Showing posts with label 5 Random Things. Show all posts
Showing posts with label 5 Random Things. Show all posts

Friday, April 13, 2012

5 Random Things #13

#1


Lepas dapat tahu Mekdi ada offer benda baru which is HORLICKS Crunch McFlurry terus pupil mata bulat membesar tak percaya. Are you serious? One of my faveret beverage dijadikan flavour untuk McFlurry!? Now I'm officially over with perisa Oreo-Tak-Pernah-Habis-Makan atau Carnetto-Saya-Tak-Terasa-Pun-Nak-Beli. 

And guess what? Rasa dia dia astaga ko sedap kemain rasa nak order lagi. Kah kah kah. Macam biasa yang putih-putih tu rasa horlicks which is pekat betei memang sesuai bagi yang hobi suka curi-curi ratah serbuk horlicks dikala tiada orang memerhati. Plus yang butir-butir kecik tu rasa macam cornflakes bagi tekstur dia jadi lebih ranggup. Perfect! So takde lah time makan tu rasa plain je. Eh senang cerita memang rasa nak jadi duta beverage ni lah. << Untuk Perhatian : CEO McDonalds Cawangan Malaysia. 

P/s: Pengguna yang tidak menggemari produk tenusu atau cepat muak maybe akan rasa annoying dengan produk ini. Harap maklum.

#2 Time cuti mid sem ni sempat jugak curi-curi tengok Battleship. Sedap sikit lah hati kengkonon ada lah jugak aktiviti 'bermanfaat' dapat buat instead of duduk membesokan bontot sambil makan-makan tengok tv dekat rumah.



To be honest after watching this moovie I was like... blown away. Like hoi aksi dia kemain bertubi-tubi sampai nak bernafas secara tenang pun tak sempat. Kah kah. And yeah it was awesome! Boleh masuk dalam list movie yang sanggup tahan kencing sampai tamat cerita walaupun terdesak. And to rihanna tolong jangan buat scene mencarut tapi cool time nak bomkan alien tu. Nanti kanak-kanak meniru lah

4.5 Bintang.



#3 Just bought this. (Last week to be precise)


Baru lepas habis baca Vol 1. Rasa nak buat review tapi macam malasnya kemain pulak kan. kah kah .Tengoklah kalau takde idea ke entry aku upkan satu. LOL! Tapi apa yang boleh aku cakap buat masa ni memang comel betul baca. Rasa macam nak peronyok cover kulit tu sebab comel sangat. 

#4 Mengidam Horlicks Crunch McFlurry lah. Kah kah kah! *Tenung gambar #1*

#5 Kenapa cuti seminggu macam 2 hari tapi time tak cuti 2 hari macam seminggu. Arghhh! Benci betei peralihan masa dekat bumi ni. *pindah Planet X*

Saturday, March 3, 2012

5 Random Things #12

Ahhhh~~ 4 days missing from writing any entries. Result? Tangan tergeto-geto (tergetar-getar) nak taip something. Actually baru balik dari New York sebab attending some kind of musical theater there. It's been an awesome show tau tak!! Tunggu update tu lain kali ek.

PTUIH!!!!! Padahal laptop ko kena format kan! kan! 

*kembali ke dunia realiti* 

#1 Tuttih Frutih!! (pengunaan 'H' diakhir perkataan menunjukkan ekspresi excited, perasaan yang melonjak-lonjak) secara rasminya dah dibuka dekat Jusco sini. Teringat time dulu-dulu memang susah nak cari outlet kedai ni especially kalau sesiapa yang duduk luar Kuala Lumpur. Tapi bila dah ada depan mata. Hurmmm, hurmmm.

For those who are wondering what it is looks like.

For every 100gm = RM5.30

Aku tak boleh bayangkan kalau ada makcik-makcik memana dengan anak empat main masuk je lepas tu tak tengok harga disusuli anak-anak pulak ada selera besar. Lepas tu semua pakat bubuh satu cup penuh. Perghhh!! Mau koma terus bila total. I mean separuh biji strawberry pun gamaknya dah cecah 100gm kut. Lagi-lagi kalau letak frozen yogurt dia tuh. You know me, I hate restriction. Kalau boleh nak letak penuh-penuh baru puas. Hurmm, tapi saya bukan anak hartawan. Ok bai.

