagi2 perisa chocolate. Yummy!!! Teringat lagi kisah masa sekolah rendah. Masa tu aku dapat 10-15 kotak susu percuma cikgu bagi. Korang ingat tak?? Best giler time tu sampai tak muat beg nak letak.

Lepas dah masuk high school baru aku start minum susu fresh. Itu pun sebab dari godaan Coco Crunch, Cornflakes, Snowflakes baru aku minum. Sekarang nak minum susu macam tu pun aku boleh buat begitu sahaja. (Bangga sekejap). Susu yang pernah dikeji aku dulu sekarang di puja. Muahahahah. Tapi air soya masih nombor 1 dalam hati ku. Bagi sapa2 nak try resepi soya cincau, korang boleh tengok dekat entry Tutorial Air Soya Cincau

Susu susu!!! 

Semalam aku ada baca yang Malaysia pun sambut hari susu gak. Hari Ahad hari tu Syarikat Dutch Lady edarkan lebih kurang 50,000 kotak susu (SUSU FREE!!!) dekat orang ramai nak buat rekod "Bilangan orang yang minum susu yang paling ramai pada satu2 masa" untuk dimasukkan dalam Malaysian Book of Record.  Aku bila lah pulak nak masuk dalam buku tu. Mungkin blogger paling kaya di Malaysia? Hahaha.. berangan lebih. (Ok ak dah melalut dari susu terus pasal nak jadi kaya)


Amik kau!! Berebut orang nak susu percuma. Aku tengok orang tua pulak yang lebih. Wakaka. Kanak2 telah diabaikan dalam gambar nie. (Sumber gambar dari Website Dutch Lady )

Tapi aku tau kat luar sana still ada yang tak suka minum susu. Antara alasan gedik yang korang selalu bagi :

1. "Eeeee. Tak nak lah aku minum. Rasa dia macam semacam je. Tak boleh nak telan kut!!"
2. "Macam muntah kucing pulak aku tengok" (Sambil buat muka loya)

Korang jangan. Susu nie banyak manfaatnya. Lagi2 untuk tulang kita. Nanti masa kita dah tua nanti aku still boleh lagi catwalk (lelaki punya catwalk lah). Korang pulak terbongkok2 nak kejar aku. Nyiahahahaha. Terpaksa aku nyanyi "nenek nenek si bongkok tiga". (Sangatlah kejam) =P

P/S : Baru beli sekotak susu tadi nak makan dengan Snowflakes. Hahaha


Sunday, May 23, 2010

Sudah Tiba Masanya

Yeah!! Besok hari Ahad!! So apa aktiviti korang? Tengok movie ke? Dah lama kut ak tak tengok movie. Sampai movie yang latest pun ak tak tahu apa. T T Or mesti ada yang keluar makan2 dengan orang yang teristimewa or dengan besties. Seronoknya!! Dah lama ak tak buat perkara2 yang tak berfaedah ni. Hehehe. Tapi ak dah ada planning apa yang ak nak buat esok. Mega project nie!! Tada~~~. Kemas rumah!!


Mesti korang tengah gelak berdekah2 kan. Tak baik oo. Ni niat yang murni nie. Patut sokong ak lah. Hahaha. 
Ak dah makin rimas dah sebab rumah ak macam dah agak kelam kabut sikit. So esok(hari ni!!) ak nak bangun awal2 nak mulakan operasi suci nie. <<< Boleh percaya ke?? 

Bak kata Martha Stewart "Kita harus lah menjaga rumah kita seumpama kita menjaga diri kita sendiri'. (Padahal ak yang reka sendiri ayat tu. Kesian Martha tak pasal2 ak sebut nama dia. =P)

"Marilah kita mengemas rumah",Kata Martha Stewart. Mak aih!! Banyaknya periuk. Nak buat kenduri apa??

