Showing posts with label McDonalds. Show all posts
Showing posts with label McDonalds. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

GCB is Baaack!

Tau tak tau tak, hari ni cadang nak gego pawagam nak tengok Transformer 3. Last berguling depan kaunter sebab dah Full House. Wth! Hangin betul. Seumo hidup aku lah duduk kat sini tak pernah2 dibuat panggung wayang Full House! Lagi2 dipetang Rabu a.k.a hari bekerja?? Grrrr. Suasana time tu ramainya macam hari pelancaran iPad2 tau tak. Esok aku cuba lagi try nak dapat slot pagi. Kalau penuh jugak. Tau tau lah kena belajar cara2 nak buat reservation online lah gamaknya. Malangnya aku ni buta IT pulak. Huuuuuuuuuu. =(

Well, well, well selepas berduka nestapa tak dapat tengok moovie. Then I got this idea. Lets mentekedarah GCB!!! Akhirnya lepas dok membebel2 dekat twitter betapa kepinginnya nak makan GCB nih. Akhirnya impian belia ni tercapai jugak.

Hamagad! Terliur. Terliur! *kesat mulut*

Ok fine indah khabar dari rupa lah sikit tapi rasa dia awesome gila. Bayangkan ko gigit daging tu terpercik air daging di dalam mulut!. Dengan empuknya lagi. =L

Aku ingat lagi last time makan benda alah ni dalam setahun yang lepas! Fortunately aku ada buat entry pasal tu. Review McDonalds GCB (klik aja. Tak payah nak new tab. Aku dah penat buat code automatik link kuar tab lain. Tengok betapa aku menyenangkan korang! Mana nak cari blogger baik cam gini).

Finally to all my readears, siapa2 yang KERJA dekat Mekdi tu hulur lah kupon sekeping dua. Berkat jugak gaji korang dapat tuh.

Tuesday, October 19, 2010

Review : Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe







Amik ko! Start2 entry je terus letak gambar besar gabak burger Mcd nih. Rakus betul!. Memandangkan lusa nak test aku taip ringkas je lah yek. Ke ke ke~~~. Bagi yang belum tahu. Mcd dah keluar promotion makanan baru selepas GBC hari tu.

Mati2 aku ingat burger ni sebelah kiri lain sebelah kanan lain. Rupa2nya dua burger yang berbeza dicantumkan jadi satu. Menipu ek!! Ke aku yang tak peka?? So sama seperti manusia yang lain. Keinginan nak mencuba datang secara drastik. Kalau boleh time lepas tengok poster tu terus nak pergi beli. Tapi tak jadi sebab ko nak pergi sana naik apa? So terpaksa tunggu hari Sabtu baru dapat naik bas percuma. Then baru boleh pergi Mcd.


Ya! Aku Jaya Jusco semata2 nak beli burger alah ni. (Selain Starbucks yang hari2 dok termimpi2 nak minum). Lepas beli 2 benda tu terus balik. Dah tak pandang kedai2 lain dah. Karang tak pasal2 pergi cucuk duit buat kali kedua. - -"

So bila dah sampai kaunter terus dilemma nak beli yang mana satu. Kalu beli dua2 jenis karang takut orang kata “Ko bela hantu raya ke?”. So kena choose satu je. Last2 beli yang black pepper punya. Sebab terpedaya dengan background dia yang ala2 mysterious + macam creepy2  sikit.

P09-10-10_23.00


Bila dah sampai bilik terus excited nak bukak kotak tu. Siyes! aku memang suka packaging kotak2 Mcd ni. Kalau lain burger lain patternnya. Perasan tak??
Tada!!
P09-10-10_23.02


Geram betul aku tengok roti atas dia tu. Mau je aku picit2 bagi hancur. Perfect beno!! So sekarang meh aku tunjuk inti dia pulak..


P09-10-10_23.03


Adalah dalam 8-10 hiris salad yang ada.. Itupun potong halus2 beno. Macam ko nak bagi arnab makan. - -" Ok2. Abaikan pasal sald tu, yang penting rasa dia dak? So meh aku bagi tau rasa dia macam mana. Ni pendapat aku je ye. Lain orang lain tunas(?) deria rasa dia.
“Tak de lah special mana pun. Typical black pepper punya rasa. Even pedas dia pun ala2 amatur macam tu. Pedas lagik ayam goreng spicy dia. Overall amat mengecewakan betul sebab mengharapkan rasa yang baru macam GCB. Burger King boleh gelak rakus disini.”
- Editor Starstruck


Disebalik kekecewaan itu semua. Ada satu je yang aku puas hati. McShaker dia.