P/s: Ok fine, demi nak rasa. Maybe lah maybe suatu hari nanti akan menyelinap di belakang sambil memegang cup berwarna oren (the smallest).

#2 I don't know why, but I think I got this kinda 'curse'. Every item (pakaian) yang aku berkenan nak beli mesti harga dia mahal betul. Kadang-kadang sampai 50-70 ringgit per piece. Like are you crazy or semething? (marah-marah dekat prize tag).Ya, ya I do believe baju murah pun siapa kata tak lawa. Tapi mana dia? mana dia? LOL. And now this curse seems to be transferred to the other item. The books. Kalau tak RM50 keatas mesti tak sah. Arghhh~~ Stress. Lepas tu end up beli fast foods. Then as a result, jadi budak emo berdagu lapis yang annoying.

#3 Baru lepas format laptop and it feels like misi Wawasan 2020 dah tercapai.

#4 I hate it when every time I hit the number 4 I've no clue what to write about.

#5

Simon Cowell Expression : Priceless

Sunday, November 20, 2011

5 Random Things #11

Rasanya selang beberapa dari entry ni ada entry pasal randam things nombor 10 punya kan? Nampak lah sangat sekarang ni tak berapa nak berupdate blog. Macam mana nak kaya kalau macam ni?? Haisssh~~ *mengeluh panjang*

#1 Macam biasa hari ni round-round satu Jusco untuk hilangkan stress study yang seminggu tu (weak excuses) and then suddenly ternampak satu kedai yang macam tak familiar betul kedudukan dia dekat situ. Hurmmm! Sah-sah lah kedai baru bukak. Then terus try beli satu nak rasa. 

T'Blooger  chocolate milk tea.  
Padahal sebelum tu dah beli coolblg Oreo dah. dasar 3 perut betul. Ok, ok sebenarnya kawan yang beli tapi dia tak boleh habiskan so dapat kat aku. Kedai ni macam Coolblog/Each A Cup jugak tapi almost semua drinks dia ada teh dalam dia. Kengkonon tu lah yang membezakan dia dengan yang lain. Kesimpulannya rasa air yang aku order tu 80% rasa tea 20% rasa coklat. So far taste dia ok lah. Ke aku ni memang hadap je semua benda boleh masuk perut?

On the side note apsal semua air-ais blender ni kena letak kata akar blog diakhirnya? Pelik betul. Nak kata ada blog takde pun.

#2 Masuk-masuk bilik terus nampak nota atas meja study jadi macam ni.


I'm sooo sad. Atap bumbung bilik bocor then terpercik kena nota. Tau lah printer saya bukan jet laser print punya. T__T

#3 Esok malam adalah my ever first mock interview. Hati ini mula tidak tenteram. Bila teringat interview ni mula teringat aksi peserta gaduh dalm cerita Donald Trump yang "The Apprentice" tu. Patut ke mulut kena lantang dan ganas sebegitu rupa melawan 6 candidates yang lain? LOL! But most important wish me goodluck ok.

#4 Dah rasa Pizza Hut Ultimate 7 Cheese Pizza and the taste was like...

Camera handphone time ni berkabus pulak kan, sedih betul.  Tapi korang bayangkan je lah tu special effect dari adobe photoshop professional edition.  
totally plain. Haha. What do you expect from cheese right? Better lagi kalau order yang normal set pizza punya. *kecewa*

#5 Running Man is the best variety show on Earth!.. yet. 

Saturday, October 29, 2011

5 Random Things #9

Boleh tak kalau aku letak gambar je lepas tu korang teka sendiri apa yang aku buat? Tak tau lah semangat pemalas mana datang merasuk sampai taip pun jadi malas sungguh. Bukan taip je malas. Even study, pergi cafe,  mandi, berak semua jadi rasa maleh. MALEH MALEH! *self slap* 

#1
Menonton ceramah secara live dekat monitor. Pasal pengurusan economi apa ntah . Lawak betul letak lampu meja dekat sebelah kengkonon tak nak nampak awkward sangat lah.
Ceramah live lah sangaaaaat!!! Ko ingat nak sangat lah aku dengar ceramah-ceramah waktu hujung minggu ni. NAK KE? NAK KE! In your dream!