Aktiviti2 yang menarik yang akan ak lakukan esok adalah seperti mengelap, menenyeh, mengibas, menonyoh, menyapu, mengemop, menggosok.. (banyaknya meng-). So ak harap korang support lah ak dalam usaha untuk memakmurkan rumah ak nie. Jangan sampai buat page kat Facebook sudah. Nanti bukak FB tiba2 keluar page "Kami Mampu Mencapai 1,000,000 Orang Dalam Usaha Menyokong WZulhilmi Mengemas Rumah". Hahaha. Tak pasal2 jadi celebrity pulak. Ok2 ak dah nak tido nie. Esok nak bangun awal nie. Kita tengok bagaimana hasilnya esok!! :)

P/S : Korang pun kemas lah rumah sekali sekala. Dapat pahala. Wakakaka.(Tiba2 jadi sopan).  Korang tengok!! Anjing nie pun boleh sapu halaman rumah. Malu pulak ak sebagai manusia tengok. =P. (Nasib baik bukan itik yang sapu)



Friday, May 21, 2010

Update: Apabila Manusia Hilang Perikemanusiaan

Seperti yang korang maklum, entry sebelum nie ak ada ceritakan pasal seekor harimau yang telah di"perbodoh- bodohkan" dekat A'Famosa Melaka. Kalau siapa2 yang belum baca entry tu lagi korang boleh klik dekat sini  


Korang tau tak isu ini dah pun menarik perhatian masyarakat setelah hal ini disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter. Sejurus selepas tu satu fan page telah ditubuhkan di Facebook yang dikenali sebagai  "Stop Animal Abuse At A'Famosa". Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk membantah penderaan harimau yang berlaku di A'Famosa ni. Bagus betul diorang nie kan?. Efficient betul. Terus buat page. Setakat nie yang ak tengok seramai 623 orang telah menyertai page ini. Dan ak yakin bilangan ahli page ni akan semakin bertambah. So kalau siapa2 nak usha2 atau nak join page nie boleh klik kat sini


Ak dapat tahu yang page nie dah hantar satu email sebagai tanda tidak puas terhadap layanan yang telah pihak A'Famosa berikan kepada harimau tu. So pihak management dekat sana dah pun reply balik email tersebut dekat page nie.  Ni antara isi2 email yang diorang hantar:



"Dear DewGem,

Warmest Greetings From A'Famosa Resort

We're referring to your e-mail on regards of the video shared on www.youtube.com

We would like make things clear that we never druged any of the animal for entertainment sake. The tiger shown in the video was just merely lazy and it's was their nature to do so. We pratice a standard level in handling the animals.

However, rest assure that we had stop the photography session with the tigers due to the public & management concern of the tigers welfare. We appreciated your feedback which had been forwarded to management for their action to be taken.

Thank You.
Eric Ong."



'Lazy' ko kata Encik Eric???!!. Ko ingat ak buta ke? Dekat video tu terang2 lah harimau tu macam kena suntik sesuatu. Lemah semacam je. Ak nak tanya pendapat korang lah kan. Kalau korang tgh ber'malas-malasan' kat rumah lepas tu tiba ada orang asyik tolak2 kepala korang. Korang rasa marah ke happy? Mesti lah marah kan?? Tapi dalam kes nie ak tgk harimau ni tak de reaksi apa2 pun. Nampak sangat lah ada something wrong dekat situ.


Lagi satu korang tengok ayat nie. "We practice a standard level in handling the animals'.  Ya ke?? Yang lelaki dalam video tu asyik tolak2 kepala harimau tu dikira sebagai 'standard level' lah ye? Kalau macam tu lah kan macam mana lah agaknya nasib haiwan yang lain dekat sana. Ntah2 lagi teruk kut. Ish2. Memang nak kena adu hal ni dekat program Aduan Rakyat dekat TV3. Biar kena terjah sikit. Baru kita dapat tau hal yang sebenar.


By the way ejaan untuk 'pratice' tu betul ke Mr. Eric??. Bukan ke sepatutnya 'practice'????. (Geram sangat sampai ejaan orang tu pun ak nak serang. =P) 


P/S : Sorry ak agak emosional akhir2 nie. Hihihi. Tapi thanks tu you all reader!! Sebab korang sanggup luangkan masa nk baca semua benda nie. :) 







Thursday, May 20, 2010

Bila Manusia Hilang Perikemanusiaan

Bila manusia dah mula fikir keuntungan. Semua faktor2 lain dah tak ambil kisah dah. Tolak tepi bulat2. Kenapa ak cakap mcm tu?. Korang tengok je lah gambar nie. Haiwan yang tak berdosa digunakan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.







