Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Sesi Melawat Chocolate Fair! Ok, Ok Book & Chocolate Fair (Edisi Coklat Sahaja Buku Tak Dak)

Minggu ni memang busy betul. Dengan test berderet2. ASSignments tak bersiap2. Langsung tak boleh nak taip apa2 entry. Kalau next week usah lah cerita. Derita dia 2 kali ganda this week!! Gila annoying. Memang rasa nak pura2 demam konon2 dapat lah skip test ke hapa. *hasutan syaiton*. Tapi anyway aku sempat pergi ke "Book & CHOCOLATE fair" Jumaat lepas. Tu pun pergi last day. ~Sigh~ Nasib baik sempat pergi kalau tidak memang aku goreng2 buku2 teks dengan tepung adabi lepas tu makan. Kecewa punya pasal.

And somehow I managed to capture dozen of pictures! Hooray! And take a note ya. Aku akan terus cerita pasal coklat tak mau cerita pasal buku eventhough nama pesta ada kait tulis buku. Gambar gerai buku pun tak selera nak ambik weh dah hari2 mengadap benda tuh. So lets skip the book part. Anggap je nama tu just hiasan je untuk bagi lepas tandatangan Dekan buat benda ni. Nanti kalau letak Chocalate Fair saja kang nampak sangat tak seimbang agak menuju ke arah "Menjadi Mahasiswa Berobesiti" instead of "Walaupun Saya Mahasiswa Obes Namun Saya Berilmu". Now I got it. Licik betul. LOL!

So lets start with..

Coklat berwarna-warni versi gila girlish aku tengok. And don't ask me me why some of the chocolate is missing!
Hurmm. Macam mana agaknya rasa dia ek? Ke "indah khabar dari rupa" Nak beli tak mampu. Nak rasa tak de tester. 
Sebab dah lawa sangat tak sayang ke nak makan. For me I will!  *muka rakus* Ni macam mahal sikit. Kalau korang pewaris hotel ke anak CEO ke boleh lah beli kut. Dalam 40 hinggit. Maybe kalau taraf2 student atau rakyat kebanyakkan boleh beli coklat dekat gambar lepas nih.
See! 10 hinggit je. Memang boleh beli. Tapi design.... T___T. Melainkan jikalau anda adalah seorang kanak2 berusia bawah 7 tahun sah2 memang happy gila dapat. 
Selain coklat, ada jugak benda lain jual macam..

Muffins! 

Cupcakes!

Candies and Toys!! Ok gambar ni nampak sangat tangan dah start menggeletar tengok coklat kiri dan kanan.

So lepas dah stalking melawat semua gerai we've all decided (kongsi 5-6 orang) beli satu set coklat yang 4 cucuk 10 hinggit. Amik je mana2 ingredients yang korang nak lepas tu dia akan salut benda tu dengan coklat. Perghhhh! Tak ke merembes air liur mendengarnya! 

Ok aku, I means kami pilih 2 cucuk marshmallow
Dan 2 cucuk buah-buahan. P/s: Kecik gila! Hummph!

Ada jugak yang macam burger2 mini ni. Tapi kitaorang tak amik.
Lepas dah pilih semua benda bagai. Kakak tu amik benda tu dan akan salut coklat kelilingi dengan guna benda nih!

Air terjun coklat apa kebenda ntah nama dia. Aku pun tak tau. Menggoda bukan? Buktinya ko tengok je lah mata budak2 pompuan tuh. Hahaha. I know you want one bucket right! 
Dan tada.. Jadilah Sate Coklat!!

Drooling!!
Dan bila dah rasa. Astaga! Rasa macam baru je jumpa salah satu syurga dunia. Especially Marshmallow dengan Coklat. Memang serasi betul rasa dia. Rasa nak beli 30 batang lagi! T____T Siyes is sooo damn delicious!! So agak2 lah kan siapa readers aku yang taukeh coklat (ada ke?). Tolong lah beri kan saya kupon diskaun!! Or paling koman sponsor coklat fondue selama sebulan? 

P/s : Hah! Coklat air terjun tu nama dia Chocolate Fondue! Baru teringat. LOL!

Wednesday, January 5, 2011

Diantara Ferrero Rocher Dan Kinder Bueno

Memandangkan kehidupan aku dekat sini semakin hari semakin membosankan memang tak wajar lah aku nak cerita untuk entry kali ni. Kang balik2, "Hari ini aku beli dadih perisa strawberry. Tapi perut terasa lapar lagi maka wajarlah aku membeli dadih buat kali kedua. Tapi kali ni aku beli perisa vanilla." Astaga bosan gilaaaa! Kenapa Uni aku ni tak ada event2 yang menarik macam Tayangan Perdana "The Tourist" ke? Pembukaan Cawangan Strabucks di dalam kawasan campus ke? Anugerah Blogger Universiti Terbaik ke? Wakakaka. 