Wanita Misteri. You know who.
Lucky ke tak lucky bila ko bayar duit karok untuk sejam lepas tu dapat free pulak untuk jam kedua? Maknanya total 2 jam ko melalak dalam tu. Bila dah penat duduk nak karok sambil baring pun boleh sebab ada sofa empuk disediakan. Jadi apa lagi gunalah semua perkhidmatan yang ada. "Excuse me can I have a cup of tea please?" 

Baru perasan suara tetiba macam tersama vokal range dengan bruno mars. So repeat lagu Grenade macam esok tiada lagi. 

Don't ever look back guys don't ever! Maju ke depan! Lepas tu vocal range tersama pulak dengan Katy Perry? Astaga. Tak ke flexible vokal range aku nih? Rebecca Black meet your new rival.

#2 Lepas habis studio rakaman, merayau-rayau sekejap and jumpa satu gerai jual takoyaki. Konon tak puas hati sebab semua orang kata sedap tapi ko makan dekat Jusco hari tu tak sedap langsung so try beli yang ni pulak. And you know what? Lepas beberapa gigitan terus rasa macam nak cium tempat masak takoyaki banyak-banyak kali. SEDAP WEH SEDAP! 


Inti dia dalam ni memang pure sotong sebab boleh nampak kaki(?) sotong terkeluar masa tengah gigit. Dengan kuah dia pulak baik punya meresap masuk sekali dekat tepung tu. HAHAHA I'm sooo happy.

#3 After that 'happy incident' terus ke panggung wayang tengok Real Steel. *gegas-gegas bergerak sebab macam hai jadual ketat betul. LOL*


And the mooovie was UH-MA-ZING. Punya lah berdebor-debor rasanya time tengok robot-robot tu bergusti. Feeling dia macam nak bangkit dari kerusi lepas tu nak menjerit kuat-kuat dari tepi bagi semangat dekat atom si robot tu konon macam dia dengar lah kan. Lepas tu ada part yang bukan sedih tapi macam lebih kepada part bangga something ke hapa sampai ko rasa eh eh habuk masuk dalam mata. T___T. Conclusion this moovie is a must watch. MUST WATCH! Rasa macam nak buat entry special review pasal moovie ni lah. Memang really deserved it. Tapi well aku malas nak buat. 

#4 Tanpa menghiraukan lemak tepu yang sedia banyak dalam badan. Hati ni berdegil suruh beli fast food. Tapi akal kata jangan! Jadi macam biasa hati mesti menang. Walau sekukuh mana pun akal bagi 10 alasan kenapa tak elok makan fast food mesti jugak tak berjaya. And tadah!!! Tiba-tiba muncul benda ni dalam beg. 

From left Classic Chicken McDeluxe follow by Chicken Mcbites
Classic Chicken McDeluxe tu rasa dia sama macm Spicy Chicken Mcdeluxe tapi tak pedas. While yang Chicken McBites tu ketulan ayam dia buat macam popcorn ada jual dalam 10 dengan 20 ketul. Sedap memang sedap tapi yang kelakarnya saiz dia.

Korang rasa yang mana lagi besar?!! Grrrr
Ingat orang berperut 3 cukup ke 10 ketul dengan saiz macam tu?? Sekali hadap je weh! Where is you manager?

#5 Then I found out dekat salah satu cafe uni ada jual this thing. 

Apple Cheese Tart!!

Heaven on earth
Sekarang diumumkan secara rasmi makanan rasmi WZ untuk semester 2011/2012 telah dijumpai.


