Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Is Coming!!!!

//Ini adalah sticky post. Scroll down untuk membaca entry terbaru//


So after like two days mesti korang perasan template blog ni bertukar daripada warna orenji yang seolah2 menunjukkan tuan punya blog seorang yang ceria lagi berfikiran terbuka LOL! kepada warna biru. Ada sebab aku tukar ni. Bukan saja2 boring dengan template lama ke hapa. Semua ni adalah bersempena dengan Earth Hour!! Tau tak apa kebenda Earth Hour. Tau kan? Ini ialah hari dimana semua orang yang terlibat akan switch off lampu selama sejam. Selalunya buat pada waktu yang telah ditetapkan. So this time around ia kan dibuat pada:

26.03.2011

8.30 PM

Maknanya Sabtu nih pada jam 8 setengah MALAM! Lagi 4 hari je weh! (Waktu entry ini ditulis). Kalau tak perasan aku ada tambah widget countdown timer dekat sidebar. Konon tak nak bagi lupa lah kan. LOL! So come on guys let support this thing!! Senang je pun. Kalau siapa2 yang macam blur lagi dengan event ni. Aku dah sediakan beberapa FAQ(Frequently Asked Question) khas untuk korang. 

1. Eh! Eh! I macam berminat lah nak join. Tapi apa yang patut I buat? I'm still new at this. Please do help me.
Senang aje. Apa yang harus dibuat ialah dengan cuma menutup semua lampu dekat rumah pada waktu yang telah ditetapkan selama sejam sahaja. Senang gila kan. Even your 5 years old brother can do this!

2. Nak tanya nak tanya! Saya confius sikit. Maknanya time tu saya kena tutup semua benda lah. Macam TV, radio, laptop, kipas, mesin basuh, peti ais. Alah, semua benda yang mengalirkan elektrik senang cerita. Susah lah macam ni. Saya tak tahan panas tau. Saya perlukan kipas!
Tak perlu! Cuma perlu padamkan LAMPU sahaja. Benda lain tak perlu. 

3. Excuse me I ada terbaca jawapan untuk soalan kedua. I rasa macam useless je lah semua benda ni. Ada ke apa2 perubahan dengan hanya tutup lampu selama sejam sahaja. Eeee. Bodohnya siapa2 buat.
Tujuan utama event ini bukan lah untuk menjimatkan penggunaan elektrik tapi sebenarnya adalah untuk menunjukkan sokongan individu tersebut dalam berbuat sesuatu yang positif terhadap persekitaran mereka especially environment issues yang dihadapi Planet Bumi sekarang. By the way this is not a stupid thing to do.

4. Aku nak tanya. Tak takut ke kalau padam lampu semua bagai. Kalau keluar hantu ke apa. Hantu Kak Limah especially. Tak ke seram! Lagi satu kalau macam nenek aku nak pergi tandas nak turun tangga. Tak ke bahaya tutup lampu. Kang tergolek orang tua tuh. 
Hanya tutup lampu yang korang rasa selamat sahaja kalau dipadamkan. Kalau rasa bahaya tak payah tutup, lagi2 lampu kecemasan.

Kalau ada macam2 lagi persoalan boleh klik dekat SINI untuk maklumat lebih lanjut!

So easy peasy je kan. Semua boleh join. Lagi satu korang yang ada blog tu boleh lah buat something macam buat entry ke apa ke. Bagi level awareness tinggi sikit. Al maklum lah aku tau ni pun dekat radio. Bayangkan kalau tak dengar radio, memang tak tau yang benda ni buat hari Sabtu ni.

Tapi kalau tak nak buat entry pun tak pe. Boleh letak banner ni dekat blog korang. 


Cool isn't it? Boleh klik kat SINI untuk design2 yang lain.

Kalau ramai yang letak banner macam ni. Mesti lagi ramai yang perasan punya. So kebarangkalian untuk ramai yang join adalah sangat tinggi! Kalau yang tak de blog pun tak pe. Korang boleh sebarkan dekat facebook ke twitter ke. Aku bagi contoh lah status yang boleh korang tulis.

"OMG!! Sabtu ni Earth Hour! Korang tau tak? Kalau tak tau memang loser gila!"

Sah2 lah ramai komen lepas tu. Licik tak? LOL!

So now who's with me?

