Showing posts with label Burger Ayam. Show all posts
Showing posts with label Burger Ayam. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Review McDonald's GCB | Burger Ayam Di Grill!!

Lalalala~~~~

Alahai!!! Dah bersawang gila dah blog nih!! Tengok!! Segala jenis labah2 dah bersarang kat sini!! Tarantula, Hobo Spiders, Ground Spider, Jumping Spiders.. Siap bertelur lagik!! Ni lah akibatnya kalau tinggalkan blog lama sangat. T T. Takpe2. Nasib baik ada Ridsect!!

Syruuuhhhhh!!! Syruuuhhhh!!! *Bunyi spray* <<< Jijik gila bunyi (- -")  

Seperti biasa entry aku lately nih asyik berkisar pasal makanan je. Cuma last post je pasal movie. So kali ni aku nak review pasal makanan lagi. So kali ni menu pilihan aku ialah~~~~

Tada!!!

Mcdonalds GCB!!! a.k.a (Gulai Campur Bab*)

Miahahaha~~ Ok2 tak lawak..

Grilled Chicken Burger!!!

Mula2 tunjuk gambar promo dulu. bagi kecur sikit air liur korang dulu.

Untuk makluman korang aku baru tau benda alah ni wujud kat Mcd. Mungkin sebab kat bilik aku ni tak de TV, so semua perkembangan makanan semasa aku tak tau. Bila dah sampai kat Mcd nampak je benda baru terus order, sebab nak try benda baru. (last2 duit pokai!)

Teng teng teng!! Bila dah order terus dapat satu kotak special design punya untuk burger ni. Kagum sekejap. Ye lah, kalau burger biasa versi rakyat bawahan (burger Rm7-+ hinggit) McD ni selalu bungkus pakai plastik je.  Yang ni guna kotak pulak. Kena lah weh!! Dah bayar mahal!! 

Tringg!!! Ni lah kotaknya.. Maaf!! Kualiti gambar tidak seberapa. (Time ni lah wish ada camera DSLR!!)

So tak payah bebel banyak2. Meh aku cerita apa ada dalam kotak nih!! Sebelum tu tengok gambar burgernya dulu. Baru senang korang nak bayang.


Yummy!!!. *sebut dalam nada excited*. Aku cukup puas hati betul dengan roti atas dia. Cantik je keadaan dia dengan biji bijan tuh. Selalunya kalau dapat hampeh. Bijan ntah ke mana roti ntah ke mana. Lepas tu roti penyek!! Tapi yang ini tidak!! (Pernyataan ini tidak sah untuk cawangan McD yang lain.)

So dalam dia ada ayam yang telah dipanggang, bukan digoreng ye. Special punya. Ayam pulak dia amik thigh je atau dalam bahasa melayunya PEHA!!! Bahagian macam bontot, dada, kepak dia tak amik. Lepas tu dia tabur dengan kobis yang ranggup disaluti dengan char-grilled sauce. YUMMY!!!

Apa yang aku boleh cakap kat sini. Bagi aku lah. Tak tau lah rasa korang macam mana. Memang rasa dia sedap. Plus boleh kenyang woo makan ni (Kalau combo set ye). Sebab saiz dia agak panjang lah. Lepas tu rasa dia agak istimewa sikit maybe sebab ayam dia di'grilled' kan bukan macam cara biasa kita tengok kalau burger mesti guna ayam yang telah digoreng atau dikukus (setahu aku lah). So this is MUST TRY!!.

P/s : McD siap buat slogan lagi kata burger ni Great Tasting, Grilled, Glorious, Georgous!!. Bapak banyak G!! Nasib baik tak letak GaGa.. T T