Showing posts with label Music. Show all posts
Showing posts with label Music. Show all posts

Sunday, July 18, 2010

Tak Muntah Ke Dengar Banyak Kali??

Lalalala~~~~

So macam mana dengan hari Sabtu korang? Enjoy tak??!! Mesti enjoy sakan buat aktiviti2 masing2. Berbeza dengan aku, hari ni adalah hari yang paling tak produktif rasanya. Tak buat kerja langsung!! Tido,online, makan, tido, online, makan. Itu je kerja yang aku buat hari ni. Padahal assignment dah ada next week nak hantar. Tapi malas gila lah jari nak menekan kalkulator bagai. - -". Takpe2 malam sikit lagi aku buat lah ye.. Hopefully!!

Kali ni aku nak cerita kat korang nih pasal satu lagu yang aku agak obses dengar sekarang. Tahap keobsessan nya tu macam kalau korang jadi rommate aku korang boleh muntah kuning dengar aku asyik ulang2 macam takde lagu lain kat dunia ni. Sebab dah lebih 2 minggu aku asyik dengar lagu ni!! Kalau sehari ulang 20 kali kalau 2 minggu??? 280 kali++!!! Gila banyak.. 

So, tanpa perlu aku nak berdolak dalih, meh aku kenalkan lagu apa yang aku dok gila dengar tanpa sebarang unsur jemu pun sampai sekarang. Tada!!!


Seperti yang korang nampak dengan jelas kat dalam gambar tu. Lagu tersebut ialah 'Bad Girl Good Girl' from group Miss A!!(Bukan ciplak lagu Rihanna!!). Jangan tanya aku kenapa nama group diorang macam tu. Sebab aku pun tak tau. By the way group ni berasal dari Korea ye. Bukan dari Malaysia. - -" << Obvious gile!!

Sekarang mari kita mulakan sesi kenal mengenal. Sebab part ni penting. Kalau korang tak tau nama diorang nanti kalau jumpa diorang ni kat pasar malam ke, Giant ke tak kan nak jerit 'Woi!!!' ataupun 'Yuhuuu!!'. Sungguh tidak sopan!. Last2 korang melepas peluang nak tangkap gambar dengan artis.


Mari kita mulakan dari bahagian kiri ye adik2.. Start dari wanita (ce.. wanita!! hahaha)  berambut pink ye. Jia, Fei, Min, Suzy. See!!! Mudah bukan nak ingat nama diorang ni!! Lagi senang daripada nak hafal 150 nama2 pokemon.

Serious!! Bila aku tengok perempuan rambut pink tu teringat satu karakter cartoon dalam cerita Sailormoon.

  Sama kan? Sama kan? Especially warna rambut!!

Ok! Lupakan perbandingan yang nonsense tu. Kali ni aku nak buktikan kat korang group ni memang elastik gila!!! Se elastik getah pengikat rambut!! 

Bukti Keelastikan #1


Amik ko!! Ni kalau buat pembaris pun boleh nih!!. Kalau lupa bawak pembaris masa exam. Boleh guna kaki ukur. Hahaha. Kalau ni pun korang still tak impress tengok next bukti pulak.

Bukti Keelastikan #2


Gila!! Ni serius elastik tahap extereme. Aku kalau try buat macam ni. Mau masuk hospital sebulan. Sebab bontot beralih ke depan. - -"

Bukti Keelastikan #3


Tengok!! Pakai kasut tumit tinggi lagi boleh buat gaya alah macam ni. Aku rasa renungan mata dia seolah2 mengatakan  'Boleh ke korang buat macam ni??'*Baca dengan nada keji*. 

Bukti Keelastikan #4

Teknik lengkukan kaki bentuk 'V'. Lagi satu korang tengok! Tebal gila tumit kasut tu. Kalau tonyoh sekali kat muka korang. Mau bisu!!!! Trauma tak nak cakap setahun.


Cukup2 lah aku tunjuk 4 bukti je. Nanti aku letak banyak2 kang. Ada pulak yang nak try!! Jangan sesekali mencuba aksi tersebut di rumah. Nanti ada yang lumpuh dari pusat ke kaki kang.

Memandangkan aku suka sangat lagu ni. Aku teringin sangat nak nyanyi sama2 dengan diorang. Yang versi remix punya. Bangga kut rakyat Malaysia kalau aku berjaya rakamkan lagu remix 'Bad Girl Good Girl' ni. First Malaysain tuh!!. Hahaha. So atas tujuan tersebut, aku dah siap2 design cover album versi tempatan untuk diedarkan di Malaysia nanti. 

Tada!!!



