Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Konvo Dan Hadiah Memang Tak Boleh Dipisahkan

Tengah hari tadi aku sempat pergi mencelah dekat kawasan luar dewan nak tengok budak2 yang graduate convo. Gila ramai weh!! Siap semua pakai jubah warna maroon bagai macam Harry Potter. Aku asyik terbayangkan yang diorang ni lepas dapat ijazah mesti balik guna penyapu terbang. - -"

Seperti biasa kalau acara2 macam gini mestilah ada ramai orang, yelah setiap student at least bawak satu family consists of 5 sehingga 4 orang. Kalau 500 orang dalam satu sesi tak ke ramai!! Ko darab lah dengan lima! Even kalau aku nak lalu certain koridor pun sempit gila macam bontot nak berlaga bontot. So korang boleh bayangkan macam mana sempit tempat tu.

Aku rasa ni mesti sebab aura magic yang keluar dari jubah. Tu yang gambar blur semacam. - -"
Tapi yang paling aku risau sekali bila ramai2 orang ni mesti makanan kat cafe cepat habis!!! Betul tak?? Siyes kat dalam cafe tu dah macam sardin aku rasa. Punya lah penuh dengan lautan manusia yang kelaparan. Mau je aku tolak makcik yang tengah amik lauk tu. Miahahaaha!! *Gelak keji*

So aku sempat lah tangkap beberapa gambar hadiah2 yang dijual dekat booth untuk orang yang dah selamat di'konvo'kan. Macam2 hadiah lah ada. Especially bunga lah. Tapi ada jugak yang jual macam2 jenis patung semua bagai. So aku tangkap yang hadiah jenis selain daripada bunga la ye. Kalau asyik tunjuk bunga bosan lah pulak. Bukan korang boleh hidu pun bunga yang aku tunjuk nanti. 

So mari kita mulakan sekarang!!

Comel tak? Comel tak? Kalau korang dapat hadiah cam gini.  Gerenti orang lain jeles. Sebab bukan murah weh benda alah ni. Macam ni lah senang. Kalau korang ada 3 bear so 3 kali ganda orang akan jeles. Kalau 20 bear maknanya 20 kali ganda orang akan jeles!!!<<<< Ok, hipotesis bodoh!

Aku tak paham bila aku tengok bunga2 ni aku pun ikut senyum sekali. Psycho punya bunga!! Hahaha

Sate katak! Sate katak!! LOL! Dia susun macam ni sebijik macam nak meniaga daging katak. Tapi kalau bagi free kat aku. Aku amik je. Ngeee~~

Kawan aku siap kata. 'Eh cantik lah bunga ni!!' Siyes! Bagi aku macam bunga kena buasir tahap kritikal.

And gambar yang last sekali ni adalah fashion belon yang baru. Dulu kalau belon yang terapung2 tu selalunya orang buat gambar Doreamon ke, Hello Kitty ke. Sekarang dah tak dah!! Dah takde dah belon anime2 jepun semua bagai ni. Sekarang ni belon berbentuk....


UPIN & IPIN!!

Bila dah jadi banyak macam ni. Jadi creepy pulak. Bayangkan kalau semua ni boleh bercakap. Mau trauma dengar perkataan 'Betul, betul, betul' dok ulang banyak kali. Tapi belon ni laku gila weh! For children lah. Hahaha

So which one is your favourite konvo gift??  

Saturday, September 18, 2010

We're Going To Australia!!! | I Wish!!

Beberapa hari yang lepas aku dapat tau yang Opah Oprah Winfrey bagi lagi hadiah dekat audiences dia lagi!! Btw siapa yang tak kenal Oprah ni sila pergi ke dinding dan ketuk kepala sekuat hati.. - -".

Kalau dulu lebih kurang 6 tahun lepas. Time tu aku still tak tau blog tu apa. - -". Dia ni bagi sorang sebijik kereta dekat setiap sorang audience dia dalam show dia tuh!! Ya Kereta!! Real car!! Bukan kereta sorong yang orang selalu dok letak kelapa dalam dia tuh ye.Yang dapatnya bukan 10 atau 20 orang tapi TOTAL 276 orang!!! Sila terkejut sekarang!!! Gila bapak kaya ko makcik oi! Hahaha.

Meh, meh aku tunjuk kereta apa yang dia bagi. Semestinya bukan Proton Saga . Tada!!!

Pontiac G-6 Midsize 2005 Sports Sedan!!! (Gila nama panjang!Tercungap kalau nak sebut dalam satu nafas.)
Udah orang tu bagi free bulat2 macam tu je. Lepas tu boleh pulak pilih warna2 kesukaan masing.(Kalau aku dapat warna hitam pudar buruk pun dah bersyukur dah!!). Lepas tu siap dilengkapi Satelite Radio dengan full leather seat!! Boleh tak aku mencarut sekarang!!! You damn lucky audience!! LOL!. 

