Showing posts with label Moovie Time. Show all posts
Showing posts with label Moovie Time. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Mooovie Time | The Hunger Games

Dia punya eksaited nak tengok moovie ni sampai sanggup tengok slot 11.45 pagi which is time tu semua orang dok kalut basuh laundry yang seminggu tak berbasuh. Tapi actually dia punya trailer yang buat aku nak tengok sangat cerita ni. Since last year I think.


Actually this story is mainly about this girl, Katniss


daripada District 12 yang terpilih well, to be honest terpaksa sebenarnya sebab dia ganti adik perempuan dia untuk join satu acara tahunan yang obviously dipanggil 'The Hunger Game'. Secara spesifiknya sorang lelaki dan perempuan umur 12-18 from each district (syukur alhamdullilah umur dah terlepas dari lingkungan tu) akan wajib ya wajib dipilih secara random untuk join this game lah. So from each 12 District akan ada 2 wakil (tributes), dan 12 kali 2 jadi? ye, 24 orang akan main game ni.

Cara nak main game ni simple je. Ko kena bunuh 23 orang lain in order to win. Wah! Barbarian gila and yeah beside aktiviti bunuh membunuh tu ko pun kena jugak survive hidup dalam hutan. Tak guna kalau reti bunuh tapi tak reti nak cari air makanan semua. See! senang kan konsep dia. lol. Adakah si Katniss ni akan survive? Well you have to watched it by yourself. Klisenya ayat. Tapi kalau macam malas, boleh baca spoiler terus.

By the way ini adalah duta/tukang cabut undi untuk District 12:

Lady gaga!! kah kah kah

So overall walaupun cerita ni macam slow sikit at the beginning. Sebab mula-mula dia nak kasi kita paham betul-betul dengan semua details bagai. Plus dengan action dengan drama is well balanced and! Katniss still look gorgeous walaupun dengan minimal makeup.  I gave this film

4 bintang!!

1 bintang ditolak sebab ada certain scene camera dia kemain bergoncang-goncang sekali. Tau lah nak bagi berdebar tapi jangan lebih-lebih sangat boleh?

Nak tengok trailer dia. Klik sini >>  The Hunger Game Trailer

Nak embed dekat sini tak boleh pulak. T_T Oh ye. This movie ada sequel dia. 2 actually. Itupun keluar November 2013. Ok, I should read the novels in the mean time. Nak tunggu lama benoo.  

Spoiler (Highlite untuk melihat. Harap maklum)
  • Mula-mula ingatkan Duta District 12 tu jenis memang sense fashion dia buang tebiat lah kan. So ok I can accept that. Tapi! tapi! bila dah sampai Capitol (Ibu negeri) semua citizen dia memang fesyen macam tu! Terkejut lah weh! The invasion of Lady Gaga! *peluk tubuh ketakutan*
  • District 12 memang District yang paling miskin lah sebab mostly semua penduduk dia kais pagi makan pagi kais petang makan petang. And I assumed the other district pun sama lah jugak. Ataupun maju sikit lah. Yet again bila dah sampai Capitol. Perghh! Maju dia tak boleh blah. Kalah teknologi sekarang. So boleh nampak lah ada diskriminasi budget tahunan disitu ye.
  • At first I thought Hunger Games ni macam acara tahunan lah. Tapi actually dia macam acara tahunan plus realiti TV. Sebab mostly pergerakan-pergerakan tributes ni di 'broadcast' kan secara live dekat semua orang.
  • Each tributes kena bagi good impression untuk dapatkan sponsor. Ye! sponsor. Time dalam hutan kalau ko dah nazak ke hapa the sponsor will help you. In this case, Katniss dapat ubat sapu untuk sembuhkan luka dia. 
  • After some time baru perasan yang hutan dia actually adalah hutan buatan. Which is memang besar gila. dan kadang-kadang akan keluar gambar dekat langit lagi senarai Tributes yang dah mati. Talk about convenience! kah kah.
  • Hutan tu boleh dikawal! I mean like pekerja-pekerja dia (duduk dalam ofis) dengan hanya beberapa klik (touch screen sebenarnya) boleh kawal cuaca, bakar hutan, keluarkan anjing gila daging. Dasar hutan creepy!
  • Sekarang ni kalau cerita memang nak ada cinta tiga segi ek? Hurmm..
  • Sekutu Katniss, Rue (District 11) mati kena lembing. I knew this thing gonna happened! Pftt~ Budak ni sweet ok. Innocent semua. Tapi mati. 

