Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Aku Pun Reti Ikat Tali Kasut!!

Sekarang baru ak sedar yang ak ni amat lah loser kalau dalam hal2 kasut nie. Bkan dari segi pemilhan kasut ye. Ak tau mane kasut yang cantik mane yang tidak. Maksud ak cara kita nak hiaskan nya. Bukan lah maksud ak nak hiaskan kasut korang kena tempek bunga seketul kat situ or tabur2 gold dust kat kasut. Buang tebiat apa buat macam tu. Aku maksudkan cara kita nak ikat tali kasut kita tu. 

Dulu aku selalu tengok orang selalu ikat tali kasut cara yang normal. Ye lah. Yang ikat cara ikatan masa kita nak pergi time sekolah dulu2. Sampai ak pn boleh aplikasi cara ikat kasut tu nak ikat beg plastik makanan. Hihihihi.

Ak nak cakap satu je kat korang. "Wake up people!!! We need to change!!". Tinggalkan ikatan kasut yang boring tu buat selama-lamanya. Sudah sampai masanya kita wujudkan revolusi zaman tali kasut yang baru!! (Atuk kau!!)

Ye ye ye. Ak akui aku sendiri pun tau satu teknik je nak ikat kasut. Sila kutuk ramai2 sekarang. Tapi sekarang aku ada azam baru nak belajar teknik baru.

Bye2 classic style!!


Ini antara style teknik mengikat kasut yang aku aim nak study!!

1.  Checkerboard Lacing
Yang jenis nie ak dah pernah tgk orang pakai. Jelous lah jugak tgk. Agak berseni. Mcm nak anyam ketupat pun ada ak tgk. Tapi cantik pulak ak tgk kasut kat bwh nie. Mana nak cari ek?




2. Combination Lacing
Amik kau!! Pelik ak tgk ikatan nie. Tapi unik at the same time. Tapi cara dia nampak macam tak kemas sikit lah. Nampak serabut. Need more practice!! (Amboi2 suka hati je nak nasihat orang. Kau tu satu teknik je kut tahu!!).




Yang nie combination lacing jenis kedua. Smart ooo!! Ak pn nak gak tiru macam nie. Jaga lah kau kasut ak kerjakan sekejap je lagi.




3. Lattice Lacing
Yang nampak simple. Tapi lari lah sikit dari pattern yang sama. Aku nak belajar jugak teknik nie. Biar heboh satu kampung. Biar sampai makcik2 kat kedai kata "Anak sapa lah tu!! Cantik betui tali kasut dia. Nie yang nak kena amik jadi anak angkat nie!!". <<< Pegi kedai pakai kasut? Bkn pakai selipar ke (- -")




4. Hidden Knot Lacing
Wah!!. Pattern nie nampak kemas.Macam futuristik style pulak. Kena belajar nie. (Excited telah menguasai diri ku ini)




Buahahaha. Selepas ni aku akan dipanggil ikon kasut menawan selepas ini. (sila muntah hijau sekarang!). Ak ni asyik bebel je nak buat nak buat ini. Tapi mana cara nak buat ikatan2 macam nie?. Korang pun nak tahu jugak kan. Oops!! Sib sib nasib. Ak tak nak bagi tau. Korang cari sendiri.

Alamk! ada orang nak balik batu dah kat ak. Ok2!! Korang boleh refer semua jenis ikatan diatas dekat website nie Ian's Shoelace Site. Atau senang2 klik je dekat sini Dekat situ berlambak lagi jenis ikatan yang lain. Sampai nak termuntah ak tengok.

Kalau ak dah berjaya buat aku akan cuba uploadkan gambar kasut tu. :)

P/S : Korang jangan lah tinggalkan style classic tu terus. Kesian dia. Style tu sesuai klu korang dah tak ada masa. Klu dah terlambat jenuh pulak nak mengikat style2 kompleks nie. Mengantuknya. Study esok je lah =P


Saturday, May 8, 2010

Bila Glasses Buat Aksi Gimnastik

I'm having trouble right now. Glasses ak dh nazak!! Tunggu masa je nk ke syurga! Dah lh duit pn tak de skrg nie. Mana nak cari nie!!  (Soya berkotak2 boleh plak beli). Korang nak tgk tak mcm mana parahnya glasses ak ni sekarang. Siap boleh buat gimnastik lagi.


Aksi glasses ak mcm tengah angkat kaki sebelah smbil baring.

