Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Waktu Kecik Dulu Memang Suci Betul Muka!

Yet again bila dah tak de apa2 nak buat mula lah berkelakuan pelik. Lagi2 tengah Christmas eve ni. Sepatutnya aku kena balut hadiah untuk guest yang datang nanti! - -". Ok mengada! Bukan apa semalam tengah selongkar2 almari terjumpa satu album gambar. Eh? Apasal bila naik cuti2 je mula lah nak selongkar barang bagai. Almari ke laci ke semua ko selongkar. Ni tebiat orang bercuti ke?

Ok ok back to album gambar yang aku jumpa tu. Rupanya album gambar tu aku punya. Baru teringat aku letak dalam almari. Dekat celah2 lipatan baju. Apa kes bubuh situ? Baru teringat yang sebenarnya nak sorok dari orang ramai sebab dalam tu banyak gila gambar lama2 yang ehem! ehem! agak kelakar untuk menjadi tatapan umum. Lagi satu sebab takut hilang. Precious tu! Padahal motif ko lebih kepada yang sebab pertama. - -"

Bila dah tengok gambar2 lama mula lah gelak sorang tiba2. Padahal yang ko gelak tu muka sendiri. Kelakar tak? LOL!. Bukan apa lawak tengok gambar masa kanak2 dahulu. Sungguh pure, suci, bersih, murni daripada sebarangan kekejaman dunia. Wakakaka. Gila metaphor! 

Tak sangka aku masa kecik2 dulu aku ni agak camwhore jugak jenisnya ek. Bila dah dewasa (skema gila)  ini je yang malu alah nak nak tangkap gambar. Bila nak amik gambar je mula lah buat pose "pokok kayu". Tak de style lain. Maaf ke"camwhore"an aku telah disedut bila dah besar. Memang tak reti.

Dan aku perasan something masa kecik. Beside having plumpy cheeks. - -". Aku (versi kanak2) suka betul senyum ala2 satu garisan tanpa nampak sebatang gigi pun. Which is mostly sama macam dengan actor korea senyum sekarang nih! Wow! Sah2 lah aku ni trendsetter sebab aku dah buat lebih awal2 lagik!

Ni motor zaman dahulu kala ni. Antik weh!2 LOL! See I told you. Suka betul budak ni senyum style macam tuh!

Sekarang buat comparison style senyum macam tu dengan mamat korea nih.

GILA SAMA!!!!!!!!
Ok ok lupakan idealogi aku yang yet again asyik2 nak mengaitkan dengan celebrity aje. Aku nak tunjuk kat korang satu2 nya gambar yang aku ada time dekat sekolah rendah. Al maklum lah dulu mana reti guna camera2 ni. Kalau nak tangkap kat sekolah pun cikgu je lah  menjadi harapan2 murid2 yang naif ni. Lepas tu jual seringgit sekeping!! Gila ceqik darah!

Nampak tak kesucian yang terpancar diwajah kanak2 ini? WAKAKAKA. Kelakar!!

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi cukup lah dua tu. Yang lain tu kalau datang hidayah bila2 masa aku tunjuk lah. Which is I doubt it will happen again. =P

Monday, November 22, 2010

Aku Sebagai Wartawan Amatur (Siaran Ulangan)

Wahahaha!!! Lama gila tak update. Bila tengok blog terbiar macam ni je. Kesian pulak rasanya. Kalau nak tulis entry pulak nanti berjam2 jadinya. Last2 aku pun tak study. So jalan penyelesaianya adalah dengan... publish entry yang lama!! Bijak betul! Lagi satu ni bukan sebarang entry nih. Bak kata orang Kompilasi Best of the Best entry termantap tahun ini. LOL! Aku yang tulis ni pun boleh gelak baca balik. (Tak ke buang tebiat gelakkan entry sendiri??). Lantak lah! So happy reading!

________________


Tadi masa aku tengok Buletin Utama. Teringat pulak aku pasal satu peristiwa ni. Tergelak sorang2 bila  terkenangkan balik. Benda nie jadi masa tahun lepas. Masa nie kat Uni aku nie diwajibkan amik satu subjek Ko-Q (Kokurikulum). Aku rasa semua U ada subjek nie kan? kan? Nak tak nak kena amik. Kalau tak, tak grad le jawabnya. Dah nama pun wajib.