  • By the way ada satu watak perempuan ni walaupun tak menonjol sangat memang gedik ar. Tau lah dari District 1 so tak payah lah act macam ketua cheerleader budget bagus. Last-last mati kena sengat lebah secara pukal. KAH KAH KAH. Moral of the story, jangan gedik nanti mati.
  • Ending dia Katniss survive together dengan lelaki Peeta, wakil lelaki District 12 jugak. Sebab ada slightly change of rule. Like duh. Standard lah tu.

Friday, July 15, 2011

Mooovie Time | Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2

This review is my personal opinion. Not valid for some people.


So this time around moovie Harry Potter (HP) pulak keluar lepas seminggu dua orang asyik dok meroyan pasal Transformer. Tapi kali ni aku pelik gila lah kan. Sebab tak ramai yang macam excited nak tengok mooovie ni. Beza gila kalau Transformers hari tu which is hari pertama memang FULL HOUSE. Sampaikan aku dapat tengok pun pada hari kedua. Yang cerita ni pulak ko bilang dengan jari orang lah yang datang tengok. Maybe there is no such thing as wizard boy at my place.

Tapi takpe lah HP, aku nak ko tau aku akan pilih ko kalau diberi peluang pilih anatara HP dengan Twilight. *tiba2*

So let's begin the review!


Finally after like 7 mooovie lepas dok berperang dengan manusia berhidung rata, Voldermort. So this is the ending. Kalau korang kipas-susah-meninggal Harry Potter wajib tengok sebab ini adalah the final battle between good and evil.

Jadi cerita ni adalah sambungan Part 1 yang lepas (Tahun lepas yo! Gila lama). Dimana Voldermort Raja segala kejahatan still lagi mengganas. Yang HP and the gang pun still lagi on misi mencari Horcrux2( nyawa hidung rata yang dibahagi2kan dan disimpan pada objek2 tertentu. Tapi tak ler letak kat peti ais ke hapa). So blah, blah, blah.. finally hidung rata nak serang Hogwarts (sekolah HP) dengan bawak satu team yang maigod gila ramai. Plus dengan haiwan mistik macam Orc debab dengan labah2 besooo. Memang macam perang saudara dah.

And at the same time HP and the gang ada dalam Hogwarts tu tengah kelam kabut cari Horcrux tu disamping semua lecturer2 berganding bahu mempertahankan Hogwarts tu. Konon nak bagi time ler kat diorg cari benda alah tu. Then hidung rata cabar HP lawan dengan dia one on one. Konon cara yang lebih bermaruah lah. Cis. Time bunuh orang bermaruah pulak ye? Lepas tu.... ok tengok sendiri. Baca spoiler lah kalau tak sabo sangat.

Jadi konklusinya:

  • Bagi aku lah Action is 65% Drama is 35%. Patutnya kalau aku lah kasi Action 80%. Sebab ni final mooovie weh. Should be mind blowing!
  • Kali ni dapat juga dengar suara hidung rata yang sengau tuh dengan lebih kerap. Kalau tidak asyik bisik2 aje.
  • Ramai yang mati. Tapi tak ditonjolkan sangat. Kalau korang jenis yang susah nak ingat muka mesti tak terasa sadis sangat.
  • Banyak rahsia terbongkar weh yang terkumpul dalam moovie2 HP yang lepas and there is this one shocking truth!!! 
  • Satu tepukan gemuruh kepada mak Ron*.
  • Sepatutnya dunia Muggle (dunia kita) pun terima kesan jugak dengan kekejaman Voldermort. But somehow dalam mooovie ni tak tunjuk langsung. Maybe kalau dia letak lagi panjang kut. Sebab mooovie ni pun dah 2 jam macam tu.
  • Ending macam nicely made. Hahaha.
  • Do your homework by watching previous mooovie ok kalau tak nak "Eh ni siapa?" "Apa benda nih?" "Maigod aku tak paham!" masa tengah tengok moovie ni.