Smart tak aku buat concept warna rambut biru.??
Miahahahahahaahahaha~~~~~~

P/s :
Kalau nak tengok video lagu tu boleh klik kat SINI
Kalau nak download lagu tersebut boleh klik kat SINI
Kalau nak dengar lagu tersbut secara live boleh dengar dekat sidebar blog ini

Harap maklum.

Sunday, May 30, 2010

My Top 4 Lagu Rossa

Seriously malam hari sabtu adalah malam yang paling bosan antara semua malam. Maksud aku dari sudut siaran TV. BOSAN~~~~~~~~~. Tak da cerita yang menarik pun nak tengok. Bagi yang ada astro aku tak tau lah. Mesti ada cerita best kut. Dah siaran pun berlambak2. Rumah kat TV aku ni ada lah dalam 6 channel. So sangat lah limited pilihannya. T T 

Tengah dok jemu relaks depan TV tiba2 ternampak lah tweet nie.



A'ah!!! Malam ni Rossa buat konsert kat Bukit Jalil!! (Pura2 terkejut padahal bukan boleh pergi pun). Dalam hati memang nak pergi kalau ada peluang. Sebab banyak jugak lagu minah nie yang sedap. Honestly aku bukan lah penggemar muzik tempatan mahupun muzik indon. Hanya segelintir je aku dengar. So entry nie adalah spesel tribute untuk akak Rossa kita nie. (Macam dia dah mati je buat mcm nie) Muahahaha. 

Aku baca kat satu laman web yang cakap konsert nie berlangsung selama 2 jam. (Kalau aku dah pancit!!). Diiringi dengan 14 penari dan 30 pemuzik okestra!! Wah!! Ni memang grand!!  Tiket2 yang ditawarkan antara RM58, RM98, RM148, RM248 dan RM348. Kalau aku lah betul2 nak pergi aku rasa aku beli tiket harga antara RM58 or RM98 ( Ko nampak bayang je lah oi!!). 


Gaun aku boleh terbang!!


So sekarang aku nak senaraikan Top 4 hit song daripada Rossa yang aku suka. (4 je!! kata banyak). Kita mulakan dengan tangga keempat. Jeng2~~~

#4 Hey Ladies
Wakaka. Aku pun boleh pelik sebab suka lagu nie. At least aku mengaku kan. Tak lah hipokrit kata tak suka padahal dalam hati siap hafal lirik lagi tu. Mula2 biasa je aku dengar lagu nie. Ok lah genre pop. Lepas dh dengar kat radio ulang2 terus aku pun terpysho suka lagu nie. Korang perasan tak masa dengar lagu nie ada suara sayup2 kat belakang membebel ntah apa2. Nak je aku hempuk suara tu. Haha. Gedik semacam. Yang nie antara suara2 gedik yang aku dapat tangkap.

"Hancur Hancur"
"Busuk sih"


#3 Terlalu Cinta
Lagi nie kurang popular sikit. Tapi aku suka. Sebab macam sedih meratap tak hingat dunia. Tambah pulak dengan iringan bunyi piano. Wah!! Melayang sekejap!! Wakakaka. Suka lirik nie

"Tuhan. Maafkan diri ini. Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya"

Sape yang tengah hot 'bencinta' memang lah sangat2 sesuai. Aku suka sebab macam suci je cakap macam tu. Hahaha. Angan tak boleh blah.


#2 Ayat-Ayat Cinta
Siapa yang tak pernah dengar lagu nie. Memang lah kesian. Sebab dulu masa cerita ayat2 cinta tengah hot. Semua radio asyik pasang lagu ni je. TV pun sama. Aku yang tak tahu apa2 terus tau. Movie dia pun aku tengok masa time raya dulu. Agak menarik lah. Tambah lagi masa part2 yang agak terkesan dekat hati pasang pulak lagu nie. Last2 terus terpsycho sekali. Wakaka. Suka part nie

'Maaf bila ku tak sempurna. Cinta ini tak mungkin ku jaga'

Amik ko!! Memang gramatis betul ayat. Hahaha. Ermm baru perasan kenapa ak suka part maaf2 nie???


Tempat pertama ialah.. Bunyi kentut gendang please!!!Tada~~


#1 Pudar
Nyiahahaha. Lagu nie memang lagu yang paling aku suka. sebab lagu ni lah yang mengenalkan aku dengan akak comel Rossa. Lagu simple tapi music dia memang rancak. Best2!! Lagi satu lagu nie mengingatkan aku masa aku kat high school!! Rindunya zaman sekolah!!! Hari2 boleh sembang2 dlm kelas. =P Siap sampai kena tegur cikgu kat depan sebab sembang kuat sangat. Last2 kena jawab soalan kat depan. Soalan matematik tambahan ye!! Cirit aku menjawab.