So masa pendaftaran subjek ni, aku nak lah cari kod subjek yang orang kata agak mudah nak score. So check punya check dekat board tu tengok2, SEMUA subjek yang tersenarai dalam kepala otak aku nie dah penuh. What!!!! Yang tinggal subjek yang tak pernah aku dengar dan terpikir nak masuk. Macam Etika Pemakaian (Elooo apa benda nie??), Scuba (Kena bayar 100 dulu. So bye2), Teater T__T. Dilemma2!! 

Lepas dalam sejam jugak lah aku berdiri macam badut dekat board tu. Last2 aku submit borang tu. Korang tau tak subjek apa yang aku daftar?? Aku sendiri tak percaya apa yang aku tulis. 

Kod Subjek: UHB 1***6
Nama Subjek : Asas Kewartawan/ Basic Journalism
Kredit : 1


Tak de lah beriya macam dalam gambar ni. Reporter amatur sahaja.

Amik kau!! Tak pasal2 aku jadi reporter dah. Akibat dah desperate sangat, subjek nie yang aku pilih. Ish2. Buat karangan pun tak lepas berangan nak jadi wartawan. Hahaha. So nak dipendekkan cerita korang nak tau tak apa assignment pertama aku? Ingat lagi apa lecturer aku cakap

"Korang kena cover satu news pasal apa2 event yang berlaku dalam U nie. Saya mahu ada gambar. Gambar tu wajib original. Saya tak nak copy paste dari internet. Kalau saya tau saya bagi kosong!"

*Pitam!*.

Kejutan budaya terus. Dah lah bapak susah assignment!! Apa nie!! Jangan panik jangan panik. Last2 aku discovered satu event nie. Nama event nie aku tak ingat lah pulak.(Tak popular!!). Tapi yang pastinya ada gerai2 dibuka untuk majlis nie. This is perfect for the assignment!. So bila petang menjelma aku pun gerak lah ke event tu. Konon2nya nak tangkap gambar kemeriahan event tu lah. 

Dalam hati punya lah excited nak buat assignment pertama nie. Ye lah nk bagi first impression yang baik kan. Bila aku dah sampai dekat tapak event...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bunyi Cengkerik ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pang!! Event yang paling bosan dalam abad ini. Loser giler!! Korang bayangkan lah. Kalau dah nama pesta  mesti lah havoc, riuh rendah orang ramai datang. Yang ni aku rasa macam dalam morgue! Alahai!!! Rosak berita aku!! Muka makcik2 yang berniaga tu pun dah nampak kebosanan yang amat sangat. Sebab customer tak ramai. Korang tengok gambar nie kalau tak percaya

Sekarang perhatikan betul2 kedudukan makcik di kerusi merah tersebut. Hafal ye! 

Makcik tu siap baca majalah lagi sebab tak de orang datang!! Punya lah hambar. (Majalah apakah itu? Mangga perhaps?? =P). Misi aku nak buat report yang bertajukkan " Pesta Dot Dot Dot Meriah" terkubur. Apa la aku nak tulis dalam report tu. Kalau ayat2 boleh lah aku goreng2. Nie gambar nie. Mana nak cari??? 

Lepas tu tiba2 aku rasa macam ada satu miracle berlaku. Triingg!!! (bunyi serbuk magic). Tiba2 datang satu angin puting beliung datang. Ok2 angin kencang datang. Bukan angin kentut makcik tu. Tapi angin yang real punya. Korang bayangkan lah tengah kau dok tangkap gambar makcik tu tiba2 datang angin dari mana ntah. Serius kuat. Sampai terangkat2 khemah tu. Semua orang macam panik time tu takut khemah runtuh. Berlari2 semua orang keluar dari gerai masing2 pergi ke kawasan lapang. Ye lah korang nak kena hempap!! Tak pasal2 mati sia2.

Lain pulak dengan aku. Dalam pikiran aku dah tak pikir apa2 dah. Fikir nie je "This is it!! Hot News! Hot News!!" Yang penting dapat gambar yang mantap. Gila pscho. Hahaha. Dan ini hasilnya..