Tak ke kejam tu!!! Lagi best korang tau benda ni terjadi kat mana?? Our lovely place A'Famosa. Yup!! Tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia yang 'kaya' dengan "adat budaya" yang pelbagai. Tak sangka pulak ak salah satu "budaya" yang diamalkan kat sana macam nie rupanya. Hebat, hebat!!

So siapa yang still tak jelas dengan gambar2 kat atas tu. Meh sini ak jelaskan. Staff kat sana suntik (atau sumbat mungkin) dadah kat harimau tu supaya harimau tu berada dalam keadaan separuh sedar. So senang lah diorang nk buat projek. Lepas tu diorang letak harimau tu kat pintu utama A'Famosa untuk sesi tangkap gambar. Senang kata sebagai Tourist Attraction lah. So siapa2 nak tangkap gambar kena bayar lah. Dan ak agak mesti bayaran yang dikenakan mesti mahal. Duit tu nak buat apa ek?

By the way, gambar2 kat atas tu ak amik dekat satu video. Kalau korang nak tau gambaran lebih jelas lagi apa "lelaki" tu buat dekat haiwan tak berdosa ni, korang boleh tengok sendiri video tu kat bawah nie.



Memang ak nak ketuk2 je lelaki tu. Macam budget terror lah boleh pegang harimau. Yang lagi ak nak ketuk orang2 atasan kat sana. Macam mana lah boleh luluskan projek nie. (- -")

Ak buat entry ni bukannya bermakna ak bantah kalau nak tangkap gambar dengan haiwan. Kalau nak tangkap tak pe. Tapi perlukah melibatkan dadah? Atau baringkan harimau macam tu kat depan orang ramai? Atau tolak2 kepala harimau tu semata2 nak dapatkan pose yang menarik?. Nak treat haiwan pun kena lah ada etikanya. Tak de main hentam macam tu je.

Kalau kita gantikan harimau tu dengan manusia macam mana pulak ye??

P/S :  Tak terkejut kenapa harimau selalu menyerang manusia sekarang.

Thursday, May 6, 2010

Kucing + Coklat = Mati!!

Kali nie ak nk cerita pasal kucing pulak. Sebab semalam kucing ak asyik mengiau je. Non stop!! Ader lh tu nak ape2. Klau korang nk tahu ak ader bela sekor kucing.(Sampai sekarang tak de nama lagi. Cadang nak panggil Kesha. Wakakaka). Kucing ak nie baru je lepas beranak.(Omg!! kucing ak dh pandai melakukan perbuatan terkutuk!!!) Lebih kurang dh 3 minggu lh. Balik2 cuti sem je. Dh kluar anak kucing tu. Anak dia ada 5 ekor tp 2 je yg survive. Kesian lagi 3!! Wa!!!.
Kucing ak nie masa ak tgh makan sambil tgk TV. Mula lh dtg dekat2. Yg peliknya. Dia boleh tau time ak makan bila!! Mesti dengar bunyi pinggan ak berlaga nie. Penah gak jalan2 slow ala orang nk mencuri. Ingat dh berjaya. TupTap2 dengar jugak(Gagal misi ak!!). Lepas tu mulalah buat aksi2 comel. gesel sana gesel sini. Buat muka ala2 suci. Macam tak pernah buat salah. Mata pulak mesti wajib bersinar2 ala2 mintak simpati. (Owh!! Ko ingat ak nk terpedaya!! Tapi last2 ak bagi gak. Haha)

