Showing posts with label Perfume Special. Show all posts
Showing posts with label Perfume Special. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

PERFUME Special: Sweet Refrain PV Short Version Dah Keluar + Sedikit Bebelan Mengenainya

Sedikit? *rolling eyes*

Bak kata seorang nenek tua ni, "Time goes by so slowly for those who wait". Ayat ini betul-betul tepat kena pada detik permulaan PV "Sweet Refrain" (SW) dengan A~Chan, Nocchi dengan Kashiyuka masing-masing memegang jam bulat yang putih dibeli sempena promosi buy 2 free 1 di Ikea sekaligus menunjukkan perasaan sebenar aku untuk mendengar full audio single ini dalam versi High Quality. Tapi macam biasalah selagi belum sampai 27hb ni memang tak dapat lah nak dengar melainkan versi low quality/radio rip semata. Oh by the way mereka dah keluarkan short version untuk PV SW ni. Check it out! 



Ini adalah adegan-adegan yang aku rasa menarik dan penting untuk di'highlite'kan berdasarkan short version PV diatas dalam bentuk minit.

Minit 0:01 = Kemunculan jam Ikea (flawless!!)
Minit 0:15 = Tiga-tiga buat pose berdiri seolah-olah mengingatkan masa itu emas sambil jarum jam berhenti pada waktu-waktu tertentu. Metaphor menunjukkan tarikh birthday masing-masing. Hey! Celebrity the just like us. Suka kepochi tarikh birthday!
Minit 0:19 = Aksi membaling bola secara bergilir. Nampak macam perbuatan sia-sia tetapi setiap kali bola mengenai lantai dia matching dengan bunyi rentak lagu. Details people! Details!
Minit 0:22 = Tarian aku-buat-dulu-nanti-ko-ikut (ABDNKI). Definitely one of PERFUME's signature dance!
Minit 0:30 = Reference to Nee dance
Minit 0:35 = Tarian unggun api.
Minit 1:14 = Bola yang dibaling Nocchi jadi slow, reference to special effect dalam Magic of Love
Minit 1:16 = Mah favourite scene!!

Ingatlah! PV PERFUME tidak sia-sia belaka! Semuanya bermaksud! And their costume is awesome. Tak sabar nak tengok Full PV.

Lepas tu sekarang baru sedar kenapa PERFUME macam rushing nak keluarkan single ala-ala low tempo padahal baru sebulan LEVEL3 keluar rupa-rupanya sebab nak winter kan! (read:musim tengkujuh). Release all those ballad/melancholy songs!! Ingat Starbucks saja ada air baru ke sempena winter??

Dan aku tak akan pandang jam bulat dengan pandangan yang sama lagi. Mesti nanti nak pose kalau jumpa satu. I but prefer this clock tho,

Friday, October 25, 2013

PERFUME Special: Kemunculan Single Terbaru 'Sweet Refrain' Yang Tidak Dijangka

Apabila diri ini diambang kesibukan membuat in-depth review entry untuk album penuh baru 'LEVEL3' daripada kumpulan legenda dan ikonik trio Jepun PERFUME, tetiba dunia digemparkan lagi dengan kemunculan single baru yang akan dikeluarkan pada akhir November depan!   

*muka terkesima*

'Sweet Refrain', iaitu nama untuk single terbaru ini ataupun dengan nama lain lagu respon untuk kenaikan gula sebanyak 34 sen sememangnya fans dah agak akan keluar disebabkan ia telah menjadi lagu tema untuk Dorama Jepun 'Toshi Desentsu no Onna 2' beberapa bulan lepas. Tapi takde lah ingat ia akan keluarkan dalam bentuk official single. Lepas tu jadi sampai jadi A-Side pula!! This is shocking for me of course. Ingatkan dia akan tempelkan lagu ni as B-side untuk single-single akan datang. Tambahan lagi, LEVEL3 pun masih lagi fresh dan belum bosan dengar lagi dah nak keluar yang baru. This is fast! way too fast!

Oh wait! I know this. Ini lah dinamakan teknik memerah duit fans secara bertingkek-tingkek. 

Limited Edition (CD+DVD)
Regular Edition (CD)

Tracklists:
1. Sweet Refrain
2. Koi wa Zenkeishisei
3. Sweet Refrain (Instrumental)
4. Koi wa Zenkeishisei (Instrumental)

Walaupun hati ini nak sangat kata single artwork diatas sungguh unik dan classy tapi sejujurnya, I'm not really a fans of white and black type of photos. Mungkin disebakan mata ni dah selalu sangat dimanja dan dibiasakan dengan warna-warna. Sebut aje PERFUME mesti ingat sesuatu yang berwarna kan. But well at least this is so much much much better than their 'Sweet Doughnut' single cover.