Haaaaaa!! Tengok!! Tak ke berbaloi aku mengadai kan nyawa semata2 nak dapatkan gambar yang priceless ini. Hahaha. Abis semua segala baju bagai dengan tudung makcik tu bertaburan. This is what I called breaking news!! Confirm dapat A subjek ni. Muahaha *Gelak kejam*

This is the funny part. Kan masa gambar kat atas aku suruh korang hafal kedudukan makcik tu kan. Sekarang tengok balik gambar nie. Dekat kerusi merah tu. Mana mak cik tu?? Dah diterbangkan angin kah?? Hahaha. Tak lah makcik tu dah cabut dulu dah. Berlari bagai nak rak aku tengok. KELAKAR!! Makcik tu lari keluar aku pulak lari ke dalam. Haha. Punya lah semangat!!. Siap pikir lagi aku akan popular lepas dapat publish story ribut taufan nie. =P

Last2 aku tak submit pun gambar kat atas. Aku guna gambar lain. Macam hampeh je kan aku nie. Penat je bertarung nyawa nak dapatkan gambar tu. Last2 tak guna. Daripada tajuk "Kemusnahan Tragik Pesta Dot Dot Dot" kepada "Pesta Dot Dot Dot Meriah". Bapak menipu!! Wakakaka. Janji assignment aku siap.

Sunday, October 17, 2010

Kayuh Jangan Tak Kayuh

Semalam.. bila balik dari cafe (20 minit perjalanan! Dah rasa macam hiking Bukit Busu). Ternampak lah seorang mamat chinese ni tengah naik basikal. Athlete Uni kot? Waktu maghrib pun still berlatih lagi. Muka pun gigih gila mengayuh. Memang sah2 lah kan wakil Uni. Ke budak tu sakit perut nak pergi toilet cepat2 sebab nak u'u'??? Aku ni nak cerita pasal apa sebenarnya ni???

Owh pasal basikal!! Ok2.. Bila ternampak budak tu kayuh basikal teringat lah kisah lama2 dulu. Boleh pulak? Hahaha. Kembali pada tahun 1952...... Ok2. Lebih kurang sedekad yang lalu time waktu sekolah2 rendah. Aku pergi sekolah naik basikal. Basikal yang aku dapat tu pun hasil ehsan sumbangan wakil rakyat mana ntah. Konon2 siapa2 dalam kampung tu yang anak yatim. Mesti dapat sebijik punya lah.  Prihatin lah konon nya. Padahal ko pergi jugak majlis tu amik basikal tu. Ke ke ke~~ . Kalu tak de orang bagi basikal tu memang aku jalan kaki je pegi sekolah. Sebab tak jauh pun sekolahnya. Dalam 10 minit pun dah sampai.

Memandangkan pemberian basikal tu diberi secara pukal. So semua orang dapat model basikal jenis yang sama. Basikal yang ada raga kat depan. Warna merah pulak tu. - -" Tapi time tu memang ramai yang pakai basikal yang ada raga kat depan. So pandangan masyarakat tak de lah serong mana. Lagi kanak2 yang naif lagi comel yang bawak. Tak delah orang pikir bukan2.Tapi kalau sekarang lelaki pakai basikal macam gitu. Memang pelik beno. Aku pun malu nak naik!



Yang paling aku ingat sekali pasal basikal ni. Bila dah beberapa bulan guna habis semua skru2 tanggal sebab ganas beno bawaknya. Bukan sebab apa dah tiap2 petang main dengan kawan2 game aci basikal. LOL!. Instead of aci duduk. Kitorang guna basikal pulak. Maknanya kejar orang guna basikal. Disebabkan tak nak kena 'sep'. Habis aku redah semak samun, parit, ladang kepala sawit, lorong taman. Memang aku dah anggap basikal tu dah macam mountain bike dah. Owh! Forgive me my lovely bike..

So pada suatu pagi yang hening. Waktu nak pergi ke sekolah. Pulak tu lagi sepi2 lima minit nak loceng nak berbunyi. Memang kena bawak selaju yang mungkin. Tiba...