Maka aku bagi..

4 Bintang.


WARNING: SPOILER. (Highlite kalau nak tengok)

1. Tau tak aku sebenarnya dari dulu lagi nak je cakap dekat orang ramai kata Professor Snape tu baik!! Lagi2 time orang dok mencemuh dia. Nak je kata "Hahaha ko dah tertipu. Loser!". Sebab aku respect people rights. Sebab tu aku pendam aje. Tapi last2 Snape nih mati. 


2. Oh ya. Meh aku jelaskan rupa2nya Si Snape tu still in good side. Dia cuma berpura2 je jadi jahat. Nanti dalam tu korang tengoklah ada scene2 flashback yang tunjuk betapa baiknya dia nak protect HP. 


3. Bellatrix Lestrange iaitu ibu kepada kejahatan (lol) yang aku rasa nak lempang2 sampai lebam akhirnya mati secara sadis! Aku happy. Credit to mak Ron.


4. Part semua lecturer berganding bahu buat jampi benteng nak lindungi Hogwarts tu memang terasa weh! Rasa nak join sekali!


5. At the end Voldermort mati, Harry menang. Predictable right? Tapi dalam novel tak predictable weh!


6.  Ada macam bonus scene lah last sekali, lepas 19 tahun. HP dah kahwin dengan Ginny (adik Ron), Hermione kahwin dengan Ron. Masing2 hantar anak2 diorang naik kereta api nak pergi Hogwarts lah. Kemain! Hahaha.  

Friday, July 1, 2011

Mooovie Time | Transformers : Dark of The Moon

This review is my personal opinion. Not valid for some people. 


Semalam konon2 post lah dekat Facebook Page nak tanya ada ke yang nak baca kalau aku buat review pasal mooovie Transformer nih. Well to my surprise, ramai yang bagi respon. Bukan apa kan selalunya kalau aku post something kat sana memang rakde respon langsung! Yelek. Lepas tu baru aku perasan diorang ni jenis pemalu orangnya.

Thanks for the comment guys!^^ walaupun kalau dikira satu komen sepoloh sen, satu like 5 sen. So total 70 sen. Tapi  masih bermakna.
So lets the review begin!

TRANSFORMERS : DARK OF THE MOON


Seperti biasa, kalau kat tempat aku cerita ni kalau tak Full House memang tak sah. Jadi memang kena beli tiket 2-3 jam lebih awal kalau betul2 nak tengok cerita nih. Memang macam awesome lah cerita ni mampu tarik ramai orang tengok. Sebab hari tu tengok X-Men boleh kira dengan jari orang yang menonton. Bak kata buat group main aci kejar pun tak lepas. 

So this time around dia punya cerita pasal robot2 nih which is Autobot (yang baik punya) dah bersekutu dengan pihak manusia (kita lah tu) untuk menjaga keamanan dunia. But well, well, well tau lah kan manusia, suka beno buat masalah ada simpan satu rahsia (rahsia pasal dekat bulan) yang sebabkan autobots especially Optimus Prime (Lori treler) marah! Then berlaku kejadian gaduh2, robek2 anggota badan antara Autobots dengan Decepticons sebab rahsia tu. Gaduhnya dasyat tul sampai runtuh2 lah bangunan kat Chicago tuh. Lagi tau tak Megatron  bawak satu alat penggerudi gigantic yang astaga ko rasa macam "eh ko ni  kalau tak rosakkan harta benda masyarakat tak boleh ke?".  At the end si Optimus..... ok tengok sendiri kalau nak tau.

Konklusinya :