P/S : Internet tengah slow2 pun sempat gak buat entry nie. Kikiki. Kalau korang perasan, sekarang nie aku tengah belajar gelak baru. Nak dengar? Nyiahahahaha. (Gelak tamak + gelak puntianak) =P


Sunday, May 16, 2010

Rosak Dah!!

Nyanyi dengan penuh semangat sambil buat gaya cakar2 dekat tangan:
'Ra ra ah ah ah, Ra ma ra ma ma, Ga ga u la la. Want you bad roman.....'
Kenapa tiba2 ak tak nyanyi habis nie? Adakah sebab semput sebab nyanyi sambil mengedik? Teeet!! Salah. Adakah ak terjelupuk jatuh sebab nyanyi tak hingat dunia? Teeeet!! Salah gak so apa sebab dia? Sebabnya ialah mp3 ak dah rosak!!!!!!!! Argh!!!! Masa nie pulak nak rosak. Ada ke patut bila nak on balik screen dia boleh terkelip2 mcm LED. Sapa2 yang tak tau LED tu gerenti fail subjek Kemahiran Hidup kat sekolah. Tau kan? Angguk cepat.

Oh!!! mp3 Sony ku (Sambil legar2 kan kat muka korang) Kau kenapa? Kenapa kau rosak? Ak terketuk kau ke? Setahu ak tak. Masuk nie dah mp3 ketiga dah ak pakai. Ganas ke aku nie? Owh tidak!! (sambil goyang jari telunjuk). Ak amat lah berbudi bahasa semasa menggunakan barang. So mana lagi dua mp3 tu?. Ermmmm.. Lalalala. Korang dah breakfast??



Ak punya warna hitam. Bukan oren ye.

Aduhai!! Terpaksa lah ak kena beli yang baru lagi. Dah lah glasses ak pun tak ganti lagi. Kalau siapa yang tak baca lagi kisah glasses ak buat aksi gimnastik. Korang boleh klik kat sini 

Adakah ini petanda supaya ak patut menbeli ipod selepas ini? Ipod touch lebih tepat lagi? (Mana nak korek duit oi!!)


Wah!! Melihat kau pun sudah membuat ak teruja!! Nak2!!

Kalau bukan Ipod touch pun ak nak Ipod Nano.


Berkilat betul!!. Siap ada camera lagi. Nak jugak!!!


Mana nak cari duit?? Tunggu nuffnang lambat lagi nak buffered nya (Sempat lagi tu!!). Takpa2. Sehari sepuluh sen ak simpan. Lama2 cukup lah nanti. Bak kata orang sikit2 lama2 jadi bukit2. Betul tak? Sabar2.

P/S : Dengar radio lah jawabnya (- -").  Mana pulak lah radio nie? Dalam stor ke?

Sunday, May 9, 2010

Wonder Girl + Katy Perry

Korang mesti kenal dengan group Wonder Girls kan? Ala.. yg nyanyi lagu Nobody tu. Meh nak nyanyi sikit. 'I want nobody nobody but u!!'*Sambil tepuk tangan dua kali*. Haaa!! dah ingat kan. Diorang sekarang agak dikenali jugak lah kat Amerika dgn lagu tu. Yg versi English punya lh. so Sekarang diorag nnak keluar akn album baru dengan single terbaru yg tajuknya "2 Different Tears".  Nie lagu English ye bkn Korea.

Tatoo ke kat kaki diorg??


Ak ingat lagu slow. Rupa2nya lagu rancak. Yes!! Diorang baru je released teaser. Tgk!!



Bapak pendek!!! 5saat je!! mana cukup!! Bagi lah satu minit ke 30 saat ke? Tapi apa yg ak perati mcm ader sikit mcm lagu Nobody sikit. Tapi nie ada element retro + disco. Nak tunggu full song kena tunggu 15hb nanti.

Katy Perry dah relased new single!! Tajuk dia  'California Girl'. Muzik dia ala2 summer tepi pantai. Kalau nk dengar klik sini.

Satu je nk cakap. Berwarna-warni!!

P/S : Teaser disini bermaksud usikan ala2 manja. Maksudnya dia bagi preview sekejap je sebelum tiba waktu sebenar single tu di released kan.

Thanks to AllKpop and Galaxiemag for this tips.. :)
Nie entry special utk music. Bkn entry sebnar utk hari ni. Untuk entry ak bebel sorang nanti ak postkan later.

Saturday, May 8, 2010

Apa yang Bermain Di MP3 Ku Sekarang?

Wah!! hari nie terlebih rajin pulak. Buat 2 entry dalam satu hari..Kikiki.. Bukan apa nak cerita pasal lagu2 yg ak tgh dengar sekarang nie. So ak rasa tiap2 minggu nak update lh pasal lagu yg ak dok putar2 dlm mp3 ak nie. Bkn ipod ye. Ak tak mampu nak beli. Bukan mcm korang!! kikiki. Ok nie lagu ak dgr utk minggu ini iaitu~~~ Weeeee. Ader masa download ye.

