Showing posts with label Konvo. Show all posts
Showing posts with label Konvo. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Konvo Dan Hadiah Memang Tak Boleh Dipisahkan

Tengah hari tadi aku sempat pergi mencelah dekat kawasan luar dewan nak tengok budak2 yang graduate convo. Gila ramai weh!! Siap semua pakai jubah warna maroon bagai macam Harry Potter. Aku asyik terbayangkan yang diorang ni lepas dapat ijazah mesti balik guna penyapu terbang. - -"

Seperti biasa kalau acara2 macam gini mestilah ada ramai orang, yelah setiap student at least bawak satu family consists of 5 sehingga 4 orang. Kalau 500 orang dalam satu sesi tak ke ramai!! Ko darab lah dengan lima! Even kalau aku nak lalu certain koridor pun sempit gila macam bontot nak berlaga bontot. So korang boleh bayangkan macam mana sempit tempat tu.

Aku rasa ni mesti sebab aura magic yang keluar dari jubah. Tu yang gambar blur semacam. - -"
Tapi yang paling aku risau sekali bila ramai2 orang ni mesti makanan kat cafe cepat habis!!! Betul tak?? Siyes kat dalam cafe tu dah macam sardin aku rasa. Punya lah penuh dengan lautan manusia yang kelaparan. Mau je aku tolak makcik yang tengah amik lauk tu. Miahahaaha!! *Gelak keji*

So aku sempat lah tangkap beberapa gambar hadiah2 yang dijual dekat booth untuk orang yang dah selamat di'konvo'kan. Macam2 hadiah lah ada. Especially bunga lah. Tapi ada jugak yang jual macam2 jenis patung semua bagai. So aku tangkap yang hadiah jenis selain daripada bunga la ye. Kalau asyik tunjuk bunga bosan lah pulak. Bukan korang boleh hidu pun bunga yang aku tunjuk nanti. 

So mari kita mulakan sekarang!!

Comel tak? Comel tak? Kalau korang dapat hadiah cam gini.  Gerenti orang lain jeles. Sebab bukan murah weh benda alah ni. Macam ni lah senang. Kalau korang ada 3 bear so 3 kali ganda orang akan jeles. Kalau 20 bear maknanya 20 kali ganda orang akan jeles!!!<<<< Ok, hipotesis bodoh!

Aku tak paham bila aku tengok bunga2 ni aku pun ikut senyum sekali. Psycho punya bunga!! Hahaha

Sate katak! Sate katak!! LOL! Dia susun macam ni sebijik macam nak meniaga daging katak. Tapi kalau bagi free kat aku. Aku amik je. Ngeee~~

Kawan aku siap kata. 'Eh cantik lah bunga ni!!' Siyes! Bagi aku macam bunga kena buasir tahap kritikal.

And gambar yang last sekali ni adalah fashion belon yang baru. Dulu kalau belon yang terapung2 tu selalunya orang buat gambar Doreamon ke, Hello Kitty ke. Sekarang dah tak dah!! Dah takde dah belon anime2 jepun semua bagai ni. Sekarang ni belon berbentuk....


UPIN & IPIN!!

Bila dah jadi banyak macam ni. Jadi creepy pulak. Bayangkan kalau semua ni boleh bercakap. Mau trauma dengar perkataan 'Betul, betul, betul' dok ulang banyak kali. Tapi belon ni laku gila weh! For children lah. Hahaha

So which one is your favourite konvo gift??  

Thursday, September 23, 2010

Lepas Party Pesta Pulak!!

Bwahahahahaha... - -" <<< What the heck!!

Ok.. ok sorry for that disturbing intro. Bila dah buang tebiat + guilty tak update blog semalam tu lah jadi macam tu. Siyes start dari semalam my life dah jadi kinda busy. Semua assignments kena buat secepat mungkin sebab due date dia sekejap sangat. Plus!! Aku siap lagi tolak tawaran dari kelab koir untuk buat performance untuk opening konvokesyen(Betul ke eja nih?) this year! Hilang side income aku!! Ye lah, udah lah ko pratice semua tak datang. Lepas tu ko tiba2 muncul waktu performance sebenar orang lain nyanyi lagu Negaraku ko nyanyi lagu Pokerface!! Tak pasal2 Naib Counsellor tu naik pentas lempang aku. T____T

Btw this year convo gonna be huge!! Sebab semua poster dah tampal bagai siap tulis aktiviti2 macam. Aku lupa pulak nak amik gambar tunjuk kat korang. Tapi antaranya macam ada program 'The Apprentice', 'Pertandingan Akhir Idola Kecil', 'Top Host'. Siyes aku baca pun dah nak gelak kuat2! Nasib baik tak ada aktiviti 'Gadis Melayu' dekat poster tu. Kalau ada mesti aku meraung dah tak hingat dunia. - -". 

Dengan adanya Konvoksyen maknanya mesti ada Pesta Konvo. Kalau dah ada Pest Konvo memang CONFIRM!! banyak gila gerai akan dibuka!! Especially gerai2 makanan!! Gila excited! Muahaha. Tiba2 mata aku dah bertukar jadi mangkuk laksa mee.. - -"  Nanti kalau ada kesempatan memang aku akan cover story Pesta Konvo tu nanti in the next entry.

Pssst!!! Btw aku ada dengar rumors Siti Nurhaliza nak datang buat performance! Sila terkejut sekarang! Sebab aku pun terkejut dengar. And I really doubt about it! Sebab ko ingat murah ke nak bayar persembahan Tok Ti tu!! Sebab konvo last semester pun cuma panggil Ramli Sarip and A. Samad Said!! See the difference!! Btw aku sempat tangkap gambar dengan diorang sebab aku ada perform untuk last sem. So terus boleh pergi backstage kejar Ramli Sarip. Padahal bila kawan Chinese aku tanya. 'Itu penyanyi kan? Lagu apa dia popular?". Aku terus nganga kat situ. Siyes mana lah aku tau dia popular lagu apa. Tapi memandangkan dah status dia artis wajiblah tangkap gambar dengan dia lepas upload dekat Facebook bagi semua orang jeles. Soal ko tau lagu dia or tidak tu dah jatuh soal kedua. Gila tak senonoh perangai - -"


Sorry about ayat semua macam orang rushing gila nak taip. Lepas tu gambar pun tak de!! Gila ko pemalas nk letak. Bukan sebab apa hari ni ada Quiz!! Kena study. Uwaaa!! Yelah, yelah nak bagi memaniskan sikit entry ni aku letak lah gambar satu..

Ni time masa Opah Oprah graduate! Happy ye!!

P/s : Party Kuih Raya Jumaat malam ni!! Tapi yang Kuih Tart dah abis aku telan.. - -"