Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Friday, October 1, 2010

DiGi iPhone 4 Life

Kalau ada waktu yang lapang mesti bosan betul sebab tak tau nak buat apa.

Burung hitam tu pun seperti memahami perasaan aku.

Lepas tu mula lah fikir.. Kenapa lah aku tak de iPhone 4?? Kalau ada  mesti hidup ini pasti akan berisi dengan keceriaan dan kebahagiaan. Dengan applications yang berlambak2 mesti dah takde istilah bosan dalam kamus hidup aku. 

Bayangankan kalau aku dapat sebuah~~~~~~ Kringggg!!! (Bunyi serbuk magik)

Ye! Baru berangan dapat dah happy gila. Bayangkan kalau dapat betul2??!!!

Kembali ke alam nyata....

Jadi disebabkan itulah aku ingin meluahkan kepada pihak DiGi dan Nuffnang bahawa :


Kesian sungguh muka budak ni. Berilkan lah keceriaan kepadanya!


Kenapa perlu berikan aku sebuah iPhone 4??? Simple je sebabnya. It is because..



Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Real

Mesti korang dah terpesona kan dengan semua kelebihan2 iPhone 4 yang dah aku tulis dekat 2 entry sebelum ni. Sampai ada yang kata aku excited mengidam nak dapat satu. Cewah!! Bab memperli aku ni korang memang nombor satu kan. Tapi dalam dok kutuk2 aku tahu korang pun nak satu kan! Sila mengaku sekarang!!

So macam mana nak beli iPhone 4 ni??? Dah lah bebel macam2 bagai nak rak, tapi last2 tak tahu nak beli kat mana?. Loser bukan? Senang je weh. Korang semua hanya perlu beli melalui...





Sila buat muka terkejut sekarang kerana ketiga2 Plan yang ditawarkan sangatlah berpatutan. Sampaikan aku teringin nak cakap Cheap! Cheap! sambil tepuk tangan berulang kali. - -"

Paula : Excuse me Mr. Zulhilmi!! You tak tahu ke M****s pun ada buat plan yang sama untuk iPhone 4 ni jugak!! And yang paling penting M****s ni lah provider yang first2 sekali jadi provider iPhone 4 ni kat Malaysia. So you jangan nak temberang I tau!

Zulhilmi : Excuse me back Miss Paula!! Being first doesn't mean the Plans is the best! Do your own research before complaining about this plan. And I guaranteed iDiGi Postpaid Plans is the most affordable one here in Malaysia. - -"

Ok maaf atas gangguan Miss Paula tadi. Orang tengah nak excited2 cerita dia boleh pulak tiba2 nak menyampuk pulak. Rude!! Ok! kembali pada topik tadi. Meh sini aku bagi tau kenapa korang kena pilih iDiGi Postpaid Plans berbanding dengan Plans yang lain.


1. Bayaran Bulanan Yang Paling Rendah!!




Wow!! From RM58 dah boleh dapat sebuah iPhone! Amazing! Murah lah tu weh! Standard bayar bil Broadband jugak kan? Lagi satu kalau tak percaya korang pergi lah tengok ehem-M***s-ehem punya Plan. Lagi mahal weh!! Beratus sebulan!!


2. Percuma panggilan, SMS dan MMS!!


Sudahlah bayaran bulanan murah. Lepas tu boleh pulak dapat macam2 service free lagi!! *Pitam* Lepas  tu siapa2 yang tengah subscribe iDiGi 88, 138 atau 238 boleh dapat diskaun 300 ratus kalau nak beli iPhone 4 ni!! *Pitam balik*

3. Tiada Bayaran Tambahan Apabila Dah Lebih Had Bandwidth!!


Yang ni mesti korang suka punya! Lagi2 kalau yang kaki online tu. Asyik tengah bulan je bandwidth dah habis. Lepas tu kena tunggu next month pulak kalau nak tunggu bandwidth tu reset balik kepada kosong. Hampa bukan?. Owh! tapi dengan Plans ni korang bukan sahaja boleh layari Internet walaupun bandwidth dah lebih limit tapi tak kena charge tambahan pun!! WOW!! Memang sesuai dengan aku!