1) (English) Lady GaGa - Alejandro

Gagak mati atas kepala dia!!!

Adui!! Minah pelik sorang nie dah bg ak terlekat dengar lagu dia lagi. Dah lah dulu dia bg ak dengar 'Telephone' mcm tak ingat dunia. Lagu Alejandro nie mcm ala2 Latin sikit style dia. Kalau Madonna dgn La Isla Bonita. Si GaGa ni dgn Alejandro. Ak dulu bkn minat sgt dengan lagu nie. Ak rasa lagu nie paling weakest pernah minah nie buat. Siap cabar lagi kat GaGa. "Ak nk ko bg ak minat lagu nie dengan live performance ko. Klu ko berjaya mmg ko terbaik ar" (Berani tak?). Lepas tgk performance dia dekat American Idol. Ak terus suka lagu nie. Tu lh nk cabar dia sgt last2 ak terkena.  Aiyooo!! Gaga!! ~~ Ale Ale jandro (sambil berjoget)

2) (English) Adam Lambert - Whataya Want From Me

Sapa tak reti pakai celak biar saya ajar.

Korang nanti klu baca tajuk lagu nie jgn lh pulak sebut sebijik2 mcm Whataya tu korang sebut (Wa-ta-ya). Jangan!!! Malu ooo. Kikiki. Cara nak sebut dia What do you je. Tapi bila dh cakap laju2 jadi lah Whataya.  Lagu nie akak Pink yg buat. Kenal tak kenal Pink sila buat lompat bintang sekarang. Haha. Lagu nie agak lama sebenarnya. Tapi ak still dgr jugak. Sebab mcm sedih+geram bila dgr lagu nie. Sapa yg frust bercinta tu sesuai lah sgt2.

3) (English) Ke$ha -  Your Love is My Drug

Cantik pulak ak tgk cover single nie

Korang kenal tak minah nie? Yg nyanyi lagu Tik Tok tu. Nie dah single ketiga dah. Lagu dia mmg rancak. Ak rase lagi sedap lagi daripada Tik Tok tu. Tapi suara dia mcm kasar + robot dalam lagu nie. Agak bising jugak lh suara minah nie. Kalau buat ringtone utk alarm pagi2 mmg sesuai. Bising campur sedap. Ok lh tu. Hahahaha. Tapi mcm agak tidak sesuai dia amik drug sebagai tajuk. Macam menggalakan amik dadah pulak. Tapi ak anggap dadah yg dia maksud kan tu Panadol je.. Ngeee

4) (English) Rihanna - Rude Boy

 Adui!! Sakit mata ak si Chris Brown tumbuk. =P

Tada. Lepas insiden tumbuk menumbuk dgn Chris brown. Si Rihanna ni kembali dgn album baru 'Rated R'. single 'Rude Boy' ni dah single ketiga dari album nie. So album nie dh agak lama gak lh kluar. Sebenarnya gambar kat atas tu bkn cover single utk 'Rude Boy' tapi cover album dia. Ak tak boleh nk letak cover tu kat sini sebab seksi sgt (blog nie blog sopan ye.Kikiki). Boleh juling tgk. Lagu nie ok lh. Tapi dh dengar beberapa kali baru best. MV dia pulak. Pelik ak tgk. Mengedik2 dgn binatang. Wakakaka. 

Ok lh ak senaraikan 4 dulu. Kalau nk diikutkan. Berlambak lagi lagu yg ak nk review. Tapi takut korang tertido pulak. Tgk2 tu dh ader dah tido!!. Takpe2 nanti klu ader masa ak update lagi. Kalau ader sapa2 nk tau lagu terbaru Korea boleh inform kat ak. Nanti ak senaraikan jugak ok. Kalau ader apa2 tak paham rajin2 bertanya kat ak.(Wah! mcm bagus je.)

Peringatan : Lagu2 yg disebutkan diatas adalah dari sudut PANDANGAN ak. So klu korang mcm tak setuju dgn pendapat ak  sori lah byk2 ye. Setiap org lain citarasanya. 

Sunday, April 25, 2010

GaGa VS Barbie

Begitu popularnya Gaga sekarang even Barbie pn nk jd mcm dia!!!!. Dalam pemikiran ak lh slalu nye klu org sebut Barbie mesti terbayang patung pompuan yg selalu pakai baju ala2 suci palsu fairy tale. Nie tiba2 jd macam nie. Dah lari drpd konsep asal nie. Hahaha. Just look at these pictures and tell me sama ke tak? 