Tinggalkan semua fantasi mengarut tu. Sekarang meh aku nak cerita sikit nih pasal entry hari ni. Korang pernah tak rasa ni Ferrero Rocher dengan Kinder Bueno? Ni lah dua jenis coklat yang mak aih menceqik darah harganya mengalahkan harga gula sekilo! Bagi aku, Yes! Dah complete tanggungjawab aku sebagai seorang Profesional Tester untuk  merasai 2 benda alah ni. So nak dengar result tak aku tak? Jom jom! aku suka betul komen2 nih. Wakakaka

Kita mulakan dulu dengan...

Ferrero Rocher


Nampak je kecik tapi harga!! Bukan main lagi. Dulu lah dulu lebih kurang 8 tahun lepas. Benda ni mana ada jual dalam kuantiti sikit! Dalam kotak beso2 dalam dia ada berapa entah aku pun tak tau. Tak pernah beli pun. So agak sukar bagi golongan bawahan untuk membelinya. Harga dia boleh beli beras sekampit oi! So between beras dengan coklat, mana lagi penting? Beras lah! And that time bila ko dapat makan ni walaupun sebijik seolah2 status ko dah naik satu tingkat! Lagi2 kalau ko cerita dekat kawan yang tak pernah rasa. Terbelalak mata sorang2 mendengo. See! The power of food!

Terharu betul siapa bagi hadiah birthday macam ni. 

Ingat lagi time tu aku dapat sebijik dah rasa macam sayang gila nak makan. Lagi2 tengok pembalut dia. Siap ada sticker nama Ferrero lagi letak. Tak ke macam mewah! But now dah ada jual 3 bijik sebungkus. Mampu lah beli kan lagi2 student yang suka beno makan! Ehem! Akibat terlalu sangat beli dah bosan pulak aku makan. Pandang pun dah enteng je sekarang. Bukak pun rakus gila. Tiada lagi sifat menghargai. Dasar manusia! - -"

Bagi aku rasa dia rasa coklat yang ada serpihan kacang hazelnut. Itu je. Kenapa harga dia mahal aku pun tak tau. Duti import kot? Or maybe pemilihan coklat yang terbaik diantara coklat2 di dunia? Pufff~ Selain daripada Ferrero Rocher ada lagi perasa yang lain. Macam Ferrero Rondnair, Ferrero Garden blah blah blah. alaa yang packaging dia yang warna putih or hitam tu. Yang tu aku tak rasa lagi. Tunggu sample dari orang je. (Sampai ke tua lah ko menunggu)

Tips Berjimat
Nak makan benda ni dengan banyak tapi tak de duit?? Have no worries. Beli je Apollo Roka. Lebih kurang sama  aje rasanya. Cuma Hazelnut tukar kepada peanut yang digandingkan dengan coklat yang lebih ehem! tak berkualiti.


Info Tambahan : Coklat ini berasal dari Syarikat Ferrero SpA di Itali. Dan "Rocher" berasal daripada bahasa French yang bermaksud "batu". Baguslah selama ni ko makan batu! Mahal pulak tu.



Kinder Bueno 


Yang ni coklat aku baru dengar beberapa tahun lepas. Itu pun aku tau melalui iklan dekat tv yang ada sorang pompuan hyper aktif tengah chatting dengan kawan dia sambil tulis. "Saya tengah BerBueno". Perggghh! What so special about this thing sampai boleh jadi kata kerja? I will find it out! Tapi bila pergi kedai. Satu pek yang ada 2 bar kecik coklat nih dah cost you about RM4++!! Wow!! Kalah Kit Kat! Ni lagi satu coklat berstatus tinggi bukan main lagi! Terus terbantut nak beli. Sejak dari hari tu asyik usha je dari jauh. Nak beli boleh cuma ko bagi note duit hijau ko dapat balik satu note duit biru. Nampak macam wow! Sekejap je duit dah habis! 



Last2 beli jugak lah satu sebab rasa punya pasal. Lepas ni jangan harap nak beli dah. Tunggu yang percuma je datang.Rasanya?? Ok lah. Rasa coklat. Tapi boleh lah dapat bezakan rasa coklat between the cheap and the finest one. Tapi overall rasa coklat je. Oh ya! aku beli version coklat putih. Macam dalam gambar atas. Attempting right? Makan pun satu bar satu hari. Mahal oi! Kena makan slow2. 
Tips Berjimat
Nak makan Kinder Bueno tapi duit tak ada jugak? Asyik tak berduit aje! Senang aje. Beli Apollo Roka Peanut Bar banyak2. Lebih kurang aje rasanya. Tapi as usual. Bila dah murah. Dapatlah rasa coklat tak berkualiti dan struktur bar yang buruk.


Info Tambahan : Kinder Bueno juga berasal dari Italy. Ehem! Adik beradik Ferrero pun. Satu company. And "Kinder" is German "Word" for Children and "Bueno" is Spanish word for "Good". Good Children? Hah??