  • Aku pelik lah sebab senang2 aje lah si hero cerita ni Sam boleh clash dengan Megan Fox! Which is sanggup bergolak gadai nyawa dari 2 MOOOVIE yang lepas. Grrrr. Lain kali Megan sila jaga mulut tu sikit kan dah kena buang. 
  • Bontot Alert!!! at the begining of the moovie and Smooching Alert! at the end. Pastikan anak anda tidak terdedah dengan perkara2 begini.
  • Apa yang aku suka pasal transformer ialah director dia berjaya buktikan that there is this special connection/relationship between human and machine. Dan mooovie ketiga still ada unsur tersebut. =)
  • Tau tak lepas kena kejo dengan robot, aksi letup2, jatuh bangunan. Si Carly tu punya baju dengan makeup still tak terjejas!!
  • Real people get killed in this one. Contoh lah kan orang awam tengah lari2 kepanikan last2 kena tembak kena laser. Baru lah real! *Rasa macam pyscopath pulak cakap macam nih* 
  • Tak sangka Patrick Damsey (Grey's Anatomy) ada dalam cerita nih. Sama macam aku tak sangka Blake Lively (Gossip Girl) jadi heroin dalam Green Lantern.
  • The 3D was superb! Kalau ada peluang tengok lah yang jenis pakai spek tu lah ye.
  • Kali ni macam lebih banyak drama antara manusia dengan manusia. Tapi part aksi2 still ada banyak. don't worry.
  • The ending was too rush for me. Macam "Eh, eh kita dah lebih masa ni. Cepat2 warp it up!". FYI, moovie ni 2 jam setengah. 
Rating : 4.4/5.0

SPOILER!!! (Highlite for details)

1) Carly tu model Victoria Secret rupa2nya in real life. That explain the Bontot part. 
2) Patrick Damsey jadi jahat oooo sebenarnya. Tak sangka betul! Kereta yang dia hadiahkan kat Carly pun sebenarnya Decepticon! Creepy right?
3) Waktu Bumblebee nak kena tembak tu kan sebenarnya sedih patutnya. Tapi time tu ada budak cakap2. Hilang mood. Hummph! Tapi Bumblee tak mati pun. Aku dah agak dah. Mana boleh hero feveret orang mati!
4) Ending dia Megatron boleh pulak tiba2 meroyan berlari nak tuntut hak dia lepas kena pyscho dengan Carly. Apa kebenda ntah. lol. Lepas tu Optimus Prime yang cacat sebelah tangan tu boleh pulak bunuh Sentinel dengan Megatron dalam waktu yang singkat. Patutnya battle nih jadi fokus lah dalam cerita nih. Buat lama2 sikit. 
5) Rahsia tu sebenarnya ada satu kapal yang lari dari Cybertron terhempas kat bulan. Dalam tu ada alat which is can transfer Cybertron dekat bumi nih. Tu yang masing2 rebut nak.
6) Sam ni dari dulu lagi suka betul cakap sampai tersembur air liur. Hahaha.

Thursday, June 16, 2011

Mooovie Time : Pirates of The Caribbean 4 , Kung Fu Panda 2 & X-Men First Class

This is not a review. Just personal opinion.

Ambik ko! Sekali 3 aku bagi. Sebab senang cerita. Tak payah nak buat siri2 bagai. Jimat masa, jimat tenaga.

#1 Pirates Of The Caribbean 4 : On Strangers Tides


  • While watching this mooovie, it's bothering me "Apsal aircond sejo beno nih." Even pakai sweater pun still boleh terasa senyuknya. 
  • Semenjak Keira Knightly dengan Orlando Bloom takde macam dah kurang sikit cerita dia. Walaupun Captain Jack Sparrow try his best to make you laugh.
  • Jalan cerita still boleh difahami walaupun tak tengok siri ketiga or even lewat setengah jam masuk ke panggung. Ehem! 
  • Penelope dalam cerita ni still maintain lawa walaupun masuk hutan banat. Hurmmm.
Rating : 3.5/5

#2 Kung Fu Panda 2 : The Kaboom of Doom


  • The battle was epic especially the intro part. 
  • Impressed dengan panda debab sbb fighting skill dia makin meningkat. Not like the previous one just mengharapkan perut semata. 
  • I still don't believe that : Tigress (Angelina Jolie), Monkey (Jackie Chan), Viper (Lucy Liu) and Kambing Tua (Michelle Yeoh). Holla big name there! 
  • The graphic was uh-ma-zing (Go for 3D!)
Rating : 4.3/5  

#3 X-Men : The First Class


  • Must watch kepada siapa2 yang follow siri ni. Akan paham why Professor X jadi lumpuh and why Magneto got his helmet.
  • Wolverine cameo dalam ni macam sengal. lol
  • I will choose for Magneto team.
  • Storyline macam slow sikit. But still ok for me. 
Rating : 3.9/5

Anything to add?