Raga terjatuh ke depan... - -". Aku rasa makcik yang tengah mengejar masa yang nak hantar anak dia guna motor pun terkejut sekejap. Dah lah time tu time turun bukit. Lagi lah dasyat aksi kejatuhan raga tersebut. - -". Tapi yang lucky nya nasib baik raga tu tak jatuh ke tanah. Kalau tak malu aku nak patah balik nak mengutip raga tu balik. Ke ke ke~~  Maybe basikal ni nak bagi tau yang dia dah fed up dapat tuan yang ganas macam gini. Hari2 kena dera. So buat aksi tak puas hati dengan memalukan tuan dia dekat khyalak ramai. - -"

Tapi sekarang basikal tu pun dah tak de. Rindu pulak. Ke ke ke~~. Tapi aku ada jugak pikir. Bila kita dah semakin meningkat usia, tua lah senang cerita. Ramai yang tinggal terus basikal. Sebab dah ada motor or kereta. Or senang cerita malas nak kayuh. Conclusion: Manusia semakin malas bila semakin tua. 

Even aku pun dah lama tak naik basikal. So bila nak naik cuti nanti aku nak curi basikal nephew aku nak round satu taman sambil nyanyi lagu Pokerface. :P. 

P/s : Lama dah tak buat aksi menggayuh tanpa pegang handle. Skil yang paling terhebat!

Monday, July 19, 2010

Bila Tingkap Bilik Dibuka |Hello Sunshine!! (Tak Boleh Blah Title)

Lalalala~~~

Bertemu kita lagi di dalam Rancangan Di Mana Joe Jambul!!! - -".. Intro yang sangat loser. Weh korang aku serius bagai tak dah de idea nak update blog kali nih. Jenuh lah pikir macam2. Tak kan pulak aku nak buat tutorial cara2 nak buat origami bentuk kapal ataupun cara2 nak gosok gigi dengan betul menggunakan berus gigi Colgate 360 degree??? BORINGGGG!!!! 

Last2 aku dapat idea baik punya.. Hahaha *Tiba2 gelak*. Kali ni aku nak tunjukkan kan kat korang semua apa yang aku nampak kalau bukak tingkap bilik aku nih. Kalau dulu aku segan gak nak tunjuk sebab dulu aku duduk aras 1. So kalau bukak tingkap tu ko memang confirm tak boleh keluarkan kepala!! Sebab dia buat berjeriji untuk menggelakkan kes pencurian. T T. So aku hidup di dalam sangkar emas time tu. Lepas tu pemandangan dia ko nampak batang pokok besar je.  So memang agak bosan disitu.... Fine.. Kadang2 aku nampak mak cik cleaner tengah sapu sampah. Thats all!!

Namun semua itu telah berubah setelah aku dianugerahkan bilik single oleh pihak kolej, lepas tu duduk pulak kat aras 2. Memang double happiness betul!!! (Selamat tinggal tingkap berjeriji!!). So kali ni aku tak segan silu nak tunjuk apa yang bijik mata aku nampak kalau aku selak langsir yang agak lusuh nih. - -""


Sudut Pandangan Sebelah Kiri


Tengok!!! Aman permai sungguh!! Ni lah dikatakan konsep Go Green!!! Semua benda hijau kat sini. Kalau hirup udara kat sini memang segar sebab korbon monoksida ada 5% je.. Miahahaha.<<< Sejak bila buat kajian nih??

Lepas tu tengok!! Siap ada pokok kelapa lagi. Kalau dahaga boleh kait sebijik satu. (Mana lah nak cari galah bagai!!). Kalau ada orang panjat pokok kelapa tu malam2 memang aku assume orang minyak!!!

Lepas tu korang nampak tak sungai kat situ. Kalau macam ada masa free boleh pergi ke tepian sungai tu sambil menyanyi lagu ikan kekek mak iloi iloi. (Nyanyi dalam keadaan bersimpuh sambil main2 air dengan tangan)  <<<< Kalau korang nak kena cirit korang pergi lah situ!! Kotor weh!! Segala toxic bagai ada kat situ. Tapi still ada lah ikan yang berjaya survive dalam sungai tuh.