Saturday, October 1, 2011

5 Random Things #7


#1 Oh ya guys! Pasal yang last entry tu, aku bukan dalam keadaan self depression state balik. Maybe semua pikir macam tu sebab ada gambar meds (panadol acti-fast to be precise) lepas tu semua mungkin ingat aku nak telan banyak-banyak meds tu sebab dah berputus asa dengan kehidupan sekarang. LOL! I am stronger than that you guys. Don't worry. But thanks for all the supportive comments. =))

I should put this one perhaps??  Makan aje pikirnya!

#2 Tahun ni punya PC fair memang rasanya paling banyak keluar duit. Sebab time nak balik bilik depan pegang 2 kotak, beg galas belakang kembung macam mengandung 7 bulan. Mana taknya printer ko hangkut, cooling pad, antivirus, external hard disk. Geek much?? *tolak spek hitam kanta tebal ke mata*

#3 


Adele dah released official MV untuk 'Someone Like You". This is my conclusion :

1) Adele dan warna hitam tak boleh dipisahkan.
2) Walaupun simple gila video buat dalam 2-3 shoot dekat Paris (I think) tapi at least makna di sampai dekat audience. Tak payah beriya nak buat set mahal-mahal bagai buat costume pelik lagi *cough* Gaga *cough* 
3) Adele boleh berjalan!!!! Ingatkan hanya duduk dekat bangku sahaja. CC: Rolling In The Deep.


#4 Terbeli, Ya TERbeli Sweater lagi harga RM39. Budget konon ko duduk negara 4 musim lah. Pffft~

#5 Aku memang teringin nak beli buku ni mainly becuase nak tahu macam mana hidup Perdana Menteri ni. Ni asyik tengok hidup seorang pembakar roti lah, pembuat kopi lah, artis lah. hahaha. Tapi the problem is harga dia RM100. Memang tengok dari luar kaca je lah. hahaha. Desperate much?


And also I found this book at the popular section.


Best ke? Kalau banyak part cinta tak pelah. hahaha. 

Sunday, September 25, 2011

5 Random Things #6

Rasanya baru tulis benda random-random ni. Dah nak kena tulis balik dah and for you guys information 5 Random things ni aku selalu tulis waktu weekend je. Tak kisah Sabtu ke Ahad. Kengkadang kalau tak de idea hari Jumaat. Maknanya dah masuk seminggu lah sejak entry yang lepas! Kalau check-check balik ada lah 2-3 selang entry antara entry ni dengan edisi minggu lepas. Gila ko pemalas nak hapdate. So here we goes again!

#1 Kepingin gila nak ke Pesta Konvo. Bukan apa, nak tengok makanan apa yang dijual. LOL! So disebabkan tak de kenderaan or takde orang nak ajak pergi sekali memang terbengkalai lah hajat nak ke sana. #antisosial. Owh aku dengar lah kan, Heliza and some other guy yang aku dah lupa nama dia (which is not popular I guess) perform dekat sana. Wait! Heliza tu penyanyi ke? #noob

#2 Dah jatuh cinta dengan Instagram. Instagram ni satu apps which is people from all around the world boleh share pics. Semua lawa-lawa. Contoh macam..

 ellyhome. Semua gambar kucing dia comel gilaa tahu!

alesa. Dia ni suka amik gambar pemandangan.  Which awesome!
 Silly_Human. Ni kreatip sebab guna figurine as model.
from Wzulhilmi01.  Ni pun lawaaa! okbai T__T

#3 Terjebak kambali dekat game di Facebook!! Bukan Farmville bukan! Bosan dah eh dok menanam jagung bagai, Tengok pun dah rimas. Do want to plant a Blueberry??? duh!!! So the next mangsa yang terbaru ialah.

The Sims Social! (which is suitable for #antisosial out there!)
Currently at number 2. Yang lain sila usaha lagi kalau nak potong. =P
Tobat lah tobat WZ. Asyik main game aje!!

#4 Sejak minum Brands ni kan, kalau tak poop 2 kali di waktu pagi memang tak sah! Banyak sangat ke toksin dalam badan nih?

#5 Munchy's is not Haramm lah!! Click HERE if you still want to believe those nasty rumour.

My feveret products at this moment. 