Jadi bagaimana dengan lagunya pula? Here is the drama version which is like 1 minute and half.


Yay!! Another dub-step song! Really Yasutaka Nakata? really? Berapa kali nak guna dubstep? Dustep is soo 2012.  Dan pertama kali dengar pun ia agak bland. Nothing is special. The only thing I  like about this song is the sound of the piano. The high pitched ala-ala suspens tu. Dia terbayang scene ko macam terjumpa bahan bukti yang penting lantas memberi klu siapa dalang yang sebenar tapi pada masa yang sama orang tu dekat belakang ko tengah perati baik punya dan tunggu bila-bila masa saja nak bunuh ko. Fuyoooo!

But overall meh. :(

Tapi jangan risau! Masih lagi ada harapan! Marilah bersama-sama memakai baju t-shirt putih homemade yang ditampal dengan carikan kertas-kertas kadbod berwarna-warni dan pada masa yang sama bertenang supaya full song, full PV and full dance routine will blow us all!. PERFUME will never disappointed us.

Monday, September 16, 2013

PERFUME Special: 1mm Full PV + Song Review

BEHOLD!! PV untuk 1mm telah tiba.


Sebelum beralih kepada PV. Ayuh kita melihat lagu 1mm itu sendiri terlebih dahulu.

The Song

Akhirnya mereka kembali ke arah jalan techno yang benar iaitu akar umbi genre PERFUME itu sendiri. Ini disebabkan semua single-single sebelum ini agak pop-ish and more to cutesy side *tenung Mirai no Museum*. Kecuali Spending All My Time dan hampir kesemua Side-B. 

Dan aku agak bersetuju dengan pendapat ramai yang mengatakan Yasukata Nakata telah mengambil inspirasi daripada rentak Daft Punk dan mengolah irama tersebut ke dalam acuan PERFUME. Maka terhasil lah 1mm. Lagu ini semestinya mengingatkan aku pada era Spice. Techno PERFUME tapi dalam elemen mid tempo.

 Perfume - 1mm


The PV


Strengths:

1. Semua part menari. Synchronize habaq hang!!
2. Kashiyuka without bangs.
3. Nocchi black and white outfit.
4. Colourful mirrors
5. Cermin tetiba keluar lirik. PV boleh berfungsi sebagai versi karaoke.
6. Susunan cermin-cermin menghasilkan huruf dan nombor 'L V 3' di akhir PV.

Weaknesses:

1. Sedikit sangat tunjuk part tarian
2. Banyak sangat aksi procrastination
3. Banyak sangat aksi berjalan setempat
4. Ada sudut kamera yang macam kurang sesuai.

Sebagai konklusi I'm sooo going to watch the live version. The PV version don't do the song justice. Tengok lah Spending All My Time. Kes yang sama juga. But overall, can't wait for LEVEL3 era to begin.

2/10/2013 

Tuesday, August 27, 2013

PERFUME Special: Artwork Album LEVEL3 Tersebar + Sedikit Ulasan Tentang 14 Lagu-Lagu Didalamnya

Sementara dunia masih lagi terkejut dengan aksi jeliran lidah (sungguh) panjang Miley Cyrus di Video Music Awards 2013 malam semalam, dunia PERFUME fans khususnya WZ digegarkan dengan berita yang lebih penting lagi.

Perfume Team  mengambil keputusan untuk mendedahkan cover album 'LEVEL 3' yang bakal dikeluarkan 2 Oktober nanti beserta dengan senarai lengkap tajuk lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album ini. 

MEROYAN KEGEMBIRAAN!


Limited Edition
Regular Edition

You always can count on PERFUME untuk menghasilkan cover album yang bersih, ringkas dan lawa. Tho aku rasa patut highlight kan sikit tajuk album tu bagi jelas sikit tetapi overall  I love it especially the Regular Edition. Analisis lengkap berkenan cover album ini akan dibincangkan lebih lanjut didalam entry seterusnya.

Maka entry ini akan lebih khusus kepada senarai lagu-lagu yang confirm ada dalam album ini. Secara keseluruhannya akan ada 14 lagu yang awesome lagi pure entertaining yakini pasti hit lagi mantap. Ayuh kita lihat satu persatu tajuk-tajuk lagu tersebut dan sedikit ramalan aku untuk lagu tersebut.