1) GaGa + Katak = Gatak  =P
Ak rasa mau lari semua katak2 bila tgk GaGa pakai mcm nie. Tertempek2 lh katak sekor2 kat badan GaGa tu. Kesian ak tgk. Cuba tgk muka katak kat badan GaGa tu. Sedih giler. Yg versi Barbie tu pulak mcm cendol  plak ak tengok kat baju. Hahaha.Tak panas ke berkelubung dlm tu?.




Similarity = 85% 
Betul lh mcm cendol baju yg barbie tu pakai!! Tp Barbie tu tak ade singlet hitam mcm yg Gaga pakai.
P/S : Oh My God!! tgk kat kepala GaGa. Kepala katak je!! Hahaha

2) GaGa + Tulang = Sup Tulang GaGa =P
Pakaian ni sesuai untuk korang pegi party bertemakan zaman prasejarah. Masa dinasour still wujud. Mcm pahlawan Amazon tak? Kenapa serabai lah pulak Barbie tu pakai toip tulang tu. Sampai mata pn kene tutup dgn rambut. Kalau pakai baju nie mau kene kejar dek anjing. Dah tulang banyak sangat. Tapi kalau tgk mcm baju alien vs predator je ak tgk.(terutama bahagian kepala)




Similarity : 90%.
Rangka2 tu dh sama dh(anyone ada sup bunjt adabi??? hahaha). Tp rambut Barbie tu panjang lh pulak. Tambah pulak dgn serabut semacam. Tp still maintain senyum. Plastik betul!!(duh!! dah nama Barbie)

3) GaGa + Rokok = Cermin Mata Berasap
Barape kotak lh si GaGa guna nk buat cermin mata nie. Tak panas ke mata. Kalau ak lh, siap boleh menangis sekali kalau pakai cermin mata nie. Ye lah dgn asap berkepul2 tambah dgn panas dekat sekeliling mata. Tapi amaran lh. Kalau korang nk bawak kenderaan ke jgn lh pakai spek nie. Tak nampak ape2!! tak pasal2 tergolek tepi jalan.




Similarity : 70%
Rambut tak same. Dgn rantai pun tak sama. yang lain Ok.
P/S : rantai tu GaGa pakai supaya senang die nak rantai motor dia. takut nanti ader orang curi. =P

4) GaGa + Hello Kitty = Weird???
Ish2. Nie pulak si GaGa tempekkn patung2 Hello Kitty. Byk pulak tu.Tapi baju nie lagi senonoh lh berbanding dgn baju tempek dgn katak. Hahaha. Macam mana lh si GaGa nie nak berjalan. Berat kut. Tgk mata dia. HUGE!!! Macam mata alien!!
P/S = Byk Hello Kitty terkorban dlm proses membuat baju ini. Poor things!!





Similarity : 95%
Dari segi gaya dgn corak baju. Semua sama. mmg details lh sape buat Barbie nie. Sape nk patung satu pegi cabut dekat baju GaGa tu. Dia pn tak kisah. Byk lagi kut.

5) GaGa + Bahu Panjang = Alien!!!
Nie pulak GaGa sengaja lh naikkan bahu die. Tak tau lh kenapa. Mesti nak pakai beg sandang pn susah. Yelah nk sangkut macam mane. Dah bahu panjang mcm tu!! Baju nie kalau pakai masa nk naik LRT siapa yg berdiri sebelah Gaga. Mau kene sondol dgn bahu tu. Tapi bahagian bawah tu agak kurang sopan sikit. Kalau mak cik kampung ak tgk. Mau pengsan.(Siapa kata?Mane tau makcik2 tu ikut fashion GaGa ke. Pegi beli ikan pakai macam nie.Hahaha)




Similarity : 80%
Semua sama. Kecuali microphone tu. Sepatutnya warna emas. Tp Barbie tu pegang warna silver.

6) GaGa + Mickey Mouse = GaMouse
Yg nie mesti inspirasi daripada Mickey Mouse. Daripada semua baju2 dekat dalam list nie. Nie lh yg paling elok sikit (bg pandangan ak lh). Boleh lh diterima akal fikiran. Mesti Mickey Mouse bangga sebab GaGa gunakan die sebagai inspirasi utk baju nie. Tapi ak nk bg satu tips kat korang. Kalau korang nk elak penyamun ke, peragut ke korang pakai lah gelang macam GaGa pakai tu. Datang je org2 jahat nie. Korang ketuk je kepala diorg. tak payah nk guna pepper spray dh. Cara ni ganas sikit. Hahaha




Similarity : 55%
Bahagian atas dh same dh tapi Barbie tu pakai baju Spongebob pulak. Sepatutnya pakai baju Mickey lh.  Tapi teringin nk pakai glasses tu pegi kelas. Baru stylo. Hahaha (ko nk kene ketuk dgn lecturer!!)