Kalau korang dah berminat nak beli, korang boleh pilih cara pembayaran dia. Sama ada cash atau pun credit card. Semua tu terpulang kepada anda!!

Bila aku dah baca semua kelebihan dekat atas iDiGi Postpaid Plans totally is the smartest choice!!!

Wednesday, September 29, 2010

DiGi iPhone 4 Play


Aku @ WZulhilmi

Remaja normal yang berumur 22 tahun yang sangat menyukai makanan. Seorang yang masih tidak tahu tentang apa kelebihan diri yang dimilikinya. Tapi yang pasti beliau sangat gemar menyanyi. Walaupun mempunyai vocal range yang agak terhad tetapi beliau tetap ingin menyanyi lagu yang mempunyai pelbagai jenis genre. Namun begitu beliau sangat malu untuk menyanyi dihadapan khalayak ramai.

 GLEE 

Sebuah drama TV yang berkisarkan tentang sebuah kelab yang diberi nama GLEE. Kumpulan ini mempunyai cita2 yang sangat tinggi iaitu ingin mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan nyanyian. Setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan vokal masing2 yang sungguh unik. Namun begitu kewujudan mereka langsung tidak dihargai oleh pihak sekolah dan sering dibuli oleh kelab2 yang jauh lebih popular dari mereka.


 iPhone 4 
Sejenis telefon bimbit yang dianggap paling canggih berbanding dengan telefon bimbit yang lain. Penggunaannya yang hanya menggunakan hanya sentuhan di skrin sangat dikagumi telah menjadikan ia terkenal dimata dunia. Telefon bimbit ini juga dilengkapi pelbagai jenis applications yang sangat menarik. Boleh didapati dengan harga yang berpatutan melalui  iDigi PostPaid Plans.



So apakah kaitan antara Aku, GLEE dan Iphone4? Aku sure gila korang mesti faham antara kaitan aku dan cerita GLEE kan. Tak paham??? T___T.. Ok lah aku jelaskan. Nanti ada yang tak lena tidur pulak malam karang pikir benda2 ni semua. Senang cerita tak payah nak putar belit alam semua. Kaitan untuk Aku dan GLEE ialah aku suka tengok cerita GLEE. Tada!! Mudah bukan! Kalau siapa yang Like Starstruck dekat Facebook mesti hari2 perasan aku asyik post something related to GLEE. Sampaikan aku rasa mesti ada yang menyampah. Maaf!!

So apa pulak connection antara kedua-dua ni dengan iPhone pulak?. Hah! Tu part yang paling menarik sekali. Tapi sebelum tu korang tau tak iPhone ni ada bermacam2 jenis applications yang best2! Dan yang paling latest sekali aku dengar yang jumlah applications semua ni dah nak mencapai 1 juta!! Sila terkejut sekarang!!

Ni baru sikit. Sebenarnya banyak lagi ada. Sampaikan satu skrin pun tak cukup nak tunjuk.

Dan paling aku terkejut/teruja sekali bila dapat tau yang applications ni benar2 wujud.
Glee Karaoke!!! *Pitam*

Nak tau kenapa aku suka applicatian Glee Karaoke ni sebenarnya?? Owh!! Macam2 weh.


Dekat application ni, aku boleh menyanyi sebijik macam dekat karaoke!! Lagi2 semua lagu yang pernah cerita GLEE ni cover ada dalam ni! Cakap je lagu apa? Pokerface? Empire State of Mind? Toxic? Listen? The Climb?. Semua ada!! Dan yang paling best sekali sebab dia ada option untuk 'Pitch Correction' dengan 'Layer For Harmonies'. Option2 ni lah yang akan tutup segala kehodohan suara aku nanti. So tidak akan wujud suara jijik disini ye. Excited tak? Aku excited! Sebab aku tahu suara aku tak sedap.