01. Enter The Sphere (Baru)

Duh! Terang-terangkan Sphere yang dimaksudkan adalah bulatan aura biru pada cover album untuk edisi Limited Edition (metafora bahawa aura PERFUME adalah sungguh awesome). Ataupun dengan lebih perkataan lain, ayuh kita menuju ke dunia muzik PERFUME dan jangan keluar lagi!

Oh! I do think this is just an intro. Muzik/Beat pembuka tirai yang lebih kurang 1 minit lebih. Konon-konon mcam jejaga semua, sila pakai seatbelt kerana kita bakal memasuki ruang dunia yang awesome sebentar lagi.

02. Spring of Life (Album-Mix)


Album mix bermakna lagu ini akan diremix dengan irama baru. Masih lagi mengekalkan lirik yang sama namun diadun dengan rentak yang berbeza. Mungkin akan lebih kepada club banging side? ataupun lebih comel? Kita tunggu dan lihat. 

03. Magic of Love (Album-Mix)


Lagu yang setiap kali masuk part Breakdown mesti meroyan badan nak berjoget sekali dan akan diremixkan dengan irama yang baru. Ahhhh~~!

04. Clockwork (Baru)

PERFUME mengingatkan kita bahawa masa itu emas. EMAS! And believe me pasti akan ada sound effect jarum jam berbunyi. Dan bayangkan dance routine dia apabila melibatkan tangan A-Chan menjadi jarum jam, Kashiyuka jarum minit manakala Nocchi jarum saat? Amazing.

05. 1mm (Baru)

Dalam dunia Quantity Surveying, walaupun 1mm besi pun pasti akan diambil kira. PERFUME pasti sedar akan kepentingan aspek ini. Maka tada~~ 1mm.

06. Mirai no Museum


Lagu untuk OST Doraemon dimana sudah pasti mendapat kedudukan no1 dalam carta box office pada minggu pertama keluar. Thanks to PERFUME. Tbh I was wishing lagu ni yang akan ada Remix version disebabkan irama dia agak cute dan agak tidak bersesuaian dengan imej PERFUME. Namun baru kusedar dalam hidup kita tak leh nak dapat apa yang kita nak. Tetiba.

07. Party Maker (Baru)


Ingat lagi lagu ni pernah buat 16 saat kemunculan dalam iklan BB Sparkling PERFUME yang terbaru. Kedengaran seprti 'Spending All My Time' tetapi dalam versi lebih overdose. And where can I get this BB Sparkling? Mana kedai jual? 

08. Furikaeru to Iru Yo (Baru)

Literally means 'I need to look back' (thanks Google Translator). PERFUME mungkin cuba mengimbaskan kembali hubungan yang tidak menjadi pada masa silam? Lagu mellow? Slow? Meroyan? I do think so. 

09. Point

B-Side untuk single 'Spending All My Time'. Although I do think Hurly Burly lebih layak daripada Point.

10. Daijobanai


Satu lagi Side B daripada single Mirai no Musuem yang berjaya masuk dalam Album ni. Daijobanai ataupun bermaksud 'Aku tak okay dowh' adalah pilihan single yang tepat!! Lagu meroyan pada kekasih tetapi pada masa yang sama ko boleh buat cool moves. Contoh ayat

Pasangan: 'Jom tengok Paku Pontianak?'
Diri sendiri:  'Aku tak ok dowh' 

11. Handy Man



Lagu pengaruh EDM+Arabic yang sungguh rancak. Handy-handy man diluar sana pasti bangga kerana memupunyai lagu tema sebegini! 

12. Sleeping Beauty (Baru)



13. Spending All My Time (Album-Mix)


YESSSSS!!!!!! Remix treatment!! Flawless song, Flawless dance moves, Flawless MV. You will deal!!

14. Dream Land (Baru)


Is it me or this song macam kesinambungan untuk lagu Sleeping Beauty? Sleeping Beauty must be proud. 

Jadi sebagai konklusi terdapat 6 lagu baru minus Intro, 3 single dapat remix treatment dan 4 lagu asal. Kelihatan mantap! Definitely will buy this.

Oh, sebelum berakhir ayuh kita bertenang sejenak dan mengenangkan single-single lain yang tidak dapat dimasukkan dalam album inil


RIP! Irama mu akan dikenang.