Korang tgk!! Tak ke pelik dan ajaib mcm mana glasses boleh buat aksi mcm tu. Lepas ak repair2 sikit baru elok balik. Tapi sementara je. Lepas tu gimnasti balik. Dengan aksi yg bukan2.

 Korang jangan terpedaya!! Nampak je mcm elok. Tapi sebenarnya dh longgar.

Bila dah rosak mcm nie ader problem pulak bila ak nk tunduk bawah. Glasses ak terus mengelungsur laju ke bawah. Macam kanak2 tgh main papam gelungsur tu. Bayangkan lah dah dua kali terjadi benda tu kat ak. Satu masa kat kelas satu lagi masa kat stesen bas. Semua org buat pandangan pelik + hina kat ak. Malu giler time tu. Tapi biasa lh ak kan pemenang untuk pelakon pembantu lelaki terbaik. Masa glasses tu dh jatuh kat riba ak. Dengan muka penuh yakin ak amik glasses tu and lap habuk yg tak wujud dekat glasses ak. Kikiki.

So ak dah decided skrg nk beli glasses yg baru!! Yeay!!!(Tadi kata tak de duit). Ini di antara dalam pemilihan ak.

1) White Frame Glasses
Tak pernah pakai lagi glasses putih. So nk try benda yang baru. Nampak lain sikit. (Gila glamour!!) 

2) Half Frame Glasses
Supaya susah glasses ak nk wat aksi gimnastik!!

3) Red Frame Glasses

Tapi tak de lah semerah mcm dalam gambar tu. Mcm maroon2 sikit. (Nie lagi gila glamour!!)

So ak tak tau nk pilih yg mana satu!! Dilemma nie!!  Padahal pegi kedai pn tak lagi. Ntah2 tiga2 jenis tu tak jual. Lagi haru!!  

P/S : Tak nk beli glasses yg frameless dah. Cepat rosak. Sebelum nie dh betulkan dh glasses lama tu. Tapi kali nie lagi dasyat kerosakan dia. Nanti ak update yg mana glasses yg ak dh beli. Tapi yg pasti ak tak kan beli yang jenis mcm nie!!


Mau langgar tiang ak pakai nie. Nak 3D sangat.

Sunday, April 25, 2010

GaGa VS Barbie

Begitu popularnya Gaga sekarang even Barbie pn nk jd mcm dia!!!!. Dalam pemikiran ak lh slalu nye klu org sebut Barbie mesti terbayang patung pompuan yg selalu pakai baju ala2 suci palsu fairy tale. Nie tiba2 jd macam nie. Dah lari drpd konsep asal nie. Hahaha. Just look at these pictures and tell me sama ke tak? 

1) GaGa + Katak = Gatak  =P
Ak rasa mau lari semua katak2 bila tgk GaGa pakai mcm nie. Tertempek2 lh katak sekor2 kat badan GaGa tu. Kesian ak tgk. Cuba tgk muka katak kat badan GaGa tu. Sedih giler. Yg versi Barbie tu pulak mcm cendol  plak ak tengok kat baju. Hahaha.Tak panas ke berkelubung dlm tu?.




Similarity = 85% 
Betul lh mcm cendol baju yg barbie tu pakai!! Tp Barbie tu tak ade singlet hitam mcm yg Gaga pakai.
P/S : Oh My God!! tgk kat kepala GaGa. Kepala katak je!! Hahaha

2) GaGa + Tulang = Sup Tulang GaGa =P
Pakaian ni sesuai untuk korang pegi party bertemakan zaman prasejarah. Masa dinasour still wujud. Mcm pahlawan Amazon tak? Kenapa serabai lah pulak Barbie tu pakai toip tulang tu. Sampai mata pn kene tutup dgn rambut. Kalau pakai baju nie mau kene kejar dek anjing. Dah tulang banyak sangat. Tapi kalau tgk mcm baju alien vs predator je ak tgk.(terutama bahagian kepala)




Similarity : 90%.
Rangka2 tu dh sama dh(anyone ada sup bunjt adabi??? hahaha). Tp rambut Barbie tu panjang lh pulak. Tambah pulak dgn serabut semacam. Tp still maintain senyum. Plastik betul!!(duh!! dah nama Barbie)

3) GaGa + Rokok = Cermin Mata Berasap
Barape kotak lh si GaGa guna nk buat cermin mata nie. Tak panas ke mata. Kalau ak lh, siap boleh menangis sekali kalau pakai cermin mata nie. Ye lah dgn asap berkepul2 tambah dgn panas dekat sekeliling mata. Tapi amaran lh. Kalau korang nk bawak kenderaan ke jgn lh pakai spek nie. Tak nampak ape2!! tak pasal2 tergolek tepi jalan.