7) GaGa + Merah = Hantu!!
Ok!! costume nie paling merepek dgn paling buruk penah ak tgk. Tak de keje lh nk tutup satu badan. Dengan muka sekali!!. Korang tgk muka dia. Tak ke scary!!. Mcm nak makan org. Yg nie kalau muncul waktu malam2. Mmg sah org anggap hantu. Lagi2 kalau berdiri sebelah katil kita. Gulp!!!




Similarity : 90%
Mmg sama!!! dari rambut sampai lah kain yg Barbie tu pakai.
P/S : Kalu korang nampak ader budak main patung mcm nie. Hati2 lh.Mesti budak tu ader mental  problem. Pura2 baik. Lps tu mase korang nak tido. Dia bunuh korang. Hahaha. (Watching  too many Horror movie).

Overall GaGa nie mmg pelik dari segi cara pemakaian dia. Korang mesti nak maki hamun dia sebab pakai baju2 macam nie.  Tapi dgn cara nie lh dia mampu naik dgn cepat dalam industri muzik kat America tu. Kalau korang nampak lh ader pompuan kat red carpet pakai baju pelik2 semacam. Confirm GaGa lh tu. Tp overall ak sendiri suka muzik yang cuba dibawa oleh minah nie. Tapi dr segi style~~~~~ (pikir berkali2 sebelum nk ikut gaya die. Tapi kalau pakai Spek Mickey Mouse tu ak nk!!! =P





Saturday, April 24, 2010

Popcorn N Friday

Malam tadi sambil berblogging sempat lh mata nie menjeling2 tgk cerita dekat TV. Apa yang ak tgk mlm td? Memandangkan rumah ak nie tak de Ast*o. So ader 6 channej je (kesian kn). TV1 jgn haraplah ak nk tengok tak sempat nak tekan.Overall ader lh sempat ak tgk 3 show malam td.(Byk tu!!)

1) Mr. Bean's Holiday (TV3), 10PM

Korang mesti kenal dengan mamat sengal sorang nie. Lepas dh popular dgn television series die(mmg lawaklh). Diorg decide nk wat movie pulak(untung ma!!!). Mr. Bean's Holiday nie kalau korang nak tahu adalah movie kedua selepas Bean - The Ultimate Disaster Movie( klu tak salah ak criter pasal bean nie rosakkan lukisan mahal). Cerita nie pasal si Bean ni menang lh satu lotter and dapat hadiah video recorder(mmg jakon sikit Bean dgn benda lah nie. Semua benda nk rakam), 200 pound(Hilang dalam perjalanan) dgn dpt invite pergi ke Cannes yg terletak dekat Perancis. So bermula journey ala2 sengal mamat ni pegi ke Cannes. Byk lh aksi bodoh sengal mamat nie buat. Ader part yg aku suka ader part yg ok2 je. Ak paling suka part die nk kumpul duit sbb duit kene curi and sangup buat street performance nyanyi lagu opera(mulut menganga tahap gaban!!). Mmg mcm real je die yg nyanyi(padahal miming je guna radio. Suara pompuan plak tu!!) Hahaha. Overall ok lh criter nie. Sesuai utk sape2 yg tension kepala otak. Tak berat pn criter nie.


P/S : gambar kt atas tu mase Bean nk menyamar jd mak watak sorang pompuan ni. Scary pulak ak tgk. Mcm corak 101 dalmatian pn ade. =P Gagagagaga.

2) Idols Gives Back (8TV), 9.30 PM kut


Korang mesti kenal dgn logo nie. Tp kenapa mcm ader ala2 Krismas je?(reben warna merah kt bwh logo American Idol tu). Bukan!! nie mmg cerita American Idol(AI). Tp episod malam nie special sikit. Sebelum tu ak nk bg tau yg ak nk bkn lh pengikut setia rancangan nie. Sebab busy study. Mana lh sempat tgk. Tp bila dh cuti nie ak boleh lh tgk semua show *gelak puas*. AI nie dh masuk season 9 dh. maknanya dh 9 tahun dh criter nie bertahan(mmg lame!! klu budak dh masuk darjah 3 dah). Lupa nk bg tau ape yg special nyer episode malam tadi?  Malam tadi  show nie jadi mcm charity show lh. Semua undian yg penonton slalu nk vote peserta dlam nie akan diagihkan dekat semua badan2 charities yg terlibat. Antara charities yg ak ingat mcm Feeding America, Children's Health Fund, Malaria No More dan lain2.(Mcm mane ak boleh ingat nih!!)
Diorang pn panggil artis2 buat persembahan. Yg sempat ak tgk Alicia Keys, Mary J Blige dgn Carrie Underwood. Teringin nk tgk Justin Bieber wat persembahan tp terlepas kut.