P09-10-10_20.29


Rasa dia macam letak perencah Mamee Monster dekat fries!! Nice!

Tuesday, July 27, 2010

Review McDonald's GCB | Burger Ayam Di Grill!!

Lalalala~~~~

Alahai!!! Dah bersawang gila dah blog nih!! Tengok!! Segala jenis labah2 dah bersarang kat sini!! Tarantula, Hobo Spiders, Ground Spider, Jumping Spiders.. Siap bertelur lagik!! Ni lah akibatnya kalau tinggalkan blog lama sangat. T T. Takpe2. Nasib baik ada Ridsect!!

Syruuuhhhhh!!! Syruuuhhhh!!! *Bunyi spray* <<< Jijik gila bunyi (- -")  

Seperti biasa entry aku lately nih asyik berkisar pasal makanan je. Cuma last post je pasal movie. So kali ni aku nak review pasal makanan lagi. So kali ni menu pilihan aku ialah~~~~

Tada!!!

Mcdonalds GCB!!! a.k.a (Gulai Campur Bab*)

Miahahaha~~ Ok2 tak lawak..

Grilled Chicken Burger!!!

Mula2 tunjuk gambar promo dulu. bagi kecur sikit air liur korang dulu.

Untuk makluman korang aku baru tau benda alah ni wujud kat Mcd. Mungkin sebab kat bilik aku ni tak de TV, so semua perkembangan makanan semasa aku tak tau. Bila dah sampai kat Mcd nampak je benda baru terus order, sebab nak try benda baru. (last2 duit pokai!)

Teng teng teng!! Bila dah order terus dapat satu kotak special design punya untuk burger ni. Kagum sekejap. Ye lah, kalau burger biasa versi rakyat bawahan (burger Rm7-+ hinggit) McD ni selalu bungkus pakai plastik je.  Yang ni guna kotak pulak. Kena lah weh!! Dah bayar mahal!! 

Tringg!!! Ni lah kotaknya.. Maaf!! Kualiti gambar tidak seberapa. (Time ni lah wish ada camera DSLR!!)

So tak payah bebel banyak2. Meh aku cerita apa ada dalam kotak nih!! Sebelum tu tengok gambar burgernya dulu. Baru senang korang nak bayang.


Yummy!!!. *sebut dalam nada excited*. Aku cukup puas hati betul dengan roti atas dia. Cantik je keadaan dia dengan biji bijan tuh. Selalunya kalau dapat hampeh. Bijan ntah ke mana roti ntah ke mana. Lepas tu roti penyek!! Tapi yang ini tidak!! (Pernyataan ini tidak sah untuk cawangan McD yang lain.)

So dalam dia ada ayam yang telah dipanggang, bukan digoreng ye. Special punya. Ayam pulak dia amik thigh je atau dalam bahasa melayunya PEHA!!! Bahagian macam bontot, dada, kepak dia tak amik. Lepas tu dia tabur dengan kobis yang ranggup disaluti dengan char-grilled sauce. YUMMY!!!

Apa yang aku boleh cakap kat sini. Bagi aku lah. Tak tau lah rasa korang macam mana. Memang rasa dia sedap. Plus boleh kenyang woo makan ni (Kalau combo set ye). Sebab saiz dia agak panjang lah. Lepas tu rasa dia agak istimewa sikit maybe sebab ayam dia di'grilled' kan bukan macam cara biasa kita tengok kalau burger mesti guna ayam yang telah digoreng atau dikukus (setahu aku lah). So this is MUST TRY!!.

P/s : McD siap buat slogan lagi kata burger ni Great Tasting, Grilled, Glorious, Georgous!!. Bapak banyak G!! Nasib baik tak letak GaGa.. T T 

Wednesday, April 21, 2010

Smart Shopping


Selalunya lh kita asyik mesti slalu dengar 'Study smart not study hard'. Phrase nie slalu diucapkan sesama para pelajar especially yang tgh nazak2 nak prepare exam. Ape benda lah Study smart nie. For those who didn't know. Lets me explain. Maksud dia yg sebenarnya ialah study tajuk2 yang kluar exam je. Sbagai contoh klu bab 1 sampai 5 je yg kluar. Baca itu je. Bab lain jgn baca. Walaupan agak nasty cara nie. Tapi agak berkesan lh bg yg malas suka study last minute. Conclusion nya kita gune advantages yg ader utk score berbanding org lain yg susah payah study sampai lebam bijik  mata @_@. 