P/s: Even kalau sorang join pun aku dah rasa happy gila. Because I know this blog is soooo underrated. Tapi tu tak penting. Yang penting kerjasama. =)

Thursday, December 30, 2010

Top 3 Most Viewed Entry For 2010 (Untuk Blog Ni Lah)

Nampaknya lagi sehari tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Cepat betul lah masa berlalu. Rasa baru je macam semalam tengok bunga api dekat bilik sempena New Year 2010. Sekarang dah nak 2011 dah. Haishhh. Bagi aku New Year maksudnya semester baru akan bermula. Aigoooo~~ Baru nak sedap2 makan free kat rumah lepas ni kenalah lah jalan kaki 20 minit semata2 nak pergi cafe. Yosh!! Azam baru tahun ini ialah pergi cafe yang lebih dekat. Jangan jadi choosy sangat. Tapi cafe yang jauh tu ada gerai air yang teh ais dia fulamak boleh menyebabkan ketagihan berpanjangan lepas tu murah pulak tu. Seringgit sebungkus weh! Gerenti guna susu tin bukan sekadar mengharap gula semata2 MACAM KEBANYAKKAN KEDAI! So macam mana nak apply azam baru nih? Dilemma, dilemma...

Just leave that problem tu me, sekarang meh kita ke topik yang sebenar. Ehem! Ehem! Sebelum aku mengumumkan entry yang paling hangat tahun ini (Ada ke yang kisah? Tapi peduli apa aku nak bagi tau jugak). Total entry yang berjaya dipublishkan oleh blog ini sepanjang tahun 2010 adalah sebanyak 205 buah entry!! Gila banyak! Kalau macam ni lah buat latihan masa SPM dulu mesti confirm BM A1!! Oh wait BM memang dah dapat A, apa yang tak dapat A ek? Owh! Mat Tam. S*it!

Ok. ok this is the top 3 most viewed entry for this year. Actually starting from May. Budget konon dah setahun lah padahal belum cukup lagi. Tapi kan orang kata lagi bagus kalau kita membundarkan angka kepada yang lebih dekat (?) So kita mulakan dengan tangga ke tiga! Siap bertangga dah!

#3 Gelusil, Tagamet & Buscapon (143 views)

Ni bukan entry Mari Belajar Bahasa Perancis ye. Budak2 medic mesti tau. Ni entry pasal aku kena Gastrik sampai nak termuntah2 dekat toilet pagi2 buta. Lepas tu dapat lah hadiah daripada doktor. Haru nak makan!!




Beberapa bulan selepas entry ini : Alhamdulilah! Tu lah serangan gastrik terakhir yang aku dapat tahun.  Maybe cara pemakanan aku dah stabil kut. Hah! Percaya lah apa yang aku tulis tu. Padahal aku rasa makin teruk adalah. Kalau boleh sumbat lah apa yang ada. Tak mau aku dapat lagi. Perit gila. Lebih rela lompat bintang dekat padang selama sejam berturut2 daripada dapat lagi benda nih. Insaf, insaf mengenangkannya semula. Baiklah! Tambah azam tahun baru lagi. "Kurangkan gula dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman". Apakah??

#2 Aku Pun Reti Ikat Tali Kasut!! (156 views)

Oooo entry ni. Disebabkan dulu aku reti ikat satu jenis style je. So mulalah timbul satu kesedaran dalam diri nak buat entry pasal ni. Konon2 dapat lah belajar cara teknik baru kan. Tapi bila baca balik entry haishh. Soooo awkward! Ayat macam childish betul! Malu betul baca balik. This is why aku tak suka betul ungkit entry2 lama. Rasa macam nak lempang diri laju2 je.




Beberapa bulan selepas entry nih : Haram satu apa pun teknik pun tak belajo. - -". Tu lah manusia Mula2 punya hu ha huha. Lepas tu apa pun tadak. So tambah lagi azam baru iaitu belajar at least satu cara ikatan kasut yang stylo!

Jeng jeng jeng! Dan entry yang paling popular untuk tahun ini ialah!!!!!

#1 Tips Menghilangkan Double Chin (491 views. Perghhhh!)

Uwawawa! Entry paling glamer nih. Tak sanga betul aku ramai betul Malaysian actually search pasal benda nih. Tu buktinya ramai orang Malaysia mempunyai dagu lapis. - -". owh ya. Kalau korang search tips ni dekat google. Entry ni akan keluar dekat nombor satu!! *riak sekejap*. So thanks everyone for making this happened!. Wakaka.


Beberapa bulan selepas entry ini : Tips ni betul2 berkesan sebenarnya. Double chin dah semakin berkurangan!!  Tak tipoooo weh!

Maka berakhirlah carta top 3 entry paling popular tahun ini. Owh ya by the way lagi satu entry yang paling banyak komen sekali ialah entry

Ni yang nak selalu letak gambar sendiri nih!! - -". Btw bila lah nak capai cita2 nak dapat 30 komen sekaligus. I wish!!

Last from not least selamat menyambut Tahun Baru 2011 in advance! Semaga segala azam dan harapan anda akan tercapai tahun ini! But remember not all revolutions and dreams will come true without any effort from your ownself. =D


*Statistik yang diberikan di dalam entry ini adalah berdasarkan statistik daripada blogspot ini sendiri. Harap maklum.