Ala2 kesiannya. Tampar kang!!. Kaki bodek No 1. Wakaka

Masa ak baru balik kg nie. Terus ak beli makanan kucing kat kedai. Sebab kesian gila ak tgk kucing ak. Kelaparan. Klu mati kang tak pasal2 trauma ak. (Ak beli makanan kucing yg timbang je. Klu nk beli friskies or Whiskas tak mampu ak nk beli). Bila dah hidang kat depan kucing dia makan sikit je. Pelik lak jugak. Selalunya kucing nie kali bg friskies mulalah tak ingat dunia. Dgn tuan2 dia sekali dia lupa. Kucing ak ni pulak lain pulak responnya. Rupa2nya kucing ak tu dh terbiasa mkn makanan manusia. Mcm nasi campur lauk2 lh.(Lagi2 dengan sardin). Baru dia makan sampai licin. (Pulak!!). Bazir duit ak beli makanan kucing!! Tapi sekarang tgh ajar dia makan balik makanan kucing. Yelah sapa nk habiskan makanan dia? Tak kan ak nk makan. Klu korang nk try. Ak rekemen kan korang bubuh susu. Buat macm tgh makan coco crunch. Hihihi.

Comel je ak tgk gambar nie. Kucing juling.

Lagi satu, kucing ak nie dh lh hot!! Byk kucing jantan nk kat dia. Ak pn halau lh mana kucing2 jantan yg buruk2 tak sihat . Nanti lahir anak kucing buruk yang tak ada imun yg tinggi terhadap penyakit pulak!.
Ak nk postkan gambar kucing ak kat sini. Tapi tak boleh lah. Sebab ak percaya klu kita tangkap gambar kucing nanti kucing tu hilang tiba2 keeesokan harinya. Nie berdasarkan pengalaman ak sendiri. Dh beberapa ekor dh hilang sebab ak terkinja2 nk tgkp gambar kucing2 nie.Hahaha. Lawak gila kalau org dengar.
Tapi yg nie ak ader baca yang kucing tak boleh makan benda2 berunsurkan chocolate!!! Nanti kucing tu akan sakit. Kalau lagi serius lagi akan mati!!. Sebab chocolate tu mempunyai bahan kimia toxic yg berbahaya terhadap sistem dalam badan kucing. Sama lh jugak kesnya dengan anjing.  Kalau korang tak percaya baca kat bwh nie. Ak amik dari website.

Chocolate include pentoxifylline which may cause food poisoning. And chocolate poisoning may cause vomiting, uneasy, hyperactivity, even die of heart failure. So please be very careful!

Ha!!! Korang jgn nk guna tips ni nk pegi racun kucing jiran sebelah sebab makan ikan korang. Nanti hantu kucing tu kejar korang balik.
Kalau korang nk tahu apa lagi yg kucing tak boleh makan, korang boleh klik kat sini. Ader lebih kurang 7 lagi makanan tak boleh makan.

Makan sayang makan. Klu nk mati cepat.

Alamak!!Lupa pulak nk bagi kucing ak makan!! Meow meow meh sini sayang. Nak bagi chocol~~ oopss!! friskies nie.. =P

P/S : Teringat masa kecik2 dulu letak anak kucing dalam topi keledar lepas tu pusing laju2 macam cerita roda impian. Wakakaka. Lepas tu kucing tu terus muntah putih. Sori kucing!!Masa tu ak tak berakal lagi. Kikiki

Tuesday, May 4, 2010

Tigers Need Us!!!

Yup!! Betul. Tiger really need us. Kenapa pulak ak nak sibuk2 nak pikir pasal tiger ni? Padahal byk lagi problem yg perlu ak settlekan. Betul. Tapi tiba2 pulak timbul rasa tanggungjawab dalam diri ak sebagai seorang manusia nak sebarkan benda2 nie pada masyarakat. Mesti ramai yg pikir. 'Peduli apa ak!! Harimau je. Bukan ada kena mengena pun dalam hidup ak'. Yup mmg anda sekali lagi betul. Benda ni terpulang pada korang sama ada nk support atau tak. Tapi jangan menyesal if suatu hari nanti kita hanya mampu melihat harimau di buku kanak2 je. Sebab dh pupus dek kekejaman manusia.