Similarity : 70%
Rambut tak same. Dgn rantai pun tak sama. yang lain Ok.
P/S : rantai tu GaGa pakai supaya senang die nak rantai motor dia. takut nanti ader orang curi. =P

4) GaGa + Hello Kitty = Weird???
Ish2. Nie pulak si GaGa tempekkn patung2 Hello Kitty. Byk pulak tu.Tapi baju nie lagi senonoh lh berbanding dgn baju tempek dgn katak. Hahaha. Macam mana lh si GaGa nie nak berjalan. Berat kut. Tgk mata dia. HUGE!!! Macam mata alien!!
P/S = Byk Hello Kitty terkorban dlm proses membuat baju ini. Poor things!!





Similarity : 95%
Dari segi gaya dgn corak baju. Semua sama. mmg details lh sape buat Barbie nie. Sape nk patung satu pegi cabut dekat baju GaGa tu. Dia pn tak kisah. Byk lagi kut.

5) GaGa + Bahu Panjang = Alien!!!
Nie pulak GaGa sengaja lh naikkan bahu die. Tak tau lh kenapa. Mesti nak pakai beg sandang pn susah. Yelah nk sangkut macam mane. Dah bahu panjang mcm tu!! Baju nie kalau pakai masa nk naik LRT siapa yg berdiri sebelah Gaga. Mau kene sondol dgn bahu tu. Tapi bahagian bawah tu agak kurang sopan sikit. Kalau mak cik kampung ak tgk. Mau pengsan.(Siapa kata?Mane tau makcik2 tu ikut fashion GaGa ke. Pegi beli ikan pakai macam nie.Hahaha)




Similarity : 80%
Semua sama. Kecuali microphone tu. Sepatutnya warna emas. Tp Barbie tu pegang warna silver.

6) GaGa + Mickey Mouse = GaMouse
Yg nie mesti inspirasi daripada Mickey Mouse. Daripada semua baju2 dekat dalam list nie. Nie lh yg paling elok sikit (bg pandangan ak lh). Boleh lh diterima akal fikiran. Mesti Mickey Mouse bangga sebab GaGa gunakan die sebagai inspirasi utk baju nie. Tapi ak nk bg satu tips kat korang. Kalau korang nk elak penyamun ke, peragut ke korang pakai lah gelang macam GaGa pakai tu. Datang je org2 jahat nie. Korang ketuk je kepala diorg. tak payah nk guna pepper spray dh. Cara ni ganas sikit. Hahaha




Similarity : 55%
Bahagian atas dh same dh tapi Barbie tu pakai baju Spongebob pulak. Sepatutnya pakai baju Mickey lh.  Tapi teringin nk pakai glasses tu pegi kelas. Baru stylo. Hahaha (ko nk kene ketuk dgn lecturer!!)

7) GaGa + Merah = Hantu!!
Ok!! costume nie paling merepek dgn paling buruk penah ak tgk. Tak de keje lh nk tutup satu badan. Dengan muka sekali!!. Korang tgk muka dia. Tak ke scary!!. Mcm nak makan org. Yg nie kalau muncul waktu malam2. Mmg sah org anggap hantu. Lagi2 kalau berdiri sebelah katil kita. Gulp!!!




Similarity : 90%
Mmg sama!!! dari rambut sampai lah kain yg Barbie tu pakai.
P/S : Kalu korang nampak ader budak main patung mcm nie. Hati2 lh.Mesti budak tu ader mental  problem. Pura2 baik. Lps tu mase korang nak tido. Dia bunuh korang. Hahaha. (Watching  too many Horror movie).

Overall GaGa nie mmg pelik dari segi cara pemakaian dia. Korang mesti nak maki hamun dia sebab pakai baju2 macam nie.  Tapi dgn cara nie lh dia mampu naik dgn cepat dalam industri muzik kat America tu. Kalau korang nampak lh ader pompuan kat red carpet pakai baju pelik2 semacam. Confirm GaGa lh tu. Tp overall ak sendiri suka muzik yang cuba dibawa oleh minah nie. Tapi dr segi style~~~~~ (pikir berkali2 sebelum nk ikut gaya die. Tapi kalau pakai Spek Mickey Mouse tu ak nk!!! =P