Selain tu diorg selit2 kn lh video pasal kanak2 yg menderita.Tapi ade satu part nie sedih sgt pasal2 budak2 kat Afrika. Dekat sana budak2 ramai yg mati disebabkn malaria(penyakit dtg dr nyamuk). Yg paling terkejutnya die bagi statistik anggaran sorang budak akan mati disebabkn malaria dlam setiap 30 Saat!!! Bygkn byk tu. Rupa2nya org kat sana tak ade duit nk beli kelambu. Sebab tu budak ramai yg mati. Mmg kalau boleh ak nk tolong.(dgn vote lh). Tp masalahnya dekat America plak(Alasan!!). Tapi jangan risau sbb ak dh dgr yg diorang dh berjaya kumpul $48 million dh. WAH!!!
Tapi ak ader terpikir juga. Kenapa Simon Cowell(Judge) dgn Ryan Seacrest(Host) tak nak derma sekali? bagi depa lh kn $48 million tu senang je nk dpt.Sebab diorg adelah antara orang yang paling berpengaruh dalam industri muzik America nie. Pelik betul.(Kedekut!!)

P/S : Mesti korang pelik kenapa ak boleh tgk show sampai dua dalam tempoh waktu yang sama?. Ak kalih2 lh tu. Hahaha. Tu yg sampai ade part yg terlepas.

3) Gothika (TV2) 12AM kut

Hah!! nie pulak criter seram. Halle Berry berlakon. Korang kenal kn. Cerita dia bg ak x seram mane pn. Hantu pn tak creepy. (Seram lagi mak cik kampung ak bila pakai bedak sejuk jalan sorang2 kat jalan raya). Tapi jalan criter die menarik lh. Pandai minah ni berlakon. Ak criter sikit lh plot die. Si minah ni sorang psychiatrist dekat satu hospital sakit jiwa nie. dh kawin dh.(terkojut tgk suami die. tak sesuai langsung..wakaka). Laki dia pn kerja yg sama juga. Pada suatu malam yg sunyi.... (Duhh!!! skema!!) mase tgh balik dia terserempak dgn satu pompuan ni yg tgh berdiri kt tgh jalan. so dgn baik hatinya dia nk tolong (klu ak lh jgn harap ak nk berenti, mane lh ader org berdiri tgh2 mlm buta kt jalan raya. Gerenti hantu lh tu!!). 





Tup tap tup tap besok pagi tgk2 Halle nie kena tgkp dgn polis sebab bunuh laki die. Mau tak terkejut dia. Tak pasal2 jadi janda lepas tu kene tuduh bunuh laki sendiri. So org assume die ni gila.(mmg kerja gila!)
Setelah berbagai2 aksi melepaskn diri dr hospital sakit jiwa dgn bantuan hantu yg  tak seram tu. Akhirnya misteri tu terbongkar. Hantu yg rasuk badan dia tu lh yg sebabkn die bunuh laki die secara tidak sedar. Sebab ape? Sebab laki die yg bunuh hantu tu dulu. Laki dia nie rupanya ader mental sikit. Dia suka dera(secara seksual) dekat semua pesakit2 dia kat tempat dia kerja (yg muda2 lh. Yg tua dia tak kacau pn..hahaha).
Overall criter nie bolehlah  menghilang kebosanan ak di malam Jumaat.

P/S : Susah nk percaya orang sekarang. Ramai yg bermuka2. Pura2 baik. Tp dlam hati nk menghancurkan kita. So hati2 lh (Terpengaruh dengan criter kt atas)

Lps semua tu ak pn masuk lh tido. Sebab mata dh sexy sgt. Hahaha. (teringat muka hantu dlam gambar tu masa nk tido, Bygkn lh dia pengang kaki ak masa nk tidur. Mau pitam ak kat situ. Hahaha)

Tuesday, April 20, 2010

I WISH!!

Mesti korang curios kan.. Kenape post nie tetiba dalam bahasa melayu?? hahaha.. Saje nk wat perubahan sekali sekala.. Ape salahnye? (I'm Malaysian you know). Ok berbalik pada tajuk post kali nie mesti korang tertanya apa lh yg ak nk wish sangat kan? mcm nie.

Ada lh satu hari nie. Tak ingat dh ari apa tp yg pasti waktu tu tgh exam(final plak tu)!! tiba2 curi ader masa nk tgk video. Nie video Korea(dlm pikiran korang mesti imej nie terbayang.. sekumpulan lelaki or pompuan tergedik2 menari atas pentas smbil pakai baju warna warni). Bkn yg tu!!!!
Yang nie lain!! tp stil konsep kumpulan lh(heloo!! td bkn ke ckp bkn!! apa ntah). Nie ader kumpulan pompuan nie, name die After School.