Btw semua penonton2 yang terima hadiah ni sebenarnya dah dipilih khas oleh krew2 Oprah sendiri. Diaorang sebenarnya terdiri daripada golongan yang betul2 memerlukan kenderaan dalam hidup diorang. Simpati~~~ So jangan harap lah kalau ada Datuk2 or Datin2 yang terlepas dapat hadiah ni. Memang tak layak. TAPI KALAU AKU  MEMANG LAYAK~!! T__T 

Sekarang kita tinggalkan kisah lamaaaaa tu. Now back in 2010!! Opah.. Oops! Oprah sekali lagi bagi something dekat audiences dia sempena Season terakhir Showtalk dia nie. Korang tengok video ni untuk membantu dalam mengeluarkan unsur excited dalam diri korang!!


We're going to Australia!!! Siyes dengar banyak kali dia cakap rasa macam psycho gila. Lepas tu I can't stop laughing bila dengar suara 'jantan' dia keluar masa nak announced kat penonton. Gila besar suara!!. Hahaha. Ya, ya aku kutuk dia sebab aku jeles.. T___T . 

Tapi kalau dulu 276 orang je yang dapat. Kali ni 300 orang pulak!!! Owh ini semua kerja gila!! LOL! Untuk membeliak kan mata korang semua lagi. Diorang pergi bercuti bukan lah setakat satu dua hari je. Malu lah kalau Oprah buat macam gitu. Semua TOTAL 8 hari 7 malam weh!!!! Honeymoon ke apa ni! Another damn lucky audience! Chit!

I wish I can says like this. *Baca dengan nada suara jantan macam Oprah dalam video kat atas*

Semua pembaca setia dan loyal Starstruck. Kita semua akan pergi ke..... KOREA!!!!! WE'RE GOING TO KOREA!!! WE'RE GOING TO KOOOREEAAA!! You! And You!And You! Are Going to Koreaaaaa!! 
Hahaha. Big dreams right??. But we're never knew...

Saturday, September 4, 2010

Giveaway Dari KancilBiru Dah Sampai!!!!

Lalalala~~~~

Hari ni nampak gayanya special sikit lah ye. Sebab ada 2 entry! Bukan senang ye nak dapat peluang nak update berkali2 dalam waktu sehari. Tapi maklum le dah dapat CUTI 2 MINGGU terus datang rajin nak meng'hapdate' blog secara tamak setiap hari!! 

Uuuu!! *Bunyi Kagum*. Surat apakah ini?? Tawaran dari syarikat rakaman kah??

Entry hari ni aku nak bagi tau korang something yang agak riak sikit. Tengok tajuk pun dah tahu pasal apa kan? Aku dah menang Giveaway dari blog KancilBiru .Owh! Sungguh gembira! Bukan apa. Ni jugak for the first time aku menang something daripada dunia blog2 nih. Kalau tidak asyik kalah aje memanjang kalau masuk apa2 jenis contest. T T

Tapi tajuk gila kecoh konon2 hadiah tu baru dapat tadi padahal dah 2 minggu lepas dapat. Maklum le ak bagi alamat rumah bukan alamat kolej. Lepas tu kena tunggu waktu cuti baru boleh tengok depan mata. Tapi tak pe lah. For the sake of this entry. Aku buat2 dapat hari ni lah. =P

Owh lupa nak bagi tau. Aku menang hadiah ni sebab aku adalah orang yang paling banyak komen dekat blog ni. Memang terkojut lah weh! Sebab kat blog ni berebut2 semua orang nak komen. Kalau hari ni ko dapat no1 dekat list top commenter tu, nescaya keesokkan harinya ko akan jatuh ke no2 atau no3. Gila dasyat pembaca blog KanciBiru nih. And info tambahan aku komen kat blog tu secara ikhlas ye. Tak terpikir pun nak menang apa2. Tup tap tup tap tiba2 nama naik. Owh rezeki!! Miahahaha..

Ok. Meh2 tengok apa yang ada dalam bungkusan ni!! Apalah agaknya!!

Kotak kayu apakah ini!!! Excited bukan!! Kalau ketuk kat kepala memang sakit. 


So cepat teka apa yang ada dalam kotak tuh!! Lebih memudahkan korang aku bagi pilihan jawapan lah ye. Sebab nanti mula lah ada yang kata dapt TV lah, Radio lah padahal kotak tu kecik aje. (- -")

(A) Jam Tangan
(B) Rantai Tangan
(C) Pen Berdakwat Basah

Cepat! Cepat teka sekarang!! Dah sedia?? Jawapannya ialah!!

Tada!!





(D) None of the above!! Miahahahahaha!!. Aku dapat set alat menulis yang lengkap lagi bergaya!! Wuahahaha!! Walaupun benda ni nampak remeh. Tapi bila orang bagi secara percuma terus jadi macam berharga!! Thanks Kak Niza again for this!! ^ - ^


P/s : Teringin jugak nak buat giveaway!! Kalau bagi kotak mancis ok tak??