Saturday, September 17, 2011

5 Random Things #5

**Sepatutnya entry ni mula taip pada pukul 5 petang waktu tempatan di Malaysia. Tapi apakan daya pukul 8 setengah malam baru start. Tak tau lah macam mana boleh jadik sampai macam ni. Kadang-kadang sedih jugak fikir selalunya yang dirancang mesti tak jadi. Apakah ada hikmah disebalik semua ini?. Ok fine, aku tertido. Pffft.

#1 Finally, finally selepas menunggu hampir setahun (Siap buat 2 entry berkaitan dengannya. You see how I'm craving for this thing). Remember this two entries?


Peluang nak merasa Macaron akhirnya tercapai weh! Can I says it one more time? Macaron ya Macaron! Muahahaha.

Jangan tanya kenapa ada 3 tompok putih. Bukan 4, 5 atau 6.
This one bukan officially dapat dari kedai Macarons. Pirates one lah I guess. Jumpa masa jalan-jalan tapau makan. Bila dah jumpa apa lagi beli lah. Gila ko tak beli. Lepas bebel macam nak mati dekat blog teringin nak makan benda ni lepas dah jumpa depan mata ko tak nak beli? Very bad moves guys, very bad! Tengok rupa saiz pun lebih kurang sama, harga pun boleh tahan mahalnya. Mesti rasa dia pun sama kan?. Kalau ada beza pun maybe sikit-sikit lah (sedapkan hati).

And the taste was super extreme mamamiya delicious. I love it!! 5 more please.

#2 My latest favourite quote.


'You Mad? Stay Mad.'

#3 Well, benda ni dah tunjuk dekat Twitter. Tapi rasanya apa salahnya kalau nak mengabdikannya pulak dekat blog sikit? More to like riak. duhh!

Ehem! ehem Perfect 3 stars untuk AngryBirds Season tajuk Summer Pignic. You guys can call me Angrybirds Guru for right now. Kah kah kah.
Dangggg!!!! = ="


#4 Rasanya nak state sampai 5 perkara ni macam makin lama makin susah la pulak. Almaklum lah my life is sooo not interesting like you guys. Pergi sana, pergi sini. Holiday sana, holiday sini. beli itu beli ini. Ni nak pergi Singapore yang dekat gila tu pun payah benoo. Apakah motif tulis no empat ini???

#5 I missed driving a car. =((((

Sunday, August 21, 2011

5 Random Things #4

1. So last week aku berkesempatan ke salah satu mercu tanda yang popular dekat Perak ni. 'Menara Condong'!. Ni konon macam Menara Condong Pisa dekat Itali tu lah. Tapi versi saiz mini. Tak dapat pegi Itali pegi sini pun jadi lah. 
Ni lah hasilnya bila ko terkocoh-kocoh nak tangkap gambar dalam kereta. Kononnya menara tu akan ghaib lagi beberapa saat. Tu yang jadi hodoh benoo. Tapi still nampak condong kan?
So basically aku sempat lah jelajah menara nih. Dapat masuk sampai tingkat 3 je. Tingkat atas sekali tak boleh masuk. Tak tau lah papan reput ke hapa.  Tapi tangga dia macam scary sikit sebab dah lah kecik ruang dia lepas tu tinggi pulak tu. Ni kalau ko jatuh terguling confirm koma. 

Dekat Tingkat 1 macam ada wishing well. Dalam telaga tu berlambak gila duit syilling. Kalau kumpul-kumpul gamaknya boleh beli satu camera digital. wuwuwuwu. (hint disitu. Pandai-pandai paham apa aku nak untuk birthday present) Tapi tak de lah aku dok wishing sekali. Syirik namanya. Sia-sia puasa aku kang.

2.


Yup. Semalam sempat tengok satu mooovie. Rise Of The Planet Of The Apes. Hamik dia ulang 'Of The' 2 kali. Cerita dia pasal beruk-beruk bijak. Overall aku kasi:

3 setengah bintang


Jalan cerita dia ok. Tapi ingat ni bukan cerita action tapi more to genre drama. Tapi dekat ending-ending dia ada lah part beruk-beruk ni mengamuk satu bandar. Padan muka manusia! hahaha = =". Moral of the story jangan lah perkecilkan hak haiwan untuk hidup dimuka bumi ini juga. Diabinatang (diorang) pun ada perasan jugak. Wah! Macam murni je aku cakap benda-benda cam gini.