Lepas tu aku boleh pulak share lagu2 yang dah aku nyanyi dekat Twitter dengan Facebook semua. Wow! Ini sudah cukup bagus untuk menaikan populariti diri! LOL!


Dan part yang paling aku suka sekali ialah... part bertanding meraih gelaran juara paling sedap! Betul weh! Kalau aku dapat points yang paling tinggi sekali terus dapat ranking nombor satu!! Nombor satu disini bukan bemakna di Malaysia je tapi seluruh dunia weh!! Mana tahu kut2 ada producer nak amik aku jadi recording artist ke nanti?? <<< BERANGAN KO ZULHILMI!!!

So sekarang korang dah tau kan connection antara aku, GLEE dengan iPhone. Simple je. Dengan adanya iPhone4 baru lah aku boleh menggunakan application GLEE ni. Namun begitu ketiga2 perkara ini tidak akan connected langsung tanpa satu lagi perkara yang penting iaitu.. Digi 

Senang cerita gambar ni akan terangkan segala-galanya..

Formula yang sungguh ideal sekali!!

Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Me

Kalau korang follow Twitter aku, mesti korang perasan. Dulu hampir SETIAP HARI aku asyik tweet benda yang sama je.

I want iPhone!!!




Owh! Ini semua perkara yang benar2 belaka. Bukan mengada2 nak reka cerita semata2 nak menyedapkan entry. Sebab aku percaya kalau kita sebut benda tu sebanyak 44 kali. Benda tu betul2 akan berlaku. Tengok!! Tak ke desperate gila sampai percaya benda2 tahyul? - -". Sekarang dah insaf!! 

Sebelum iPhone 3 datang kat Malaysia ni pun aku dah dok mengidam2 nak dapat satu. Siap pikir budget semua nak beli benda ni. Last2 menganga sorang2 dekat Kedai Apple bila tengok harga dia. 2000 lebih ribu weh!! Mana mampu T___T. Except kalau duit korang mencurah macam air boleh le beli.

Boleh tak aku sentuh ia!! T__T


Lagi2 iPhone 4 dah sampai muncul dekat Malaysia melalui Digi Plan. Lagi berendam air mata aku mengidam nak dapat satu. So apsal aku obses sangat dengan iPhone ni? Handphone lain pun bukan main berlambak lagi. Boleh touch2 screen jugak. Lain korang lain!!!

Meh aku tunjuk satu example yang benar tapi nyata.



Nampak tak apa bezanya?? Aku dah siap buat circle merah lagi. Owh.. Pilu rasa bila tengok aku punya tweet send via web. Padahal minah kat atas aku tu tweet just guna iPhone je. Dia just cari je connection Internet lepas tu boleh lah tweet bebel2 apa yang patut. Tak ke senang tu! Yang aku ni kena lah tunggu start laptop dulu. Tunggu loading semua habis. Lepas tu nak tunggu connect broadband lagi. Siyes! Masak meggi dengan telur lepas tu siap tabur2 atas dia dengan daun ketumbar pun serious sempat!!  Uwaaaa!! Gila leceh. 

FYI, Handphone aku tak de Wifi. So memang tak boleh nak surf Internet secara percuma. Yang bayar boleh lah. Itupun kalau online 2 minit habis robek kredit 10 hinggit aku lesap begitu sahaja. - -".

Lagi satu iPhone 4 ni camera dia 5-megapixel!! Plus 5x- Digital Zoom! Ada LED Flash! Dan boleh tangkap gambar pada waktu yang gelap!! Sesuai sungguh dengan blog aku ni haa. Kan korang tau yang aku ni suka letak gambar2 semua lagi2 pasal makanan. Tapi bila aku nak buat entry pasal makanan mesti kadang2 terbantut bila dah tengok kualiti gambar macam loser!

Cuba tengok example gambar yang aku tangkap ni.