UPDATE : Bila baca balik entry ni tiba2 rasa nak makan Roka. Mana nak cari?? Kat uni aku mana ada jual. *Stress*

Thursday, May 6, 2010

Kucing + Coklat = Mati!!

Kali nie ak nk cerita pasal kucing pulak. Sebab semalam kucing ak asyik mengiau je. Non stop!! Ader lh tu nak ape2. Klau korang nk tahu ak ader bela sekor kucing.(Sampai sekarang tak de nama lagi. Cadang nak panggil Kesha. Wakakaka). Kucing ak nie baru je lepas beranak.(Omg!! kucing ak dh pandai melakukan perbuatan terkutuk!!!) Lebih kurang dh 3 minggu lh. Balik2 cuti sem je. Dh kluar anak kucing tu. Anak dia ada 5 ekor tp 2 je yg survive. Kesian lagi 3!! Wa!!!.
Kucing ak nie masa ak tgh makan sambil tgk TV. Mula lh dtg dekat2. Yg peliknya. Dia boleh tau time ak makan bila!! Mesti dengar bunyi pinggan ak berlaga nie. Penah gak jalan2 slow ala orang nk mencuri. Ingat dh berjaya. TupTap2 dengar jugak(Gagal misi ak!!). Lepas tu mulalah buat aksi2 comel. gesel sana gesel sini. Buat muka ala2 suci. Macam tak pernah buat salah. Mata pulak mesti wajib bersinar2 ala2 mintak simpati. (Owh!! Ko ingat ak nk terpedaya!! Tapi last2 ak bagi gak. Haha)

Ala2 kesiannya. Tampar kang!!. Kaki bodek No 1. Wakaka

Masa ak baru balik kg nie. Terus ak beli makanan kucing kat kedai. Sebab kesian gila ak tgk kucing ak. Kelaparan. Klu mati kang tak pasal2 trauma ak. (Ak beli makanan kucing yg timbang je. Klu nk beli friskies or Whiskas tak mampu ak nk beli). Bila dah hidang kat depan kucing dia makan sikit je. Pelik lak jugak. Selalunya kucing nie kali bg friskies mulalah tak ingat dunia. Dgn tuan2 dia sekali dia lupa. Kucing ak ni pulak lain pulak responnya. Rupa2nya kucing ak tu dh terbiasa mkn makanan manusia. Mcm nasi campur lauk2 lh.(Lagi2 dengan sardin). Baru dia makan sampai licin. (Pulak!!). Bazir duit ak beli makanan kucing!! Tapi sekarang tgh ajar dia makan balik makanan kucing. Yelah sapa nk habiskan makanan dia? Tak kan ak nk makan. Klu korang nk try. Ak rekemen kan korang bubuh susu. Buat macm tgh makan coco crunch. Hihihi.

Comel je ak tgk gambar nie. Kucing juling.

Lagi satu, kucing ak nie dh lh hot!! Byk kucing jantan nk kat dia. Ak pn halau lh mana kucing2 jantan yg buruk2 tak sihat . Nanti lahir anak kucing buruk yang tak ada imun yg tinggi terhadap penyakit pulak!.
Ak nk postkan gambar kucing ak kat sini. Tapi tak boleh lah. Sebab ak percaya klu kita tangkap gambar kucing nanti kucing tu hilang tiba2 keeesokan harinya. Nie berdasarkan pengalaman ak sendiri. Dh beberapa ekor dh hilang sebab ak terkinja2 nk tgkp gambar kucing2 nie.Hahaha. Lawak gila kalau org dengar.
Tapi yg nie ak ader baca yang kucing tak boleh makan benda2 berunsurkan chocolate!!! Nanti kucing tu akan sakit. Kalau lagi serius lagi akan mati!!. Sebab chocolate tu mempunyai bahan kimia toxic yg berbahaya terhadap sistem dalam badan kucing. Sama lh jugak kesnya dengan anjing.  Kalau korang tak percaya baca kat bwh nie. Ak amik dari website.

Chocolate include pentoxifylline which may cause food poisoning. And chocolate poisoning may cause vomiting, uneasy, hyperactivity, even die of heart failure. So please be very careful!

Ha!!! Korang jgn nk guna tips ni nk pegi racun kucing jiran sebelah sebab makan ikan korang. Nanti hantu kucing tu kejar korang balik.
Kalau korang nk tahu apa lagi yg kucing tak boleh makan, korang boleh klik kat sini. Ader lebih kurang 7 lagi makanan tak boleh makan.

Makan sayang makan. Klu nk mati cepat.

Alamak!!Lupa pulak nk bagi kucing ak makan!! Meow meow meh sini sayang. Nak bagi chocol~~ oopss!! friskies nie.. =P

P/S : Teringat masa kecik2 dulu letak anak kucing dalam topi keledar lepas tu pusing laju2 macam cerita roda impian. Wakakaka. Lepas tu kucing tu terus muntah putih. Sori kucing!!Masa tu ak tak berakal lagi. Kikiki