3. Baru dapat pesanan mesra daripada gerai Kek Batik dekat Bazar Ramadhan yang diorang akan berniaga sampai 26 hb ni je. Mana nak cari stok kek batik yang sedap lagi weh!! T__T. Siap bagi tau lagik takut nanti aku tercari-cari gerai tu nanti kalau tak bagi tau awal-awal. Tapi kan apsal diorang bagi tau dekat aku? Walhal ramai lagi customers yang dok beli hari-hari kuih depa. Adakah aku tergolong dalam "Top 100 Most Recognisable Faces in 2011"?

4. I gained weight. Sad but true story. Gained weight disini bukan mengada-ngada naik 2 kg kecoh satu laman sosial nak bagi tau. Tapi more than that. Tu lah sapa suruh ko makan banyak-banyak macam esok tiada lagi. Ni tengah taip ni pun tengah makan kek batik nih. *calit-calit kat kertas plastik kek batik nak amik lebihan coklat*

5. Why on earth when I picked a clothes and then when I checked the price tag the numbers will be freaking expensive! This is sooo unfair! Grrr.

Sunday, July 17, 2011

5 Random Things #3

#1 
My new food obsession.  The Fish Snacks! 
Ok fine. Keropok ikan sepatutnya. Sebenarnya ini adalah yang kali ketiga beli keropok ikan then goreng banyak2 lepas tu bubuh dalam tabung uji. Konon2 senang lah untuk masa hadapan dimana kalau rasa "Eh, lapar lah" boleh lah terus rembat satu tabung uji tu kemudian mula makan tanpa henti. Senang cerita "Berakit2 Ke Hulu, bersenang2 kemudian. Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian!"

Walhal isi dia akan mula menghilang pada hari kedua. Berbaloi lah sangat "Berakit2" tu dulu. Dasar lelaki yang tak boleh makan secara bersederhana langsung.


#2

For those yang amik course Botani. Maybe recognize dengan pokok ni. Ni lah pokok Macang!! Kalau ada yang tak kenal, dia macam buah mangga sikit. Tapi rasa dia lain. Sekarang ni pokok ni tengah dalam proses pendebungaan. Kalau korang nampaklah kan (which is not) banyak tebuan2 tengah berterbangan time ni. So nanti sebulan dua berbuah lah dia nanti. Buah ni nanti kalau dah masak boleh lah dimakan mentah atau yang paling best sekali dibuat Sambal Belacan Macang. Mai God!! *drooling*

#3 Perkara ni sebenarnya tak penting. Tapi dah nama pun rondom. So peduli apa! Secara officialnya tempat aku dah naik satu lagi taraf di arena pemakanan which is outlet Big Apple dah dibuka di Tesco! Hooray! *letupkan confetti*

#4
Which one yang korang nak aku review? ekekek.
Yang Twilight dengan Tunnels dah berjaya dikhatamkan.  Both books ada sambungan nya lagi. Which is aku rasa malaaaass sangat nak beli. Especially Yang Twilight tu. Grrr. Yang Sabriel tak baca lagi. Oh ya, by the way dengan beraninya aku mengatakan Novel Twilight lagi berganda best daripada mooovie dia yang berjaya aku habiskan dalam masa 5 minit aje. Pantas kan? Ekekek. But still aku tak nak beli sambungan novel dia "New Moon". Which for me not worth it. Ok fans Twilight boleh serang sekarang.

#5 Sebenarnya setiap hari aku berdoa agar semua kawan2 blog aku yang sekarang tengah amik part/full time kerja bagi notis berenti keje serta merta. HAHAHAHA. Busuk gila hati. Sebabnya bukan apa. Twitter sangat sunyi tanpa korang. Wuuuuuu. *Ok fine cari followers baru*