Sudut Pandangan Bahagian Kanan


Sekali lagi aku hidangkan kan korang dengan pemandangan hijau. Memang harmoni!!.

Serius weh!! Baru aku perasan. Apsal ada banyak sangat pokok kelapa nih!!! Lepas tu kalau korang nampak bangunan tu jangan mengada2 ingat tu adalah Supermarket Billion. Tu lah sebenarnya Cafe#1. Kalau tak ingat atau tak tau boleh rujuk semula dekat entry aku sebelum ni dengan klik kat SINI

Kalau nak main sembunyi2 pun boleh kat sini. Banyak tempat tersorok weh!! Haha. Tapi tak boleh lah main waktu senja2 nanti hantu datang sorok pulak. - -"""


Sudut Pandangan Bawah (Ada jugak!!)


Kalau korang nak mati. Sila terjun dari sini. Eh!! Ada orang ke kat bawah aku nih!! Selalunya tingkap tutup!!Kalau orang kat bawah ni baca entry ni harap maafkan saya kalau saya buat bising atau gelak kuat2 macam hantu pada waktu malam masa tengok anime. Lagi satu jangan marah kalau saya selalu campak air yang tidak digunakan dari tingkat atas. Tak sengaja!!! 


Sudut Pendangan Atas

Korang cuba tengok syiling bumbung korang sekarang~~~~~~~~

Macam tu lah bumbung aku kat sini. Miahahahaha. Ok lah aku tak tunjuk sebab-buruk-sangat-sampai-aku- malu-nak-tayang. Hahaha.

Ok thats all for today. Memang bosan betul entry kali ni. - -""""

P/s : WEH!!! AKU DUDUK DALAM HUTAN!!! :(

Saturday, May 1, 2010

Salah Faham

Teringat satu peristiwa masa nk pegi2 beli barang dekat supermarket. Tgh syok2 nak pilih barang nie (ye lh!! masa tu tgh dilemma nk pilih aiskrim.tak tau nak beli yg kecik ke atau yg besar). Tiba2 ada amoi mana ntah tiba2 muncul kat sebelah ak. (ak anggap amoi tu ade kuasa munculkan diri2 tiba2). Dari jelingan mata ak yg mantap nie. Ak tau lh die pekerja kat situ. (Laa!! Mati2 ak ingat agen dari syarikat iklan nk offer ak jadi iklan produk depa!!. Ceh).
Dia tiba2 tanya. " Encik tak nak try jenama nie?". Korang mesti pelik. Kenapa ,pasal nie pn ak nk kecoh2. Mesti lh ak nk kecoh. Dah amoi tu tanya dalm bahasa cina!!! Mesti korang pikir lagi  kenapa ak boleh tau apa yg dia ckp. Padahal ak tak amik pn paper bahasa mandarin masa SPM. Ak teka je lh!! tapi ak agak soalan tu lh dia tanya. Takkan dia nk tanya mana tandas.
Lepas dia tanya tu. Ak pn tak tau nk buat apa. Nanti ak jawab dlm BM karang tak pasal2 malu dia. So ak pn berlakon mcm pemenang utk kategori pelakon pembantu lelaki terbaik terus pura2 belek aiskrim kat depan ak tu. Konon tak dengar ade org ckp dgn ak. Seriuos ak sendiri pn kagum dgn hasil lakonan ak.Hahahaha. Lepas dia dh sedar yg ak mcm tak dengar(or maybe dia dh malu alah yg ak nie melayu bkn cina). Terus dia blah. Tapi masa dia blah tu pun, Ak tak sedar. Tiba2 dia tak ada dekat sebelah ak. Wah!! magic power again!!. So kepada amoi yg kerja kat The Store tu. Ak nk bg nasihat. Hati2 lh masa nk promosi brg tu. Jgn nk main terjah aje. Kang sendiri dah malu. Tapi tak salahkn amoi tu seratus peratus pn. Hahaha. 





P/S : Tegur ak hanya bila korang yakin yg korang tu agen pengiklanan atau komposer yg terkenal ok. Wakakaka.  Nanti kalau ada masa ak nak criter lagi pengalaman ak pasal2 org salah faham ni. Hihihi. Byk lagi tu. Lawak pulak bila teringat balik.