Showing posts with label Buffered Earning. Show all posts
Showing posts with label Buffered Earning. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

BE Ke-2 | Nescafe Kick-Start

Korang pernah dengar tak pasal Rancangan Nescafe Kick-Start . Alah!! Yang cerita pasal sekumpulan anak2 muda masuk game show ni sebab nak jadikan Dreams Job diorang sebagai kenyataan disamping dapat duit beribu2 lemon. Aku ingat lagi masa dulu aku tengok cerita ni kat TV3. Ada pasal seorang girl chinese ni nak jadikan impian dia membuka sebuah kedai kek sendiri. Tapi aku rasa dia kalah kut. So ingat tak??? Tak??!! Ni mesti kes korang asyik layan piring ajaib kat rumah tu sampai TV3 pun tak bukak kan!! (- -")

Bagi yang dah ingat.(Yang tak ingat sila makan kismis). Ada berita baik!!. Pihak Nescafe ni nak buat Season baru untuk reality show !! Korang ingat Gossip Girls je ada season2 bagai.

See!! ada belambak bintang dekat main page diorang!! Kena betul dengan konsep blog nih. Miahahaha

Tapi kali ni diorang twist sikit konsep rancangan ni. Sebab dulu job2 diorang just lebih bersifat keusahawanan. So konsep ini sungguh tak sesuai bagi yang orang tak reti nak pujuk customer. So kali ni diorang sediakan 15 dreams job yang korang boleh pilih sendiri yang aku sendiri tak tau yang job tu wujud di dunia yang nyata nih!! Tak percaya?? Tada!!

Klik untuk tumbesaran yang lebih dasyat

Weh!! macam2 job pelik bagai ada. Aku pun teruja baca setiap description dia. Ni antara jobs yang menarik perhatian aku. Miahahaha. Konon2 pilihan jobs yang aku pilih lah kalau nak isi borang nanti. 

1) Mystery Shopper


Weh! sapa yang tak nak kerja ni weh. Aku nak!!.Siapa yang tak nak kalau kerja diorang bukan sekadar kat office je dok mengadap computer. Tapi kerja ni korang boleh kuar pegi mana2 mall sambil membeli belah sesuka hati sampai patah riuk tulang korang pun tak de orang nak marah. Dah kerja korang kan. Lepas tu kalau service kedai tu macam HAREMM!!. Dengan salesgirl yang buat muka macam baru lepas hidu taik. Or kurang ajo dengan korang. Korang boleh balas dendam balik dengan tulis bad review pasal kedai tu. Amik ko!! Padan muka. Lepas ni ko kena pecat!! << tiba2 Emo.

2) Gadget Reviewer


Ni lagi satu!! Kerja ni korang boleh review pasal the latest latest latest gadgets sebelum dia dikeluarkan di pasaran nanti. Maknanya nanti kalau iphone 5g ke nak keluar lepas ni. Korang lah akan test dulu. So nanti boleh bersikap riak dan bangga dekat jiran tetangga, sahabat handai or dekat orang ramai. Sebab diorang tak de benda alah tu!! Miahahaha. Bukan handphone aje yang akan diriview malah laptop, game console, camera akan korang try dulu sebelum orang lain beli. Best weh!! Kalau aku dapat Laptop MacBook baru, aku bawak pergi kelas lepas tu on masa tengah lecturer tengah nak bebel kat depan. Konon nak salin nota lah guna laptop!!. Miahaha *gelak keji*

Selain daripada 2 kerja tu ada lagi 13 yang lain macam Travel Writer, Photo Journalist, Celebrity PA, Party Planner, Talent Scout and lain2 lagi.<<< (Idea licik guna lain2 lagi padahal malas nak taip.. - -")

So kalau korang berminat nak join korang boleh isi borang secara online or korang boleh daftar masa Pihak Nescafe buat Rodshow terjah Universiti korang masing2!!

Gila!! U aku pun ada tersenarai!! Hahaha. Lah!! lagi beberapa hari lagi!!  

P/s : Teringat weh masa aku study Diploma dulu. Aku pernah isi borang Nescafe nih sebab nak dapatkan File percuma warna merah menyala. Cantik weh fail tu.. Hahaha. Lepas tu aku tulis dream job aku

= Want to be the first Malaysian Popstar. <<< KELAKAR!! Tak sangka aku boleh tulis macam tuh. Last2 diorang tak call aku pun. Mungkin sebab cita2 aku ni tinggi sangat. 

P/s : Ingat lagi tak aku pernah cakap yang aku tak kan buat pasal entry BE lagi. Konon2 tak nak riak bagai. Haha. Well aku tarik balik those words. Sebab nanti aku tak lah kekeringan idea nak update blog nanti. Harap maklum.



Saturday, June 19, 2010

Eh!! Dapat Buffered Earning Lah!!

Lalalalalala ~~~~ :))))))

Korang tengok!!! Berapa banyak bibir aku bubuh dekat smiley tuh!! Wakakaka. Tu bukan bermaksud bibir aku kena sengat dek lebah sampai bengkak or aku buat pembedahan plastik nak menebalkan bibir ala2  Angelina Jolie. Jangan salah faham. Tu  maksudnya aku happy!!

Heppi nih!! Wakaka

Seperti yang korang baca dekat tajuk entry atas. Finally!! Aku dapat Buffered Earning!!! Wakakaka. Tu pun lepas check dekat Nuffnang punya website. Konon2 nak tengok traffic lah hari ni. Sebab post entry pun lambat giler!! Risau lah jugak kalau ada 2 orang je visitors. Tapi berita lain pulak aku dapat. Alhamdulilah!! 


Sepatutnya aku publish benda lain hari nih!!. Tapi aku nak buat special entry ni untuk korang lah. Tanpa korang semua, tak de lah aku dapat benda alah nie. Thanks everyone!!. Kepada pengomen2 tegar blog nie korang memang the best!! Terharu~~~ :")

And aku tau ramai silent readers kat luar sana!! Perlu kah aku menyebut nama2 mereka??. Tak mau lah aku. Nanti tak pasal2 dapat blackmail kang. Kat korang silent reader pun thanks banyak2 ye sudi singgah baca entry aku yang agak hampeh nie!! <<< Dah macam ucapan dapat award dah!! 

So sekali lagi for the last time!!

Minnasan!! Doumo arigato onegaishimasu!! (Everyone!! Thank you very very much!!!)

Lagi satu terlupa pulak!! Kepada sapa2 yang tinggal link dekat Shoutout mix tu. sorry lah banyak2 sebab aku tak dapat nak lawat korang semua balik. Sebab Internet aku slow giler ni!!! Nak bukak blog pun header  tak keluar. Nanti aku try buat mana yang mampu ok!! *Wink*

P/S : Lepas ni aku akan cuba untuk tidak publish kan entry pasal Bufferd Earning(BE) ni lagi walaupun aku dapat BE yang lain pada masa akan datang (kalau lah dapatkan). Sebab kadang2 akan buat orang annoying dengan this kind of entry (kadang2 je!! even aku pun jealous + annoying bila orang duk post pasal BE je memanjang. Hahaha). And jugak tak nak memupuk sifat riak dan takbur. (Tak boleh blah ayat ni!! Wakaka).



~Fight and push harder for what you believe in, you'd be surprised, you are much stronger than you think~