Kenapa pulak ak cakap mcm nie? Sebab ia berkaitan dengan  harimau kita sendiri. Yup!! Kita ada spesies harimau kita sendiri yg dikenali sebagai Malayan Tigers.*bangga sekejap ak*. 50 tahun dulu masa zaman atuk2 kita. Bilangan dia ada dlm 5000 ekor. Wah!!! . Tapi sekarang dah tinggal kurang dari 500 ekor!! Ak malas nk cerita panjang2 ape sebab bilangan tigers nie semakin berkurangan. Korang sendiri pn tahu kan.

So join lh bersama2 ak dalam support kempen nie dengan join website TX2 untuk create the largest group di dalam Malaysia untuk menyokong tigers kita sendiri. Dengan adanya group nie kita boleh yakinkan Kerajaan Malaysia yang masih  ramai lagi orang yang masih lagi ambil berat untuk selamatkan spesies tigers kita yg semakin pupus nie.



Korang boleh klik dekat sini >>> Klik  untuk join!!.
Korang just isi beberapa details pasal korang and semua selesai!! (Tak sampai 3 minit pn)

Selain tu korang boleh jugak vote 5 celebrity untuk lantik seorang jadi duta harimau kita.(Macam Sazzy Falak, Rina Omar dan lain2) Semua duit yg korang vote tu akan masuk dlm program pemuliharaan harimau di negara kita. So jom pakat join ramai!! :) It's Totally FREE!!

You can make a difference

P/S: Teringin pulak nak makan biskut Tiger.. Hihihihi

Friday, April 23, 2010

Annoying SMS

Ok. Imagine this. Korang tgh busy sgt buat sesuatu benda( tak kisah lh tgh buat ape basuh baju ke, tgh masak ke, buat assignment ke, tgh meeting ke. Janji tgh busy).Tgh khusyuk2 buat kerja tiba2 handphone korang berbunyi. Korang pn berlarilah pergilah dengan penuh ghairah menuju ke handphone korang. Mane lh tahu kalau ader hal2 penting ke ader emergency ke."emm unknown number.siapa lah yg mesej ak nie? nie mesti budak2 nie guna no baru. tak abis2 tukar nombor!!". Dgn penuh excitednya korang open mesej tu.

FROM : +06017*******
MESEJ : RM0: Jom dapatkan koleksi video kelakar Awek Cun yg saya rakamkan sambil ketawa guling2. Hantar Reg Jun ke 3***9.

"Ok!! What the hell!!! Sape lh yg tak de keje anto mesej nie!!"
Pernah tak korang alami perkara macam nie? Ak slalu kena. Kalau dalam seminggu tu WAJIB dalam 3-4 mesej macam nie dtg(Dulu lh sekarang dh kurang tp still kadang2 muncul). nie lh namanya SMS Scam atau SMS Spam. Mesej yg dtg nk suruh kita masuk satu2 benda. Tapi at the same time akan kikis charge korang dgn harga yg sgt tinggi sampai kredit korang habis kalau korang join benda tu. Korang jangan tertipu pulak karang tak pasal2 check2 baki dari RM10 jadi RM1. Mau bulat bijik mata tiba2!!



Ak bila dpt mesej nie. Bila buka je and bace 'Jom dapatkan'.. terus ak delete. Tak payah baca sampai habis. Buang masa aje. Gerenti scam je tu. Ader mesej yang paling lawak yg kate ak nie pengguna M*x*s yg bertuah so boleh download unlimited semua application yang ader mcm ringtones, wallpaper secara percuma!!. Ko ingat ak bodoh tak perasan no ko terang2 tulis nombor biase. Kalau M*x*s yg antar tak akan munculnya no die. Die akan tulis from M*x*s je. Duh!!

Yang tu tak pe lagi. Yang lagi dasyat kalau kate kita menang Rm15 ribu sebab dia kata nombor kita dianggap bertuah. Ni lagi lh nk kena ketuk kepala agaknya orang yang hantar mesej nie agaknya. Siapa lh nk bg kita tiba2 RM15 ribu just utk lucky number je. Tak de nya easy money dalam dunia nie. You have to work hard if you want to earn some money. 