Wednesday, August 7, 2013

PERFUME Special: Tarikh Album Level3 dan Iklan Chocola BB Menganggu Sedikit Persiapan Raya

Dimasa umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya, sama ada shopping last minute ataupun menggantung langsir baru. PERFUME a.k.a group techno paling berjaya di Jepun (dan juga flawless!) telah membuat announcement yang penting pada malam tadi dan wajar kita berhenti seketika daripada melakukan sebarang kerja. Biarkan rendang didapur rentung! Ini lebih penting.

Level3 iaitu album penuh keempat PERFUME akan dikeluarkan secara rasmi pada:

2/10/2013

Maka bolehlah start pre-order di laman-laman website utama seperti YesAsia, CDJapan etc secara rakus. And I'm sure I'm going to to save up some money start from now on to buy this CD. Limited Edition please. *mata bersinar*

Sementara itu tiada lagi cover official untuk Level3 dikeluarkan tetapi marilah kita assume ia akan kelihatan sangat fantastik dan mantap. 

Sementara itu,

PERFUME telah secara rasminya mengeluarkan video iklan untuk syarikat Eisai untuk produk minuman kesihatan yang bernama Chocola BB (Nama pun sudah kedengaran yummy!). Dalam iklan 16 saat tersebut telah digunakan sedikit snippet lagu terbaru mereka bertajuk 'Party Maker' sebagai background music. LAGU BARU! Yesss!  


Uh-mazing!

Party Maker sounds generic but I need to listen the whole song first before making any decision. But on the side note,

Chocola BB mengandungi Vitamin C, B1, B6 dan Ferum yang baik untuk kesihatan!! Malah ia disediakan didalam perisa oren! Goodbye Twister.

Monday, June 3, 2013

PERFUME Special: Kedudukan Carta Magic of Love Dan Lain-Lain

Dah lama rasanya tahan nak taip pasal PERFUME tapi selalunya masa nak taip tu mesti gap antara entry berkaitan PERFUME denagn entry lain sungguh dekat. Seolah-olah blog ni dah jadi Daily PERFUME instead of berkaitan WZulhilmi. Jadi sebab tu lah asyik bertangguh-tangguh saja nak menaipnya. Last-last amik ko dah bulan June. Bulan May ada 8 entry saja. Macam mana nak jadi tokoh blogger yang terkenal ni?

Jadi sebagaimana korang tahu daripada entry PERFUME Special. Single 'Magic of Love' telah dilancarkan pada 22hb Mei yang lepas sekali dengan DVD tour mereka. Maknanya Double Release! Double lah peratus  peluang duit untuk pokai. Liciknya mereka memerah duit fans.

Maka ayuh kita melihat bagaimana prestasi single 'Magic of Love' di carta Oricon. Carta Oricon ni carta paling penting di Jepun macam Amerika dengan Billboard 100, Jepun dengan Oricon Chart nya. Mengerti?


Nombor Tiga. Nombor TIGA!! *gunung berapi meletus*. Tak tau lah apa taste penduduk Jepun ni lebih suka Sayonara Whatever - AKB48 dengan Tegomass - dengan tajuk apa mende ntah aku tak peduli pun. Selalunya kalau dapat nombor 2 boleh terima lagi. Ni nombor tiga kan? Memang mengundang mulut puaka lah.

*bertenang*

Sementara itu DVD Perfume 1st World Tour telah mendapat kedudukan...


Nombor 1. Flawless!! Seperti yang telah dijangka! PERFUME yang terkenal dengan persembahan yang mantap mestilah konsert mereka berbaloi dibeli bukan? Kesalahan penduduk Jepun yang telah membeli single AKB48 dan Tegomass telah dimaafkan.

Ayuh! Kembali refresh single-single yang telah dikeluarkan PERFUME pada Era ini.







#4 Magic of Love - 22/5/2013


Now I'm ready for full album! Bring it on!!

Friday, May 3, 2013

PERFUME Special: Full Audio 'Magic of Love' Tersebar

Sepatutnya nak cerita pasal Projek Botani. Ala.. projek beriya konon nak jadi Botanist sekejap disebabkan  time tu menganggur lepas tiba-tiba ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan sebab dapat tawaran kerja sementara. Sebenarnya ada something nak tunjuk *kekening*. Tapi disebabkan dah malam rasa dah terlambat pula nak ambil gambar. Jadi aku cerita lain kali sahajalah kalau dah dapat tangkap gambar versi waktu siang.

