Showing posts with label white board. Show all posts
Showing posts with label white board. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Introducing My Planner!! | September Edition

Pejam celik, pejam celik dah September dah weh! Rasa baru je semalam aku puasa. Siyes! Bila aku tengok kerepek kat atas meja petang tadi. Gila sedap!. Lepas tu boleh pulak terpikir "Tak boleh makan ni, Puasa!". Bila pikir balik baru teringat yang puasa dah lama berlalu. - -". Sebab dah terbiasa puasa kat dalam bilik ni. Tu yang automatik pikir macam tu. Lepas sedar apa lagi!! Bye2 kerepek. - -"

Btw bila dah muncul Bulan September ni, ini bermakna...... Jeng2. Planner celebrity aku pun kena lah tukar tema!! Bagi yang tiba2 blur/hilang ingatan boleh rujuk entry Introducing My Planner!! So setiap sebulan wajib kena tukar tema. Ini supaya memberikan aku semangat untuk menyiapkan semua kerja2 yang bertimbun2 kadang2 rasa macam nak berenti satu semester T___T.

So bulan lepas yakni (LOL!) Bulan Ogos aku dah pilih tema 'Candy Land'. Bulan ni apa pulak ek?? Sebenarnya dalam otak aku ni dok dilemma antara 2 tema nie je. Iaitu 'Summer Beach' dengan 'Japanese Style'. So korang rasa mana aku pilih?? Sebelum tu ramai gila lah bagi respond kat aku suruh buat tema 'Hari Raya Puasa'. Tolonglah korang!! Jangan klise sangat! Think out of the box! (LOL!). Nanti kalau Hari Raya Haji karang korang nak ke aku lukis lembu tak de kepala?? Hahaha. Padahal lukis binatang2 ni memang aku tak reti. - -"

Lepas dah bincang dengan semua staff Starstruck(?) aku decide nak buat Tema.....


JAPANESE STYLE!! 



Tanpa membuang masa lagi. Mari kita tengok Overview Planner Board aku!!

Tada!!

Amatur gila lukisan.. T___T.
Tiba2 aku rasa macam kat Jepun pulak bila tengok Softboard aku nih.(Gila palsu ayat!). Next kita tengok lebih terperinci lagi apa yang dah aku lukis. Kalau tengok macam ni confirm tak nampak apa! Lepas tu mesti ada yang siap kutuk 'Eeee macam gambar taik je tu!!' - -"


First Part : Task Section

Gila banyak keje kena buat!! 
As all of you can see kat dalam lukisan papan tanda dibahagian sebelah kiri tu ada tulisan Jepun. Cara sebut dia ku-ga-tsu. Sebut betul2. Ku-Ga-Tsu. BUKAN SHOKOBUTSU!!! Aku kepit mulut sorang2 kang. - -". Maksud perkatan dia adalah Bulan September. Meanwhile gambar kucing kat bawah tu pulak bukan sekadar hiasan nak bagi nampak comel bagai semua. Tapi ada no 11 dalam dia. Itu bukan mata dia ye. Maknanya pulak dah masuk minggu ke-11 dah aku berada dalam semester ni.  

Next!!

Second Part : Test Section

Te-su-to 2 = Test 2
Sebelah kiri gambar kat atas tu adalah pokok sakura. Bentuk dia tak nampak sangat sebab aku guna satu colour je. Lagi2 kualiti gambar yang agak menghampakan. So tak jelas bunga sakuranya. T__T. Lepas tu belah kanan dia pulak bukan taik yang korang pikirkan. Tapi makanan2 Jepun ye. Macam Sushi, Ramen, Ebi Sushi blah blah blah. 

Memandangkan bulan ni tinggal 2 minggu je lagi. Aku kena lah pikir tema apa pulak untuk bulan depan. Fuyoo!! Gila efektif. Miahahaha.

Btw masa aku pergi kedai tadi aku dah beli benda alah ni...

Tak sabar nak tunggu bulan depan pulak. =P

Monday, August 30, 2010

Introducing My Planner!!

Lalalala~~~~

This time aku nak tunjuk sikit satu sudut dalam bilik aku kat korang. Exclusive nih!! Bukan senang nak dapat peluang macam gini! Even majalah Laman Impiana pun nak cover bilik aku. Tapi no no no!! Aku tolak tawaran tu secara bulat2. Miahahaha << Apsal ko gelak?

So macam mana seorang student/blogger yang bernama WZulhilmi  ni merancang jadual pembelajarannya?? Macam mana dia cover semua assignment, projek, report yang perlu dibuat sebelum due datenya?? Dan macam mana dia tahu tarikh test2 yang suka sangat datang menyerang secara berkumpulan sampai kadang2 dia rasa macam nak cuti satu semester. Some people prefer buku planner but me~~~ Tada!!!

SOFT BOARD @ CELEBRITY PLANNER BOARD!!!


As you can see, board kat atas tu terbahagi kepada 2 section. The blue one and the white one. Yang blue section tu korang boleh tampal apa2 jenis benda yang korang suka! Poster Justin Bibir ke? Lady Gagap ke. Apa ke! It's up to you. But for me aku lebih suka lekat benda2 yang langsung tak berkaitan dengan akademik. More to art lah lebih senang cerita. Disebabkan section tu still under maintainance lagi. Kita tinggalkan dulu. Kita fokus bahagian white section tu dulu!!


"Wau!! Amazing!!" <<< ????

Mesti korang pelik bagai semua apsal ada lollipop, cotton candy semua bagai tu?? Kata planner akademik!! Bukannya menu makanan!! Macam ni sebenarnya. This month tema planner aku ni berunsur kan candy land!! So memang akan penuhkan dengan semua jenis lukisan gula2 kat situ!! Paham tak?? Maknanya there will be a different theme for each month. :) 

Aku belum decide lagi bulan 9 ni tema apa. Any suggestion??

Section A
Assignment/Report/Projek List

Bila nak start menulis kat whiteboard mula lah bergegor satu tangan!! Tu yang tulisan jadi jijik macam tu!

Bahagian atas ni khusus untuk semua benda2 yang perlu aku submit. Siap tulis tarikh lagi dekat tepi dia untuk mengingatkan aku supaya tidak lagho(leka) apabila mempunyai waktu lapang. As you can see hari ni aku kena send 2 assignment!! Shoot!! 

Section B
Test List

Candy anyone???

Ni pulak tempat senarai tests yang perlu aku hadapi!! Semuannya ada 6!! Gila ko!! Lagi2 kalau tarikh dia berderet2. Tapi semua tu dah lepas. Nampak tak aku siap tick lagi kat tepi tu. So semua list ni akan tunggu masa je untuk diganti dengan tarikh test2 yang baru. Bahagian ni memang aku tak suka langsung!!

So ini lah 2 section yang paling penting sekali yang perlu ada dekat planner aku nih. Tapi jap2!! Mesti korang tanya. "Habis tu ni bahagian ni apa pulak functionnya???"



Miahahahah *Gelak gatal*. Part ni sebenarnya remind kat aku yang sebenarnya aku ada 5 HARI LAGI NAK BALIK KAMPUNG UNTUK START CUTI RAYA!!! (LOL!!)