Tapi bla fikir2 mane lh 'scamer'2 nie dapat no kita. Dalam setengah tahun jugak lh ak dok fikir benda alah ni. Tak kan diorg just random tekan nombor. Mustahil. Kadang2 mesej yg sama je terima. Finally setelah mengupah detektif upahan handalan a.k.a Detektif Conan(ececewah!!! byk duit!!) untuk menyelesaikan misteri yg x seberapa misteri ini. Akhirnya terbongkar jugak.  

Sebagaimana yang kita semua tau kalau kita nak topup ader 2 cara kan: 

Cara Pertama
Secara terus. korang pegi kedai yang tertentu yang jual topup and then  tulis nombor korang kat sekeping kertas(atau buku log ape ntah. Yg tebal2 tu slalu kedai jual topup ader). lepas tu cashier tu akan taip ape benda ntah kat handphone die. lepas tu tiba2 kredit kita berjaya dimasukkan. Magic kan!! Hahaha

Cara Kedua
Lagi satu dgn beli kad topup. Gores2 lepas tu masuk sendiri.


Cara pertama tu lah bahaya sikit. Cara kedua selamat lh daripada scam2 tak berfaedah nie. Kenapa pulak ak cakap macam nie? Mcm nie. Korang perasan tak betapa banyaknya nombor dlm buku log tu. Macam nak jadi buku panduan telefon dh. Cuma tak de nama dengan alamat je. So taukeh buku nie nak buat apa dengan nombor nie? tak kan lh nk tgk aje kan. So diorang  jual kat pihak ketiga. boleh lah dapt duit!!! tak tau lah berapa diorang jual kan. Tp dengar2 rumors adalah dalam 10 sen or 20 sen untuk satu nombor. Sikit kan? tapi kalau dalam  sehari ader 30 orang topup. Purata sebulan boleh dapat RM90!! Tak ke banyak tu. 

Tu baru 30 orang kalau 100? lagi banyak lh. Pihak ketiga ni lah org2 yg selalu hantar mesej LOSER kat kita. Sebab mesti at least dlm beribu2 no yang dia dapat and hantar mesti ader lah yang terkena tipu. Lagi untung banyak!!. Kalau dpt si penghantar SMS Scam nie mmg teruk lh kene dgn ak!!


So bila ak dh tau benda2 mcm ni berlaku. Ak dh start berenti topup guna cara pertama tu. Nanti habis nombor ak dijaja. So sekarang guna cara kedua je. Walaupn lambat sikit sbb nak menaip nombornya(terkial2 check satu2 no, takut salah) tp at least tak de lah gangguan daripada mesej2  LOSER nie. Sekarang kuantiti Sms Spam nie pun dah kurang dpt. Dlm sebulan ade lh dpat sekali.So masalah dh selesai!!



P/S: bile guna cara pertama. M*x*s tak kira point. Dia akan kira yg guna kad top up je. So klu ak guna cara kedua makin bertambah lh point ak dan semakin senang lah ak nk redeem reward. Hahaha. Tp x tau lah line lain mcm mane. ak tau M*x*s je. =P

Thursday, April 22, 2010

Earth Day

Bersempena dgn Earth Day today. I have decided nk buat post pasal  utk our mother nature. For those yg tak tahu Earth Day ni disambut setiap 22 April setiap tahun. Misi dia adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada betapa pentingnya utk kita menjaga bumi kita nie (cewah!! mcm diplomatik plak ak nie).
Tp Earth day nie tak seberapa glamour berbanding dgn Valentine day dengan day2 yg lain sbb mungkin kurang kesedaran promosi kut. Yelah byk sangat hari yg nk kena ingat. Birthday family pn kadang2 lupa ni kn Earth Day (emmm.. ape gunanya reminder dlm phone tu).


