Showing posts with label Air Soya Cincau. Show all posts
Showing posts with label Air Soya Cincau. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Entry Dapat No 1 Dalam Google Search!!

Ptg2 yang bosan nie, mula lah ak tak de kerja nak buat. Lps dh godek2 semua benda kat blog. Dah balas komen semua, sekali dengan blogwalking. Terus termenung jap. Tak tau nak buat apa. Tiba2 datang idea nk search Google.

Search bkn sebarang search ye. Ak nk search adakah entry ak cukup power betul sampai boleh dapat no 1 dalam senarai result Google. Nak test lah nie. So taip lah 'Air soya cincau'. Sebab ak ader buat entry pasal "Tutorial Air Soya Cincau" masa dulu2. Kalau korang nak baca and try resepi tu korang boleh klik kat sini.

Ok sambung balik pasal Google. Bila dah taip keywords tu keluar lah senarai result. Macam dalam gambar kat bawah nie.


Tgk!! Dapat nombor satu!!.Klik untuk tumbesaran melampau. 



About 6150 results. Banyak tu!!. Klik untuk tumbesaran melampau.

Satu je ak nak cakap. KELAKAR!!!! Wakakaka. Entry ak dapat nombor satu mengalahkan 6150 entry yang lain!!! Amik kau!!. Popular lah jugak entry ak nie rupa2nya. (Perasan tak hingat!!). Wakakaka. *Gelak guling2*. Klu tak percaya jugak korang boleh search sendiri. Taip "Air soya cincau". 

Korang pun boleh jugak try search entry2 korang. Tapi taip lah secara am lah. Klu korang taip sejibik2 tajuk korang punya entry. Mestilah kluar entry korang. Sebagai contoh. Korang ader entry. "Saya Cantik Lagi Bergaya". Tapi cantik bergaya je. Klu keluar entry korang dlm page satu tu. Dah kira power lah tu. 


P/S : Try jugak entry yang lain. Tapi satu pn entah lesap ke mana tak jumpa. Tu mesti dh page 30++. Hihihi.  

Monday, April 26, 2010

Tutorial Air Soya Cincau

Tiba2 pagi nie rasa mcm teringin sgt nk minum air soya( Hellooo!! dlm minggu nie dh 4 air kotak ko beli!! nk teringin lagi!!). Check2 dlm fridge dh abis 2 kotak soya ak bedal semalam. So pegi lh kedai nk beli stok baru. Tiba2 dtg pulak idea nk buat soya cincau. So last2 terus beli 2 tin cincau dgn satu kotak besar soya (Abis air kotak soya kedai tu ak habiskan).


So hari ak nk ajar atau nk tunjuk tutorial cara2 nk buat air soya cincau yg sedap. Serious!! ingat senang ke nak buat air nie!!. Ak dh byk kali buat trial and error. Selalunya mesti tak menjadi. Antara keadaan yg selalu menimpa ak semasa membuat air ni:

1) Soya lebih. Sampai warna cincau yg hitam tu pn dh hilang!!
2) Soya dgn cincau tak mix together. Rasa mcm ader something wrong je. ( tak de chemistry lh tu)
3) Hilang rasa cincau.

So setelah mecuba beberapa kali(duit ak pn abis cepat). Akhirnya ak dh temui cara2 nk wat perfect soya cincau nie. So ak nk share lh nie(Duh!!! tak de sape pn kisah dgn penemuan ko tu). Sharing is caring right. =P

So bahan2 yang kita perlukan adalah :

1) Soya.
Pastikan less sugar. Untuk kesihatan kita jugak.(dh itu je jual kat kedai tu!!)


2) Cincau (satu tin je!!)


3) Ice cube ( Dlm kes ak Ice triangle)


Itu aje bahan2 dia. Sikit kan. Hahaha

Cara-Cara:

1) Dengan ghairahnya korang masukkan lh ais siap dlm bekas yg korang nk. Dalm kes ak. ak guna cawan yang panjang mcm nie. (baru puas!!). Hahaha.*Gelak Tamak*. Lepas tu masukkan air cincau. Semua satu tin korang bubuh.


2) Lepas tu. masukkan pulak air soya. Ingat soya kene letak sikit je. Nanti rase cincau hilang klu bubuh byk2. Lebih kurang setengah cawan biase lah.

 

3) Jeng2!!. Dah siap!. Tgk 3 step sahaja yg diperlukan. Even budak tadika pn boleh buat. Lepas tu jangan lupa kacau. Nak bagi serasi. ( Bace lh apa2 ayat nk bg sedap air nie)


4) Nyum2. Sedapnya!!. Akhir sekali hidangkan dengan any makanan yg korang nk makan. Ak sebagai contoh nk makan nasi kerabu dgn air soya cincau nie utk breakfast!!. Jom makan!! :))


P/S : abaikan remote kt sebalah air soya tu.. Hahahaha. Tapi aku agak confius sikit lh. Nak panggil air nie ape sebenarnya? Soya cincau atau Cincau soya?? Ermmmm.....????