Sekarang yang penting nak bercerita pasal dan tak bukan 'Group Paling Sensasi dan Legend' PERFUME! Lantak kome lah kata jemu ke apa. Peduli apa. Kalau update benda lain pun bukan ada orang peduli bukan?

Jadi selepas minggu lepas dunia WZ dikejutkan dengan Cover 'Magic of Love', Isnin lepas dikejutkan lagi dengan full audio versi kualiti murahan yang dirakam melalui rancangan radio PERFUME yang bernama 'LOCKS' telah diuploadkan ke Internet. *gelek Shakira*


Walaupun telinga ni memang tak biasa dengar mp3 yang versi low quality  kadang-kadang jatuh hukum haram mendengarnya sebab tak boleh dengar clear details music beats semua tapi disebab PERFUME takpela, dengarkan saja!

Ahhhhhhh~! lagu yang sesuai untuk menyambut summer. Oh! *pakai topi ke sawah* Tidak cukup itu lagi,  PERFUME dengan bermurah hatinya menyiarkan teaser 16 saat untuk PV 'MOL'!



FYI, selain daripada menjadi lagu untuk iklan gula-gula 'Pure Gummy' which is tiada logo Halal padanya lantas jatuh hukum haram kalau berasa ragu-ragu terhadap kandungan bahannya.


Secara su;lit dan halus rupa-rupanya ada motip rekaan design costume depa dekat covers ingle tu! Peratikan betul-betul costume yang dipakai oleh  A-Chan, Nocchi dan Kashiyuka.



WHERE CAN I GET THIS COVERS!!!!!? 

Kah kah kah! Padahal handphone pun still guna keypad berangan nak beli cover smartphone. Blah lah!

Thursday, April 25, 2013

PERFUME Special: Cover untuk Single 'Magic Of Love' Didedahkan

Disebabkan ni blog aku dan aku berkuasa membuat entry berkaitan apa sahaja. Jadi baca sajalah even intipati dia korang tak minat ke apa. Pelis, I don't care. Even kalau orang cakap pun 'Eh kalau nak blog tu popular kita kena tulis apa yang orang nak'. Pelis (again) aku dah buat macam-macam tajuk yang friendly gila tapi tak popular pun walaupun dah lepas 3 tahun ulangtahun blog ni. Plus, aku malas nak update dekat blog lagi satu. Ala yang genre muzik-muzik lagi satu tu. LOL!

PERFUME ataupun boleh juga dikenali sebagai 'Group Paling Sensasi dan Legend' yang berasal daripada Jepun ni (Google them if you living under the rock lepas tu asyik dengar Kpop 24/7 mana nak tau kan) akhirnya dah keluarkan cover album untuk single mereka yang bertajuk 'Magic of Love' hari ini! *menggelupur*

Apa?! Kenapa berita pasal nak keluarkan single cover pun perlu sampai menggelupur. LOL! Perlu, sebab berdasarkan single cover itu lah kita boleh lihat direction lagu tersebut.

Limited Edition
Regular Edition
My fav definitely will be the cover for Limited Edition. Sungguh unik dan inovatif. Mempu memberi idea tentang apa tema cat apa yang boleh dipilih untuk Raya Aidilfitri Ogos nanti. Dan akhirnya track kedua  selepas 'Magic of Love' yang dirahsiakan didalam peti besi selama sebulan akhirnya diumumkan! 'Handy Man'! Fikir 'Bob The Builder'. And I wonder kalau ada element bunyi perengkoh membetulkan paip  tersumbat ataupun bunyi penukul memukul paku untuk membina rak bukudi dalam lagu tersebut. So many possibilities! Can't wait!

Meanwhile another good news. Cover untuk DVD '1st World Tour (Live in Singapore)' juga telah disebarkan di alam maya. 


Nooot a big fan for that cover. Banyak lagi rasanya grafik lain yang boleh dipilih, tapi marilah kita berfikiran positif mungkin Nocchi, A-chan dan Kashiyuka tidak ada masa untuk shooting cover ni lantas menyerahkan bulat-bulat kepada intern syarikat Universal Music untuk membuatnya. Well at least font dia sedap mata memandang.

Semua ini akan dikeluarkan 22 Mei nanti. Ah! What a perfect birthday present for me *hint*. Jadi sementara menunggu full audio 'Magic of Love' dikeluarkan Isnin nanti, Imma gonna replay this CM (Commercial) instead.