Instead of nak tunjukkan betapa enaknya makanan ni (Irish Lamb Stew with Bread). Tapi dengan kualiti camera yang murah tiba2 gambar makanan tu jadi sesuatu yang amat menjijikan. Aku malas nak sebut apa benda yang dapat bayangkan. Korang pun boleh fikir sendiri. Kalau ada iPhone mesti tak jadi macam ni.

Lepas tu kan weh! iPhone 4 ni boleh record video!! HD lagi tu!!! HD! High Definition!!! Maksudnya dengan jerawat2 korang pun nampak sejelas2nya. Kemudian boleh pulak main edit2 video tu dan lepas tu share dekat any social networking tanpa bukak pun laptop! Just guna iPhone tu sendiri!! Excited tak baca!! Kalau aku dapat satu gerenti aku post video kawan2 aku jatuh longkang atau bukit dekat Youtube!! <<< Belum dapat dah pikir benda tak elok.. - -"

Dan benda yang paling interesting pasal iPhone ni ialah pasal applications dia!! And yang paling canggih sekali, boleh run multiple applications pada waktu yang sama. In case ko tengah berFacebok, tiba2 datang idea nak taip entry. Dengan riaknya ko boleh switch je application Blogspot tanpa perlu gundah gulana nak tutup application Facebook tu. And then tiba2 pulak ko rasa gedik nak refer berita pulak. Sebab takut maklumat dekat entry ko salah. Jangan risau!! Ko switch je yang baru! Gila stylo!!

And lastly iPhone 4 ni boleh buat video call sampaikan ko rasa orang yang ko tengok kat skrin dia tu macam ada dekat depan muka je!! Dah lah skrin besar gabak!! Memang puas gila tengok.

Tengok!! Aku berbual dengan Katy Perry melalui iPhone!! Muahaha
So itulah semua reasons yang panjang lebar sebab aku suka iPhone ni. Lagi2 iPhone 4 dah keluar. Digi I have something to tell you..

sooo badly!!

Saturday, June 19, 2010

Eh!! Dapat Buffered Earning Lah!!

Lalalalalala ~~~~ :))))))

Korang tengok!!! Berapa banyak bibir aku bubuh dekat smiley tuh!! Wakakaka. Tu bukan bermaksud bibir aku kena sengat dek lebah sampai bengkak or aku buat pembedahan plastik nak menebalkan bibir ala2  Angelina Jolie. Jangan salah faham. Tu  maksudnya aku happy!!

Heppi nih!! Wakaka

Seperti yang korang baca dekat tajuk entry atas. Finally!! Aku dapat Buffered Earning!!! Wakakaka. Tu pun lepas check dekat Nuffnang punya website. Konon2 nak tengok traffic lah hari ni. Sebab post entry pun lambat giler!! Risau lah jugak kalau ada 2 orang je visitors. Tapi berita lain pulak aku dapat. Alhamdulilah!! 


Sepatutnya aku publish benda lain hari nih!!. Tapi aku nak buat special entry ni untuk korang lah. Tanpa korang semua, tak de lah aku dapat benda alah nie. Thanks everyone!!. Kepada pengomen2 tegar blog nie korang memang the best!! Terharu~~~ :")

And aku tau ramai silent readers kat luar sana!! Perlu kah aku menyebut nama2 mereka??. Tak mau lah aku. Nanti tak pasal2 dapat blackmail kang. Kat korang silent reader pun thanks banyak2 ye sudi singgah baca entry aku yang agak hampeh nie!! <<< Dah macam ucapan dapat award dah!! 

So sekali lagi for the last time!!

Minnasan!! Doumo arigato onegaishimasu!! (Everyone!! Thank you very very much!!!)