Korang perasan tak bila dah petang je. PANAS nk mampus gila rasenya. Orang yg guna aircond boleh lh tahan lagi. Yang pakai kipas nie. Surrounding dah lah panas bile nk tekan button 3 makin bertambah panas ader lh. So stick je dgn button 1. Dulu mase kecik2(back to 1995 or 1996) tak de lh panas mcm nie. I still remember  clearly that even that time my house tak ade sebarang kipas(Serious!!!). Still boleh tidur dgn bahagianya. Sekarang kalau b*gel pun belum gerenti sejuk.



Kenapa boleh jadi mcm nie? Siapa yang buat? Manusia lh punya angkaranya(sambil mengelengkan kepala ala2 sopan).

So i have listed beberape cara kita nak save our mother nature nie walaupun tak seberapa tapi at least kalau ramai2 buat nampak lh juga hasilnya.

1.  Appreciate the Trash Bin
Walaupun ramai yang tau ape itu tong sampah(hasil pembelajaran semasa di tadika). Tp ramai yang tau fungsinya lagi. Meh sini nk cerita. Tong sampah nie gunanya nk isi benda2 yang kita dah tak nak pakai dah. Macam tisu yg kita dh guna utk lap hingus, beg plastik ... blah, blah, blah. Korang pn tau kn. So pakai lh tong sampah tu elok2 :). Jgn buang sampah merata2.  Kalau susah sangat. Kita buat mcm game. Alaa, yang kita main mcm bola keranjang tu. Instead of using basketball net kita guna tong sampah. Baru seronok kan kan. Hahaha. Tapi kalau tak masuk tu kutip lh balik.



2. Save the Water
Yang bab air nie kita kena lah berjimat cermat bila nk gunakannya. Jangan lh ghairah sangat nak siram pokok bunga sampai pulas kepala paip sampai tahap maximum. Tak de nya tanaman nak hidup subur lagi mati cepat ada lah. Kalau nak basuh kereta or motor cuba guna baldi air. Jimat sikit bil air tu. Nie tak main curah je. Hahaha. Lagi satu nie, ak pun baru perasan. Korang pernah tak paip air korang tu menitik?(Tipu kalau tak pernah). Mesti ramai yang ignore je kalau benda tu berlaku.Mesti korang akan cakap, (Baca dgn suara yang angkuh)> 'Alah setitik dua titik je ape lah sangat'
Memang lah tapi klau dibiar satu hari, boleh penuh satu baldi tau(Berdasarkan eksperimen sendiri). So baiki lh kepala paip tu ye.. ;)



3. No No Plastic Bag
Plastic bag memang tak boleh dipisahkan dlam hidup kita. Mcm isi dgn kuku!!. Ader je dekat merata2. Sebab dia murah dan mudah digunakan, Tapi keburukan dia pada bumi mmg sangat teruk. Susah nak reput mamat nie!! Even ak sendiri tak boleh nak lari daripada menggunakan benda alah nie. So ape yang bole kita buat ade lh dengan mengurangkan penggunaan die. Klu boleh kita cuba penuhkan dlam satu plastik tu semua barang2 yang kita beli(jgn smpai koyak sudah).  Nie lagi lh. Beli pen sebatang tp beg mcm nk isi ikan. Adui!!Hahaha..Tak payah guna plastik lah kalau mcm tu. Kadang2 dalam hati nie teringin jugak nak beli beg yang mcm guni yg jual kt sebelah kaunter supermarket tu. Tp harga mahal betul!! Dlam 4~5 satu beg. Kalau letak gambar ak tak pe jugak. Wahai pengilang2 beg guni(ak pn tak tahu nama official beb nie. Green bag kut) tolong lh kurangkan sikit harga. Dalam seringgit satu ke boleh terima jugak.


P/S : Guna lah plastic bag nanti hantu plastic bag nie dtg kacau korang malam2.. hahaha

Banyak lagi lh cara yang lain..Kalau cerita pn tak cukup satu hari. Ade jugak yang tidur. Hahaha. By the way kita sama lh appreciate bumi kita nie. Dah makin nazak dah ak tengok. Risau pulak kalau pikir2. Guna lah moto nie. 'Going Green is a New Black' OK?

I LOVE U MOTHER NATURE!!!