Showing posts with label Glasses. Show all posts
Showing posts with label Glasses. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Bila Glasses Buat Aksi Gimnastik (Versi Lebih Extreme!!)

Lalalala~~

Hari ni tiba2 aku rasa macam nak berduka cita pulak. Haissssssh!!*bunyi mengeluh secara extereme*. Korang ingat tak lagi dulu aku pernah dok bebel pasal spek aku. Bagi yang tak tau tu rajin2 lah klik dekat SINI untuk mengetahui sejarah lama pasal spek aku nih yang mempunyai bakat terpendam dalam membuat aksi2 gimnastik.

Now aku ada satu berita baik and satu berita buruk nak bagi tau. Korang nak dengar yang mana satu dulu?? Disebabkan ni blog aku so aku berhak nak bagi tau berita yang baik dulu. Nyiahahaha *gelak kejam tak bermoral*. Berita baiknya aku dah decided untuk baiki spek aku tu je. Dulu dok beria2 siap buat senarai spek mana nak beli. (Weh!! Serius aku nak beli spek warna putih!!). Last2 apa pun tak dah! (sambil pusingkan kedua2 belah tangan diikuti gelengan kepala).

So sekarang spek aku tu dah elok!! Tak payah lah aku buat teknik mengecilkan mata ala2 Korea masa nak tengok TV!!. Tada!! Tengok!! Dah tak boleh buat aksi gimnastik dah. Heppy giler!!
MySpace


Sekarang aku bebas melihat dunia ini dengan lebih details lagi tanpa perlu bersendirian di dalam dunia yang kabur lagi. Tapi malangnya semua kegembiraan dan kebahagiaan itu hanya sementara sahaja dan semuanya telah berakhir SEMALAM!!. Tak nak terang panjang2 sebab buat sakit hati je.Korang just tengok gambar kat bawah ni. But this is absolutely bad news!!.Really bad!!

Noooo!!! Ini lagi dasyat lagi!! Langsung bercerai menjadi dua bahagian yang berbeza!! Tragik betul!! T T

MySpace

HABIS DUIT AKU NAK BAIKI BENDA ALAH NIE!!! YE!! RM90 BURN MACAM TU JE!!

Tak kan aku nak pakai sebelah je macam ni??.

Style ni hanya sesuai dipakai oleh Bezita dan Lady Gaga. Kalau aku pakai memang buang tebiat.

Sekarang aku betul2 kena pikir balik cadangan2 yang pernah aku senaraikan dulu. Aku kena beli spek baru sebelum sem baru start. Kalau tidak parah wei!! Jadi orang Korea aku satu sem. Yang pastinya aku akan beli yang ada frame kali ni. No more frameless glasses. 

Saturday, May 8, 2010

Bila Glasses Buat Aksi Gimnastik

I'm having trouble right now. Glasses ak dh nazak!! Tunggu masa je nk ke syurga! Dah lh duit pn tak de skrg nie. Mana nak cari nie!!  (Soya berkotak2 boleh plak beli). Korang nak tgk tak mcm mana parahnya glasses ak ni sekarang. Siap boleh buat gimnastik lagi.


Aksi glasses ak mcm tengah angkat kaki sebelah smbil baring.

Korang tgk!! Tak ke pelik dan ajaib mcm mana glasses boleh buat aksi mcm tu. Lepas ak repair2 sikit baru elok balik. Tapi sementara je. Lepas tu gimnasti balik. Dengan aksi yg bukan2.

 Korang jangan terpedaya!! Nampak je mcm elok. Tapi sebenarnya dh longgar.

Bila dah rosak mcm nie ader problem pulak bila ak nk tunduk bawah. Glasses ak terus mengelungsur laju ke bawah. Macam kanak2 tgh main papam gelungsur tu. Bayangkan lah dah dua kali terjadi benda tu kat ak. Satu masa kat kelas satu lagi masa kat stesen bas. Semua org buat pandangan pelik + hina kat ak. Malu giler time tu. Tapi biasa lh ak kan pemenang untuk pelakon pembantu lelaki terbaik. Masa glasses tu dh jatuh kat riba ak. Dengan muka penuh yakin ak amik glasses tu and lap habuk yg tak wujud dekat glasses ak. Kikiki.

So ak dah decided skrg nk beli glasses yg baru!! Yeay!!!(Tadi kata tak de duit). Ini di antara dalam pemilihan ak.

1) White Frame Glasses
Tak pernah pakai lagi glasses putih. So nk try benda yang baru. Nampak lain sikit. (Gila glamour!!) 

2) Half Frame Glasses
Supaya susah glasses ak nk wat aksi gimnastik!!

3) Red Frame Glasses

Tapi tak de lah semerah mcm dalam gambar tu. Mcm maroon2 sikit. (Nie lagi gila glamour!!)

So ak tak tau nk pilih yg mana satu!! Dilemma nie!!  Padahal pegi kedai pn tak lagi. Ntah2 tiga2 jenis tu tak jual. Lagi haru!!  

P/S : Tak nk beli glasses yg frameless dah. Cepat rosak. Sebelum nie dh betulkan dh glasses lama tu. Tapi kali nie lagi dasyat kerosakan dia. Nanti ak update yg mana glasses yg ak dh beli. Tapi yg pasti ak tak kan beli yang jenis mcm nie!!


Mau langgar tiang ak pakai nie. Nak 3D sangat.