Ape kene mengena study dgn shooping nie?

Ade. Korang just amik konsep study tu tukar pada shopping. Maksudnyer kita shopping secara bijak tanpa banyak mengeluarkan duit atau tak payah kluar duit langsung!!. Kalau bg siapa2 yg tak faham lagi tu, baca explanation dgn example kt bwh nie. Faham lh.

1. Perfume
Siapa lh yg tak nak wangi. Tipu lh klu tak nak. Kalau nak wangi kene ada perfume .Perfume ni pulak ader yg murah dan  ada yg mahal. Semakin mahal perfume tu semakin lama lah dia bertahan(that's my hypothesis). Slalunya kalau yg mcm student2 nie slalu pakai harga yg murah average je mcm Silky Girl Hope dengan Silky Girl Brave. Yg kaya ada duit lebih sikit tu tu mampu lah beli yang mahal2 mcm for Men(Sean John Unforgivable, D&G Light Blue) and for Women(Dior Midnight Poison, Britney Spears Curious). 







Tips: Korang pergi je kaunter perfume mana2 yang korang berkenan. Buat muka berduit maksudnya jgn lh wat muka amatur mcm org baru first time beli perfume. Yakin sikit. Lepas tu minta perfume korang minat. Ckap ni baru first time korang nk try perfume nie. Tanye lh soalan2 ape patut(yg nie ader berapa size? wangi ke). Nk tunjuk kita nie mmg intersted nak beli. Lps tu minta cuba. Lebih afdal lagi kalau suruh die letak kt pergelangan tangan kita. Jangan suruh dia spray kt sample paper tu. nanti x menjadi plan kita. Hahaha.. Dah siap spray korang ckp lah korang nk survey perfume lain dulu. Lepas tu blah lh. Plan nk wangi untuk sehari menjadi!!! (Klu nk 2 hari jgn basuh tangan,,hahahaha)

P/s : Klu nk best lagi pergi kat The Body Shop. Kat situ korang boleh testing sendiri semua perfume kat situ. Ape lagi spray byk2 lh.. Hahaha

Succes rate : 90%


 2. Food
 Yes!!! this is my favourite part.There is actually a certain place yg boleh kita dapat extra or free food. (klau betul caranya)

i) McDonald
Mmg sgt2 terkejut2 bila dpt tau ramai yg kat luar sana still tak tau kita boleh top up air kat sini!!! Kesian korang. Tak kisah lh Large ke Small ke. korang boleh tambah air secara percuma for unlimited time!! (slalunya org topup 2 kali je maximum tp mane yg perut dia ader lapan boleh lah mintak lebih). Jangan malu2 pergi je kat kaunter ckp nk topup cashier tu ak senang membantu korang.



Success rate : 100%

ii) Famous Amos
Yg nie biskut die average RM 6~7 ringgit untuk setiap 100gm. Mmg mahal padahal mcm chipsmore versi lebih rangup lagi je..hahaha. tapi kalau teringin juga senang je.

Tips: Sekali lagi teknik raut wajah memainkan peranan yg penting. Pegi gerai tu dgn muka yg korang betul2 interested nk beli. Mula2 mintak perisa yg korang suka tu(Muka still maintain lagi). Lps tu mintak perisa kedua dan seterusnya. Lepas tu wat mcm muka hampa. And cakap 'it's ok lh'. And then blah

Succes rate : 60% (percentage die akan semakin berkurangan bergantung kepada berapa jenis biskut yg kita mintak)




iii) Baskin N Robbin
Nie satu lagi. Satu scope aiskrim berbelas ringgit dia casnya. Memang tak patut.Haha. So cara nak dptkn die senang je.Guna cara yang sama mcm yg kat atas tp raut wajah kene tukar lh. Instead of muka interested korang buat muka confuse sikit. Sbb tak tau perisa mana yang korang nk pilih. Bila dah puas  buat muka mcm migrain lepas tu said no secara sopan and tinggal je gerai macam tu (Nie lakonan kene mantap nie)



Success Rate : 70% ( semakin mantap muka confuse korang semakin byk lh perisa yg korang boleh try)

Ok lh. Cukuplah untuk beberapa jenis kedai hari nie. Lain kali  tgk utk kedai lain pulak. =P

AMARAN : JANGAN SELALU BUAT PERKARA2 DIATAS. NANTI CASHIER TU KENAL KORANG. TAK PASAL2 DIA HALAU KORANG.