Lagi satu terlupa pulak!! Kepada sapa2 yang tinggal link dekat Shoutout mix tu. sorry lah banyak2 sebab aku tak dapat nak lawat korang semua balik. Sebab Internet aku slow giler ni!!! Nak bukak blog pun header  tak keluar. Nanti aku try buat mana yang mampu ok!! *Wink*

P/S : Lepas ni aku akan cuba untuk tidak publish kan entry pasal Bufferd Earning(BE) ni lagi walaupun aku dapat BE yang lain pada masa akan datang (kalau lah dapatkan). Sebab kadang2 akan buat orang annoying dengan this kind of entry (kadang2 je!! even aku pun jealous + annoying bila orang duk post pasal BE je memanjang. Hahaha). And jugak tak nak memupuk sifat riak dan takbur. (Tak boleh blah ayat ni!! Wakaka).



~Fight and push harder for what you believe in, you'd be surprised, you are much stronger than you think~


Tuesday, May 18, 2010

CPC Nuffnang Muncul Tiba-Tiba!!

Yeah!! Finally nombor amount account Nuffnang ak dari RM 0.00 dah bergerak ke RM 0.75!! Wakaka (Itu pun nak kecoh). Lepas lah jugak nak beli gula2. Tapi yang nie bkn buffered earning. Just CPC punya campaign. Tapi at least ada lah sikit improvement daripada kosong. Lalalala. Tiba2 happy semacam.


 Klik untuk tumbesaran melampau

So thanks lah kat siapa2 yang click iklan ak tu. Lepas nie click sampai lebam ye. Harap2 lepas ni pulak dapat Buffered Earning!!. Amin!!. 

Lepas tu baru ak sedar yang pihak Nuffnang pernah kata yang

[Please note that a transaction fee of RM 1 will be applied to any cashout payments]

Haah!! (muka terkejut). Maknanya dia tolak seringgit lah kalau kita nk redeem balik duit tu. So in my case kalau ak total hasil ak sekarang ialah.

RM0.75 - RM1.00 = - RM0.25!!!

Ak hutang 25 sen sekarang!! T-T <<< (Berangan pulak budak nie!! Padahal kalau nak redeem amount tu kena cecah RM50. Then baru boleh redeem.)


P/S : Moral of the story. Jangan riak!! Last2 korang yang rugi. :"(

Wednesday, May 12, 2010

Aktifnya Iklan Nuffnang!!

Sejak dari malam tadi sampai lah sekarang. Teperasan pulak sesuatu kat ketiga2 lokasi iklan Nuffnang yang selama nie statik je tak bergerak. Maklum lah blog tak popular mana nak bergerak. Tapi kadang2 muncul lah certain iklan tapi random je. Kadang2 ada kadang2 tak de. Macam chipsmore (kalau chipsmore ak rasa terus tak de sebab ak lanyak makan semuanya). Tiba2 pulak hari nie dia bernyawa!!! Tergedik2 iklan berwarna  merah tu bergerak2. 

Nak kate dpat buffered earning tak juga sebab dah check kan. So reload lah balik page blog ak nie nak tgk iklan tu ada lagi ke tak. Bila dh habis reload iklan tu still ade lagi tergedik2 dengan bangganya!! kat tiga2 tempat pulak tu. Tak puas hati lagi. Reload lagi. 
Ingatkan dah tak de. Tapi salah jangkaan ku ini lagi. Iklan tu still setia beraksi. Pelik tu.!! Cuba tgk pic yg ak sediakan. (mcm nk buat proposal projek pulak!!)

1. Dekat Leaderboard

  Klik untk tumbesaran melampau

2. Dekat Skyscraper


Klik untuk tumbesaran melampau


3. Dekat Large Rec

Klik untuk tumbesaran melampau


Tapi ak just biarkan je lah iklan2 tu mengedik kat blog ak. Meriah sikit. Tak de lah kosong aje.  Lepas tu ak pergi lah menjalankan tugas ak sebagai seorang bloggger yang bertanggungjawab dgn berblogwalking di tengah hari yang panas nie.(Tanggungjawab atuk ko!!). Bila dah pergi blog orang lain. Semua bahagian iklan Nuffnang diorang pun bergerak2 dengan aktifnya!! Adakah Nuffnang sengaja mengaktifkan iklan2nya di setiap blog???.  Or maybe mmg perkara nie berlaku setiap bulan? Maklum lh ak nie masih baru lagi dalam dunia blogging nie. Tak tau byk sgt pn.