Bkn kumpulan yg atas tu. Bkn lh bermakna kalau After School(Lepas Sekolah) konsep die mcm tu. Kesian budak2 nie.(Adik yg berdiri kat blakang tu tgh picit ape agaknye. Jerawat kut?hahaha) Ok bkn gambar tu.
Yg nie baru betul!!!




Tgk!! Siap pakai stoking panjang lagi.. Hahaha.. Ok dh kenal rupa semua kn. Seperti yg korang maklum group nie ader 8 member(reti kira kn). Semuanya mestilah wajib pandai nyanyi dan menari. kalau tak mane boleh terpilih jadi artis kn?!(Ak rase kena lawa jugak kot). So aper yg terkejutnya bila diorg nie wat performance LIVE main drum.

Slalunya artis2 Korea nie tipikal diorg asyik reti menari je. Tp nie lain!! diorg main drum plak!! So what so great about that? Tgk lh video nie baru korang paham. Tak lama pn just 1 minit lebih. Tp inti die.. Fuyooo!!! Honestly even ak tersebut 'WOW' tanpa aku sedari..(dlm video nie ader 7 org je sbb sorang tu tak sempat nk practice sama2 sebab ader shooting drama)



Macam mane terkojut tak?? ak pn terus lh minat group nie sejak diorang buat transformasi yg mantap mcm ni. Still terfikir, mmg artis kat Korea berbakat2 orangnya.. Lain lh mcm artis Malaysia. Kebanyakannya menari 2-3 step dh mengah!! Adoii. Lagi lh kalau suruh main instrument ape2? Tak reti!! Tau nyanyi aje.. Oooppsss!! Bkn semua tp segelintir je.. =P.

So ak berharap lh kalau suatu hari nanti, boleh lh aku tahu main piano ke, gitar ke. So at least ader lh producer kt Korea tu nk amik ak jadi artis diorang. HAHAHAHA. Tp yg pastinya aku reti main satu alat muzik.
 Ape dia? nie dia..



Sunday, April 18, 2010

Gaga's Poison Recipes

After wasting spending time watching Lady GaGa latest MV 'Telephone' about dozens time(the video is approximately 09:31 minutes!! talk about DRAMA!!!) I realized that there is one scene that interesting. Can you guys guess it?? (Heloo!!! The title???) Ok, ok.. its the part where GaGa make a special poison to kill Beyonce's boyfriend. What is bothering me is GaGa has list of the ingredients how to make the deadly poison on Poison TV in section Cook'n'Kill. You can view the ingredients in this picture. (Nice pose GaGa..Hahaha)  


For all of you who can't see it clearly. I type it here again:



  • 1 oz. Rat Poison
  • 1/2 oz. Meta-cyanide
  • 1/2 oz. Fex-M3
  • 1 cup Tiberium 
Can these ingredients really can kill people?? i have made some research. This is the result: 


(X) = Can't Kill
(/)   = You dead if u eat this!!

1. Rat Poison  
Obviously deadly!!! You can try it if you don't believe me (/)

2. Meta-cyanide
I get this info from my BFF that is Wikipedia. He says that
Fatal toxin contained within and delivered by the gom jabbar, a small needle. It is "The high-handed enemy; that specific poison needle tipped with meta-cyanide used by Bene Gesserit Proctors in the death-alternative test of human awareness."
I only understand the small needle part only. Mr. Wiki also state that this poison included in the list of fictional poison. This poison only exist in a novel called 'Dune' a science fiction novel written by Frank Herbet. (X)


3.Fex-M3
So complicated poison!!Like combination of Math and Algebra. Ok! lets ask Mr. Wiki again. He says that
Deadly nerve toxin used that kills its victim in under 10 seconds. Fex-M3 is often delivered through dart-weapons for silent elimination.
Wow!! A quick killer!!! but apparently this poison is also included as fictional poison from Star Wars movie.(X)


4. Tiberium
Maybe this Poison is real!! because it end with -um. You know all the chemistry stuff always end with that!!! Ok Mr Wiki again!!
Tiberium gas is sprayed from Visceroids, Veinholes, Brotherhood of Nod Chemical Troopers, Chemical Missiles, and Initiates, and Scrin Corruptors. It is extremely corrosive and mutagenic.
Visceroids?? What is that?? Sadly this poison also one of the fictional poison from Command & Conquer series game series.(X)


So the conclusion is, if u accidentally drink or eat this type of recipe . The chance you are still alive is 80%!!!.  Good News!!! :)


P/S : found this picture somewhere drew by Adzbell