Korang mesti rasa pelik. Benda macam nie pn ak nak kecoh2. Ak boleh dengar ada suara2 halus ckp "Apa lah lu nie. Kecoh2 pasal hal kecik macam nie. Senyap2 sudah ar!!". (Sapa yg cakap tu baik mengaku cepat!)  Tapi ak nk criter jugak!!(sebab dh takde idea nk buat entry apa dah nie!!! kiki =P )

P/S : Duduk lah lama2 iklan Nuffnang oi kat dalam blog ak nie!!(sambil hembus2 kat laptop)

Tuesday, May 11, 2010

Nuffnang Tu Apa??

Jealous Bangga sangat bila tgk org lain dh ader buffered Nuffnang sendiri. Bila pulak lh tiba giliran ak nie. (ehem2 kamu tu baru je 3 minggu beblogging oi!!). Traffic pn tak lh byk sgt. Tapi at least improve lh dari first week berbanding sekarang.
Ak tgk sekarang nie semua orang asyik buat tajuk entry dia macam 'Wah!! Nuffnang sayang ak jugak' or 'Aku dapat 2 buffered Nuffnang!!". Memang geram bila ak tgk post2 nie.(Tapi baca jugak!! Kikikiki). By the way Nuffnang tu ape?? Ak tau lh Nuffnang tu company iklan. Maksud ak maksud Nuffnang tu?? Apa maksud dia?? Korang tau ke? Ak tak tau. So tiba2 aku ader hidayah nk check asal usul company nie.(Boring!!)
Jap2 biar ak check dulu

Owh!!! baru lah ak faham!! (sambil menupuk tangan). Yang nie ak amik dari page Nuffnang sendiri:


Klik untuk tumbesaran melampau.

Jafaikan!!! Adakah  Jaafar + Ikan = Jafaikan??? (Dah elok org tu jelaskan ko pening2 lagi apa hal!! adoi!!)
Yang pastinya ak tak bergaul dengan Gangsta Ali dekat London. Tu yang ak tak pernah dengar perkataan nie. Yang pasti kawan ak dalam industri muzik kat sana Lady Gaga sorang je!!..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Bunyi Cengkerik~~~~~~~~~~~~~~

(Jap2 Lady Gaga orang London ke bkan Amerika ke?)....

Ok2 kembali kepada topik kita .Lepas dh tau maksud nama Nuffnang nie ak nak tau pulak pasal logo dia.(Byk soal pulak budak nie). Nak lah jugak tau kan. Mula2 ak tgk ingatkannya siput babi. Rupa2nya gambar org tengah menjerit. Sekali lagi ak mengambil info nie secara haram dari website Nuffnang.



Klik untuk tumbesaran melampau


Ayat dia. Omputih sungguh!! Meh sini ak terangkan dgn ringkas. Gambar orang lidi yg tgh menjerit dalam kotak sambil badan dia melengkung ke belakang menunjukkn  orang lidi tu ingin memberitahu sesuatu perkara dengan lantangnya!! Wah!! Apa agaknya tu (ehem2!! Iklanlah tu)

Sekarang baru lh ak paham apa tu Nuffnang rupa-rupanya. Tak de lh ak follow je membuta tuli tanpa tau asal usul company. Mana lah tua klau ader something yang suspicious ke? Hehehehe. Klu nk baca lebih details lagi korang pegi lah sendiri ke website dia. Tak de kuasa eh ak nk terang lama2 kat sini. Tgk tu!! Dah ader dah yg tido. Bangun2!!

P/S : Pengasas dia adalah Mr Cheo dgn Mr Tiah. Can i be ur BFF please!! Hehehehe..*gelak tamak*